16.7.04

SuMMeR 2004 (GeRMaNY, PoLaND, CZeCH RePuBLiC, SLoVaKia, HuNGaRY, AuSTRia, SWiTZeRLaND, DeNMaRK, SWeDeN, FiNLaND, NoRWaY) (BHG I)



PERHATIAN: ANDA DIPERSILAKAN UTK MEMBACA TRAVELOGUE INI. AKAN TETAPI, TRAVELOGUE INI AKAN DIKEMASKINI & AKAN LENGKAP SEPENUHNYA KELAK.

Pengembaraan Europe Tour Summer 2004 yg dilalui oleh aku, Jem & Reza yg mengambil mase 5 minggu lamenye (8 June – 15 July 2004) masih lagi segar dalam ingatan aku. Seperti mimpi. Tercapai jugak akhirnya impian kiteorg utk cover Europe walaupun masih tinggal beberape negare lagi yg dihajati yg masih belum dijejaki iaitu Spain, Portugal, Italy, Greece, Turkey, Romania & Bulgaria. InsyaAllah, jikalau diberikan mase dan jikalau kewangan pun turut stabil, kiteorang akan cuba untuk melengkapkan ekspidisi kiteorg. Sebelum summer 2004, kiteorg telah pun jejakkan kaki di United Kingdom (London, Manchester, Sheffield, Leicester & Belfast), France (Paris & Colmar), Switzerland (Zurich), Belgium (Brussels & Bruges), Netherlands (Amsterdam) & Luxembourg (Luxembourg City).

Pada Summer 2004, kiteorg berjaye jejakkan kaki di 11 lagi negare dlm Europe Tour kiteorg. Negare2 tersebut ialah Germany, Poland, Czech Republic, Slovakia, Hungary, Austria, Switzerland, Denmark, Sweden, Finland & Norway. Lebih kurang 26 buah bandar kiteorg kunjungi. Utk jimatkan kos transport, kiteorang terpakse beli tiket InterRail yang merangkumi 2 zone iaitu Zone C (Austria, Denmark, Germany & Switzerland) & Zone D (Croatia, Czech Republic, Hungary, Poland & Slovakia) yang berharga 289 Euro. Kiteorang tak beli tiket InterRail untuk perjalanan kat Sweden, Finland & Norway skali sebab rase macam tak berbaloi. Kiteorg jugak terpakse mengabaikan Croatia kerane mase tak mencukupi walaupun Croatia termasuk sekali dlm tiket InterRail kiteorg.

Keinginan utk pulang ke Malaysia spt rakan2 yg lain sewaktu summer hari tu terpakse dikorbankan semate-mate utk Europe Tour ni. Sedih jugak la sebenarnye. Huhuhuh. Tapi, kiteorg kuatkan semangat. Bile lagi kiteorg nak mencari pengalaman sebegini. Planning utk tour ni sebenarnye mengambil mase lebih daripade sebulan lamenye. Setiap sorang dari kiteorg mempunyai tugas masing2 dlm Europe Tour ni. Aku adalah sebagai perancang jadual perjalanan & transportation. Jem adalah sebagai pembaca peta & tourist guide. Reza pulak uruskan hal-hal yg berkaitan dengan kamera sbb kiteorg gune camera die je coz die sorang je yang ade digital camera. Hehehe. Tapi aku still bawak camera Olympus aku. In case kalau jadi ape-ape. Jem pulak bawak laptop die untuk isi gambar2 bile memory stick camera Reza dah penuh.

Sepanjang 5 minggu perjalanan, pengalaman yg kiteorg perolehi memang melimpah ruah banyaknye. Dimulakan dgn Lubeck, Germany & diakhiri dgn Oslo, Norway. Terlalu banyak ranjau duri yg kiteorg bertige tempuhi. Banyak yg manis dan yg pahit jugak tak dapat dinafikan banyaknye. Banyak pengajaran yg telah kiteorg perolehi yg sedikit sebanyak telah mendewasakan kiteorg. Heheh. Poyo je ayat aku. Pengalaman tour ni sememangnye tak dpt aku lupekan seumur hidup aku. Terlalu berharge dan tak boleh ditukar ganti.

Kiteorg mulakan pengembaraan kiteorg dgn Ryanair flight dari Dublin Airport ke London Stansted Airport pd waktu pagi, 8 June. Spt biase, kiteorg tido kat airport mlm sebelum flight utk elak drp tertinggal flight. Sesampainye kiteorg kat London Stansted Airport, kiteorg lepak kat situ sambil menunggu Ryanair flight ke Lübeck Airport, Germany pd waktu ptg, hari yg same. Sesampainye kat Lübeck Airport, kiteorg dijemput oleh Sany, kawan aku mase kat MRSM Taiping dulu & member die iaitu Umie. Kiteorg diperkenalkan dgn sorang lagi Malaysian yg study kat Lübeck iaitu Julie. Dieorg tinggal kat university punye hostel. Share dgn international students yg lain. Ade yg dari Poland, China, Morocco & even org Germany sendiri.

Bersama Sany, Julie & Umie di Lübeck, Germany
Bersama Sany, Julie & Umie di Lübeck, Germany

Germany atau nama tempatannya Deutschland adalah negara yg paling maju kat Europe kerana org2 die rajin bekerja, efficient & competitive. Walaupun negare ni menerime kesan buruk drp kekalahannye semase Perang Dunia Kedua, itu bukanlah penghalang. Sbb tu ekonomi dieorg sgt berjaye. Banyak syarikat2 yg terkenal di dunia berasal dari negara ni spt Siemens, Volkswagen, BMW & Mercedes Benz. Penduduknya berjumlah 80 juta org. Negara yg mempunyai penduduk teramai kat Europe. Org2nye menggunekan bahasa German. Susah jugak la nak communicate dgn dieorg ni sbb dieorg tak brape tau sgt gune English.

Keesokannye, kiteorg pun kluar utk menjelajahi bandar Lübeck. Sany tak ikut sbb die kene study utk exam. Lübeck adalah bandar yg kecik yg terletak di tebing Trave River dan juga berhampiran dgn persisiran pantai Laut Baltic. Ianya dulu merupakan bandar terpenting di Baltic. Bandar ni terkenal dgn bangunan2nye yg berwarna merah dan jugak sejenis perisa makanan iaitu marzipan yg bagi aku tak sedap langsung. Rase mcm ubat gegat. Hehehe. Antara tempat2 yg kiteorg lalu ialah Marienkirche (St Mary’s Church), Rathaus (Town Hall) & Holstentor. Kesemue bangunan2 ni diperbuat dari bata2 merah. Bentuk bangunan Holstentor sgt cantik & lain dari yg lain.

Holstentor, Lübeck, Germany
Holstentor, Lübeck, Germany


Holstentor, Lübeck, Germany
Holstentor, Lübeck, Germany


Rathaus, Lübeck, Germany
Rathaus, Lübeck, Germany


Rathaus, Lübeck, Germany
Rathaus, Lübeck, Germany


Lübeck, Germany
Lübeck, Germany

Keesokannye, kiteorg bertolak ke Berlin, Germany dgn train. Kiteorg tak gune tiket InterRail lagi. Kiteorg akan start gune on 12 June nanti. Kiteorg tiba kat train station Zoologischer Garten Berlin pd waktu tgh hari. Berlin adalah ibu negara Germany semenjak penyatuan Germany pd tahun 1990. Bandar ni sangat menarik & kaye dgn tinggalan2 sejarah Perang Dunia spt Tembok Berlin. Selepas kekalahan Nazi pd Perang Dunia Kedua, Berlin dibahagikan kpd due bahagian iaitu Berlin Barat dan Berlin Timur. Berlin Barat dikuasai oleh Blok Barat yg berfahaman Kapitalis. Sementara Berlin Timur pulak dikuasai oleh Blok Timur yg berfahaman Sosialis. Kedua2 bandar ni dipisahkan oleh Tembok Berlin. Setelah kejatuhan empayar sosialis Soviet Union, ribuan penduduk Berlin beramai2 meruntuhkan tembok yg selame ni memisahkan mereka. Tarikh berlakunye peristiwa yg bersejarah tu adalah pd 9 November 1989. Berlin kini adalah antara bandar yg paling maju di Europe. Antara tempat2 yg kiteorg lawati ialah Bradenburger Tor, Unter den Linden, Reichstag, Potsdamer Platz, Kulturforum, Tiergarten, Frensehturm, Berliner Dom, Kaiser-Wilhelm-Gedächtniskirche, Kurfürstendamm & East Side Gallery. Kiteorg travel around Berlin dgn menaiki U-Bahn iaitu public transport bawah tanah. Kiteorg naik illegally tanpa beli tiket. Nasib baik tak kene tangkap. Heheh.

Bradenburger Tor atau Bradenburg Gate yg terletak di hujung jalan Unter den Linden adalah simbol utama Berlin. Kat sinilah bendera Soviet dinaikkan pd tahun 1945 & merupakan pembahagi Berlin Timur & Berlin Barat sehinggalah kejatuhan Tembok Berlin pd tahun 1989. Unter den Linden pulak adalah jalan yg paling famous kat Berlin. Terdapat banyak kedai kiri & kanan jalan ni. Reichstag adalah bangunan Parliament Germany. Potsdamer Platz merupakan tempat paling sibuk di Berlin sebelum Perang Dunia Kedua. Pengebomannye pd tahun 1945 telah meruntuhkan segala2nya yg ada kat sini & runtuhannya digunakan utk pembinaan Tembok Berlin. Kini, tempat ni menjadi kompleks bisnes & perniagaan. Terdapat banyak syarikat2 spt Sony Center, concert hall, cinema & shopping mall kat sini. Tiergarten pulak adalah garden yg terbesar kat Berlin. Frensehturm adalah menara televisyen yg berukuran 365 m tinggi yg terletak kat Alexanderplatz. Ianya adalah antara structure yg tertinggi di Europe. Kat atas menara ni ade revolving café. Mcm KL Tower pulak. Hehe.

Brandenburger Tor, Berlin, Germany
Brandenburger Tor, Berlin, Germany


Unter den Linden, Berlin, Germany
Unter den Linden, Berlin, Germany


Reichstag, Berlin, Germany
Reichstag, Berlin, Germany


Kat Potsdamer Platz, Berlin, Germany
Kat Potsdamer Platz, Berlin, Germany


Tiergarten, Berlin, Germany
Tiergarten, Berlin, Germany


Frensehturm, Berlin, Germany
Frensehturm, Berlin, Germany

Berliner Dom adalah Protestant Cathedral. Ianya jugak adalah salah satu mercu tanda Berlin. Kaiser-Wilhelm-Gedächtniskirche (Kaiser-Wilhelm-Gedachtni’s Church) adalah simbol kesan perang di Berlin. Ianya dulu adalah sebuah gereja. Bumbungnya hancur selepas gereja ini dibom pd tahun 1943. Kurfürstendamm yg terletak berhampiran dgn Kaiser-Wilhelm-Gedächtniskirche adalah sebuah avenue yg terdapat banyak kedai2. Kat sini terdapat satu arca besi yg agak menarik bentuknye. Tempat terakhir yg kiteorg pergi ialah East Side Gallery. Kat sinilah letaknye tinggalan Tembok Berlin yg masih kukuh. Ianya adalah yg terpanjang. Kiteorg berada kat Berlin selame 3 hari 2 mlm. Di Berlin, kiteorg tidur kat train station Zoologischer Garten utk 2 mlm sbb malas nak cari hostel. Kat sebelah train station tu ade hostel, tapi dah fully booked. So, terpaksa la. Hehehe. Seksa jugak la tidur kat train station sbb polis kerap check passport kiteorg. Tak nyenyak tidur kiteorg dibuatnye.

Berliner Dom, Berlin, Germany
Berliner Dom, Berlin, Germany


Berliner Dom, Berlin, Germany
Berliner Dom, Berlin, Germany


Kaiser-Wilhelm-Gedächtniskirche, Berlin, Germany
Kaiser-Wilhelm-Gedächtniskirche, Berlin, Germany


Arca Besi di Kurfürstendamm, Berlin, Germany
Arca Besi di Kurfürstendamm, Berlin, Germany


Tinggalan Tembok Berlin di East Side Gallery, Berlin, Germany
Tinggalan Tembok Berlin di East Side Gallery, Berlin, Germany


Zoologischer Garten Train Station, Berlin, Germany
Zoologischer Garten Train Station, Berlin, Germany

Bandar Berlin ni terletak berdekatan dgn bandar Potsdam. Kiteorg ke sane pd hari ketiga kiteorg kat Berlin. Potsdam adalah ibu negeri bagi negeri Bradenburg. Park Sansoucci, Potsdam mempunyai banyak architecture2 yg lawa-lawa belake. Ianya adalah antara palace complexes yg tercantik kat Europe. Sans souci adalah perkataan French yg bermaksud ‘tidak dijaga’. Antara bangunan2 yg ada kat dlm park ni ialah Neues Palais, Schloss Sanssouci, Schloss Charlottenhof, Neue Kammern, Orangerie & Bildergalerie. Semuenye lawa2. Tak menyesal kiteorg pergi. Lepas puas berjalan mengelilingi park tu, kiteorg berjalan ke Potsdam city centre pulak. Kiteorg lunch kat satu kedai kebab. Kebabnye adalah kebab yg paling sedap yg pernah aku makan selama ni. Lepas lunch, kiteorg merayau2 kat Potsdam city centre. Antara tempat2 yg kiteorg lalu ialah Alexandrowka & Filmpark Babelsberg. Alexandrowka adalah seumpama dunia fantasi Pushkin. Rumah2 kat sini dibina berasaskan senibina Russia. Filmpark Babelsberg pulak adalah studio di mane filem Germany pertama dibuat pd tahun 1912. Lepas penat berjalan, kiteorg naik train utk kembali ke Berlin.

Neues Palais kat Park Sanssouci, Potsdam, Germany
Neues Palais kat Park Sanssouci, Potsdam, Germany


Schloss Sanssouci kat Park Sanssouci, Potsdam, Germany
Schloss Sanssouci kat Park Sanssouci, Potsdam, Germany


Neue Kammern kat Park Sanssouci, Potsdam, Germany
Neue Kammern kat Park Sanssouci, Potsdam, Germany


Orangerie kat Park Sanssouci, Potsdam, Germany
Orangerie kat Park Sanssouci, Potsdam, Germany


Potsdam, Germany
Potsdam, Germany


Potsdam, Germany
Potsdam, Germany


Kat Alexandrowka, Potsdam, Germany
Kat Alexandrowka, Potsdam, Germany


Filmpark Babelsberg, Potsdam, Germany
Filmpark Babelsberg, Potsdam, Germany

Setelah 3 hari berkelana di Berlin, kiteorg teruskan perjalanan ke Warsaw, Poland dgn menaiki night train dan sampai di Warsaw pd pukul 5 pagi. Kiteorg mula menggunakan tiket InterRail. Poland atau nama tempatannya Polska adelah negare Eastern Europe pertame yg kiteorg lawati. Harga barang2 kat negare2 Eastern Europe (Poland, Czech Republic, Slovakia & Hungary) sememangnye tersangat murah. Heaven gile. Shopping sakan kiteorg kat sini. Banyak souvenir kiteorg beli. Poland yg terletak antara Germany & Russia seringkali menjadi mangsa pertelingkahan. Selepas dilepaskan dari belenggu Blok Timur pd tahun 1989, ianya mula pesat membangun. Org2nye mempunyai pegangan agama Katolik yg sangat kuat. Pope John Paul II berasal dari negara ini. Bahasa yg digunakan oleh org negara ni adelah bahasa Polish. Warsaw atau nama tempatannya Warszawa adalah ibu negara Poland. Bandar Warsaw ni dulu menyaksikan pembunuhan lebih separuh drp penduduknye iaitu seramai 700,000 org sewaktu Perang Dunia Kedua. 85% drp bangunan2nye musnah, menjadikan bandar ini sbg bandar di Eastern Europe yg menerime kesan paling teruk sewaktu Perang Dunia Kedua. Oleh itu, Warsaw city centre telah dijadikan UNESCO World Heritage Site. Heh. Bangge btul org sane yek. Kini, bandar Warsaw sudah pun berubah dan pesat membangun. Ada metro lagi tu. Kalah Dublin. Hehehe.

Antara tempat2 yg kiteorg jejakkan kaki ialah Tomb of The Unknown Soldier, Old Town Market Square, Barbakan, Zameck Królewski (Royal Castle), Trakt Królewski (Royal Route), Grand Theater & Palace of Culture & Science. Tomb of The Unknown Soldier adalah sebuah makam yg dibina untuk mengingati askar2 yg telah banyak berjasa kpd negara ini. Old Town Market Square pulak adalah antara main spot utk tourists. Banyak kedai2 souvenir kat sini. Barbakan pulak adalah sebuah fortress yg dibina pd kurun ke-16 sbg tugu pertahanan yg mengawal pintu masuk ke Warsaw dari utara. Zameck Królewski (Royal Castle) pulak adalah sebuah istana yg dijadikan kediaman diraja selepas Parliament berpindah dari Kraków ke Warsaw pd tahun 1569. Pd tahun 1939, istana ini telah dibakar oleh tentera Nazi & diletupkan 5 tahun kemudiannye. Ianya diperbaikpulih semula pd tahun 1988 dgn menggunakan wang kutipan derma. Kini ianya dijadikan muzium. Trakt Królewski (Royal Route) adalah salah satu jalan yg cantik & bersejarah di Warsaw. Grand Theathre adalah bangunan terbesar kat Warsaw sebelum Perang Dunia Kedua. Palace of Culture & Science yg merupakan antara bangunan yg tertinggi di Europe pulak adalah bangunan yg dibina sbg hadiah dari Soviet Russia utk org2 Warsaw. Ianya mempunyai persamaan dgn bangunan Triumph Palace kat Moscow, Russia yg merupakan bangunan tertinggi di Europe buat masa skarang.

Tomb of the Unknown Soldier, Warsaw, Poland
Tomb of the Unknown Soldier, Warsaw, Poland


Sebuah Statue di Market Square, Warsaw, Poland
Sebuah Statue di Market Square, Warsaw, Poland


Barbakan, Warsaw, Poland
Barbakan, Warsaw, Poland


Royal Castle, Warsaw, Poland
Royal Castle, Warsaw, Poland


Grand Theatre, Warsaw, Poland
Grand Theatre, Warsaw, Poland


Palace of Culture and Science, Warsaw, Poland
Palace of Culture and Science, Warsaw, Poland


Triumph Palace, Moscow, Russia
Triumph Palace, Moscow, Russia

Pada waktu petangnye, kiteorg ke train station utk bertolak ke Kraków, bandar ketige terbesar di Poland yg terletak di tengah2 negare tersebut yg jugak merupakan bekas ibu negaranye. Ianya pernah menjadi ibu negara Poland selama 600 tahun. Bandar ini adalah satu2nya bandar di Poland yg tidak menerime kesan teruk Perang Dunia Kedua. Namun, di sinilah tempatnye orang2 Yahudi banyak dibunuh dgn kejam dek Nazi mase Holocaust dulu. Antara tempat2 yg kiteorg singgah ialah Wawel Hill, Market Square, Sukiennice (Cloth Hall) & Old Quarter. Kat Wawel Hill ni lah terletaknye Wawel Castle yg menjadi kediaman pemerintah2 Poland zaman dahulu. Kat atas bukit ni jugak terdapat Kraków Cathedral. Market Square kat Kraków ni adelah yg terbesar di Europe. Terdapat banyak penjual bunga, musicians & pelukis berniaga kat sini. Cloth Hall yg terletak kat tengah2 Market Square ni membahagi Market Square kpd 2 bahagian. Kat dlm Cloth Hall ni la terdapat banyak barang2 souvenir yg dijual. Murah2 belake. Banyak aku beli souvenir kat sini. Kat Market Square ni jugak terdapat City Hall Tower. Kiteorg lepak kat Kraków selame 2 hari je.

Kraków, Poland
Kraków, Poland


Kat Wawel Castle, Krakow, Poland
Kat Wawel Castle, Krakow, Poland


Kraków Cathedral, Kraków, Poland
Kraków Cathedral, Kraków, Poland


Market Square, Kraków, Poland
Market Square, Kraków, Poland


Cloth Hall, Kraków, Poland
Cloth Hall, Kraków, Poland


Cloth Hall, Kraków, Poland
Cloth Hall, Kraków, Poland


Dalam Cloth Hall, Kraków, Poland
Dalam Cloth Hall, Kraków, Poland


Bersama Wanita Polish di Kraków, Poland
Bersama Wanita Polish di Kraków, Poland

Lepas 2 hari lepak kat Kraków, kiteorg ambik night train utk ke Prague, Czech Republic. Kiteorg pada mulanya serba salah utk ambik beds cabin ataupun seats cabin sbb beds cabin adalah lagi selamat drp seats cabin sbb pintu die berkunci. Tapi, since seats cabin is free kalau kite ade InterRail tickets, kiteorg pun ambik seats cabin. Hati aku mmg tak sedap sebenarnye. Tapi takpe la. Jimat sikit duit kan. Aku & Reza tidur kat atas seats yg bertentangan & Jem pulak tidur kat bawah. Bila dah nak sampai Prague paginye, aku tibe2 terjage dari tidur sbb sinaran matahari menyilaukan pandangan mata aku. Aku terus bangun dgn niat utk basuh muke kat toilet. Sebaik saje aku jejakkan kaki aku kat bawah, tibe2 aku tersedar yg aku terpijak beg galas Jem. Aku rase hairan jugaklah. Kenape beg galas die ade kat bawah kaki aku? Kat depan pintu pulak tu. Sepatutnye beg galas tu ade kat sebelah kepale die. Aku pun angkatlah beg tu. Skali lagi aku rase hairan. Kenape beg die ringan je. Sepatutnye berat sbb berisikan laptop die. Aku terus panik & cepat2 kejutkan die. Die pun turut same panik. Aarrghhh!!!!! Laptop Jem kene curi!!!! Ini bermakne gambar2 kiteorg kat Lubeck, Berlin, Potsdam, Warsaw & Kraków pun turut hilang la sbb gambar2 tu semue ade dlm laptop die!!!! Yg ade dlm camera Reza cume beberape keping gambar kat Kraków jek. Aaarrghhhh!!!!! Tensen!! Camne ni???!! Kiteorg pun terus gi report kat pekerja train, tapi die mcm tak paham je ape yg kiteorg cakap. Ye la kan. Org2 kat Eastern Europe ni mane reti sgt cakap English. So, kiteorg pun tawakal je. Nak buat ape lagi. Bende dah jadi. Bersabar je la. Tour must go on no matter what happens. So, kiteorg pun bersiap2 la utk turun train. Dah sampai pun kat Prague, Czech Republic, antara tempat yg menjadi idaman aku. Tapi malangnye mood aku tak begitu baik. Gambar2 ku!!!!! Huhuhhuhuh.

Turun2 train je, sorang pakcik ni datang meluru kat kiteorg, offer bilik sewa die. Lebih kurang 8 Euro jek semlm dlm matawang dieorg. Kiteorg pun setuju je. Malas nak cari2 hostel. Tgh bad mood mase tu kan. So, lepas letak barang2 kat bilik sewa tu, kiteorg pun menjelajah bandar Prague atau nama tempatannya Praha dgn penuh bad moodnye. Terubat jugak la sakit hati aku dgn kecantikan bandar Prague ni. Prague adalah ibu negara Czech Republic. Czech Republic atau nama tempatannya Ceská Republica adalah antara negara termuda di Europe. Ianya adalah pecahan kerajaan Czechoslovakia yg dibahagikan kpd Czech Republic & Slovakia selepas kejatuhan Soviet Union. Czech Republic sendiri dibahagikan kpd 2 bahagian iaitu Bohemia & Moravia dari sudut geografi. Negara ini mempunyai banyak castles. Negara ni jugak terkenal sbg pengeluar Bohemian Crystal yg sgt2 lah lawa. Tapi takde duit lah nak beli. Lagipun takut pecah je. Kiteorg nak travel lame lagi ni. Org2 kat negara ni bertutur dlm bahasa dieorg sendiri iaitu Czech. Tapi kebanyakan penduduknye boleh berbahasa English. Maybe sbb ramai tourists yg dtg kot.

Prague yg terletak dlm bahagian Bohemia adalah antara ibu negara yg tercantik di Europe. Ianya diberi gelaran ‘The Prettiest Gem In The Stone Crown Of The World’. Prague bernasib baik sbb ianya tidak menerime sebarang kesan buruk drp Perang Dunia Kedua. Sewaktu kiteorg kat bandar ni, panasnye teramatlah sangat. Kiteorg jalan2 pakai T-shirt jek. Tu pun still berpeluh2. Kiteorg travel around dgn jln kaki. Ade jugak la naik metro. Tapi jarang. Tempat pertame yg kiteorg pergi ialah Staroměstské náměstí (Old Town Square). Ianya terletak kat tgh2 bandar Prague. Sekelilingnye adelah bangunan2 bersejarah termasuk rumah2 & gereja2. Church of Our Lady before Týn adalah yg terfamous kat situ. Ianya adalah gereja utama di Prague. Bangunan lain yg terdapat kat Old Town Square ialah Old Town Hall, House at the Stone Bell, Kinský Palace, Church of St. Nicholas & jugak kedai2 souvenir. Old Town Hall adalah antara bangunan yg paling menarik kat Prague. Selain itu, terdapat jugak jam astronomi yg diperbuat pd tahun 1490. Ianya menunjukkan 3 waktu yg berbeza iaitu waktu Old Bohemian, waktu sekarang & waktu Babylonian. Ia jugak menunjukkan pergerakan matahari dan bulan menerusi 12 petanda zodiac. Setiap sejam, jam tu akan berbunyi.

Old Town Square, Prague, Czech Republic
Old Town Square, Prague, Czech Republic


Church of Our Lady before Týn kat Old Town Square, Prague, Czech Republic
Church of Our Lady before Týn kat Old Town Square, Prague, Czech Republic


Jam Astronomi kat Old Town Square, Prague, Czech Republic
Jam Astronomi kat Old Town Square, Prague, Czech Republic

Seterusnya, kiteorg berjalan menuju ke Karlův Most (Charles Bridge), satu lagi tarikan utama kat Prague. Jambatan ni menghubungkan Old Town dgn Little Quarter. Dari jambatan tu, kelihatan Prague Castle yg tersergam indah kat atas sebuah bukit. Kat atas jambatan tu terdapat banyak Baroque statues. Kat hujung jambatan kat bhg Old Town terdapat satu menara yg diberi name Gothic Tower, sementara kat hujung jambatan kat bhg Little Quarter pulak, terdapat 2 menara. Selepas menyeberangi jambatan utk ke bhg Little Quarter, kiteorg teruskan perjalanan dgn mendaki bukit utk ke Prague Castle. Sejarah Prague sebenarnye bermula dgn castle ni. Ianya dibina pd kurun ke-9 lagi. Prague Castle ni pernah menjadi kediaman rasmi President Czechoslovakia pd tahun 1918. Kini, ianya menjadi pejabat rasmi President Czech Republic. St Vitus Cathedral terletak berdekatan dgn Prague Castle. Seterusnye, kiteorg berjalan pulak ke Valdštejnský Palác (Wallenstein Palace). Ianya adalah bangunan secular terbesar yg pertama dlm era Baroque di Prague. Ianya dulu adalah kediaman Commander Albrecht von Wallenstein yg telah mencabar Maharaja Ferdinand II. Dia akhirnya dibunuh oleh Maharaja tu. Kiteorg kemudiannye kembali ke bilik utk berehat2. Mlmnye, kiteorg keluar utk menikmati suasana Prague di waktu mlm. Malam kat bandar Prague lagilah cantik. Subhanallah. Teramat-amatlah cantiknye. Kiteorg melalui semule Old Town Square & Charles Bridge. Lawa. Kiteorg sempat lepak kat Prague selame 2 hari jek.

Kat Atas Charles Bridge, Prague, Czech Republic
Kat Atas Charles Bridge, Prague, Czech Republic


Kat Atas Charles Bridge, Prague, Czech Republic
Kat Atas Charles Bridge, Prague, Czech Republic


Prague Castle, Prague, Czech Republic
Prague Castle, Prague, Czech Republic


Kat Prague Castle, Prague, Czech Republic
Kat Prague Castle, Prague, Czech Republic


Wallenstein Palace, Prague, Czech Republic
Wallenstein Palace, Prague, Czech Republic


Malam di Old Town Square, Prague, Czech Republic
Malam di Old Town Square, Prague, Czech Republic


Pemandangan Prague Castle pada waktu malam, Prague, Czech Republic
Pemandangan Prague Castle pada waktu malam, Prague, Czech Republic


Malam di Charles Bridge, Prague, Czech Republic
Malam di Charles Bridge, Prague, Czech Republic

Keesokannye, kiteorg terus menuju ke Bratislava, Slovakia. Nama tempatan bagi Slovakia ialah Slovensko. Bandar Bratislava ni dulu pernah berada di bawah jajahan empayar Hungary dan menjadi ibu kota empayar Hungary pd thn 1526. And then, lepas Perang Dunia Pertama, Slovakia bercantum dgn Ruthenia, Bohemia & Moravia, mewujudkan negara Czechoslovakia yg berfahaman Sosialis. Lepas kejatuhan Soviet Union, negara ni berpecah menjadi Slovakia dan Czech Republic spt yg telah dimention sebelum ni. Org2 Slovakia menggunekan bahasa dieorg sendiri yg mempunyai banyak unsur2 persamaan dgn bahasa Czech. Bandar Bratislava ni sebenarnye takde ape2 sgt. Tapi since kiteorg nak jejakkan kaki kat negare Slovakia, terpakse le jejakkan kaki kat sini jugak kan. Antara yg menarik kat bandar ni ialah President’s Palace, Bratislava Castle & sebuah jambatan yg merentangi River Danube. Kiteorg travel around dgn jalan kaki jek. Waktu kiteorg sampai kat bandar Bratislava ni, banyak kedai dah tutup sbb dah lewat petang. So, sbb tu le kiteorg rase yg bandar ni takde ape2 sgt kot. Malamnye kiteorg tidur kat luar train station sbb train station tu tutup pd waktu mlm. Next train kiteorg adalah ke Budapest, Hungary which was at 5 a.m. Suasane kat luar train station Bratislava pd waktu lewat mlm teramatlah menakutkan. Ramai sungguh org mabuk lalu-lalang. Kiteorg tak berani nak tidur. Takut barang2 kiteorg kene curi. Cukuplah dgn pengalaman hilang laptop dlm train. Dah serik dah!!

President's Palace, Bratislava, Slovakia
President's Palace, Bratislava, Slovakia


Depan President’s Palace, Bratislava, Slovakia
Depan President’s Palace, Bratislava, Slovakia


Bratislava, Slovakia
Bratislava, Slovakia


Bratislava Castle, Bratislava, Slovakia
Bratislava Castle, Bratislava, Slovakia


Sebuah Jambatan di Bratislava, Slovakia
Sebuah Jambatan di Bratislava, Slovakia

Sesampainye kiteorg kat Budapest, Hungary, kiteorg diserbu oleh 2 orang makcik. Due2 offer bilik sewa kat kiteorg. Sorang tu sewa die lagi murah, so kiteorg ambik bilik die. Tension je makcik yg sorang lagi tu. Heheheh. Sebilik dgn kiteorg adelah sorang mamat Jepun & sorang minah Korea. Due2 org tu mmg ramah gile. Best jugak le berborak dgn dieorg. Tapi yg pandai cakap English cume mamat Jepun tuk jek. Minah Korea tu cakap dlm bahasa die. Nasib baik la mamat Jepun tu tau bahase Korea sikit2. Die tolong jadi translator minah Korea tu. Hehehe. Hungary atau nama tempatannya Magyarország adalah negara yg unik. Penduduknya adalah org berketurunan Magyar iaitu kaum yg berasal dari Asia Tengah yg berhijrah ke sini pd akhir kurun ke-9 lagi. Ianya telah banyak terlibat dlm peperangan menentang penjajahan kerajaan Turki, German, Austrian & Russian. Org2 kat sini menggunakan bahasa Hungarian atau Magyar. Budapest adalah ibu negara Hungary. Ia terletak di tebing River Danube. Bandar ni adalah antara bandar yg paling menarik kat Eastern Europe. Ianya digelar sbg ‘Queen Of The Danube’ & ‘Paris Of The East’. Bandar Budapest ni terbahagi kpd dua bahagian iaitu Buda & Pest yg dibahagikan oleh River Danube. Buda di bahagian barat sungai & Pest di bahagian timur sungai. Kedua2nya dihubungkan oleh jambatan yg diberi name Széchenyi Lánchíd (Chain Bridge).

Kiteorg keluar menjelajahi Budapest ni waktu tgh hari selepas menghilangkan penat. Time tu, cuace mmg panas gile. Berpeluh2 kiteorg dibuatnye. Kiteorg travel around dgn jalan kaki. Ade jugak la naik metro. Metro kat Budapest adalah metro yg pertama di Europe. Tempat pertama kiteorg jejakkan kaki ialah St Stephen’s Basilica, gereja yg paling famous kat Budapest. Kemudian, kiteorg ke Magyar Állami Operaház (State Opera House). Lepas bergambar kat situ, kiteorg ke Heroes’ Square yg merupakan salah satu mercu tanda Budapest. Berhadapan dgn Heroes’ Square ialah Museum of Fine Arts. Kiteorg kemudiannye berjalan kaki ke Vajdahunyad Castle yg terletak di tepi tasik yg merupakan antara tarikan utama pelancong jugak. Time kiteorg kat situ, kebetulan ade persembahan tarian tradisional Hungarian. Untung dpt tengok. Hehe.

St Stephen’s Basilica, Budapest, Hungary
St Stephen’s Basilica, Budapest, Hungary


State Opera House, Budapest, Hungary
State Opera House, Budapest, Hungary


Heroes’ Square, Budapest, Hungary
Heroes’ Square, Budapest, Hungary


Vajdahunyad Castle, Budapest, Hungary
Vajdahunyad Castle, Budapest, Hungary


Persembahan Tarian Tradisional Hungarian di Vajdahunyad Castle, Budapest, Hungary
Persembahan Tarian Tradisional Hungarian di Vajdahunyad Castle, Budapest, Hungary

Lepas tu, kiteorg terus ke tebing River Danube utk meniti Széchenyi Lánchíd (Chain Bridge) yg sgt popular tu. Jambatan ini adalah jambatan pertama yg dibina sepanjang River Danube yg merupakan sungai kedua terpanjang di benua Europe selepas River Volga di Russia. River Danube merentasi 8 negara iaitu Germany, Austria, Slovakia, Hungary, Croatia, Yugoslavia, Bulgaria & Romania. Antara bandar2 besar di Europe yg terletak di pinggir sungai ni ialah Vienna, Bratislava, Budapest, Belgrade & Bucharest. Dari tebing River Danube, Royal Palace kelihatan tersergam indah di atas bukit kat seberang sungai iaitu di bahagian Buda. Kiteorg meniti Chain Bridge utk menuju ke Royal Palace. Di atas Chain Bridge, pemandangannye sungguh lawa. Bangunan Országház (Parliament) dapat dilihat dari atas jambatan tu. Ianya adalah bangunan terbesar di seluruh Hungary. Ianya dibina berasaskan bentuk Houses of Parliament di London. Kiteorg tak sempat utk ke bangunan Parliament tu kerane mase tak mencukupi.

River Danube, Europe
River Danube, Europe


Chain Bridge, Budapest, Hungary
Chain Bridge, Budapest, Hungary


Chain Bridge, Budapest, Hungary
Chain Bridge, Budapest, Hungary


Di Tebing Danube River Berlatar Belakangkan Royal Palace, Budapest, Hungary
Di Tebing Danube River Berlatar Belakangkan Royal Palace, Budapest, Hungary


Parliament, Budapest, Hungary
Parliament, Budapest, Hungary

Selepas meniti Chain Bridge, kiteorg pun sampai le ke kaki bukit di mane terletaknye Royal Palace tu. Utk ke Royal Palace, kiteorg kene naik kereta kabel. Tak sanggup nak panjat tangga. Hehe. Royal Palace ni dulu pernah diduduki oleh kerajaan Turki Uthmaniyah semase penjajahannye. Namun, Royal Palace kini dijadikan muzium utk menyimpan khazanah2 penting kerajaan & juga perpustakaan yg menyimpan 5 juta buah buku. Berdekatan dgn palace ni, terdapat jugak Hungarian National Gallery & Budapest History Museum. Antara pengalaman yg tak boleh kiteorg lupekan sewaktu kat Royal Palace ni ialah sewaktu kiteorg terserempak dgn Jennifer Love Hewitt, pelakon Hollywood!! Tapi kiteorg tak berani nak kacau die sbb die diapit dek 2 org laki & sorang pompuan yg agak tue. Maybe family die kot. Die pun mcm cube nak larikan diri dari kiteorg. Huh. Macamlah die tu top star sgt. Tak heran aah. Heheheh. Dari atas Royal Palace yg terletak kat atas bukit di bhg Buda, kiteorg boleh menikmati view bhg Pest dgn jelas. Indah sungguh. Lepas dah puas menikmati semue tu, kiteorg pun turun ke kaki bukit dgn tangga. Lepas tu, terus balik ke bilik utk berehat. Kiteorg pd mulenye plan nak ambik gambar kat Chain Bridge pd waktu malam sbb dlm poskad, jambatan tu nampak cantik gile pd waktu malam. Tapi niat kiteorg tak kesampaian sbb kiteorg tertidur kepenatan kat bilik sewa tu. Sedar2 jek dah pukul 12 tgh mlm. Kecewa gile aah. Heheh

Di Royal Palace, Budapest, Hungary
Di Royal Palace, Budapest, Hungary


Bersama Wanita Hungarian di Budapest, Hungary
Bersama Wanita Hungarian di Budapest, Hungary


Pemandangan Malam Chain Bridge & Royal Palace, Budapest, Hungary
Pemandangan Malam Chain Bridge & Royal Palace, Budapest, Hungary

Bersambung di SuMMeR 2004 (GeRMaNY, PoLaND, CZeCH RePuBLiC, SLoVaKia, HuNGaRY, AuSTRia, SWiTZeRLaND, DeNMaRK, SWeDeN, FiNLaND, NoRWaY) (BHG II)

3 comments:

cikcleopatra said...

ya allah..salah satu cite ku nak g jelajah semua tmpt ni .untung la dapat prgi.

ainhany said...

salam jhaz,

salam ziarah..
subhanallah bestnya...satu kembaraan yang hebat dan mantOP...bertuahnya mengembara dan menikmati alam ..
terimakasih ats perkongsian..terasa mcam bersama dlam kembaraan

Amin

Naramas Aman said...

Kelakarnya, marzipan rasa mcm ubat gegat...Pernah makan ubat gegat ke? He he he...MashaAllah beraninya tidur merata-rata kat train stn le, dlm cabin le, tak sejuk ke?..gambar hilang,laptop hilang hmmm kesian dengar cerita tu..sy doakan semoga dpt ganti yg lebih baik...