16.7.05

SuMMeR 2005 (AuSTRaLia) (BHG I)



PERHATIAN: ANDA DIPERSILAKAN UTK MEMBACA TRAVELOGUE INI. AKAN TETAPI, TRAVELOGUE INI AKAN DIKEMASKINI & AKAN LENGKAP SEPENUHNYA KELAK.

Down Under adalah gelaran kpd negara Australia kerana kedudukan geografinye yg sama sekali bertentangan dgn negara2 Barat meskipun penduduk kat sini majoritinye adalah org2 Barat sendiri. Jikalau negara2 Barat terletak di sebelah Barat bumi, Australia pulak terletak di sebelah Timur bumi. Jikalau negara2 Barat terletak di Hemisfera Utara bumi, Australia pulak terletak di Hemisfera Selatan bumi. Disebabkan kedudukannye yg agak hampir dgn Garisan Tarikh Antarabangsa, Australia adalah antara negara2 yg terawal menerime cahaya matahari. Lebih awal drp negara Jepun yg digelar ‘Negara Matahari Terbit’. Namun, ianya tidaklah seawal New Zealand yg merupakan negara yg paling awal skali menerima cahaya matahari kerana kedudukannye yg sangat hampir dgn Garisan Tarikh Antarabangsa. Waktu tempatan New Zealand mendahului Malaysia sebanyak 4 jam, sementara waktu tempatan Jepun hanya mendahului Malaysia sebanyak 1 jam sahaja. Negara Australia mempunyai 3 zon waktu kerana saiz geografinya yg besar. Zon Barat mempunyai waktu tempatan yg sama dgn Malaysia. Zon Tengah pulak mendahului Malaysia sebanyak 1 1/2 jam. Sementara Zon Timur pulak mendahului Malaysia sebanyak 2 jam. Kedudukan Australia yg terletak di Hemisfera Selatan pulak menyebabkan musim2nya bertentangan sama sekali dgn musim2 yg dialami oleh negara2 di Hemisfera Utara. Jikalau negara2 di Hemisfera Utara mengalami Musim Sejuk, Australia akan mengalami Musim Panas. Jikalau negara2 di Hemisfera Utara mengalami Musim Bunga, Australia akan mengalami Musim Luruh. Begitulah jugak sebaliknye. Australia menghadap 2 lautan iaitu Lautan Pasifik di sebelah timur & Lautan Hindi di sebelah barat.

Kedudukan Australia Dlm Peta Dunia
Kedudukan Australia Dlm Peta Dunia


Kedudukan Australia Yg Hampir Dgn Garisan Tarikh Antarabangsa
Kedudukan Australia Yg Hampir Dgn Garisan Tarikh Antarabangsa


3 Zon Waktu di Australia
3 Zon Waktu di Australia

Same spt Msia, Australia jugak pernah dijajah oleh British. British mula menjejakkan kaki di Australia pd thn 1768 di bawah Captain James Cook. Australia diumpamakan sbg pengganti kpd koloni British setelah ia kehilangan koloni2nya di America selepas kemerdekaan Amerika Syarikat pd tahun 1776. Disebabkan kesesakan yg berlaku di penjara2 di England, Australia turut dijadikan tempat buangan penjenayah2. Sampai sekarang, Australia sebenarnye masih belum lagi menerime kemerdekaan secare rasmi drp British meskipun ianya mempunyai pemerintahan sendiri. Queen of England masih lagi merupakan penaung kpd Australia. Pada benderanye jugak terdapat sebahagian kecil bendera United Kingdom (British). Australia adalah antara pulau yg terbesar di dunia. Ianya tersangatlah besar sehingga ianya turut digelar sbg benua Australia. Saiznya hampir sama dgn saiz benua Europe. Kat dlm pulau ni sahaja terdapat pelbagai iklim. Utara negara ini mengalami iklim Khatulistiwa & Monsun Tropika. Hampir separuh drp bahagian tgh pulau ini diliputi oleh gurun. Bahagian selatan negara ni pulak mengalami iklim 4 musim. Penduduk negara ini yg berjumlah 20 juta org menggunakan English sbg bahasa rasmi dieorg. Tetapi, ade banyak lagi bahasa2 yg digunakan. Penduduk Australia ni walaupun majoritinye adalah bangsa Eropah, tapi terdapat ramai jugak bangsa2 lain spt Cina, India, Arab, Pakistan, Turki & mcm2 lagi. Ada lebih kurang 80 bahasa dipertuturkan di negara ni. Selain itu, terdapat jugak org Maori (aborigines) yg merupakan penduduk asli Australia.

Captain James Cook, Org British Yg Menjumpai Australia
Captain James Cook, Org British Yg Menjumpai Australia


Bendera Australia Yg Terdapat Sebahagian Kecil Bendera British
Bendera Australia Yg Terdapat Sebahagian Kecil Bendera United Kingdom (British)


Perbandingan Saiz Australia & benua Europe
Perbandingan Saiz Australia & benua Europe


Kepelbagaian Iklim Di Australia
Kepelbagaian Iklim Di Australia


Org2 Asli (Maori/Aborigines) di Australia
Org2 Asli (Maori/Aborigines) di Australia

Actually, aku mmg dah lama sgt teringin utk ke Australia. So, bile MAS buat ticket sale London-KL-Australia, aku pun terus ambik peluang ni. Begitu jugak dgn member2 aku yg lain iaitu Mas, Reza, Ilyasak, Jem, Fyzal & Manap. Harga tiket pergi balik cuma 820 Euro termasuk Australian Visa & credit card charge. Kiteorg boleh pilih sendiri tarikh kiteorg nak ke Australia. Kiteorg beli tiket tu melalui travel agency STA Travel London. Kiteorg berurusan dgn seorang org Malaysia yg bekerja kat situ. Kiteorg berurusan melalui email je. Heh. Senang jugak la sebenarnye. Cakap Melayu jek. Heheh. Kiteorg ke Australia sewaktu cuti Summer 2005 yg agak lame jugak la. 3 bulan. So, di samping dpt balik ke Msia, kiteorg jugak dpt melancong ke Australia. Sambil menyelam, minum air la kan. Aku, Mas, Ilyasak & Reza pergi ke Melbourne dulu dari KL. Then, kiteorg naik flight Qantas dari Melbourne ke Sydney pulak. Lepas tu, dari Sydney, kiteorg terus balik KL. Lain pulak dgn Jem, Fyzal & Manap. Dieorg terus ke Sydney & balik KL pun dari Sydney. Dieorg tak gi Melbourne. So, kiteorg jumpe dieorg kat Sydney la. Time kiteorg pergi Australia waktu cuti Summer tu, Australia time tu mengalami Winter. Sejuk la kat sane. Huhhuh. Dah tu, nak buat camne lagi kan.

Kiteorg lepak kat Australia selame 2 minggu, mulai 1 July sampai 15 July 2005. So, pada tarikh 30 June 2005, aku pun terus ke KLIA. Aku terpakse tidur kat KLIA sbb flight ke Melbourne adalah pd awal pg esoknye (1 July). Aku segan la pulak nak tidur kat rumah member2 aku yg lain. Mcm menyusahkan je. Heheh. So, pg esoknye, kiteorg pun berjumpe & terus naik flight ke Melbourne. Flight ambik mase lebih kurang 7 ½ jam. Sesampainye kat Melbourne Tullamarine Airport, kiteorg terpakse declare barang2 yg kiteorg bawak. Sesetengah barang akan diperiksa oleh pegawai2 sbg kawalan keselamatan. Australia ni mmg leceh sikit. Malangnye, aku punye 2 paket cili kering kena rampas sbb takde trademark lable. Huhuh. Sian aku.

Kiteorg kemudiannye dijemput oleh Sam atau name sebenarnye Syamsul, cousin aku yg dah lame tinggal & kerja kat Melbourne. Permenant Resident. Dah berkahwin & dah ade sorang anak pun. Ade rumah sendiri kat Melbourne. Banglo. Actually aku segan jugak la dgn die sbb sebelum ni aku mmg tak pernah bercakap dgn die. Jumpe pun baru 2 kali. Die ni sebenarnye bukan cousin aku yg btul, tapi cousin through marriage. Mak die & ayah sedare aku got married a few years ago. So, mmg tak rapat sgt la kan. Hehe. Tapi nak buat mcm mane. Member2 aku kat Melbourne semuenye kate dieorg takde kat situ by that time. Balik Msia la. Ade interview kat Sydney la. Then, tup2 a few days sebelum kiteorg gi Melbourne, aku dpt tau yg Huzaifah & Chae (member2 kat KMB dulu) ade kat situ. Dieorg tak balik Msia. Isk. Geram jugak la kan. Tapi, terpakse jugak la stay kat rumah cousin aku. Dah cakap awal2 dah dgn die. Tapi aku rase rumah banglo die mungkin lagi selesa dari hostel bebudak tu. Heheh. Jahat btul aku.

So, anggapan aku mmg btul. Rumah banglo cousin aku tu mmg agak besar & selesa. Tapi agak sejuk la sbb dieorg tak boleh pasang heater. Anak dieorg ade penyakit eczema. So, kesejukan jugak la kiteorg kat dlm rumah tu. Tapi kiteorg ok je. Dah biase. Sejuk Winter kat Melbourne takde le sesejuk Winter kat Dublin. Dublin lagi sejuk. Pd mlm tu, kiteorg makan dinner sambil berborak2 dgn Sam. Aku pun cakap le kat die yg cili yg die pesan tu kene rampas mase kat airport. Hahah. Nasib baik die tak kisah. Die pun paham kot. Then, sebelum masuk tido, aku telefon Chae kejap. Actually aku dah inform kat Chae & Huzaifah yg aku akan ke Melbourne. So, mlm tu aku call Chae utk tanye kat mane nak jumpe dieorg esok. Then, baru le kiteorg naik tido. Sebelum tido, tibe2 je aku terfikir. Hmm. Ni le kali pertama aku berada kat Hemisfera Selatan & kali pertama merentasi garisan Khatulistiwa. Heheh.

Esok paginye, barulah kiteorg dpt berkenalan dgn isteri Sam iaitu Kak Sarah & anak pompuan dieorg yg tak sampai umur setahun lagi iaitu Shireen. Kak Sarah terpakse ambik cuti setahun utk jaga Shireen yg sakit. Sian btul. Kak Sarah sebenarnye bekerja kat Monash University. Dieorg satu family ni mmg baik hati & friendly. Lepas breakfast, baru la kiteorg keluar menjelajahi kota Melbourne. Sam yg drive kiteorg keluar. Baik hati btul. Kedudukan Melbourne adalah di bhg tenggara Australia. Ianya terletak di zon iklim yg mengalami 4 musim. So, Melbourne mengalami Winter sewaktu kiteorg kat sini. Melbourne yg terletak di tebing Yarra River adalah bandar kedua terbesar di Australia selepas Sydney & jugak merupakan ibu negeri Victoria. Ianya membangun dgn pesat di suatu masa dahulu kerana pembukaan lombong2 emas. Melbourne pernah menjadi ibu negara Australia sebelum diambil alih oleh Canberra pd thn 1927. Sukan Olympic di Melbourne pd thn 1956 adalah Sukan Olympic pertama yg diadakan di Hemisfera Selatan.

Sukan Olympic 1956 di Melbourne, Australia
Sukan Olympic 1956 di Melbourne, Australia

Sam drive kiteorg sampai ke Flinders Street Station, salah satu landmark yg paling famous kat Melbourne. Chae suruh kiteorg tunggu die & Huzaifah kat situ. Dieorg sebenarnye stay kat Monash University punye campus yg agak jauh dari Melbourne city. Lebih kurang 30 minit naik train. Lame jugak la kiteorg tunggu kat situ. Flinders Street Station yg terletak berhampiran dgn tebing Yarra River ialah pusat terminal keretapi di Melbourne. Ianya siap dibina pd thn 1910. Sementara menunggu Chae & Huzaifah, kiteorg snap la beberape keping gambar.

Di Tebing Yarra River, Melbourne, Australia
Di Tebing Yarra River, Melbourne, Australia

Oleh sbb dah tak tahan sgt menunggu dieorg yg tak sampai2 lagi, kiteorg masuk coffee house kejap. Aku tak minum. Mas je yg minum. Hai. Lame btul menunggu. Nak dekat sejam lebih. Then, baru la dieorg muncul. Geram btul. Actually lame jugak la tak jumpak dieorg ni. Last time jumpe pun mase sebelum aku mule2 fly ke Ireland dulu. Nak dekat 3 tahun dah ni. Dieorg still the same jugak. Heheh. Then, kiteorg bergambar dulu kat depan Flinders Street Station tu. Kiteorg kemudiannye menuju ke Melbourne Visitor Centre utk mengambil pamphlet2 yg bergune. Visitor Centre tu terletak kat Federation Square. Federation Square ni mula dibuka kpd public pd October 2002 utk memperingati ulangtahun ke-100 persekutuan negeri2 di Australia. Kat square ni terdapat Ian Potter Centre, National Gallery of Victoria, Victorian Arts Centre yg mempamerkan hasil2 kesenian Australia, Australian Centre for the Moving Images & mcm2 lagi. Menara (Spire) yg terdapat pd Victorian Arts Centre adalah salah satu drp landmark terbaru Melbourne.

Flinders Street Station, Melbourne, Australia
Flinders Street Station, Melbourne, Australia


Flinders Street Station, Melbourne, Australia
Flinders Street Station, Melbourne, Australia


Federation Square, Melbourne, Australia
Federation Square, Melbourne, Australia


Menara (Spire) di Victorian Arts Centre, Melbourne, Australia
Menara (Spire) di Victorian Arts Centre, Melbourne, Australia

Lepas bergambar kat Federation Square, kiteorg berjalan menuju ke Queen Victoria Market. On the way ke situ, kiteorg lalu kat depan Victoria State Library. So, bergambar la kejap kat depan tu. Then, baru la sampai Queen Victoria Market, salah satu tarikan utama pelancong kat Melbourne. Market ni sebenarnye dibina pd tahun 1877 di atas tapak perkuburan. Agak horror jugak la bile dpt tahu pasal fakta ni. Kat dlm market ni, terdapat banyak bende yg dijual spt buah2, sayur, daging, keju & mcm2 lagi. Souvenir pun banyak jugak dijual. Kiteorg ape lagi. Borong la souvenir2 yg ade. Hehe.

Victoria State Library, Melbourne, Australia
Victoria State Library, Melbourne, Australia


View dari atas Queen Victoria Market, Melbourne, Australia
View dari atas Queen Victoria Market, Melbourne, Australia


Queen Victoria Market, Melbourne, Australia
Queen Victoria Market, Melbourne, Australia


Dalam Queen Victoria Market, Melbourne, Australia
Dalam Queen Victoria Market, Melbourne, Australia


Dalam Queen Victoria Market, Melbourne, Australia
Dalam Queen Victoria Market, Melbourne, Australia

Lepas puas shopping, kiteorg berjalan ke City Mosque yg tak jauh dari situ. Kiteorg lalu satu garden yg agak lawa jugak la. Then, bile sampai kat mosque, kiteorg solat Jamak Takdim & Qasar Zohor+Asar kecuali Chae & Huzaifah. Dieorg solat Zohor. Bukan musafir kan. Dieorg terpakse tunggu kat mosque tu selame 20 minit lagi utk tunggu waktu Asar. So, kiteorg pun jalan2 kat sekeliling luar mosque tu dulu. Bile dieorg dah habis solat Asar, kiteorg dibawa ke sebuah restoran Indonesia utk makan. Lapar gile sebenarnye. Kiteorg naik tram utk ke situ. Tram yg kiteorg naik ni ialah Circle line tram & ianya free. Circle line tram adalah line tram yg pertama di Melbourne.

City Mosque, Melbourne, Australia
City Mosque, Melbourne, Australia


View of Melbourne, Australia
View of Melbourne, Australia


Circle Line Tram, Melbourne, Australia
Circle Line Tram, Melbourne, Australia

Lepas makan, kiteorg jalan2 semule. Then, bile dah mlm, kiteorg pun berpecah di Melbourne Central Station. Chae & Huzaifah balik ke Monash dgn train & kiteorg balik ke rumah Sam yg terletak berhampiran dgn Hoppers Crossing Station pun dgn train jugak. Train yg kiteorg naik mengambil mase hampir 40 minit utk sampai. Then, bile dah sampai kat Hoppers Crossing Station, kiteorg panic sbb bus dari station utk ke rumah Sam dah habis. Last bus adalah pukul 6 tadi. Huhuh. Mule2 kiteorg decided nak jalan kaki. Tapi rasenye mcm jauh gile jek. Aku try sms Sam. Mintak tolong die ambikkan kiteorg. Tapi aku tak rase die dpt sms aku. Report is ‘pending’. Nak taknak, kiteorg terpakse naik teksi. Teksi tu pun taktau kat mane sebenarnye rumah Sam tu. Terpakse tgk map. Heheh. Alhamdulillah. Akhirnya kiteorg selamat sampai. Lega. Heheh. Lepas makan dinner yg dimasak oleh Kak Sarah, kiteorg pun naik tido.

Esoknye, since hari ni ialah hari Ahad, Sam pun plan utk bawak kiteorg ke St Kilda beach yg merupakan pantai yg paling famous kat Melbourne. Kak Sarah & Shireen pun ikut skali. Kiteorg gune 2 kereta sbb tak muat kalau naik satu kereta saje. Satu kereta Sam bawak, satu lagi Reza bawak. Aku tak berani nak bawak lagi. Tak bersedia. Heheh. St Kilda beach ni mmg lawa. Suasana die mcm kat pantai2 di California. Ade pokok2 palm. Heheh. Berdekatan dgn pantai tu, terdapat sebuah entertainment park iaitu Luna Park. Masuk free. Tapi kiteorg tak main ape2 pun kat dlm tu. Tak cukup mase.

St Kilda Beach, Melbourne, Australia
St Kilda Beach, Melbourne, Australia


St Kilda Beach, Melbourne, Australia
St Kilda Beach, Melbourne, Australia


St Kilda Beach, Melbourne, Australia
St Kilda Beach, Melbourne, Australia


Luna Park kat St Kilda Beach, Melbourne, Australia
Luna Park kat St Kilda Beach, Melbourne, Australia


Dalam Luna Park kat St Kilda Beach, Melbourne, Australia
Dalam Luna Park kat St Kilda Beach, Melbourne, Australia

Lepas hampir 2 jam kat St Kilda beach, kiteorg dibawak ke Royal Botanic Garden. Sam & Kak Sarah bawak Shireen ke children’s garden. Kiteorg pulak masuk ke dlm Botanic Garden tu. Garden ni mula dibuka pd tahun 1852 & menempatkan banyak gile species pokok. Yg tak pernah tgk pun ade. Begitu jugak dgn burung2 yg ade kat dlm garden ni. Kiteorg sempat bergambar dgn black swan yg jarang dijumpai kat tempat2 lain dlm dunia ni. Berhampiran dgn Botanic Garden tersebut ialah Australia-New Zealand Army Corps (ANZAC) Monument. Aku tak brape sure pasal sejarah bangunan tu.

Dalam Royal Botanic Garden, Melbourne, Australia
Dalam Royal Botanic Garden, Melbourne, Australia


Bersama Black Swan Kat Dalam Royal Botanic Garden, Melbourne, Australia
Bersama Black Swan Kat Dalam Royal Botanic Garden, Melbourne, Australia


Dalam Royal Botanic Garden, Melbourne, Australia
Dalam Royal Botanic Garden, Melbourne, Australia


Australia-New Zealand Army Corps (ANZAC) Monument, Melbourne, Australia
Australia-New Zealand Army Corps (ANZAC) Monument, Melbourne, Australia

Lepas bergambar kat ANZAC Monument, kiteorg dibawak ronda2 bandar Melbourne dgn kereta utk menikmati suasana malam di Melbourne. Sam sempat tunjukkan beberape lagi tempat2 yg penting kat Melbourne spt University of Melbourne, hospital2 & sebagainye. Then, kiteorg gi makan dinner kat sebuah Turkish restaurant. Sam belanje. Banyak gile kiteorg makan. Sampai tak habis. Kenyang nak mampus. Lepas tu, kiteorg balik semule ke rumah.

Esok paginye, kiteorg berempat decided utk sewa kereta utk 3 hari. So, pd pagi tu, Mas & Reza pergi ambik kereta kat Europcar. Then, tgh harinye baru kiteorg bergerak. Reza drive. Kiteorg bertolak ke Philip Island. Philip Island ni terletak agak jauh dari Melbourne. Ianya terletak di bhg tenggara Victoria. 3 jam perjalanan dgn kereta dari Melbourne. Perkare yg paling menarik kat Philip Island ni ialah Penguin Parade yg terletak di Summerland Beach. Setiap hari pd waktu senja, penguin2 dari species Fairy Penguins yg bersaiz kecil akan sampai ke tepi pantai dari laut utk kembali ke sarang dieorg. Beratus2 ekor penguin akan kelihatan. Menarik gile.

Jarak Philip Island dari Melbourne
Jarak Philip Island dari Melbourne


Pintu Masuk Tempat Penguin Parade, Philip Island, Australia
Pintu Masuk Tempat Penguin Parade, Philip Island, Australia


Tempat Penguin Parade, Philip Island, Australia
Tempat Penguin Parade, Philip Island, Australia

Since kiteorg sampai awal kat tempat Penguin Parade tu, kiteorg beli tiket dulu. Selepas beli tiket, kiteorg ke The Nobbies sementara menunggu senja. The Nobbies adalah tempat utk seal viewing. Tapi kiteorg tak bernasib baik hari tu sbb takde pun nampak seal kat tepi laut tu. Kecewa jugak la. Kat The Nobbies tu, kiteorg dgn tak sengajanye terserempak dgn Fahmi, Khaliq & sorang lagi member dieorg. Budak 3 org tu adelah junior2 aku kat KMB dulu. Fahmi & sorang lagi tu blajar kat Monash University. Khaliq pulak dtg ke Australia utk melancong. Die blajar kat Cardiff, UK. Hai. Kecik btul dunia. Hehe. So, bile dah nak senja, kiteorg pun cepat2 bertolak kembali ke tempat Penguin Parade tu. Khaliq pun ade kat situ jugak. 2 org lagi tak join die sbb dieorg dah pernah tgk penguin parade sebelum ni.

Tempat Seal Viewing Kat The Nobbies, Philip Island, Australia
Tempat Seal Viewing Kat The Nobbies, Philip Island, Australia


Kat The Nobbies, Philip Island, Australia
Kat The Nobbies, Philip Island, Australia

Setelah setengah jam menunggu, akhirnya muncullah penguin2 tu dari laut. Hahahah. Cute giler tgk cara dieorg berjalan. Laju gile. Ade yg terjatuh2 lagi. Heheh. Maybe dieorg malu kot sbb ade ramai manusia kat situ. Cepat2 dieorg masuk ke dlm semak2 kat tepi pantai tu. Tu le tempat sarang2 dieorg. Kiteorg tak dibenarkan mengambil gambar sbb penguin2 tu takut dgn flash dari kamera. Kiteorg spend mase lebih kurang sejam kat situ utk menonton aksi penguin2 yg comel tu. Then, bile dah puas, kiteorg pergi ke kedai souvenir shop utk beli souvenir. Lepas beli souvenir, kiteorg plan utk ke Monash University utk singgah ke hostel Huzaifah & Chae sebelum balik ke Melbourne. Monash University terletak on the way dari Philip Island ke Melbourne. Since Fahmi ade kat situ, kiteorg pun mintak tolong die bawakkan kiteorg ke Monash University. Heh. Nasib baik le die ade. So, kiteorg pun follow kereta die sampai ke Monash University. Kali ni Mas pulak drive.

Summerland Beach, Penguin Parade, Philip Island, Australia
Summerland Beach, Penguin Parade, Philip Island, Australia


Fairy Penguins kat Summerland Beach, Penguin Parade, Philip Island, Australia
Fairy Penguins kat Summerland Beach, Penguin Parade, Philip Island, Australia


Bersama Maskot Penguin, Penguin Parade, Philip Island, Australia
Bersama Maskot Penguin, Penguin Parade, Philip Island, Australia

Bile dah sampai Monash University, Fahmi tunjukkan hostel Huzaifah & Chae. Kiteorg dah sms Huzaifah suruh die masak utk kiteorg. Heheh. Kesian die. Sampai2 je kat hostel dieorg, kiteorg terus dijamu makan. Banyak gile pulak tu. Kiteorg makan kat dlm bilik Hanif. Time tu, Hanif ade kat Msia, cuti winter. Heheh. Tima kaseh Hanif!! Lame kiteorg berenam berborak2 kat situ. Then, bile dah lewat malam, kiteorg pun terus balik ke rumah Sam di Melbourne. Lewat mlm gile baru sampai. Nasib baik le Sam kasi kunci spare kat kiteorg.

Bersama Cha'e & Huzaifah kat Monash University's Hostel
Bersama Cha'e & Huzaifah kat Monash University's Hostel

Pagi esoknya, kiteorg bertolak ke Great Ocean Road yg terletak di bhg barat Victoria. Reza drive. Great Ocean Road ni adalah sebatang jalan raya yg panjang di pinggir pantai yg menghadap Southern Ocean. Perjalanan dgn menaiki kereta dari Melbourne ke Great Ocean Road mengambil masa lebih kurang 4-5 jam. Jauh gile. Ianya dikatakan salah satu world’s greatest scenic drive. Great Ocean Road ni terletak di antara Port Cambell & Port Fairy. Terdapat beberape buah bandar di sepanjang jalan ni. Tempat yg paling utama yg menjadi tarikan pelancong seluruh dunia ialah 12 Apostles yg terletak di Port Campbell National Park.

Peta Great Ocean Road, Australia
Peta Great Ocean Road, Australia

On the way ke Great Ocean Road, kiteorg singgah kejap kat Torquay Surf Beach utk tgk org surf. Tak ramai sgt org kat situ hari tu. Takpe la. Lepas bergambar, kiteorg teruskan perjalanan kiteorg. Dlm perjalanan, tiba2 kiteorg ternampak satu papan tanda kangaroo crossing. Ape lagi, kiteorg pun berhenti kejap la utk bergambar dgn papan tanda tu. Heh. Kat Australia saje ade papan tanda ni. Negara lain confirm takde. Lepas bergambar dgn papan tanda tu, kiteorg pun teruskan perjalanan. Akhirnya, sampai jugak kiteorg kat pintu gerbang Great Ocean Road yg menandakan kiteorg akan mula melalui the Great Ocean Road. Lepas bergambar kat pintu gerbang tu, kiteorg pun meneruskan perjalanan ke destinasi utama kiteorg iaitu Port Campbell National Park utk melihat 12 Apostles yg masyhur tu. Perjalanan jauh lagi sebenarnye. Tapi, kiteorg tak berase boring sbb pemandangan pantai kat sepanjang jalan ni teramat menakjubkan. Subhanallah. Cantik sungguh.

Torquay Surf Beach, Australia
Torquay Surf Beach, Australia


Papan Tanda Kangaroo Crossing, Australia
Papan Tanda Kangaroo Crossing, Australia


Pintu Gerbang Great Ocean Road, Australia
Pintu Gerbang Great Ocean Road, Australia


Pemandangan Great Ocean Road, Australia
Pemandangan Great Ocean Road, Australia


Pemandangan Great Ocean Road, Australia
Pemandangan Great Ocean Road, Australia


Pemandangan Great Ocean Road, Australia
Pemandangan Great Ocean Road, Australia

Lepas hampir 2 jam drive dari pintu gerbang tadi, barulah kiteorg sampai kat Port Campbell National Park di mana terletaknya 12 Apostles tu. Jauh nak mampus. 12 Apostles ni sebenarnye adalah batu2 monolith yg terbentuk drp hakisan ombak. Bentuk2nye sangatlah menakjubkan. Pemandangan 12 Apostles dari tepi pantai tu teramat mengasyikkan. Ditambah lagi dgn matahari yg terik memancar. Hanya org yg pernah sampai sini saja yg boleh menggambarkan betape indahnye pemandangan ni. Subhanallah. Tapi sayangnye, salah satu daripada batu2 yg ada kat situ baru sahaja runtuh semalam. Mungkin sbb dah terlalu lama dipukul ombak kot. Lama2 boleh runtuh jugak kan. Hehe. 12 Apostles ni turut disenaraikan dlm list UNESCO’s World Heritage Site.

12 Apostles, Great Ocean Road, Australia
12 Apostles, Great Ocean Road, Australia


12 Apostles, Great Ocean Road, Australia
12 Apostles, Great Ocean Road, Australia


12 Apostles, Great Ocean Road, Australia
12 Apostles, Great Ocean Road, Australia

Lepas puas bergambar & menikmati keindahan 12 Apostles, kiteorg pulang semula ke Melbourne. Kali ni Mas pulak drive. Reza dah penat. Kiteorg tak guna jalan yg tadi utk balik ke Melbourne. Kiteorg guna jalan lain yg lebih singkat masa perjalanan. Tapi jalan ni tak lalu tepi2 pantai la. Setelah 4-5 jam drive, akhirnya kiteorg pun sampai ke rumah Sam. Peh. Hari ni mmg penat gile. Lepas makan dinner, kiteorg berborak2 dgn Sam & Kak Sarah. Mcm2 benda kiteorg borak. Hahaha. Dieorg ni mmg baik & ramah gile la.

Esoknye adalah 6 July iaitu hari terakhir kiteorg berempat kat Melbourne. Dah hampir 6 hari dah kiteorg kat sini. Plan pada hari ini adalah utk ke Ballarat yg terletak tak brape jauh dari Melbourne. Lebih kurang 1 jam perjalanan dgn kereta. Kat Ballarat ni, ada banyak tempat2 menarik. Tapi kiteorg cuma sempat ke Ballarat Wildlife Park je. Kat dlm park ni terdapat banyak binatang2 yg hanya boleh didapati di Australia spt Kangaroo, Koala Bear, Wallabies, Tasmanian Devil, Emu, Wombat & mcm2 lagi. Kangaroo2 species Grey Kangaroo dilepaskan bebas kat sini sbb ianya jinak & tak berbahaya. Kiteorg beli sepaket makanan utk bagi dieorg makan. Seriously, kangaroo2 tu mmg jinak2 belake. Comel giler!!! Koala Bear pulak asyik tido jek memanjang. Tapi kiteorg berkesempatan jugak la utk bergambar dgn seekor koala bear sewaktu die diberi makan. Emu yg rupanya seakan2 burung unta jugak dilepaskan bebas. Binatang2 lain dikurung kerana agak berbahaya.

Ballarat Wildlife Park, Australia
Ballarat Wildlife Park, Australia


Bersama kangaroo2 yg malas di Ballarat Wildlife Park, Australia
Bersama kangaroo2 yg malas di Ballarat Wildlife Park, Australia


Kasi kangaroo makan di Ballarat Wildlife Park, Australia
Kasi kangaroo makan di Ballarat Wildlife Park, Australia


Bersama mak kangaroo & anaknye di Ballarat Wildlife Park, Australia
Bersama mak kangaroo & anaknye di Ballarat Wildlife Park, Australia


Wallabies di Ballarat Wildlife Park, Australia
Wallabies di Ballarat Wildlife Park, Australia


Tasmanian Devil di Ballarat Wildlife Park, Australia
Tasmanian Devil di Ballarat Wildlife Park, Australia


Bersama koala bear di Ballarat Wildlife Park, Australia
Bersama koala bear di Ballarat Wildlife Park, Australia


Emu di Ballarat Wildlife Park, Australia
Emu di Ballarat Wildlife Park, Australia


Bersama wombat di Ballarat Wildlife Park, Australia
Bersama wombat di Ballarat Wildlife Park, Australia

Lepas spend masa almost 3 hours kat dlm Ballarat Wildlife Park, kiteorg pun kembali semula ke Melbourne. Aku pulak yg drive. First time drive kat negara org ni. Nasib baik la arah driving die same dgn Msia. Tapi aku cume berani drive kat highway je la. Bile dah nak sampai Melbourne city, Reza ganti. Tak berani la. Heheh. Kiteorg singgah kejap Melbourne city centre utk beli souvenir2 yg belum dibeli. Then, kiteorg belikan jugak satu set gelas sbg cenderahati kat Sam sekeluarga sbb sudi menumpangkan kiteorg kat rumah die. Lepas shopping, kiteorg pun terus balik ke rumah Sam utk bersiap2 utk ke airport. Kiteorg akan naik flight ke Sydney mlm nanti. Kak Sarah terharu gile bile kiteorg hadiahkan die set gelas tu. Heheh. Bukannye mahal pun. Since mase banyak lagi terluang, Sam yg kebetulan free time tu bawak kiteorg jalan2 ke tempat2 yg berdekatan dgn kereta die. Antaranya ialah Werribee Open Range Zoo yg terdapat pelbagai jenis binatang spt zirafah, badak air & banyak lagi. Then, kiteorg balik semule ke rumah.

Dlm perjalanan kembali ke Melbourne dari Ballarat, Australia
Dlm perjalanan kembali ke Melbourne dari Ballarat, Australia


Werribee Open Range Zoo, Melbourne, Australia
Werribee Open Range Zoo, Melbourne, Australia

Lepas dinner, kiteorg bergambar dulu dgn Sam sekeluarga sbg tanda ingatan. Lepas bergambar & bersalam-salaman dgn dieorg, kiteorg pun terus bertolak ke Melbourne Tullamarine Airport. Kiteorg sebenarnye sedih sgt nak meninggalkan Sam, Kak Sarah & Shireen sbb dieorg ni tersangatlah baik. Walaupun Sam sibuk dgn kerja die & Kak Sarah sibuk menjage Shireen, tapi dieorg still luangkan mase utk memberi kiteorg layanan yg terbaik. Shireen pulak mcm dah mesra dgn kiteorg. Huhhuhu. Sedihnye!!! Tapi nak taknak, kiteorg kene jugak la bertolak ke airport.

Bersama Sam & family di Melbourne, Australia
Bersama Sam & family di Melbourne, Australia


Bersama Shireen di Melbourne, Australia
Bersama Shireen di Melbourne, Australia


Di Depan Rumah Banglo Sam & family di Melbourne, Australia
Di Depan Rumah Banglo Sam & family di Melbourne, Australia

Flight kiteorg ke Sydney adalah pd pukul 8.00 mlm. Kiteorg bertolak dari rumah Sam dgn kereta pd pukul 6.00 ptg. Time tu dah gelap dah. Winter le katekan. Mule2 tu semue kereta bergerak lancar kat highway yg menuju ke airport. But then, tibe2 je kereta2 semue bersesak2. Traffic jam!! Ya Allah. Kiteorg terperangkap hampir setengah jam kat dlm traffic jam tu. Kiteorg mmg dah panic gile dah. Takut tak sempat check in jek. Kalau terlepas flight tu, sure kene bayar extra fees utk naik next flight. Isk2. Lepas traffic dah ok. Kiteorg cepat2 pecut. Kiteorg sampai airport pd pukul 7.20 mlm. Ade 10 minit lagi sebelum kaunter check in ditutup. Reza & Mas pergi settlekan pasal pemulangan kereta yg kiteorg sewa kat office Europcar kat airport tu, sementara aku & Ilyasak bergegas pergi ke kaunter check in. Actually, kiteorg kene penuhkan tangki minyak kereta tu sebelum dipulangkan. Tapi, mane sempat. So, kene bayar extra charge la nanti. Terpakse la kan, drp tertinggal flight. Nasib baik la kiteorg sempat jugak check in akhirnye. Last minit pulak tu. Huhuh. Alhamdulillah. Berpeluh2 kiteorg time tu. Tepat pukul 8.00 mlm, Qantas flight tu pun berlepas ke Sydney. Perjalanan mengambil mase 1 jam 20 minit. Qantas adalah national flight company di Australia.

Flight Qantas, Australia
Flight Qantas, Australia


Dalam Qantas flight (Melbourne-Sydney), Australia
Dalam Qantas flight (Melbourne-Sydney), Australia

Sesampaiye kiteorg berempat kat Sydney Kingsford Smith Airport, kiteorg dijemput oleh Jem & Azhar iaitu kawan Jem mase kat MOZAC dulu. Dieorg dtg dgn kereta Azhar. Since tak muat kereta, kiteorg berempat terpakse naik bas. Tapi baggage2 kiteorg Azhar bawakkan ke Msia Hall dgn kereta. Sesampainye kat Msia Hall, kiteorg pun berjumpe dgn Fyzal & Manap kat dlm bilik yg dah dibook utk kiteorg. Tak selesa btul bilik tu. Ade satu katil double decker je. Yg duduk kat bilik tu 7 org. So, 5 org terpakse le tido kat atas tilam kat atas lantai. Huhuh. Lepas dah letak barang2, kiteorg berempat gi jumpe Abg Sam, tauke kantin Msia Hall Sydney utk bayarkan duit breakfast & lunch esok. Then, kiteorg tido.

Kat Sydney Kingsford Smith Airport, Australia
Kat Sydney Kingsford Smith Airport, Australia

Bersambung di SuMMeR 2005 (AuSTRaLia) (BHG II)

1 comment:

ne66 said...

Menarik blog saudara..moga pengalaman di negara orang akan mengingatkan dengan negara sendiri...saya sedang kaji isu orang asli maori..ada maklumat lanjut?

shaz86my@yahoo.com