16.7.04

SuMMeR 2004 (GeRMaNY, PoLaND, CZeCH RePuBLiC, SLoVaKia, HuNGaRY, AuSTRia, SWiTZeRLaND, DeNMaRK, SWeDeN, FiNLaND, NoRWaY) (BHG III)



PERHATIAN: ANDA DIPERSILAKAN UTK MEMBACA TRAVELOGUE INI. AKAN TETAPI, TRAVELOGUE INI AKAN DIKEMASKINI & AKAN LENGKAP SEPENUHNYA KELAK.

Pada tarikh 1 July, kiteorg naik train dari Lübeck ke Copenhagen, Denmark. Trainnye agak unik jugak la. Dah le 2 gerabak je. Pastuh, train tu boleh muat pulak utk masuk dlm ferry utk menyeberang Laut Baltic dari Germany ke Denmark. Hehehe. Kelakar betul. Kiteorg sampai kat Copenhagen pd waktu tgh hari. Lepas lepak2 kejap kat hostel yg kiteorg jumpe, kiteorg pun memulakan perjalanan menerokai bandar Copenhagen, Denmark ni. Negara Denmark atau nama tempatannya Danmark dibentuk oleh semenanjung Jutland yg terletak di utara negara Germany & lebih 450 buah pulau di sebelah timur semenanjung tersebut. Ianya adalah salah satu drp negara2 Scandinavia iaitu negara2 Eropah Utara yg terdiri drp Denmark, Sweden, Norway, Finland & Iceland. Kerana kedudukannye yg terletak di antara tanah besar Eropah & Scandinavia, ianya mempunyai percampuran characteristic kedua2nya. Zealand adalah pulau terbesar di Denmark yg diduduki oleh 5.3 juta. ¼ drp penduduk di pulau itu menetap di Copenhagen, iaitu ibu negara Denmark. Penduduk Denmark bertutur dlm bahasa Danish yg mempunyai sedikit persamaan dgn bahasa Swedish & Norwegian. Penggunaan English sgt luas. Kebanyakan penduduknya fasih berbahasa English. So, senang la utk kiteorg berkomunikasi. Hehe.

Dalam Ferry Dari Germany ke Denmark
Dalam Ferry Dari Germany ke Denmark

Copenhagen atau nama tempatannya København adelah bandar terbesar dlm seluruh negara2 Scandinavia. Ianya terletak kat pulau Zealand, Denmark. Bandar ni jugak adalah tempat kelahiran cerite2 fairytale spt The Swan Ponds, Gingerbread Houses, The Tin Soldier, Thumbelina & Little Mermaid. Cerite2 tersebut dihasilkan oleh pencerite tempatan yg masyhur iaitu Hans Christian Andersen. Kiteorg travel around dgn jalan kaki. Tempat pertama yg kiteorg singgah ialah Rådhuset (City Hall) yg terletak kat sebuah square. Kat Rådhuset tu terdapat menara jam yg unik & bersejarah. Berdekatan dgn Rådhuset ialah statue Hans Christian Andersen iaitu pencerita yg glamer tu. Lepas bergambar dgn statue tu, kiteorg bergambar pulak kat Ny Carlsberg Glyptotek (New Carlsberg’s Gallery) yg terletak dekat2 situ. Ianya adalah art gallery yg paling elegant di Copenhagen. Ianya dibuka pd tahun 1897 oleh Carl Jacobsen yg merupakan anak kepada pengasas Carlsberg. Lepas tu, kiteorg ke Christianborg Palace yg dulunya merupakan kediaman diraja. Kini ianya dijadikan Parliament sejak tahun 1918. Besar jugak la tempat tu.

Rådhuset, Copenhagen, Denmark
Rådhuset, Copenhagen, Denmark


Statue Hans Christian Andersen, Copenhagen, Denmark
Statue Hans Christian Andersen, Copenhagen, Denmark


New Carlsberg’s Gallery, Copenhagen, Denmark
New Carlsberg’s Gallery, Copenhagen, Denmark


Christianborg Palace, Copenhagen, Denmark
Christianborg Palace, Copenhagen, Denmark

Kiteorg kemudiannye menuju ke Børsen. Ianya dibina oleh Raja Christian IV pd tahun 1619 & merupakan salah sebuah bangunan yg unik di Copenhagen. Bangunan ni adalah Denmark punya Old Stock Exchange. Stock Exchange kini sudah dipindahkan ke tempat lain. Bumbung menare bangunan ni sgt menarik kerana dikatekan berbentuk seperti ekor naga yg dipintal. Seterusnye, kiteorg meneruskan perjalanan utk bergambar kat depan National Museum. Lepas tu, kiteorg ke Nyhavn (New Harbour) iaitu sebuah canal yg dikiri-kanannye terdapat kaki lima yg mempunyai banyak kedai2 makanan. Bangunan2 dikiri-kanan canal ni sgtlah colourful. Terdapat banyak jugak kapal2 layar & bot nelayan kat canal ni. Selepas menikmati keindahan Nyhavn, kiteorg terus bergerak kembali ke hostel kerana hari pun dah nak gelap.

Børsen, Copenhagen, Denmark
Børsen, Copenhagen, Denmark


Nyhavn, Copenhagen, Denmark
Nyhavn, Copenhagen, Denmark

Keesokan harinye, kiteorg ke Amalienborg Slot (Amalia’s Castle). Ianya adalah kediaman diraja Denmark sejak 1784. Kat situ, kiteorg sempat menyaksikan upacara changing Guard yg diadakan setiap hari pd waktu tgh hari dgn kehadiran Queen of Denmark. Kat sini terdapat jugak sebuah gereja yg diperbuat dari marmar putih yg diberi name Frederikskirken (Frederik’s Church). Ianya mempunyai kubah yg dikatekan antara yg terbesar di Europe. Seterusnye, kiteorg berjalan ke Kastellet iaitu sebuah fortress yg dibina pd kurun ke-16. Kini ianya didiami oleh tentera diraja Denmark. Berdekatan dgnnye ialah Frihedsmuseet (Frihed’s Museum) iaitu museum of Danish Resistant Movement. Ianya mengandungi kisah2 bagaimana lebih 7,000 org Yahudi diselamatkan drp kekejaman tentera Nazi pd Perang Dunia Kedua. Org2 Yahudi itu disembunyikan di tempat yg selamat sebelum membantu mereka berhijrah ke negara Sweden yg pada waktu itu bersifat neutral & tidak memihak ke mane2 kuasa.

Amalienborg Slot, Copenhagen, Denmark
Amalienborg Slot, Copenhagen, Denmark


Changing Guard kat Amalienborg Slot, Copenhagen, Denmark
Changing Guard kat Amalienborg Slot, Copenhagen, Denmark


Frederikskirken, Copenhagen, Denmark
Frederikskirken, Copenhagen, Denmark


Kastellet, Copenhagen, Denmark
Kastellet, Copenhagen, Denmark


Frihedsmuseet, Copenhagen, Denmark
Frihedsmuseet, Copenhagen, Denmark

Kiteorg kemudiannye berjalan ke arah pantai. Di tepi pantai tersebut, terdapat statue Den Lille Havfrue (Little Mermaid) yg menjadi salah satu tarikan yg paling utama di Copenhagen ni. Little Mermaid adalah salah satu drp cerite2 fairytale yg diceritakan oleh pencerite Denmark yg terkenal iaitu Hans Christian Andersen. Statue Little Mermaid yg kesedihan itu seolah2 sedang duduk kat atas sebuah batu meratapi nasib hidupnya yg pilu. Statue ini diperbuat drp gangsa. Susah jugak la kiteorg nak bergambar dgn Little Mermaid tu. Batu2 kat situ agak licin. Silap2 boleh jatuh. Dah le ramai org. Heh. Kiteorg kemudiannye menaiki metro utk ke Rosenborg Slot (Rosenborg Castle) iaitu sebuah bangunan yg dibina oleh Raja Christian IV pd tahun 1606 yg dijadikan tempat kediamannya waktu musim panas. Bentuk bangunan ni amat lawa skali.

Statue Little Mermaid, Copenhagen, Denmark
Statue Little Mermaid, Copenhagen, Denmark


Rosenborg Castle, Copenhagen, Denmark
Rosenborg Castle, Copenhagen, Denmark

Destinasi terakhir kiteorg pd hari kedua di Copenhagen ialah Tivoli Gardens yg merupakan salah satu tarikan utama pelancong ke sini. Ianya mula dibuka sejak tahun 1843 lagi. Tivoli Gardens ni adalah sebuah entertainment park spt Disneyland di Paris, tapi ianya lebih kecik berbanding Disneyland. Kat dlm ni terdapat banyak benda2 yg unik spt Chinese-Style Pagoda, Moorish Pavilions, Hanging Gardens & Bubble Fountain. Roller coaster, ferris wheel & freefall tower pun ade jugak. Terdapat jugak sebuah pentas yg digunakan utk pertunjukan pantomime. Kiteorg sempat menyaksikan sebuah persembahan pantomime yg menarik & kelakar. Ianya dimainkan 3 kali sehari. Kiteorg tgk 2 kali. Nak isi mase yg terluang. Heheh. Kiteorg lepak kat dlm Tivoli Gardens sampai mlm. Malam kat Tivoli Gardens tersangatlah menakjubkan. Dgn lampu2 neonnye. Cantik sungguh. Kesimpulannye, kiteorg mmg tak menyesal masuk ke dlm tempat ni walaupun harga tiket die lebih kurang 9 Euro dlm matawang dieorg. Lepas puas berseronok dlm Tivoli Gardens, kiteorg pun balik semule ke hostel.

Pintu Masuk Tivoli Garden, Copenhagen, Denmark
Pintu Masuk Tivoli Garden, Copenhagen, Denmark


Chinese-Style Pagoda dalam Tivoli Garden, Copenhagen, Denmark
Chinese-Style Pagoda dalam Tivoli Garden, Copenhagen, Denmark


Dalam Tivoli Garden, Copenhagen, Denmark
Dalam Tivoli Garden, Copenhagen, Denmark


Dalam Tivoli Garden, Copenhagen, Denmark
Dalam Tivoli Garden, Copenhagen, Denmark


Dalam Tivoli Garden, Copenhagen, Denmark
Dalam Tivoli Garden, Copenhagen, Denmark


Dalam Tivoli Garden, Copenhagen, Denmark
Dalam Tivoli Garden, Copenhagen, Denmark


Persembahan Pantomime kat Dalam Tivoli Garden, Copenhagen, Denmark
Persembahan Pantomime kat Dalam Tivoli Garden, Copenhagen, Denmark


Malam Di Dalam Tivoli Garden, Copenhagen, Denmark
Malam Di Dalam Tivoli Garden, Copenhagen, Denmark

Esok paginye adelah hari ketiga kiteorg kat sini. Kiteorg punye train ke Lubeck adalah pd waktu ptg. So, kiteorg isi mase sebelum balik dgn shopping souvenir kat Strøget iaitu pedestrian walk yg terpanjang di dunia. Ianya terletak di antara Gammeltorv (Old Marketplace) & Nytorv (New Marketplace). Ramai gile org kat jalan ni. Maklum le, kenderaan2 mane boleh lalu kat sini. Dah name pun pedestrian walk. Terdapat jugak kedai2 mewah spt Hermes, Gucci & Chanel kat jalan ni. Lepas puas shopping, kiteorg terus ke train station. Hari pun dah nak hujan.

Strøget, Copenhagen, Denmark
Strøget, Copenhagen, Denmark

Dari Copenhagen, kiteorg pun kembali semule ke Lübeck. Kiteorg lepak lagi kat hostel Sany. Esok harinye kiteorg tak gi mane2. Lepak kat hostel Sany je. Penat. Jem & Reza pun mcm tgh demam je. Heheh. Kesian btul. Then, esoknye pulak aku & Jem keluar ke bandar Lübeck utk tangkap gambar skali lagi since gambar yg kiteorg ambik dulu hilang bersame2 laptop Jem. Reza tak ikut skali sbb demam. Bile dah puas bergambar, kiteorg kembali semule ke hostel Sany. Kesian Sany. Die tgh exam sebenarnye time tu. Kiteorg ni mcm mengganggu die pulak. Heheh. Sorry eh Sany. Mlm sebelum kiteorg nak meninggalkan Lübeck pd esoknye, kiteorg pun bergambar la dgn Sany, Umie & Julie. Huhuh. Sedih pulak nak meninggalkan dieorg ni.

Setelah berkali2 ulang-alik ke Lübeck, kiteorg akhirnya meninggalkan Sany, Umie & Julie dengan aman. Hehehe. Pd tanggal 6 July, kiteorg meneruskan perjalanan ke Stockholm Skavsta Airport, Sweden dgn Ryanair flight dari Lübeck Airport. Kiteorg sampai Stockholm, Sweden pd waktu ptg. Time tu hujan lebat. Utk ke Stockholm city centre, kiteorg naik shuttle bus. Sweden atau nama tempatannya Sverige merupakan salah satu drp negara2 Scandinavia yg terkenal dgn harga2 barang yg mahal gile & kos sara hidup yg tinggi. Majority penduduknye tinggal kat selatan negara tersebut, same seperti Norway & Finland kerana sebelah utara hampir dgn kutub utara & sangat sejuk. Penduduk Sweden berbahasa Swedish. Tapi dieorg jugak fasih bertutur dlm English. Kesimpulannye, org2 kat negara2 Scandinavia mmg fasih cakap English. Senang hidup kiteorg kat sini. Heheh.

Stockholm adelah ibu negara Sweden. Bandar ni terletak kat persisiran Laut Baltic. Bandar Stockholm ni sebenarnye terdiri drp 14 buah pulau. Sbb tu ianya dikelilingi oleh air laut. Terdapat jugak 24,000 lagi pulau berdekatan dgnnye. Sewaktu winter, laut2 yg mengelilingi bandar ni akan beku. Hmm. Menakjubkan betul. Bandar Stockholm adelah antara bandar yg aku paling suke sepanjang tour kiteorg ni walaupun banyak duit aku habis kat sini kerana ianya adalah salah satu drp bandar2 yg tercantik di dunia. Subhanallah. Bandar die betul2 cantik. Kiteorg travel around the city dgn jalan kaki & jugak naik T-Bana iaitu underground public transport. Utk pertame kalinye, kiteorg terpakse membeli tiket utk naik public transport. Sbbnye, kiteorg tak boleh curi2 masuk lagi sbb ade penghadang. Kalau nak masuk, kene cucuk tiket. So, kiteorg pun terpakse beli tiket utk 3 hari. Mahal gile. Nak dekat 20 Euro dlm matawang dieorg. Sebelum memulakan perjalanan mengelilingi Stockholm ni, kiteorg lepak2 dulu kat hostel utk menghilangkan penat. Hostel yg kiteorg stay ni amatlah tak selesa sbb terpakse share bilik dgn hampir 30 org. Haha. Mmg takde privacy. Nasib baiklah murah. Then, ade la sorang makcik & anak die. Muke cam org Melayu. Org Melayu Singapore kot. English accent dieorg mmg mcm Singaporean English. Kecoh gile dlm bilik tu. Bile time dieorg makan, dieorg ajak semue org. Makanan dieorg mmg banyak gile. Heh. Mmg tak tahan betul kiteorg tgk. Buat malu kaum jek. Hehe.

Summer di Stockholm, Sweden
Summer di Stockholm, Sweden


Winter di Stockholm, Sweden
Winter di Stockholm, Sweden

Bile dah hilang penat, kiteorg pun keluar la kejap. Just jalan keliling tempat tu jek sbb dah nak malam. Kiteorg terserempak dgn Malaysian Restaurant. Ingatkan nak dinner kat situ. Tapi tibe2 kat luar kedai tu ade tulis menu katak goreng. Uwek!! Terus tak selera. Dah le mahal. Kedai org asli Msia kot. Hahah. Tapi, since dah sampai kat depan restaurant tu, kiteorg nak jugak la bergambar. Tapi tak pasal2 digital camera Reza terjatuh & terus tak boleh gune. Tapi, nasib baik le aku bawak camera Olympus aku. So, sejak saat tu, kiteorg gune camera manual aku je la. Hehehe. Lepas penat mencari kedai makan, nasib baik le kiteorg jumpe kedai kebab. Makan je la kat situ. Lepas tu, balik hostel & tido. Mmg tak nyenyak tido la mlm tu. Mcm2 bunyi ade especially org berdengkur. Huhhuh.

Esoknye, barulah kiteorg travel around bandar Stockholm ni. Sebelum itu, kiteorg ke bus station dulu utk beli tiket kapal ke Helsinki, Finland & tiket bus ke Oslo, Norway. Kiteorg akan ke Helsinki pd lusa hari & Oslo pd 11 July. Then, lepas dah beli tiket, baru kiteorg jalan2 sekitar Stockholm. Tempat pertama kiteorg pergi ialah berhampiran dgn Riddarholmskyrkan (Riddarholm’s Church) iaitu sebuah gereja yg menjadi salah satu mercu tanda Stockholm. Kubahnye berbentuk kon & berwarna hitam. Ianya menjadi tempat makam diraja. Kiteorg seterusnye menuju ke tepi pantai di mana Stadhuset (City Hall) kelihatan cantik di tepi laut. Di atas menaranya terdapat symbol Tre Kronor (Three Crowns) yg berwarna emas. Stadhuset adalah adalah projek terbesar di Sweden pd kurun ke-20. Ianya siap dibina pd tahun 1923 & terus menjadi symbol Stockholm sampai ke hari ni. Kat sinilah upacara2 istimewa spt penganugerahan Nobel Science Prize diadakan. Peh. Mcm tak percaye je yg aku dah sampai ke tempat di mane ahli2 sains tername kat seluruh dunia menerime anugerah Nobel Prize ni.

Riddarholm's Church, Stockholm, Sweden
Riddarholm's Church, Stockholm, Sweden


City Hall, Stockholm, Sweden
City Hall, Stockholm, Sweden

Seterusnye, kiteorg mengorak langkah ke Kungliga Slottet (Royal Palace) yg jugak terletak di tepi laut. Ianya dulu adalah kediaman diraja Sweden, tapi masih digunakan untuk upacara2 rasmi. Berdekatan dgn Kungliga Slottet ialah Stokyrkan (Big Church) iaitu cathedral yg berusia 700 tahun yg menjadi gereja utama di Sweden. Kiteorg kemudiannye bergerak ke pedestrian walk Drottninggatan yg berdekatan dgn palace tu. Kat sini banyak kedai souvenir. Kiteorg just survey2 dulu souvenir utk dibeli. Kiteorg ade masuk satu kedai ni. Barang2 souvenir dlm kedai tu mahal2 belake. Belum sempat kiteorg nak mengutuk, tibe2 tuan punye kedai tu bersuare. “Org Malaysia ke??”. Kiteorg terkejut beruk. Hahah. Nasib baik tak sempat mengutuk. Heheh. Kiteorg pun perkenalkan la diri kiteorg. Tuan punye kedai tu org Malaysian Indian. Pompuan. Die tolong abang die jaga kedai tu. Die mmg dah lame tinggal kat situ. Die jugak cakap barang2 souvenir kat Stockholm ni mmg mahal2 belake. Mmg pun. Heheh. Lepas tu, kiteorg pun gi kedai lain utk sambung survey souvenir.

Kungliga Slottet, Stockholm, Sweden
Kungliga Slottet, Stockholm, Sweden


Kungliga Slottet, Stockholm, Sweden
Kungliga Slottet, Stockholm, Sweden


Stokyrkan, Stockholm, Sweden
Stokyrkan, Stockholm, Sweden


Pedestrian Walk Drottninggatan, Stockholm, Sweden
Pedestrian Walk Drottninggatan, Stockholm, Sweden


Pedestrian Walk Drottninggatan, Stockholm, Sweden
Pedestrian Walk Drottninggatan, Stockholm, Sweden

Lepas tu, kiteorg kembali ke Royal Palace utk tgk Changing Guard kat depan palace ni. Changing Guard dia disertai dgn pancaragam. Lagi menarik drp Changing Guard kat Copenhagen dulu. Seterusnye, kiteorg berjalan kaki mengelilingi bandar Stockholm ni sambil menikmati kebiruan air laut yg mengelilinginye. Kiteorg singgah kejap kat Kungsträdgården (King’s Garden) iaitu park yg tertua di Stockholm. Sewaktu summer, tempat ni slalunye akan diadakan open-air theater, dancing, concerts & food festivals. Kat park ni terdapat bronze fountain. Sebelah park ni terletak Kungliga Operan (King’s Opera House) iaitu bangunan opera diraja. Kiteorg then naik T-Bana menuju ke Drottningholm Palace iaitu istana lama yg turut disenaraikan sbg UNESCO’s World Heritage. Sebahagian drpnya kini didiami oleh keluarga diraja. Berhadapan dgn istana ini ialah sebuah taman yg luas & indah. Saujana mata memandang. Berhampiran dgnnya ialah sebuah bangunan kayu yg merupakan theather tertua di dunia yg masih lagi digunakan utk persembahan2. Selepas mengisi mase kat situ, kiteorg pun kembali semule ke hostel utk berehat.

Changing Guard kat Kungliga Slottet, Stockholm, Sweden
Changing Guard kat Kungliga Slottet, Stockholm, Sweden


Kungsträdgården, Stockholm, Sweden
Kungsträdgården, Stockholm, Sweden


Drottningholm Palace, Stockholm, Sweden
Drottningholm Palace, Stockholm, Sweden

Esoknye, sewaktu breakfast kat hostel tu, kiteorg terduduk kat sebelah meja satu family Malaysian Chinese. Hehe. Kebetulan. Tiga beranak. Si anak baru je graduate dari salah sebuah uni kat UK. Dieorg melancong ke Sweden di sbg hadiah utk si anak tu le agaknye. Best btul. Heheh. Kiteorg sebenarnye mcm dah habis travel satu Stockholm. So, hari ni kiteorg just hanging around je. Jalan2 ambik angin. Ptgnye, kiteorg terus ke jetty utk naik kapal cruise ‘Viking Line’ utk ke Helsinki, Finland. Kapal tu akan merentasi Laut Baltic yg akan mengambil mase 16 jam perjalanan. Dari petang tersebut sampai le ke pagi esoknye. Kapal die sangatlah besar. Mcm tak percaye je aku dah pernah naik kapal sebesar tu. Ala2 Titanic. Hahahaah. Kat atas kapal tu, kiteorg tido dlm satu bilik khas yg disediakan kpd mereka2 yg tak menempah personal kabin. Personal kabin agak mahal. Tak mampu kiteorg. Hehe. Kat atas kapal tu ade macam2. Restaurant, kedai groceries & mcm2 lagi. Dlmnye pun lawa. Pd waktu siang, kiteorg banyak habiskan mase kat bhg luar utk menikmati udara Laut Baltic yg sejuk & menyegarkan.

Kapal Cruise Viking Line, Stockholm-Helsinki
Kapal Cruise Viking Line, Stockholm-Helsinki


Dalam Kapal Cruise Viking Line dari Stockholm, Sweden ke Helsinki, Finland
Dalam Kapal Cruise Viking Line dari Stockholm, Sweden ke Helsinki, Finland


Laut Baltic
Laut Baltic

Esok paginye baru la kiteorg tibe di Helsinki, Finland. Finland atau nama tempatannya Suomi adalah negara termundur jika dibandingkan dgn negara2 Scandinavia yg lain. Negara ni terkenal dgn tasik2nye. Keseluruhannye, Finland mempunyai 188,000 buah tasik. Banyak gile kan? Ia jugak terkenal dgn Lapland iaitu kawasan bukit bukau yg sgt cantik yg terletak kat utara negara ni. Kampung asal Santa Clause dikatekan terletak di Lapland iaitu kat tempat yg bername Rovaniemi yg terletak betul2 kat atas Arctic Circle. Finland jugak adalah pengeluar hp yg amat terkenal di seluruh dunia iaitu Nokia. Hmm. Mcm tak percaye je kan? Heheh. Org2 negara Finland menggunakan bahasa Finnish.

Helsinki atau nama tempatannya Helsingfors adalah tempat yg paling jauh kiteorg sampai dlm tour kiteorg ni. Dah dekat2 dgn St Petersburg, Russia dah tu. Nasib baik le nak gi Russia kene ade visa. Kalau tak, mmg dah sampai Russia dah kiteorg. Hehehe. Helsinki adelah ibu negara kpd Finland. Ianya digelar ‘White City of the North’ kerana bangunan2nye yg serba putih yg dibina oleh pemerintah Russia pd kurun ke-19. Bandar ni terletak kat pinggir Teluk Finland yg air lautnya tidaklah sejernih air laut kat Stockholm. Selepas meletakkan barang2 kat hostel, kiteorg pun terus menjelajah bandar Helsinki ni. Kiteorg travel dgn berjalan kaki. Ade jugak la naik tram & metro. Tempat pertama kiteorg jejaki ialah Helsinki Central Station iaitu train station bandar ni. Kat bahagian depan bangunan ni terdapat 4 statues yg memegang lantern. Lepas tu, kiteorg bergambar pulak kat Helsinki Cathedral yg berwarna putih & mempunyai 5 buah kubah berwarna hijau. Ianya adalah gereja utk mazhab Lutheran. Gereja yg terletak kat atas bukit ni merupakan antara landmark & tarikan utama Helsinki. Di hadapan gereja ni ialah Senaatintori (Senate Square) yg dibina oleh penjajah Russia zaman dahulu. Statue Czar Alexander II of Russia berada kat tgh2 square ni. Tapak square ni diperbuat drp lebih 400,000 batu2 granite berwarna merah & kelabu. Bangunan Senate terletak bersebelahan dgn Helsinki Cathedral. University of Helsinki yg membentuk pasangan simetri dgn bangunan Senate terletak kat sebelah kanan gereja, bertentangan dgn bangunan Senate.

Helsinki Central Station, Helsinki, Finland
Helsinki Central Station, Helsinki, Finland


Helsinki Cathedral, Helsinki, Finland
Helsinki Cathedral, Helsinki, Finland


Senaatintori, Helsinki, Finland
Senaatintori, Helsinki, Finland

Kiteorg kemudiannye berjalan ke Kauppatori (Market Square) yg terletak berhampiran dgn pelabuhan. Banyak makanan2 basah, kering, ikan2 & even souvenir pun dijual kat sini. Kat sini, kiteorg singgah kat satu gerai utk makan ikan. Sedap gak le. Pastuh, kiteorg beli beberape souvenir. Souvenir kat Helsinki adelah souvenir yg paling mahal sepanjang pengalaman kiteorg travel Europe. Taktau le kenape. Kat keliling Market Square ni ade beberape tempat menarik spt City Hall yg berwarna biru, Old Market Hall & Esplanadi Park yg terdapat fountains & sebuah statue perempuan bogel yg bername Havis Amanda yg diperbuat drp gangsa. Statue ni jugak merupakan salah satu symbol Helsinki tau. Jgn main2. Heheh. Berdekatan dgn Market Square tu, terletaknye jugak Uspenski Cathedral yg diperbuat drp bata2 merah, berbumbung hijau & berkubah emas. Ianya adalah gereja utk mereka yg bermazhab Russian Orthodox. Ianya adalah gereja Russian Orthodox yg terbesar di Scandinavia.

Market Square, Helsinki, Finland
Market Square, Helsinki, Finland


Esplanadi Park, Helsinki, Finland
Esplanadi Park, Helsinki, Finland


Statue Havis Amanda, Helsinki, Finland
Statue Havis Amanda, Helsinki, Finland


Uspenski Cathedral, Helsinki, Finland
Uspenski Cathedral, Helsinki, Finland

Lepas puas menghabiskan mase kat Market Square tu, kiteorg menuju ke Suomenlinna Island Fortress pulak. Kiteorg ke sane dgn menaiki ferry dari jetty yg terdapat di Market Square. 15 minit perjalanan. Suomenlinna Island Fortress yg merupakan satu lagi tarikan pelancong ke Helsinki adalah sea fortress yg terbesar di Scandinavia & turut disenaraikan dlm UNESCO’s World Heritage Site. Ianya dibina pd tahun 1772 sebagai benteng pertahanan persisiran pantai Finland. Sea Fortress ini merangkumi sejumlah 6 pulau & mempunyai 200 bangunan. Ianya menjadi tempat tinggal ramai org Finland pada suatu mase dahulu. Kini, masih ade 900 org menetap kat pulau2 tu. Setelah puas menikmati kesegaran alam di Suomenlinna Island Fortress, kiteorg kembali ke Market Square dgn ferry. Kemudian, kiteorg berjalan menuju ke Kiasma iaitu Museum of Contemporary Art. Muzium ini unik kerana dibina dgn begitu teliti dgn memaksimakan penggunaan cahaya matahari utk menerangi suasana di dalam muzium ni. Lepas tu, kiteorg terus berjalan ke Parliament House. Parliament House ni pulak terletak berdekatan dgn National Museum yg mempunyai sebuah menara. Then, kiteorg jalan ke depan sikit lagi utk ke Finlandia Hall. Di sinilah concert2 slalu diadakan. Kemudiannye, kiteorg naik tram utk ke Temppeliaukio Church yg jugak digelar ‘Church in the Rock’ kerana ianya dibina dibawah batu2 granit. Domnya diperbuat drp tembaga & kaca. Ianya jugak adalah antara tarikan utama pelancong. Hari pun dah nak gelap. So, kiteorg kembali ke hostel.

Suomenlinna Island Fortress, Helsinki, Finland
Suomenlinna Island Fortress, Helsinki, Finland


Kat Suomenlinna Island Fortress, Helsinki, Finland
Kat Suomenlinna Island Fortress, Helsinki, Finland


Kat Suomenlinna Island Fortress, Helsinki, Finland
Kat Suomenlinna Island Fortress, Helsinki, Finland


Kiasma, Helsinki, Finland
Kiasma, Helsinki, Finland


Parliament, Helsinki, Finland
Parliament, Helsinki, Finland


Natural Museum, Helsinki, Finland
Natural Museum, Helsinki, Finland


Kat Entrance Finlandia Hall, Helsinki, Finland
Kat Entrance Finlandia Hall, Helsinki, Finland


Finlandia Hall, Helsinki, Finland
Finlandia Hall, Helsinki, Finland


Temppeliaukio Church, Helsinki, Finland
Temppeliaukio Church, Helsinki, Finland

Keesokan paginye, hujan turun dgn lebat. Nak taknak, kiteorg kene jugak teruskan journey. Nasib baik ade payung. So, kiteorg pun terus ke Sibelius Park di mana terdapatnye Sibelius Monument sculpture. Sculpture ini diperbuat drp besi yg utuh & diletakkan di atas sebuah batu. Ianya didedikasikan kpd Jean Sibelius, iaitu pemuzik Finland yg sgt terkenal suatu mase dahulu. Bersebelahan dgn sculpture Sibelius ialah sebuah sculpture yg berbentuk seakan2 organ, instrument yg paling tidak disukai oleh Sibelius. Hujan makin lebat. So, kiteorg decided utk terus balik ke hostel. Lagipun, satu tempat tu je yg kiteorg belum pergi. Bile hujan dah redup, kiteorg pun terus ke jetty. Kiteorg akan kembali semule ke Stockholm dgn menaiki kapal cruise yg same iaitu Viking Line. Kiteorg sampai Stockholm pagi esokye.

Kat Sibelius Park, Helsinki, Finland
Kat Sibelius Park, Helsinki, Finland



Kat Sibelius Park, Helsinki, Finland
Kat Sibelius Park, Helsinki, Finland

Pagi esoknye setelah tiba di Stockholm, kiteorg lepak kat bus station. Bus ke Oslo adalah pd pukul 10.00 mlm. Since kiteorg banyak gile mase, kiteorg bergilir2 ronda bandar Stockholm berdua. Sorang lagi akan jaga barang2 kat bus station. Aku & Jem jalan2 skali. Kiteorg pergi ke Stadhuset (City Hall) utk bergambar dgn lebih dekat. Then, kiteorg singgah kat pedestrian walk yg banyak jual souvenir tu. Kiteorg beli sikit souvenir. Yg ringan2 je dulu. Selebihnye kiteorg akan beli on the last day kat Stockholm nanti. Tunggu punye tunggu, dah pun pukul 10.00 mlm. Then, kiteorg pun naik le bus utk ke Oslo, Norway.

City Hall, Stockholm, Sweden
City Hall, Stockholm, Sweden

Oslo, Norway adalah destinasi terakhir dlm Europe Tour kiteorg. At last!!! Time ni kiteorg mmg dah tak sabar2 dah nak balik Dublin. Penat nak mampus setelah 5 minggu travel. Tak pernah dibuat org. Heheh. Kiteorg sampai kat Oslo, Norway awal pagi. Norway atau nama tempatannya Norge adalah salah sebuah negara Scandinavia. Ianya terkenal dgn fjords iaitu pantai di barat negara ini yg sangat cantik & menakjubkan hasil drp kesan glasiers semasa berakhirnye Ice Age. Norway jugak digelar ‘Land of the Midnight Sun’ kerana jika kite berada di utara negara ini iaitu melepasi Garisan Arctic semasa pertengahan summer, kite dpt menyaksikan fenomena alam yg sgt menakjubkan iaitu matahari di tgh malam. Matahari tidak akan terbenam utk beberape minggu sewaktu summer. Pada waktu winter pulak, matahari tidak akan kelihatan langsung di sini utk beberape minggu. Subhanallah. Menakjubkan sungguh kan? Hmm. Org2 Norway mempunyai bahasa dieorg sendiri iaitu Norwegian.

Midnight Sun di Tromso, Norway
Midnight Sun di Tromso, Norway

Oslo adalah ibu negara Norway. Ianya adalah ibu negara yg tertua di kalangan negara2 Scandinavia & ianya jugak adalah capital city of Vikings. Lepas dah jumpe hostel, kiteorg pun terus memulakan perjalanan mengelilingi bandar Oslo ni. Kiteorg travel around dgn berjalan kaki, tram & T-Banen. Tempat pertame kiteorg pergi ialah Rådhus (City Hall) yg merupekan landmark yg paling utama di Oslo. Jikalau Nobel Science Prize dianugerahkan di Stadhuset (City Hall) kat Stockholm, Nobel Peace Prize pulak dianugerahkan di Rådhus (City Hall) kat Oslo. Hehe. Terase bangga pulak bile dah sampai tempat yg sebegini glamer. Hehe. Then, kiteorg berjalan ke Akershus Slott (Akersus Castle). Ianya dikelilingi oleh fortress. Sewaktu Perang Dunia Kedua, tentera Nazi telah menyiksa & membunuh ramai penentang mereka di sini. Di sini jugak terdapat sebuah muzium iaitu Hjemmefrontmuseet.

Rådhus, Oslo, Norway
Rådhus, Oslo, Norway


Akershus Slott, Oslo, Norway
Akershus Slott, Oslo, Norway

Selepas tu, kiteorg ke Vigelandsparken (Vigeland Sculpture Park) yg terletak agak jauh dari Oslo city centre. Tempat ni adalah tarikan utama pelancong ke Oslo. Kat sini terdapat banyak sculpture2 manusia yg berwarna putih & bentuk2nya tersangatlah menarik. Kagum gile kiteorg tgk. Lepas puas bergambar kat situ, kiteorg kembali ke city centre & bergambar kat depan Nationaltheatret (National Theater). Kemudiannye kiteorg ke Kongelige Slottet (Royal Palace). Tempat ni akan menjadi tempat utk menyambut kemerdekaan Norway pd 17 May setiap tahun. Kiteorg berkesempatan utk menyaksikan Changing Guard kat depan palace ni. Tapi tak menarik sgt sbb takde pancaragam. Lepas taktau nak buat ape dah, kiteorg pulang ke hostel utk berehat2.

Vigeland Sculpture Park, Oslo, Norway
Vigeland Sculpture Park, Oslo, Norway


Kat Vigeland Sculpture Park, Oslo, Norway
Kat Vigeland Sculpture Park, Oslo, Norway


Nationaltheatret, Oslo, Norway
Nationaltheatret, Oslo, Norway


Royal Palace, Oslo, Norway
Royal Palace, Oslo, Norway


Changing Guard kat Royal Palace, Oslo, Norway
Changing Guard kat Royal Palace, Oslo, Norway

Esok paginye, kiteorg bertolak ke Holmenkollen, iaitu tempat yg pernah berlangsungnye Winter Olympic Games. Tak ingat tahun berape. Acara utama ialah skiing. Tempat ni terletak kat atas bukit. Agak jauh dari Oslo city centre. Bile dah puas bergambar kat situ, kiteorg kembali ke city centre & bergambar kat depan Parliament. Lawa jugak bentuk bangunan Parliament tu. Then, kiteorg naik ferry utk pergi ke semenanjung Bygdøy di mane terletaknye beberape buah muzium. Kiteorg cume pergi ke 3 buah muzium je. Muzium pertame kiteorg pergi ialah Norsk Folkemuseum (Norway’s Folk Museum). Ianya adalah muzium terbuka yg menggambarkan kehidupan penduduk luar bandar di Norway. Terdapat lebih 150 buah model2 bangunan dlm muzium terbuka ni. Lepas beberape jam kat dlm muzium ni, kiteorg ke Vikingskipshuset (Viking Museum) pulak. Kiteorg tak masuk dlm museum ni sbb rase tak berbaloi. Bergambar dari luar je. Kat dlmnye terdapat 3 buah kapal asli Viking yg telah berusia 900 tahun. Lepas tu, kiteorg ke Kon-Tiki Museum. Kiteorg tak masuk dlm. Bergambar dari luar jek. Then, kiteorg kembali ke Oslo city centre dgn ferry. Lepas tu, tamat la tour kiteorg kat Oslo ni. Kiteorg jalan2 kat Oslo city centre kejap sementara menunggu bus ke Stockholm pd waktu mlm. Mlmnye, kiteorg pun bertolak kembali semule ke Stockholm dgn bus.

Kat Holmenkollen, Oslo, Norway
Kat Holmenkollen, Oslo, Norway


Kat Holmenkollen, Oslo, Norway
Kat Holmenkollen, Oslo, Norway


Parliament, Oslo, Norway
Parliament, Oslo, Norway


Kat Dalam Norsk Folkemuseum, Oslo, Norway
Kat Dalam Norsk Folkemuseum, Oslo, Norway


Bersama Wanita Norwegian Kat Dalam Norsk Folkemuseum, Oslo, Norway
Bersama Wanita Norwegian Kat Dalam Norsk Folkemuseum, Oslo, Norway


Kat Depan Viking Museum, Oslo, Norway
Kat Depan Viking Museum, Oslo, Norway


Kapal Viking kat Dalam Viking Museum, Oslo, Norway
Kapal Viking kat Dalam Viking Museum, Oslo, Norway


Kon-Tiki Museum, Oslo, Norway
Kon-Tiki Museum, Oslo, Norway


Oslo, Norway
Oslo, Norway

Kiteorg sampai Stockholm pd waktu pagi. Hari ni ialah 14 July 2004. Kiteorg just lepak2 kat dlm bus station tu sementara menunggu shuttle bus ke Stockholm Vasteras Airport pd waktu ptg. Kiteorg mengisi mase dgn shopping souvenir utk kali terakhir. Bile shuttle bus dah sampai, kiteorg pun bertolak ke Stockholm Vasteras Airport. Then, kiteorg naik Ryanair flight dari situ ke London Stansted Airport. Kiteorg sampai airport tu pd waktu mlm. Since flight ke Dublin adalah esok pagi, kiteorg terpakse lepak kat airport tu sampai le esok pagi. Boring gile. Aku just tido2 ayam jek. Tak nyenyak. Setelah penat menunggu, akhirnya tiba pun 15 July 2004. Tarikh kiteorg kembali semula ke Dublin. Dgn menaiki Ryanair flight, kiteorg pun bertolak kembali ke Dublin Airport & sampai kat sane pd pukul 8.00 pagi. Dengan itu, secare rasminye tamatlah pengembaraan Europe Tour kiteorg. Alhamdulillah syukur nikmat.

So, tu le serba sedikit pengalaman kiteorg selame 5 minggu. Kesimpulannye, pengalaman meng’cover’ 11 negare Europe dlm mase 5 minggu ni amatlah berharga bagi diri kiteorg. Sampai ke hujung nyawa pun kiteorg takleh lupe segale penat lelah, suka duka, pahit jerih, hujan panas dan macam2 lagi dugaan dan rintangan yg kiteorg dah tempuhi. Duit pun dah banyak habis. Nak dekat 1500 Euro. Tapi semuenye terbayar dgn gambar2 yg kiteorg tangkap sepanjang perjalanan kiteorg walaupun kiteorg kekurangan beberape gambar seperti gambar2 di Berlin, Potsdam & Krakow dan ketiadaan ape2 gambar langsung di Warsaw akibat kejadian kecurian laptop Jem. Heheheh. Tapi semue kejadian tu adelah ketentuan Allah SWT yg mungkin ada rahmat yg terselindung disebaliknye. Hanya Allah saje yg Maha Mengetahui. Ape2 pun, syukur ke hadrat Allah SWT kerana akhirnya kiteorg selamat sampai semule ke Dublin. InsyaAllah kiteorg akan menyambung lagi ekspidisi kiteorg utk meng’cover’ Spain, Portugal, Italy, Greece, Turkey, Romania & Bulgaria pulak bile kewangan kiteorg dah stabil nanti.

TAMAT.

No comments: