17.8.06

SuMMeR 2006 (WaLeS, iTaLY, VaTiCaN CiTY, GReeCe, TuRKeY, SCoTLaND, eGYPT) (BHG III)



PERHATIAN: ANDA DIPERSILAKAN UTK MEMBACA TRAVELOGUE INI. AKAN TETAPI, TRAVELOGUE INI AKAN DIKEMASKINI & AKAN LENGKAP SEPENUHNYA KELAK.

Pengembaraan aku di Mesir bumi Anbiyak disertai oleh 5 orang pelajar Malaysia di Dublin iaitu aku, Tok Wan, Acab, Johan & Ahmad. Acab, Johan & Ahmad telah bertolak dahulu ke Mesir dengan niat untuk belajar bahasa Arab. Mereka telah bertolak ke sana pada bulan Jun. Sementara aku & Tok Wan pula bertolak ke sana pada bulan Ogos. Niat aku & Tok Wan ke Mesir hanyalah untuk mengembara semata-mata. Kami tidak mempunyai niat untuk belajar bahasa Arab seperti ketiga-tiga rakan kami yang lain. Hahaha. Pengembaraan aku pada kali ini mengambil masa selama 16 hari. Aku bertolak ke Mesir seminggu selepas aku & Jem tiba di Dublin setelah tamatnya pengembaraan kami di Wales, Itali, Vatican City, Greece, Turki & Scotland. Cuti Musim Panas aku masih panjang lagi sebenarnya.

Pengembaraan aku di Mesir bermula paada tarikh 1 Ogos 2006 & berakhir pada tarikh 16 Ogos 2006. Lebih kurang 2 minggu lamanya. Antara bandar-bandar di Mesir yang sempat aku kunjungi ialah Kaherah, Iskandariah, Dumyat, Fayyum & juga beberapa buah tempat di Semenanjung Sinai seperti Jabal Musa, Taba’ & Dahab. Aku hanya memakai baju T sahaja sepanjang berada di Mesir kerana cuacanya yang tersangat panas, iaitu melebihi 40 darjah celcius & juga sangat kering. Cuaca sebegini amat berbeza sekali berbanding negara-negara Eropah yang telah aku jejaki.

Sepanjang kami berada di bandar Kaherah, Mesir, aku & Tok Wan bermalam di Rumah Perlis, sementara Acab, Johan & Ahmad pula bermalam di Rumah Malaysia Abbasiyah. Bayaran penginapan kami tersangatlah murah. Untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, kami telah menggunakan perkhidmatan sebuah agensi pelancongan milik seorang pelajar Malaysia di sana iaitu ‘Al-Syafie Travel’. Pemiliknya yang bernama Arif atau digelar Ustaz Arif kini sedang belajar dalam bidang Syariah di Universiti Al-Azhar. Agensi ini menyediakan sebuah kereta yang dipandu oleh seorang pemandu yang juga turut ditugaskan sebagai pemandu pelancong. Bayaran perkhidmatan agensi ini tidaklah terlampau mahal & agak berpatutan.

Hari 1: 1 OGOS 2006

Pengembaraan aku di bumi Mesir bermula pada hari ini. Penerbangan Malev Hungarian Airlines aku akan berlepas pada pukul 8.00 pagi ini dari Lapangan Terbang Dublin. Aku telah pun bermalam di lapangan terbang ini malam tadi kerana takut terlepas kapal terbang. Untuk ke Kaherah, Mesir, aku perlu transit di Budapest, Hungary kerana tiada penerbangan terus dari Dublin ke Kaherah. Aku hanya berseorangan sahaja menaiki penerbangan tersebut. Tok Wan akan menyusuli aku pada esok harinya. Kami menaiki penerbangan pada hari yang berlainan kerana kami membeli tiket pada waktu yang berlainan. Acab, Johan & Ahmad sudah pun berada di bumi Mesir pada waktu ini. Aku telah berpesan kepada mereka untuk menjemput aku di Lapangan Terbang Kaherah nanti.

Setelah menunggu berjam-jam lamanya di Lapangan Terbang Dublin sejak malam tadi, akhirnya kaunter pendaftaran masuk pun dibuka. Aku lantas terus mendaftar masuk. Kemudiannya, aku menunggu pula masa untuk masuk ke dalam pesawat. Setelah beberapa minit menunggu, pintu pesawat pun dibuka. Aku & penumpang-penumpang yang lain lantas terus masuk ke dalamnya. Tidak berapa lama kemudian, ianya pun berlepas meninggalkan Dublin menuju ke Budapest. Penerbangan tersebut mengambil masa hampir 3 jam lamanya. Ini adalah pengalaman pertama aku menaiki penerbangan Malev Hungarian Airlines. Boleh tahan juga selesanya. Aku telah pun memesan makanan halal sewaktu pembelian tiket dahulu.

Pesawat Malev Hungarian Airlines
Pesawat Malev Hungarian Airlines

Setibanya aku di Lapangan Terbang Budapest Ferihegy, waktu sudah pun menunjukkan pukul 11.45 pagi waktu tempatan Hungary. Penerbangan aku ke Kaherah akan berlepas pada pukul 11.15 malam nanti. Oleh itu, aku mempunyai masa terluang melebihi 11 jam di Budapest. Disebabkan terlampau bosan, aku terus mengambil keputusan untuk bersiar-siar di pusat bandar Budapest. Oleh itu, aku telah menempah sebuah teksi murah untuk ke pusat bandarnya. Perjalanan ke sana dari lapangan terbang tersebut mengambil masa lebih kurang 30 minit. Setibanya aku di pusat bandar Budapest, teksi tersebut meninggalkan aku di hadapan sebuah hotel. Aku akan dijemput semula pada pukul 7.00 petang nanti di tempat yang sama. Bayarannya tidaklah terlampau mahal.

Aku kemudiannya terus memulakan ekspedisi mengelilingi bandar Budapest ini. Sebenarnya, aku pernah menjejakkan kaki di Budapest sebelum ini iaitu sewaktu pengembaraan Musim Panas 2004. Maka, ini adalah pengalaman kali ke-2 aku di sini. Aku hanya menghabiskan masa dengan bersiar-siar & juga mengambil beberapa keping gambar panorama untuk dijadikan kenangan.

Panorama Országház, Budapest, Hungary
Panorama Országház, Budapest, Hungary


Panorama Széchenyi Lánchíd & Budai Vár, Budapest, Hungary
Panorama Széchenyi Lánchíd & Budai Vár, Budapest, Hungary

Apabila jam sudah menunjukkan pukul 7.00 petang, aku pun dijemput oleh teksi yang sama untuk kembali ke Lapangan Terbang Budapest Ferihegy. Pada waktu ini, hujan turun dengan amat lebat sekali, seolah-olah seperti ribut petir sedang berlaku. Belum pernah aku lihat hujan selebat ini di bumi Eropah. Setibanya aku di lapangan terbang tersebut, aku berehat-rehat di dalamnya sementara menunggu waktu pendaftaran masuk. Setelah berjam-jam menunggu, aku & penumpang-penumpang lain pun akhirnya dibenarkan untuk mendaftar masuk. Kemudian, aku menunggu pula masa untuk dipanggil masuk ke dalam pesawat. Hujan sebenarnya masih belum berhenti sejak petang tadi & ianya menjadi semakin lebat.

Tiba-tiba, kedengaran satu pengumuman yang mengatakan bahawa kesemua penerbangan dari pukul 6.00 petang akan ditunda sehingga cuaca kembali pulih. Disebabkan itulah kawasan menunggu menjadi tersangat sesak. Berbelas-belas penerbangan terpaksa ditunda kerana cuaca buruk. Begitu juga dengan penerbangan aku yang sepatutnya akan berlepas pada pukul 11.15 malam terpaksa juga ditunda. Akhirnya, apabila cuaca sudah agak pulih, kesemua penerbangan yang ditunda dari pukul 6.00 petang tadi satu demi satu berlepas meninggalkan Budapest tanpa henti. Giliran penerbangan aku adalah pada pukul 1.00 pagi. Syukur kepada Allah kerana penerbangan aku tidaklah tertunda begitu lama. Hanya 1 3/4 jam sahaja tertunda.

Beberapa minit selepas masuk ke dalam pesawat, ianya pun berlepas meninggalkan Budapest menuju ke Kaherah. Penerbangan Malev Hungarian Airlines ini mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk tiba di bumi Kaherah.

Hari 2: 2 OGOS 2006

Setibanya aku di Lapangan Terbang Kaherah, aku dikenakan untuk membayar visa sewaktu aku hendak melepasi kaunter imigresen, sedangkan aku hanya akan berada di Mesir untuk jangka masa 2 minggu sahaja. Pembayaran visa Mesir bagi warganegara Malaysia sebenarnya hanya dikenakan jikalau kita menetap di sini lebih daripada 2 minggu. Aku malas hendak bergaduh. Maka, aku pun membayar setem visa tersebut yang tidaklah semahal mana. Selepas melepasi kaunter imigresen tersebut, aku terlihat Johan, Ahmad & seorang lelaki Melayu yang tidak dikenali sedang menunggu aku. Hahaha. Aku berasa sangat lega apabila dapat melihat wajah-wajah mereka. Aku takutkan kelewatan penerbangan aku akan menyebabkan mereka terus pulang. Aku sepatutnya tiba di lapangan terbang tersebut pada pukul 3.30 pagi waktu tempatan Mesir. Tetapi, disebabkan masalah cuaca di Budapest, aku tiba di sini pada pukul 5.15 pagi. 1¾ jam lewat.

Aku kemudiannya bersalam-salaman dengan mereka bertiga & menceritakan punca kelewatan aku. Acab tidak dapat datang bersama kerana dia mempunyai kelas bahasa Arab pada pagi ini. Lelaki Melayu yang tidak aku kenali itu rupa-rupanya adalah seorang pelajar Malaysia yang sedang belajar di salah sebuah universiti di Kaherah. Namanya ialah Faisal. Baik & peramah orangnya.

Setelah menunaikan solat Subuh di surau, kami berempat menahan teksi. Faisal yang amat fasih berbahasa Arab itu berbincang & tawar-menawar harga tambang dengan pemandu teksi tersebut. Setelah mencapai kata sepakat, kami pun masuk ke dalamnya. Destinasi kami adalah Rumah Perlis di mana aku akan ditempatkan. Acab, Johan & Ahmad pula menetap di Rumah Malaysia Abbasiyah yang terletak agak jauh dari Rumah Perlis. Aku diletakkan di Rumah Perlis kerana sekuriti di Rumah Malaysia Abbasiyah agak ketat. Mereka bertiga pun menumpang di sana secara senyap-senyap. Di Rumah Perlis, kebebasan aku agak terjamin. Hahaha. Di Kaherah ini sebenarnya terdapat 14 buah Rumah Malaysia. Rumah Malaysia yang terbesar & yang menjadi pusat kepada Rumah-Rumah Malaysia yang lain ialah Rumah Malaysia Abbasiyah. Rumah-Rumah Malaysia yang lain masing-masing diberi nama mengikut negeri-negeri di Malaysia. Contohnya, Rumah Perlis yang menjadi destinasi kami sekarang ini.

Sepanjang perjalanan dari lapangan terbang ke Rumah Perlis, aku perhatikan suasana yang amat berbeza daripada suasana bumi Eropah yang telah aku jejaki sebelum ini. Terlampau banyak perbezaannya yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Setibanya kami di Rumah Perlis yang merupakan sebuah bangunan flat 5 tingkat, aku dibawa ke sebuah bilik yang menempatkan tetamu-tetamu luar. Kebetulan pada waktu ini terdapat 2 orang pelajar Malaysia dari United Kingdom yang sedang menumpang berteduh di sini. Mereka ialah Nabil yang kini belajar di University of Sheffield & Hasbullah atau nama gelarannya Yeop yang kini belajar di University of Manchester. Kedua-dua mereka adalah pelajar kursus kejuruteraan. Nabil akan pulang semula ke United Kingdom pada waktu petang nanti. Oleh itu, cuma Yeop & aku sahaja yang akan tinggal di dalam bilik itu.

Aku kemudiannya membaringkan diri kerana penat. Begitu juga dengan Johan, Ahmad & Faisal. Apabila waktu tengah hari sudah tiba, aku diajak oleh Yeop & beberapa orang penghuni Rumah Perlis untuk makan tengah hari di sebuah restoran Melayu yang terdapat di tingkat bawah bangunan flat tersebut. Murah sekali harga makanan-makanan yang dijual. Aku berasa tersangat gembira. Hahaha. Aku juga berkesempatan untuk berkenalan dengan beberapa orang penghuni rumah tersebut, termasuk mereka yang bekerja di restoran itu. Kesemua mereka baik-baik belaka orangya & amat peramah. Pelajar yang ditugaskan menjadi ketua kepada penghuni-penghuni Rumah Perlis ialah Nazim atau digelar Ustaz Nazim. Penguasaan bahasa Arabnya tersangatlah hebat.

Selepas makan tengah hari, aku kembali ke bilik aku. Sedang aku berehat-rehat, tiba-tiba Acab datang memberi kunjungan. Kelasnya baru sahaja tamat. Kami pun berbual panjang di dalam bilik tumpangan aku tersebut. Sudah lebih sebulan aku tidak berjumpa dengan ahli rumah aku di Dublin itu. Aku sebenarnya sudah pun bersms dengan Ustaz Arif, tuan punya agensi pelancongan yang akan aku ikuti. Kami sudah membuat temu janji pada pukul 4.00 petang nanti di restoran Rumah Perlis. Selepas menunggu beberapa lama, akhirnya Ustaz Arif pun tiba. Aku & Acab berbincang dengannya tentang rangka perjalanan yang telah pun dibuat olehnya. Kami memintanya membuat beberapa perubahan memandangkan Acab, Johan & Ahmad pun turut ingin mengikuti trip yang dikelolakan olehnya. Sebelum ini, cuma aku & Tok Wan sahaja yang akan mengikutinya. Setelah habis berbincang, Ustaz Arif pun pulang ke rumahnya.

Acab kemudiannya membawa aku ke Rumah Malaysia Abbasiyah dengan menaiki bas. Aku hanya bergantung kepadanya sahaja memandangkan aku tidak tahu-menahu langsung tentang selok-belok kota Kaherah. Aku baru sahaja tiba di sini pada hari ini, sedangkan dia sudah berada di sini lebih daripada sebulan lamanya. Hahaha. Setibanya kami di Rumah Malaysia Abbasiyah, aku berkenalan dengan beberapa orang pelajar Malaysia yang tinggal di sini. Rumah Malaysia Abbasiyah ini sebenarnya menempatkan lebih daripada seribu orang pelajar Malaysia yang menuntut di beberapa buah universiti di sekitar kota ini. Antara pelajar-pelajar yang aku sempat berkenalan adalah Zuhdi, kawan kepada Acab. Aku tidak ingat akan nama pelajar-pelajar yang lain. Kami rancak berbual sehingga waktu Maghrib.

Apabila azan berkumandang, kami semua bergerak menuju ke surau yang terdapat di sini. Setelah selesai solat Maghrib, aku diajak untuk mengikuti ceramah yang diberi oleh seorang penceramah yang agak terkenal. Aku tidak ingat akan namanya. Akan tetapi, ceramah yang diberinya tersangat menarik. Ianya berkenaan dengan hal ehwal semasa negara-negara Islam di Timur Tengah. Kusyuk aku mendengar ceramah beliau yang mengambil masa lebih daripada 2 jam lamanya.

Selepas selesai ceramah, Acab membawa aku ke bilik kawannya yang lain iaitu Faizal. Orangnya kecil, tapi bersuara lantang. Hahahah. Kemudian, kami ke bilik rakan-rakan yang lain pula. Tok Wan akan tiba di Lapangan Terbang Kaherah pada malam ini. Oleh itu, aku terpaksa berjaga agar tidak tertidur. Aku, Acab & Faizal akan ke lapangan terbang tersebut pada pukul 3.00 pagi nanti untuk menjemput Tok Wan di sana.

Hari 3: 3 OGOS 2006

Apabila jam sudah menunjukkan pukul 3.30 pagi, aku, Acab & Faizal pun terus bergerak menuju ke Lapangan Terbang Kaherah dengan menaiki teksi. Setibanya kami di sana, kami tidak nampak langsung batang hidung Tok Wan yang sepatutnya sudah tiba pada waktu ini. Mungkin penerbangannya tertunda, sama seperti aku semalam. Setelah beberapa minit menunggu, akhirnya muncul juga dia dari kaunter imigresen. Kami pun terus bersalam-salaman dengannya. Dia kemudian memberitahu kami bahawa penerbangannya telah ditunda kerana masalah cuaca, sama seperti penerbangan aku semalam. Hmmm. Nampaknya keadaan di Budapest sama seperti semalam agaknya.

Kami kemudiannya menahan teksi untuk ke Rumah Perlis. Tok Wan akan menemani aku di sana bersama-sama dengan Yeop. Selepas menghantar kami ke Rumah Perlis, Acab & Faizal kembali ke Rumah Malaysia Abbasiyah. Kami tidak ke mana-mana hari ini memandangkan Tok Wan baru sahaja sampai & masih belum hilang penatnya. Kami hanya berehat-rehat di dalam bilik sambil berbual-bual. Apabila sudah masuk waktu solat Maghrib, kami dijemput untuk makan di surau Rumah Perlis, bersama-sama dengan mereka yang berbuka puasa sunat hari Khamis. Kami pada mulanya agak segan kerana kami tidak berpuasa pun pada hari ini. Namun, setelah didesak, kami hanya menurut sahaja. Hahaha. Selepas majlis berbuka puasa & solat Maghrib, diadakan pula majlis bacaan Yasin sempena malam Jumaat & juga majlis tazkirah sebelum masuknya waktu solat Isyak. Selepas selesai solat Isyak, diadakan pula majlis mesyuarat mingguan Rumah Perlis. Aku & Tok Wan mengambil keputusan untuk kembali ke bilik kami kerana kami tidak ada kena-mengena dengan mesyuarat tersebut. Hahaha.

Hari 4: 4 OGOS 2006

Pada hari ini barulah kami memulakan ekspedisi pengembaraan kami di kota Kaherah, Mesir. Mesir adalah sebuah negara yang terletak di bahagian Timur Laut benua Afrika. Negara ini juga turut dikategorikan sebagai salah sebuah negara-negara Timur Tengah kerana kedudukannya yang amat hampir dengan negara-negara Arab & penduduknya juga menggunakan bahasa Arab dalam perbualan seharian. Mesir menduduki tempat ke-2 dalam jumlah bilangan penduduk teramai di benua Afrika, selepas Nigeria. Kebanyakan daripada penduduknya tinggal di kawasan lembah Sungai Nil yang merentasi negara ini dari selatan hinggalah ke utara. Ianya adalah nadi utama kepada negara Mesir. Sungai tersebut seperti yang kita semua tahu adalah sungai yang terpanjang di dunia. Kawasan lembahnya teramatlah subur & segala jenis tumbuhan dapat hidup dengan suburnya di lembah tersebut. Selain kawasan lembah Sungai Nil, kawasan-kawasan lain di negara ini hanya dilitupi oleh gurun Sahara yang kering-kontang.

Lokasi Negara Mesir
Lokasi Negara Mesir


Sungai Nil
Sungai Nil

Seperti yang kita semua tahu, di bumi Mesir telah wujud sebuah empayar yang merupakan empayar manusia yang tertua di dunia. Empayar Mesir telah diasaskan pada 5000 tahun dahulu & ianya telah wujud terlebih dahulu daripada kewujudan Empayar Parsi, Greek & Rom. Kawasan lembah Sungai Nil menjadi nadi utama kepada penduduk-penduduk empayar tersebut. Sewaktu Zaman Neolitik, telah wujud 2 buah kerajaan di sini iaitu Mesir Utara & Mesir Selatan yang masing-masing diketuai oleh raja yang digelar Firaun. Pusat pentadbiran Mesir Utara terletak di Buto, sementara pusat pentadbiran Mesir Selatan pula terletak di Nekhen. Beberapa ribu tahun kemudian, iaitu pada tahun 3150 SM, Firaun yang bernama Menes telah menyatukan kedua-dua buah kerajaan ini & kemudiannya telah melahirkan beberapa buah dinasti yang memerintah empayar ini untuk jangkamasa hampir 3000 tahun lamanya. Empayar Mesir merupakan tamadun manusia yang terhebat yang wujud pada waktu tersebut. Kebudayaan Mesir dari sudut agama, kesenian, bahasa & adat resam telah berkembang dengan pesatnya pada waktu itu.

Empayar Mesir yang telah bersatu itu dibahagikan kepada 3 zaman iaitu zaman kerajaan Mesir Lama (2700 SM – 2200 SM), zaman kerajaan Mesir Pertengahan (2200 SM – 1550 SM) & zaman kerajaan Mesir Baru (1550 SM – 1070 SM). Pusat pemerintahan empayar ini sentiasa bertukar dari semasa ke semasa. Antara bandar-bandar yang pernah menjadi pusat pentadbiran Empayar Mesir ialah Avaris, Memphis & Thebes. Firaun-firaun yang terkenal kebanyakannya memerintah sewaktu zaman kerajaan Mesir Baru. Antaranya ialah Hatshepsut, Thutmose III, Akhenaten & isterinya iaitu Nefertiti, Tutankhamun & Ramesses II. Ramesses II dikatakan sebagai Firaun yang paling hebat sekali & yang paling berkuasa dalam sejarah Empayar Mesir. Ramesses II juga dipercayai sebagai Firaun yang telah bermusuhan dengan Nabi Musa a.s & akhirnya mati tenggelam di Laut Merah. Kebanyakan Firaun yang memerintah Mesir, terutamanya Ramesses II telah mengarahkan semua penduduk Mesir menyembah mereka sebagai tuhan. Disebabkan itulah Firaun-firaun tersebut dilaknat berulangkali oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran. Berikut adalah antara petikan ayat-ayat Al-Quran yang mengisahkan tentang Nabi Musa a.s & Firaun laknatullah:

'Firaun berkata (dengan sombongnya), "Dan apa dia Tuhan sekalian alam itu?" Nabi Musa menjawab, "Dialah yang memiliki dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; kalaulah kamu mahu mendapat keyakinan dengan berdalil maka inilah jalannya." Firaun berkata kepada orang-orang yang ada di sekelilingnya, "Tidakkah kamu dengar (apa yang dikatakan olehnya)?" Nabi Musa menegaskan lagi, "Dialah Tuhan yang memiliki dan memelihara kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu." Firaun berkata (kepada orang-orangnya), "Sebenarnya Rasul yang diutuskan kepada kamu ini, sungguh gila?" Nabi Musa (menerangkan lagi tentang keesaan Allah dan kekuasaan-Nya dengan) berkata, "Dialah yang memiliki dan menguasai timur dan barat serta segala yang ada di antara keduanya; kalau kamu orang-orang yang berakal tentulah memahami-Nya!" Firaun berkata, "Demi sesungguhnya! Jika engkau menyembah Tuhan yang lain daripadaku, sudah tentu aku akan menjadikan engkau dari orang-orang yang dipenjarakan."' (Surah Asy-Syu'ara': Ayat 23-29)

Empayar Mesir yang gagah & agung itu akhirnya berjaya ditawan oleh kerajaan Parsi pada tahun 343 SM setelah tenteranya kalah dalam sebuah peperangan yang berlaku pada tahun tersebut. Firaun terakhir yang memerintah Mesir adalah Nectanebo II. Beberapa ratus tahun kemudiannya, Mesir jatuh pula ke tangan kerajaan Greek. Kemudian, ia jatuh ke tangan Empayar Rom pula selepas kematian Cleopatra. Selepas kejatuhan Empayar Rom, Empayar Byzantine mengambil alih pemerintahan bumi Mesir. Mesir telah ditawan oleh kuasa luar selama hampir 2000 tahun lamanya.

Sebelum Mesir jatuh ke tangan Empayar Byzantine lagi, agama Kristian telah pun dibawa ke sini oleh St Mark the Evangelist, iaitu pada kurun pertama. Sewaktu Mesir di bawah Empayar Rom & sewaktu empayar tersebut di bawah pemerintahan Maharaja yang bernama Diocletian, sejumlah besar penganut agama Kristian telah dibunuh olehnya. Pada waktu ini, Empayar Rom belum lagi dikristiankan. Keadaan hanya menjadi pulih selepas Empayar Rom dikristiankan dengan pengkristianan Maharaja Rom yang bernama Constantine. Kitab Injil kemudiannya ditafsirkan ke dalam bahasa Arab & pada tahun 451, Coptic Orthodox Church of Alexandria yang membawa mazhab baru bagi penduduk Kristian Mesir telah diasaskan. Sekarang ini, terdapat lebih daripada 7 juta orang penduduk Mesir yang masih menganut agama Kristian Koptik tersebut.

Penganut-Penganut Agama Kristian Koptik di Mesir
Penganut-Penganut Agama Kristian Koptik di Mesir


Pada tahun 639, Mesir telah ditawan oleh kerajaan Islam yang baru sahaja berusia setahun jagung yang berpusat di Semenanjung Arab. Pada waktu itu, kerajaan Islam terletak di bawah pentadbiran Khalifah Umar al-Khattab. Tentera Islam yang berjaya menawan Mesir pada tahun tersebut diketuai oleh Amr ibn al-A'as, salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. Beliau kemudiannya telah dilantik menjadi pemerintah Mesir pertama yang berbangsa Arab. Mulai dari tahun itu, ramai penduduk Mesir telah memeluk agama Islam. Mesir kemudiannya diletakkan di bawah naungan kerajaan Bani Umaiyyah yang berpusat di Damsyik. Selepas pemerintah Bani Umaiyyah digulingkan oleh pemerintah Bani Abbasiyah pada tahun 750, Mesir diletakkan pula di bawah naungan kerajaan Bani Abbasiyah yang berpusat di Baghdad. Pada tahun 910, sebuah kerajaan bermazhab Syi’ah yang bernama Fatimiyah telah ditubuhkan di Mesir yang berpusat di Kaherah. Walau bagaimanapun, kerajaan Fatimiyah ini hanya mampu bertahan hingga ke tahun 1171.

Kemudiannya, Mesir dikuasai oleh kerajaan Ayyubiyah yang diasaskan oleh Salahuddin Al-Ayyubi pada tahun 1171. Beliaulah yang kemudiannya bertanggungjawab menawan semula Jerusalem daripada orang-orang Kristian dalam Perang Hattin yang berlaku pada tahun 1187. Nama beliau sangat masyhur pada waktu itu. Selepas kejatuhan kerajaan Ayyubiyah, kerajaan Mamluk pula ditubuhkan di Mesir. Pada tahun 1517, Mesir telah berjaya ditawan oleh Empayar Turki Uthmaniyah. Namun, kerajaan Mamluk masih tetap kekal memerintah bumi Mesir di bawah naungan empayar gergasi tersebut.

Gambaran wajah Salahuddin Al-Ayyubi
Gambaran wajah Salahuddin Al-Ayyubi

Kemudian, pada tahun 1798, Mesir telah diserang oleh tentera Napoleon Bonaparte dari Perancis. Penaklukan Perancis ini telah menaikkan semangat penduduk Mesir yang kagum dengan semangat Revolusi Perancis. Mereka inginkan pentadbiran sendiri setelah beribu-ribu tahun dikuasai oleh kuasa luar. Ini telah mencetuskan perang saudara di bumi Mesir. Namun, Empayar Turki Uthmaniyah akhirnya berjaya menawan semula Mesir & seorang wizurai telah dilantik untuk mentadbir Mesir pada tahun 1805. Beliau adalah seorang yang berbangsa Albania & namanya ialah Muhammad Ali Pasha. Beliaulah yang kemudiannya banyak berusaha untuk membangunkan Mesir. Usahanya itu kemudiannya diteruskan oleh anaknya iaitu Ismail Pasha. Penyiapan Terusan Suez telah berjaya dilakukan pada tahun 1869 sewaktu di bawah pentadbiran Ismail Pasha. Dengan siapnya terusan ini, Mesir menjadi antara pusat-pusat perdagangan & pengangkutan yang terpenting di dunia pada waktu tersebut.

Muhammad Ali Pasha
Muhammad Ali Pasha


Terusan Suez, Mesir
Terusan Suez, Mesir

Pada tahun 1882, kerajaan Mesir mulai dikuasai oleh United Kingdom. Husayn Kamil dilantik menjadi Sultan Mesir yang baru pada tahun 1914 oleh United Kingdom, selepas Mesir bebas sepenuhnya daripada Empayar Turki Uthmaniyah. Kemudiannya, penduduk Mesir telah berjuang pula untuk memerdekakan tanahair mereka daripada United Kingdom. Pada tahun 1922, United Kingdom akhirnya telah memberikan kemerdekaan separuh kepada Mesir. Saad Zaghlul dilantik sebagai Perdana Menteri Mesir yang pertama pada tahun 1924.

Sebuah revolusi besar telah berlaku di Mesir pada tahun 1952 di mana Raja Mesir pada waktu itu iaitu Farouk I telah berjaya digulingkan. Farouk I adalah Raja Mesir yang terakhir. Republik Mesir kemudiannya ditubuhkan pada tahun 1953 dengan diketuai oleh Muhammad Naguib sebagai Presiden Mesir yang pertama. Kemudiannya, pada tahun 1954, Gamal Abdel Nasser dilantik sebagai Presiden Mesir yang ke-2. Beliaulah orang yang bertanggungjawab mengisytiharkan kemerdekaan Mesir yang sepenuhnya daripada United Kingdom pada tarikh 18 Jun 1956.

Farouk I
Farouk I


Muhammad Naguib
Muhammad Naguib


Gamal Abdel Nasser
Gamal Abdel Nasser

Pada tahun 1970 selepas kematian Gamal Abdel Nasser, Anwar Sadat dilantik menjadi Presiden Mesir yang ke-3. Kemudian, selepas Anwar Sadat mati dibunuh pada tahun 1981, Hosni Mubarak pula dilantik sebagai Presiden Mesir yang baru & beliau masih memegang jawatan tersebut hingga ke hari ini. Beliau dibantu oleh Perdana Menteri selaku ketua pentadbiran.

Anwar Sadat
Anwar Sadat


Hosni Mubarak
Hosni Mubarak

Orang-orang Mesir bertutur dalam bahasa Arab dalam kehidupan seharian mereka. Namun, loghat bahasa Arab yang dipertuturkan oleh mereka agak berbeza sedikit berbanding bahasa Arab piawai. Majoriti daripada penduduknya tidak fasih berbahasa Inggeris. Aku benar-benar menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi dengan mereka kerana aku tidak tahu berbahasa Arab & mereka pula tidak tahu berbahasa Inggeris. Mujurlah ada kawan-kawan baru di Kaherah & juga pemandu-pemandu pelancong kami yang boleh berbahasa Arab dengan fasih. Merekalah yang banyak membantu aku. Tanpa mereka, aku pastinya akan sesat tanpa arah. Hahaha. Acab, Johan & Ahmad juga boleh berbahasa Arab kerana tujuan mereka ke sini sememangnya adalah untuk belajar bahasa tersebut. Namun, penguasaan bahasa Arab mereka tidaklah terlampau hebat. Hahahah. Mesir menggunakan matawang Egyptian Pound. 1 Euro bersamaan dengan 7.60 Egyptian Pound. Waktu tempatan Mesir adalah 2 jam lebih awal daripada waktu GMT.

Kaherah atau nama tempatannya Al-Qahirah terletak di pinggiran Sungai Nil & merupakan ibu negara Mesir. Ianya bukan sahaja bandar yang terbesar di negara ini, malah ianya juga adalah bandar yang terbesar di benua Afrika & di rantau Timur Tengah. Kawasan yang tertua di Kaherah atau nama lamanya, Fustat telah diasaskan pada tahun 648 selepas Mesir berjaya ditawan oleh tentera-tentera Islam yang diketuai oleh Amr ibn al-A'as. Fustat terletak berdekatan dengan bandar-bandar lama seperti Memphis, Heliopolis & Giza. Ia kemudiannya dijadikan pusat pemerintahan baru di Mesir bagi menggantikan Iskandariah.

Kedudukan bandar Kaherah di dalam negara Mesir
Kedudukan bandar Kaherah di dalam negara Mesir

Fustat mulai menjadi pusat perkembangan Islam yang penting di Afrika Utara sewaktu di bawah kerajaan Bani Umaiyyah. Dari sini jugalah pemerintah terakhir kerajaan Bani Umaiyyah yang berpusat di Damsyik, iaitu Marwan II berusaha untuk mempertahankan kerajaannya daripada serangan tentera kerajaan Bani Abbasiyah. Namun, usahanya gagal & dia dibunuh pada tahun 750 oleh pemerintah kerajaan Bani Abbasiyah. Pada tahun tersebut jugalah Kaherah jatuh ke bawah pentadbiran kerajaan Bani Abbasiyah. Waris terakhir kerajaan Bani Umaiyyah iaitu Abdul Rahman I kemudiannya telah berjaya melarikan diri ke Cordoba, Sepanyol & menyambung kewibawaan kerajaan Bani Umaiyyah di sana.

Seterusnya, sewaktu kewujudan kerajaan Fatimiyah di Mesir, Fustat dijadikan pusat pemerintahan kerajaan ini secara rasminya pada tahun 969 & tidak berapa lama kemudian nama Fustat ditukar kepada Al-Qahirah (Kaherah). Kaherah seterusnya terus mekar menjadi pusat perkembangan agama Islam yang masyhur di rantau Timur Tengah. Sewaktu di bawah kerajaan Ayyubiah mulai tahun 1171, Kaherah meneruskan keagungannya sebagai antara bandar-bandar yang terpenting dalam dunia Islam. Kerajaan Mamluk yang mulai berkuasa dari tahun 1250 hingga ke tahun 1517 masih lagi mengekalkan Kaherah sebagai pusat pemerintahan. Kerajaan Mamluk kemudiannya ditawan pula oleh Empayar Turki Uthmaniyah & diletakkan di bawah naungan empayar tersebut. Kaherah tetap kekal menjadi bandar yang penting di rantau Timur Tengah.

Selepas pemergian tentera Napoleon Bonaparte, Muhammad Ali Pasha telah dilantik menjadi wizurai Sultan Turki Uthmaniyah di Mesir & pusat pentadbirannya adalah di Kaherah dari tahun 1801 sehingga ke tahun 1882. Di bawah pentadbirannya, Kaherah telah berkembang dengan pesatnya. Usahanya kemudian diteruskan pula oleh anaknya iaitu Ismail Pasha. Pada tahun 1882, Mesir telah ditawan oleh United Kingdom. Selepas kemerdekaan Mesir sepenuhnya pada tahun 1956, Kaherah dijadikan ibu kota negara ini secara rasminya sehingga kini.

Kami mengelilingi kota Kaherah pada hari ini dengan menaiki teksi & juga bas. Memandangkan hari ini adalah hari Jumaat, Acab membawa aku & Tok Wan ke Masjid Amr ibn al-A'as untuk menunaikan solat Jumaat. Kami menaiki teksi bersama-sama dengan Faizal. Setibanya kami di masjid tersebut, kami berjumpa pula dengan Johan & Ahmad yang tiba di sini lebih kurang 2 minit selepas ketibaan kami. Kemudian, kami berenam pun terus masuk ke dalam masjid tersebut. Masjid Amr ibn al-A'as sebenarnya adalah masjid pertama yang dibina di benua Afrika. Ia dibina tidak berapa lama selepas Kaherah berjaya ditawan oleh tentera-tentera Islam yang dipimpin oleh Amr ibn al-A'as pada tahun 639. Pembinaan masjid ini diarahkan oleh Khalifah Islam pada waktu tersebut iaitu Umar al-Khattab r.a & menamakannya bersempena dengan nama Amr ibn al-A’as yang telah berjaya menawan kota ini. Masjid ini adalah masjid ke-4 yang dibina dalam sejarah Islam, selepas Masjid Nabawi di Madinah, Masjid Basra & Masjid Kufah.

Senibina awal Masjid Amr ibn al-A’as ini diperbuat daripada tanah liat, berbumbungkan pelepah tamar & bertiangkan batang-batang pokok tamar. Ianya kemudian dibina semula dengan binaan yang lebih kukuh & keluasan yang lebih besar pada kurun ke-9. Keluasan masjid ini boleh menampung beribu-ribu orang jemaah. Khutbah yang disampaikan oleh khatib adalah dalam bahasa Arab. Maka, aku yang tidak tahu berbahasa Arab terasa rugi pula kerana tidak mempunyai asas dalam bahasa ini. Hmmm. Selepas selesai solat Jumaat, kami berenam bergambar dahulu di dalam & di hadapan masjid yang cantik & bersejarah ini sebelum kami meneruskan perjalanan ke tempat lain dengan menaiki teksi.

Di dalam Masjid  Amr ibn al-A’as, Kaherah, Mesir
Di dalam Masjid Amr ibn al-A’as, Kaherah, Mesir


Di dalam Masjid  Amr ibn al-A’as, Kaherah, Mesir
Di dalam Masjid Amr ibn al-A’as, Kaherah, Mesir


Di dalam Masjid  Amr ibn al-A’as, Kaherah, Mesir
Di dalam Masjid Amr ibn al-A’as, Kaherah, Mesir


Di dalam Masjid  Amr ibn al-A’as, Kaherah, Mesir
Di dalam Masjid Amr ibn al-A’as, Kaherah, Mesir


Di hadapan Masjid  Amr ibn al-A’as, Kaherah, Mesir
Di hadapan Masjid Amr ibn al-A’as, Kaherah, Mesir


Masjid  Amr ibn al-A’as, Kaherah, Mesir
Masjid Amr ibn al-A’as, Kaherah, Mesir

Tempat seterusnya yang kami jejaki ialah Masjid Sayyidah Nafisah. Di dalamnya terdapat makam Sayyidah Nafisah yang merupakan seorang tokoh wanita Islam yang sangat terkenal. Beliau adalah keturunan Rasulullah s.a.w. Nama penuhnya ialah Sayyidah Nafisah binti Hasan al-Anwar bin Zaid bin Hasan bin Saidina Ali r.a. Saidina Ali r.a pula adalah suami kepada Fatimah az-Zahra iaitu puteri Rasulullah s.a.w. Sayyidah Nafisah dilahirkan di Mekah pada tahun 145 H & kemudiannya berpindah ke Madinah pada tahun 150 H. Pada tahun 193 H sewaktu usianya 48 tahun, beliau telah membuat kunjungan ke bumi Kaherah. Penduduk Kaherah kemudiannya memintanya untuk terus menetap di sini. Pada mula, beliau enggan. Namun, setelah dipujuk, beliau akhirnya bersetuju.

Sewaktu di Kaherah, Sayyidah Nafisah sering dikunjungi oleh Imam Syafi’e & anak-anak muridnya yang ingin berguru dengan beliau. Hubungan Sayyidah Nafisah dengan Imam Syafi’e sangat erat & mereka sering membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan akidah Islam. Tidak berapa lama kemudian selepas kematian Imam Syafi’e, Sayyidah Nafisah mulai merasakan ajalnya sudah hampir & beliau dikatakan telah menggali kuburnya sendiri di dalam rumahnya.

Setelah ajalnya sudah tiba pada tahun 208 H, suaminya ingin membawa jenazahnya pulang ke Madinah untuk dikebumikan seperti yang telah diwasiatkan oleh Sayyidah Nafisah sendiri. Namun, penduduk-penduduk Kaherah telah meminta jenazah beliau dikebumikan di kubur yang telah digali oleh beliau sendiri di rumahnya itu. Pada mulanya, suami Sayyidah Nafisah enggan berbuat demikian. Namun, setelah dia bermimpikan Rasulullah s.a.w yang mengarahkannya mengikuti permintaan penduduk-penduduk Kaherah, beliau pun mengebumikan jenazah isterinya itu di dalam rumahnya yang kini dijadikan masjid. Kami berenam berkesempatan untuk menziarahi makam beliau di dalam masjid tersebut. Setelah menghadiahkan surah Al-Fatihah & berdoa meminta keberkatan, kami pun meneruskan perjalanan kami ke tempat lain pula.

Masjid Sayyidah Nafisah, Kaherah, Mesir
Masjid Sayyidah Nafisah, Kaherah, Mesir


Makam Sayyidah Nafisah, Kaherah, Mesir
Makam Sayyidah Nafisah, Kaherah, Mesir

Destinasi kami yang seterusnya ialah Masjid Imam Syafi’e. Di dalam masjid inilah terletaknya makam Imam Syafi’e, iaitu hamba Allah yang telah mengasaskan Mazhab Syafi’e yang menjadi ikutan kita, masyarakat Muslim di Asia Tenggara & juga beberapa buah lagi negara di dunia seperti Mesir & negara-negara Afrika Timur. Orang yang bertanggungjawab membina masjid tersebut ialah Salahuddin al-Ayyubi yang membinanya di atas tapak makam Imam Syafi’e. Imam Syafi’e adalah imam yang ke-3 mengikut susunan tarikh kelahiran 4 orang pengasas mazhab. 3 buah mazhab lain seperti yang kita maklumi ialah Mazhab Hanafi, Mazhab Hanbali & Mazhab Maliki.

Nama sebenar Imam Syafi’e ialah Muhamad bin Idris Al-Syafie. Beliau dilahirkan pada tahun 150 H di Gaza, Palestin. Beliau kemudiannya berpindah ke Mekah sewaktu berusia 10 tahun. Kemudian, beliau berpindah pula ke Madinah & menjadi anak murid kepada Imam Malik ibn Anas yang merupakan pengasas kepada Mazhab Maliki. Selepas itu, Imam Syafi’e berpindah ke Baghdad & akhir sekali ke Mesir. Imam Syafi’e adalah keturunan Bani Hashim & Abdul Mutalib. Keturunannya dipercayai bertemu dengan keturunan Rasulullah s.a.w di sebelah datuk baginda iaitu Abdul Manaf.

Imam Syafi'e banyak mengembara mencari ilmu walaupun hidup dalam kemiskinan. Beliau telah mempelajari ilmu fiqah & hadis sehingga ke tahap yang tertinggi. Antara mereka yang pernah menjadi guru kepada Imam Syafi’e selain daripada Imam Malik ibn Anas ialah Sayyidah Nafisah, Muslim bin Khalid az-Zanji & Syaikhul Muhaddisin Sufyan bin Uyaynah. Berdekatan dengan makam Imam Syafi’e, terdapat sebuah kesan tapak kaki di atas lantai yang dikatakan tapak kaki Rasulullah s.a.w. Menurut cerita seorang lelaki Arab yang kami jumpa di sini, seorang hamba Allah pernah tertidur di kawasan makam ini & dia tiba-tiba ternampak jasad Rasulullah s.a.w muncul di kawasan makam tersebut. Rasulullah s.a.w kemudiannya meninggalkan kesan tapak kaki baginda di atas lantai tersebut. Wallahu ‘alam.

Masjid Imam Syafi'e, Kaherah, Mesir
Masjid Imam Syafi'e, Kaherah, Mesir


Masjid Imam Syafi'e, Kaherah, Mesir
Masjid Imam Syafi'e, Kaherah, Mesir


Makam Imam Syafi'e, Kaherah, Mesir
Makam Imam Syafi'e, Kaherah, Mesir


Kesan tapak kaki yang dikatakan tapak kaki Rasulullah s.a.w di dalam Masjid Imam Syafi'e, Kaherah, Mesir
Kesan tapak kaki yang dikatakan tapak kaki Rasulullah s.a.w di dalam Masjid Imam Syafi'e, Kaherah, Mesir

Selepas menyedekahkan Al-Fatihah & berdoa meminta keberkatan, kami pun berjalan keluar dari masjid tersebut. Kami kemudiannya singgah di sebuah gerai yang terletak di hadapan masjid tersebut. Kami memesan beberapa keping roti & sejenis lauk yang aku tidak pasti apa namanya. Kebersihan gerai tersebut tersangat-sangatlah boleh diragui kerana lalat-lalat berterbangan di sana-sini. Aku berasa sangat tidak selesa. Selepas makan, kami pun terus pulang semula ke Rumah Malaysia Abbasiyah untuk berehat-rehat & menunaikan solat Asar. Harap-harap kami tidak dijangkiti apa-apa penyakit selepas makan di gerai tadi. Hahaha.

Makan-makan di sebuah gerai di hadapan Masjid Imam Syafi'e, Kaherah, Mesir
Makan-makan di sebuah gerai di hadapan Masjid Imam Syafi'e, Kaherah, Mesir


Rumah Malaysia Abbasiyah, Kaherah, Mesir
Rumah Malaysia Abbasiyah, Kaherah, Mesir


Di pintu hadapan Rumah Malaysia Abbasiyah, Kaherah, Mesir
Di pintu hadapan Rumah Malaysia Abbasiyah, Kaherah, Mesir


Di dalam kawasan Rumah Malaysia Abbasiyah, Kaherah, Mesir
Di dalam kawasan Rumah Malaysia Abbasiyah, Kaherah, Mesir

Selepas selesai menunaikan solat Asar, kami berenam menaiki teksi menuju ke Memorial 6 October. Memorial ini dibina bagi memperingati kemenangan tentera Mesir & Syria mengalahkan tentera Israel dalam sebuah peperangan yang berlaku pada tahun 1973. Perang tersebut dikenali sebagai Perang Oktober kerana ia berlaku dalam bulan tersebut. Tujuan utama perang ini adalah untuk merampas semula semenanjung Sinai yang telah ditawan oleh Israel 6 tahun sebelum itu. Kejayaan Mesir dalam peperangan ini telah mengharumkan nama presidennya pada waktu itu iaitu Anwar Saddat.

Untuk memasuki memorial ini, kami perlu membeli tiket yang harganya tidaklah terlampau mahal. Kami meminjam kad pelajar pelajar-pelajar di Rumah Malaysia Abbasiyah untuk mendapat diskaun. Mujurlah wajah kami tidak diperiksa oleh penjual tiket. Hahaha. Di dalam memorial tersebut, dipamerkan kenderaan-kenderaan & peralatan-peralatan yang digunakan sewaktu Perang Oktober seperti kereta kebal, meriam & sebagainya. Terdapat juga beberapa pertunjukan interaktif yang agak menarik. Tapi malangnya bahasa yang digunakan adalah bahasa Arab. Oleh itu, aku tidak langsung memahami apa yang dikatakan. Hahaha.

Di dalam kawasan Memorial 6 October, Kaherah, Mesir
Di dalam kawasan Memorial 6 October, Kaherah, Mesir


Di dalam kawasan Memorial 6 October, Kaherah, Mesir
Di dalam kawasan Memorial 6 October, Kaherah, Mesir


Di dalam kawasan Memorial 6 October, Kaherah, Mesir
Di dalam kawasan Memorial 6 October, Kaherah, Mesir


Di dalam kawasan Memorial 6 October, Kaherah, Mesir
Di dalam kawasan Memorial 6 October, Kaherah, Mesir


Pertunjukan interaktif di dalam Memorial 6 Oktober, Kaherah, Mesir
Pertunjukan interaktif di dalam Memorial 6 Oktober, Kaherah, Mesir

Selepas puas berlegar-legar di dalam memorial tersebut & menunaikan solat Maghrib, kami berenam pun kembali semula ke Rumah Malaysia Abbasiyah. Aku & Tok Wan kemudiannya dibawa pulang ke Rumah Perlis oleh Ahmad & Johan. Mereka berdua akan turut bermalam di Rumah Perlis pada malam ini kerana kami berempat akan menaiki kereta ke Iskandariah pada awal pagi esoknya. Acab tidak akan bersama-sama dengan kami ke Iskandariah kerana dia sudah pernah ke sana sebelum ini. Selepas solat Isyak, kami berempat pun terus melelapkan mata kepenatan. Banyak sungguh aktiviti kami pada hari ini.

Hari 5: 5 OGOS 2006

Pada awal pagi hari ini, aku, Tok Wan, Johan & Ahmad menunggu kedatangan kereta di hadapan Rumah Perlis seperti yang dijanjikan oleh Ustaz Arif, tuan punya agensi pelancongan Al-Syafie Travel yang menguruskan jadual perjalanan kami mengelilingi bumi Mesir. Kami akan ke Iskandariah dengan menaiki kereta tersebut pada hari ini. Setelah beberapa minit menunggu, akhirnya kereta yang dijanjikan pun tiba. Pemandu kereta tersebut bernama Nasir. Kami memanggilnya Ustaz Nasir. Beliau berasal dari Pattani, Thailand. Beliaulah yang akan menjadi pemandu pelancong kami di Iskandariah pada hari ini. Ustaz Arif pun turut ada sekali. Tetapi, dia tidak akan mengikuti kami ke Iskandariah kerana dia ada hal penting.

Lebih kurang pukul 8.30 pagi, kami pun bertolak meninggalkan Rumah Perlis. Sebelum meneruskan perjalanan ke Iskandariah, kami singgah dahulu di kawasan asrama Rumah Selangor untuk bersarapan pagi. Selepas itu, barulah kami terus bertolak menuju ke Iskandariah dengan menaiki kereta yang dipandu oleh Ustaz Nasir tersebut. Perjalanan dari Kaherah ke Iskandariah memakan masa hampir 3 jam lamanya.

Iskandariah atau namanya dalam bahasa Inggeris, Alexandria adalah bandar ke-2 terbesar di Mesir & merupakan bandar pelabuhan yang terbesar di negara ini. Iskandariah terletak di pinggiran Laut Mediterranean iaitu di bahagian utara Mesir. Nama Iskandariah atau Alexandria adalah bersempena dengan nama pengasasnya iaitu Alexander the Great atau namanya dalam bahasa Arab, Iskandar Zulkarnain yang merupakan Raja Macedonia pada waktu itu. Ada yang mengatakan bahawa beliau mengesakan Allah s.w.t & ada yang mengatakan bahawa beliau mengaku dirinya adalah tuhan. Pendapat lain pula mengatakan bahawa Alexander the Great & Iskandar Zulkarnain adalah 2 orang yang berlainan. Wallahu ‘alam. Akan tetapi, nama Zulkarnain ada disebut di dalam Al-Quran yang mungkin merujuk kepada Iskandar Zulkarnain. Berikut adalah petikan ayat-ayat Al-Quran tersebut:

'Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. Katakanlah, "Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya." Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya. Lalu ia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya). Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam di sebuah matair yang hitam berlumpur, dan ia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya), "Wahai Zulkarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka." Ia berkata, "Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya. Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati."

Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain. Sehingga apabila ia sampai di daerah matahari terbit, ia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya. Demikianlah halnya; dan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi akan segala yang ada padanya.

Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain. Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan. Mereka berkata, "Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?" Dia menjawab, "(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh. Bawalah kepadaku ketul-ketul besi"; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata, "Tiuplah dengan alat-alat kamu" sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia, "Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya." Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.

(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain, "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar." Dan Kami biarkan mereka pada hari itu (keluar beramai-ramai) bercampur-baur antara satu dengan yang lain; dan (kemudiannya) akan ditiup sangkakala, lalu Kami himpunkan makhluk-makhluk seluruhnya di Padang Mahsyar.' (Surah Al-Kahfi: Ayat 83-99)


Iskandariah telah diasaskan pada tahun 334 SM oleh Alexander selepas kejayaan beliau menawan seluruh tanah Greece. Bandar ini diasaskan bertujuan untuk menghubungkan Greece dengan Sungai Nil yang merupakan kawasan pertanian yang sangat subur pada waktu itu. Beberapa bulan selepas pengasasan Iskandariah, Alexander telah meninggalkan bandar ini & menuju ke Timur untuk menawan Empayar Parsi yang pada waktu itu di bawah pemerintahan Maharaja yang bernama Darius III. Dia kemudiannya tidak kembali semula ke bandar ini buat selama-lamanya. Tugas pentadbiran Iskandariah diserahkan kepada wizurainya yang bernama Cleomenes.

Alexander akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir di Babylon pada tahun 323 SM, sewaktu usianya baru hendak mencecah 33 tahun. Ada yang mengatakan bahawa beliau dijangkiti suatu penyakit yang aneh. Wallahu ‘alam. Pada waktu itu, Alexander telah membentuk salah sebuah empayar yang terluas dalam sejarah dunia. Selepas kematian beliau, pemerintahan wilayah Mesir diambil alih oleh Ptolemy I & Iskandariah dijadikan pusat pentadbirannya. Beliau mengebumikan mayat Alexander di Iskandariah & makamnya kemudian menjadi tumpuan utama pelancong ke sini termasuklah Julius Caesar, Maharaja Rom yang pertama. Namun, pada masa kini, makam tersebut tidak diketahui lokasinya. Ianya dikatakan dilihat buat kali terakhir pada kurun ke-4. Kisah tentang riwayat hidup Alexander the Great ini ada diceritakan dalam filem 'Alexander' yang dilakonkan oleh Colin Farrell.


Peta kedudukan Iskandariah/Alexandria di dalam Mesir



Wajah gambaran Alexander the Great



Empayar Alexander the Great



Filem Alexander

Sewaktu era kegemilangan Empayar Greek, Iskandariah adalah bandar yang terbesar di dunia pada waktu itu. Percampuran budaya Greek & Mesir menjadikan Iskandariah sebagai bandar yang unik. Namun, ia kemudiannya diletakkan di bawah naungan Empayar Rom tidak berapa lama selepas empayar ini diasaskan & Iskandariah menjadi bandar ke-2 terbesar & terkaya dalam empayar tersebut selepas kota Rom. Selepas kematian Cleopatra sebagai pemerintah Mesir, Iskandariah diletakkan secara rasminya di bawah Empayar Rom sewaktu pemerintahan Maharaja Rom yang bernama Augustus. Selepas Empayar Rom dikristiankan pada kurun ke-4, Iskandariah menjadi pusat utama pergerakan agama Kristian di bumi Mesir.

Pada tahun 616, Iskandariah telah ditawan oleh Empayar Parsi sewaktu empayar tersebut di bawah pemerintahan Raja yang bernama Khosrau II. Beberapa tahun selepas itu, ia ditawan pula oleh Empayar Rom Timur atau Byzantine sewaktu empayar itu di bawah pemerintahan Maharaja yang bernama Heraclius. Peristiwa peperangan antara Empayar Byzantine & Empayar Parsi yang berlaku sewaktu era dakwah Rasulullah s.a.w ini ada diceritakan di dalam Al-Quran, di mana Allah s.w.t telah meramalkan bahawa tentera Rom Timur atau Byzantine akan berjaya mengalahkan semula tentera Parsi selepas kekalahan mereka kepada tentera Parsi. Ayat-ayatnya berbunyi begini:

'Orang-orang Rom telah dikalahkan. Di negeri yang dekat sekali; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan pula lawannya. Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun; kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom mengalahkan Parsi) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira. Dengan kemenangan yang diberi Allah; Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Dialah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.' (Surah Ar-Rum: Ayat 2-5)

Pada tahun 641, Iskandariah ditawan pula oleh tentera Islam di bawah pimpinan Amr ibn Al-‘As. Empayar Byzantine yang berpusat di Constantinople (Istanbul) pada waktu itu tidak dapat mempertahankan Iskandariah kerana Maharajanya iaitu Heraclius telah meninggal dunia & penggantinya iaitu Constantine III baru berusia 12 tahun sewaktu ia dilantik menjadi maharaja empayar tersebut. Pelbagai kerosakan telah berlaku sewaktu tentera Islam berusaha untuk menawan kota Iskandariah. Walau bagaimanapun, usaha untuk memperbaiki keadaan bandar ini telah diusahakan secara besar-besaran antara tahun 1810 & 1850 oleh Muhammad Ali Pasha, iaitu wizurai Empayar Turki Uthmaniyah di Mesir.

Iskandariah telah menjadi pusat pentadbiran Mesir selama beratus-ratus tahun lamanya. Namun, selepas kewujudan bandar Kaherah yang kemudiannya dijadikan pusat pentadbiran Mesir yang baru selepas Mesir terletak di bawah naungan kerajaan Islam, fungsi Iskandariah sebagai pusat pentadbiran Mesir telah berakhir. Kepentingannya menjadi semakin berkurangan dari sehari ke sehari. Namun, ianya kini kembali bangun menjadi bandar yang penting di Mesir. Iskandariah kini adalah bandar ke-2 terpenting di negara ini kerana pelabuhannya yang menjadi pusat komersil & pengangkutan yang utama di negara ini.

Tempat pertama di Iskandariah yang kami jejaki ialah Citadel of Qaitbay yang merupakan sebuah kubu yang dibina pada tahun 1477 sewaktu pemerintahan Raja kerajaan Mamluk yang bernama Al-Ashraf Sayf al-Din Qa'it Bay. Untuk masuk ke dalam kubu ini, kami perlu membeli tiket yang harganya agak berpatutan. Kubu ini meliputi kawasan yang sangat luas & terletak di pinggiran Laut Mediterranean. Di dalamnya terdapat sebuah bekas masjid yang dipercayai sebagai masjid yang tertua di Iskandariah. Dari atas kubu ini, panorama kota Iskandariah yang indah dapat dinikmati. Subhanallah. Kami berempat termasuk Ustaz Nasir menghabiskan masa hampir sejam di dalam kubu tersebut.

Citadel of Qaitbay ini sebenarnya dikatakan dibina di atas tapak runtuhan sebuah rumah api yang bernama Pharos of Alexandria. Rumah api yang mulai dibina pada kurun ke-3 SM sewaktu pemerintahan Ptolemy I tersebut merupakan rumah api pertama yang dibina di dunia. Ianya adalah salah satu daripada ‘7 Keajaiban Dunia Purba’. Rumah api tersebut malangnya sudah tidak lagi wujud pada masa kini. Ianya dikatakan telah runtuh akibat kejadian gempa bumi yang berlaku antara tahun 1303 & 1323. Batu-batu daripada runtuhan rumah api tersebut kemudiannya dikatakan telah digunakan untuk pembinaan Citadel of Qaitbay pada tahun 1477.


Citadel of Qaitbay, Iskandariah, Mesir



Di dalam Citadel of Qaitbay, Iskandariah, Mesir



Di dalam Citadel of Qaitbay, Iskandariah, Mesir



Di dalam Citadel of Qaitbay, Iskandariah, Mesir



Pemandangan kota Iskandariah dari atas Citadel of Qaitbay, Iskandariah, Mesir



Lukisan gambaran rumah api Pharos of Alexandria

Selepas puas bergambar di dalam kubu tersebut, kami menuju pula ke Masjid Abu Abbas Al-Mursi, salah sebuah masjid yang terpenting di Iskandariah. Masjid ini dibina di atas tapak makam seorang pendakwah dari Murcia, Sepanyol yang bernama Abu Abbas Al-Mursi. Menurut sejarah, beliau bersama-sama dengan penduduk-penduduk Sepanyol yang beragama Islam telah membawa diri ke Iskandariah setelah kerajaan Islam di Sepanyol menjadi lemah akibat serangan kerajaan Kristian pada kurun ke-13. Di Iskandariah, beliau telah menjadi guru agama yang terkenal & banyak berjasa.

Masjid yang pertama telah dibina di atas tapak makam Abu Abbas Al-Mursi tersebut pada tahun 1307 oleh Sheikh Zein Ad-Din Ibn Al-Qattan. Namun, keadaan masjid itu tidak terurus mulai tahun 1477. Masjid itu kemudiannya diperbaiki oleh Gaqmas Az-Zahari & makamnya terletak bersebelahan dengan makam Abu Abbas Al-Mursi. Pada tahun 1596, masjid itu diperbaharui pula oleh Sheikh Abu al-Abbas & makamnya juga terletak di dalam masjid tersebut. Pada tahun 1775, pembesaran masjid ini dilakukan oleh Sheikh Abu al-Hassan El Maghribi & kebesarannya kekal seperti sekarang. Kubah-kubah & menara-menaranya yang dilihat pada masa kini hanya dibina pada tahun 1943.

Raja Mesir yang bernama Farouk kemudiannya mengarahkan pembinaan sebuah dataran di kawasan masjid ini & dataran tersebut diberi nama Midan al-Masgid. Masjid Abu Abbas Al-Mursi ini menjadi pusat utama dataran tersebut & ianya dikelilingi pula oleh 5 buah lagi masjid. Senibina Masjid Abu Abbas Al-Mursi beserta masjid-masjid lain di sekelilingnya yang berwarna putih itu tersangatlah mengagumkan. Di dataran Midan al-Masgid ini terdapat juga sebuah kebun pokok kurma. Aku yang belum pernah melihat kebun pokok kurma dari dekat terus mengambil gambar di hadapannya. Hahahah.


Masjid Abu Abbas Al-Mursi di Midan Al-Masgid, Iskandariah, Mesir



Di dalam Masjid Abu Abbas Al-Mursi, Iskandariah, Mesir



Di Midan Al-Masgid, Iskandariah, Mesir



Kebun pokok kurma di Midan Al-Masgid, Iskandariah, Mesir

Selepas menunaikan solat jamak Zohor & Asar, kami berlima meneruskan perjalanan ke Masjid Nabi Daniel yang dikatakan menempatkan makam Nabi Daniel & Luqman al-Hakim. Sebenarnya, tidak terdapat bukti kukuh yang boleh mengesahkan kedudukan sebenar makam Nabi Daniel & Luqman al-Hakim. Nabi Daniel yang berasal daripada kaum Bani Israel di Palestin telah dibawa ke Babylon setelah kerajaan Israel dikalahkan oleh kerajaan Babylon yang pada waktu itu diperintah oleh Raja yang bernama Nebuchadnezzar. Kerana kebijaksanaannya, Nabi Daniel telah dilantik menjadi salah seorang pembesar diraja. Tidak berapa lama kemudian, pengasas kepada Empayar Parsi, iaitu Cyrus II & tenteranya telah berjaya menawan Babylon pada kurun ke-5 SM. Nabi Daniel masih lagi diberi kepercayaan untuk memegang jawatan yang besar sewaktu Babylon di bawah Empayar Parsi. Selepas kematian Cyrus II, puteranya yang bernama Darius pula ditabalkan sebagai Raja Parsi & Nabi Daniel tetap mempunyai pengaruh yang besar dalam pentadbiran.

Disebabkan hasad dengki pembesar-pembesar yang lain, Nabi Daniel kemudiannya dimasukkan ke dalam kandang singa kerana keengganannya meninggalkan ajaran agamanya yang menyembah Allah yang Esa. Namun, baginda akhirnya diselamatkan oleh Allah s.w.t daripada keganasan binatang buas tersebut. Nabi Daniel dikatakan wafat di bumi Iran & makamnya dipercayai terletak di bandar Susa, Iran. Ada juga pendapat-pendapat lain yang mengatakan bahawa makamnya terletak di Kirkuk, Iraq & di Samarkand, Uzbekistan. Dan ada juga yang berpendapat bahawa makamnya terletak di dalam Masjid Nabi Daniel di Iskandariah ini. Wallahu ‘alam.

Luqman al-Hakim pula adalah seorang ayah yang banyak mengajar anak-anaknya supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah s.w.t. Namanya ada disebut di dalam Al-Quran. Berikut adalah petikan ayat-ayat Al-Quran tersebut:

'(Luqman menasihati anaknya dengan berkata), "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalas-Nya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuan-Nya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi." "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya." "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri." "Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai."' (Surah Luqman: Ayat 16-19)


Masjid Nabi Daniel, Iskandariah, Mesir



Masjid Nabi Daniel, Iskandariah, Mesir

Selepas menziarahi makam kedua-dua hamba Allah s.w.t tersebut, kami menuju pula ke Istana Montaza yang merupakan bekas kediaman pentadbir-pentadbir Mesir dari keturunan Muhammad Ali Pasha. Istana ini siap dibina pada tahun 1892 sewaktu Mesir di bawah pentadbiran Abbas Hilmi Pasha. Ianya dikelilingi oleh sebuah taman yang amat luas & terletak di pinggiran Laut Mediterranean. Di dalam taman tersebut terdapat juga sebuah kebun pokok kurma yang luas. Kami yang jarang dapat melihat kebun pokok kurma seluas itu menjadi kagum. Lantas, kami terus mencapai kamera & bergambar dengan pokok-pokok kurma tersebut dengan menggayakan pelbagai aksi. Hahaha.


Istana Montaza, Iskandariah, Mesir



Kebun pokok kurma di kawasan Istana Montaza, Iskandariah, Mesir



Di kebun pokok kurma di kawasan Istana Montaza, Iskandariah, Mesir

Destinasi kami yang terakhir di Iskandariah ialah Bibliotheca Alexandrina, sebuah perpustakaan yang dibina sempena memperingati Royal Library of Alexandria yang telah runtuh akibat serangan demi serangan dari musuh. Royal Library of Alexandria yang telah runtuh itu telah siap dibina pada kurun ke-3 SM sewaktu era pemerintahan Ptolemy II di Mesir & merupakan perpustakaan yang terbesar di dunia pada waktu itu. Iskandariah pada waktu itu merupakan pusat ilmu pengetahuan yang termasyhur di seluruh dunia. Setelah perpustakaan itu tidak digunakan lagi selepas kedatangan Islam di bumi Mesir, buku-buku yang masih terdapat di dalam perpustakaan itu dikatakan telah dipindahkan ke perpustakaan di Masjid Al-Azhar di Kaherah pada awal kurun ke-8. Bibliotheca Alexandrina adalah perpustakaan baru yang siap dibina pada tahun 2003 berhampiran dengan tapak Royal Library of Alexandria yang telah tiada itu. Perpustakaan baru ini sememangnya kelihatan sangat anggun & cantik. Suasana dalamannya juga amat moden & mengagumkan. Untuk masuk ke dalamnya, kami perlu membeli tiket yang harganya tidaklah begitu mahal.


Bibliotheca Alexandrina, Iskandariah, Mesir



Di dalam Bibliotheca Alexandrina, Iskandariah, Mesir

Selepas puas bergambar di dalam Bibliotheca Alexandrina, kami singgah sebentar di sebuah restoran untuk membeli makanan bagi mengisi perut apabila di dalam kereta nanti. Selepas selesai membeli, kami pun meneruskan perjalanan untuk pulang semula ke Kaherah. Jam pada waktu itu sudah pun menunjukkan pukul 4.00 petang. Perjalanan pulang ke Kaherah dengan kereta mengambil masa hampir 3 jam lamanya. Aku tertidur di dalam kereta kerana kepenatan.

Setibanya kami di Kaherah, Ustaz Nasir menghantar Johan & Ahmad ke Rumah Malaysia Abbasiyah. Kemudian, dia membawa aku & Tok Wan ke Rumah Perlis. Kami mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Ustaz Nasir kerana telah menjadi pemandu pelancong kami yang sangat bagus. Banyak informasi tentang Iskandariah telah kami perolehi daripadanya. Aku & Tok Wan kemudiannya terus masuk ke dalam bilik kami. Selepas solat, kami pun terus melelapkan mata kepenatan.

Hari 6: 6 OGOS 2006

Hari ini adalah hari ulangtahun aku yang ke-24. Tak sangka pula aku akan meraikan hari ulangtahun yang ke-24 di Kaherah. Hahaha. Aku tidak memberitahu sesiapa kerana tidak ingin menyusahkan mereka. Pada hari ini, aku & Tok Wan hanya menghabiskan masa kami di dalam bilik sambil membaca buku-buku kepunyaan Yeop yang terdapat di dalam bilik tumpangan kami. Pada waktu malam nanti, kami akan bergerak menuju ke Semenanjung Sinai dengan menaiki van yang sudah pun ditempah oleh Ustaz Arif. Acab, Johan & Ahmad akan ikut bersama.

Apabila jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam, kami berlima pun menunggu ketibaan van seperti yang dijanjikan oleh Ustaz Arif di luar Rumah Perlis. Tidak berapa lama selepas menunggu, van tersebut pun akhirnya tiba. Van itu dipandu oleh seorang lelaki tempatan. Bersama-sama dengannya adalah seorang lelaki Melayu yang bernama Azhari. Kami memanggilnya Ustaz Azhari. Beliau akan menjadi pemandu pelancong kami di Semenanjung Sinai nanti, sementara lelaki tempatan tersebut pula ditugaskan untuk memandu van itu. Ustaz Azhari ini berasal dari Kedah. Beliau sebenarnya sudah bertahun-tahun tinggal di Mesir & telah berkahwin dengan wanita tempatan. Beliau adalah bapa kepada 3 orang anak & kini tinggal di Rumah Malaysia Abbasiyah. Beliau bekerja di restoran Rumah Malaysia tersebut. Tidak berapa lama selepas ketibaan van tersebut, kami semua pun terus bergerak menuju ke Semenanjung Sinai. Perjalanan ke sana dari Kaherah mengambil masa lebih kurang 6 jam lamanya. Kami semua banyak menghabiskan masa di dalam van tersebut dengan tidur sahaja memandangkan kami tidak dapat melihat apa-apa di luar kerana gelap.


Sebelum bertolak ke Semenanjung Sinai di hadapan Rumah Perlis, Kaherah, Mesir

Hari 7: 7 OGOS 2006

Sedar-sedar sahaja dari tidur lebih kurang pada pukul 5.30 pagi, kami sudah pun berada di Semenanjung Sinai. Di sekeliling kami hanya terdapat padang pasir yang luas beserta gunung-ganang yang kering-kontang & jarang sekali kelihatan pohon-pohon yang menghijau. Yang ada cuma semak-samun yang tidak seberapa. Indah & tenang sungguh suasana sebegini. Inilah rupanya keadaan padang pasir yang jarang sekali dapat aku nikmati. Subhanallah.


Pemandangan luar dari dalam van di Semenanjung Sinai, Mesir



Pemandangan luar dari dalam van di Semenanjung Sinai, Mesir



Pemandangan luar dari dalam van di Semenanjung Sinai, Mesir



Pemandangan luar dari dalam van di Semenanjung Sinai, Mesir

Tidak berapa lama kemudian, kami berhenti di suatu kawasan di mana terdapat sebuah surau kecil di situ. Kami menunaikan solat Subuh sementara matahari belum memancarkan sinarnya. Selepas selesai solat Subuh, kami meneruskan perjalanan kami menerokai Semenanjung Sinai.

Semenanjung Sinai adalah sebuah semenanjung yang berbentuk segitiga yang terletak di antara negara Mesir & Palestin/Israel. Ianya adalah kepunyaan negara Mesir. Semenanjung ini terletak di antara 2 buah laut iaitu Laut Mediterranean di bahagian utaranya & Laut Merah di bahagian selatannya & 2 buah teluk iaitu Teluk Suez di bahagian barat & Teluk Aqabah di bahagian timur. Hampir seluruh Semenanjung Sinai ini dilitupi oleh padang pasir & gunung-gunung berbatu sahaja. Lebih kurang 5000 tahun dahulu, kawasan ini adalah kawasan perlombongan batu permata fairuz yang penting bagi Empayar Mesir. Kemudiannya, dari tahun 1260 ke tahun 1518, semenanjung ini dikuasai pula oleh kerajaan Mamluk. Namun, selepas kekalahan mereka kepada tentera Turki Uthmaniyah yang pada waktu itu diperintah oleh Sultan yang bernama Selim I, Semenanjung Sinai jatuh ke tangan empayar tersebut & ianya terus diletakkan di bawah pentadbiran wiruzai Turki Uthmaniyah di Mesir, iaitu keturunan Pasha sehinggalah ke awal kurun ke-20. Pada tahun 1906, pentadbiran semenanjung ini jatuh pula ke tangan United Kingdom. United Kingdom kemudiannya menandakan sempadan antara Mesir & Palestin. Sempadan tersebut masih kekal hingga ke hari ini.


Kedudukan Semenanjung Sinai di Mesir



Peta Semenanjung Sinai

Pada tahun 1948, tentera Mesir telah berarak menuju ke sempadan negara Israel yang telah dibentuk oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi menempatkan bangsa-bangsa Yahudi yang bebas. Ini telah mencetuskan Perang Arab-Israel pada tahun tersebut. Setahun kemudiannya, iaitu pada tahun 1949, Perjanjian Armistice telah ditandatangani antara Israel, Mesir, Jordan, Lubnan & Syria & ini telah menamatkan Perang Arab-Israel. Dalam perjanjian tersebut, Semenanjung Sinai & juga Semenanjung Gaza diletakkan di bawah pentadbiran Mesir. Kemudiannya, pada tahun 1956, Mesir telah mengenakan sekatan terhadap pelabuhan Israel di Eilat. Ini telah menyebabkan serangan tentera Israel ke atas Semenanjung Sinai dengan bantuan United Kingdom & Perancis & mereka berjaya menawan keseluruhan semenanjung tersebut dalam jangka masa beberapa hari. Beberapa bulan kemudian, tentera Israel telah berundur dari sini atas desakan Amerika Syarikat & Soviet Union. Semenanjung Sinai kemudiannya diletakkan di bawah pentadbiran Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Pada tahun 1967, tentera Mesir telah berarak ke Semenanjung Sinai untuk merampasnya kembali & mengarahkan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk berundur. Israel kemudiannya telah memulakan Perang Enam Hari dengan Mesir & tentera Mesir berjaya dikalahkan. Israel kemudiannya mengambil alih pentadbiran keseluruhan semenanjung ini & Terusan Suez yang jatuh ke tangan Israel pada waktu itu terus ditutup.

Pada bulan Oktober 1973, tercetus pula satu lagi peperangan antara Mesir & Israel yang digelar Perang Oktober. Dalam peperangan ini, tentera Mesir akhirnya berjaya menewaskan tentera Israel & Semenanjung Sinai beserta Terusan Suez berjaya dikembalikan kepada Mesir. Terusan Suez yang telah ditutup untuk sekian lama, akhirnya dibuka kembali. Pada tahun 1979, Perjanjian Damai Mesir-Israel telah ditandatangani. Dalam perjanjian tersebut, Israel telah mengiktiraf Semenanjung Sinai sebagai hak milik kerajaan Mesir. Kerajaan Mesir pula telah mengiktiraf kedaulatan kerajaan Israel. Mesir merupakan negara Arab pertama yang mengiktiraf negara haram tersebut. Kemudiannya, ia disusuli pula oleh negara Jordan pada tahun 1994.

Daripada sejarah Semenanjung Sinai ini, kita dapat bayangkan betapa berharganya tanah semenanjung tersebut sehingga menjadi rebutan antara negara Mesir & Israel. Menurut sejarah, di sinilah terletaknya sebuah kawasan pergunungan yang diberi nama Jabal Musa yang merupakan lokasi di mana Nabi Musa a.s & kaum Bani Israel berlegar-legar selepas mereka berjaya melarikan diri dari kekejaman Firaun di Mesir. Di sini jugalah dipercayai kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Musa a.s.

Tempat pertama di Semenanjung Sinai yang kami kunjungi ialah Taba’. Kami tiba di sini lebih kurang pada pukul 8.30 pagi. Taba’ terletak di sempadan Mesir & Israel. Ia terletak di pinggiran Teluk Aqabah. Di sinilah terletaknya kompleks imigresen yang tersibuk antara Mesir & Israel. Taba’ yang terletak di sempadan 2 buah negara tersebut turut menjadi mangsa kepada peperangan yang berlaku antara kedua-dua buah negara itu sebelum ini. Namun, ia akhirnya diberikan kepada kerajaan Mesir selepas perjanjian damai antara kedua-dua negara tersebut dimeterai pada tahun 1979.

Kawasan Taba’ ini juga merupakan sebuah kawasan rekreasi yang popular. Terdapat beberapa buah hotel mewah & sebuah padang golf di sini yang sering dikunjungi oleh pelancong-pelancong dari Israel. Mereka kini diberi kebenaran untuk menetap di sini tanpa visa untuk jangkamasa 48 jam. Pada bulan Oktober 2004, telah berlaku sebuah malapetaka di mana Hotel Hilton di sini telah dibom. Seramai 34 orang terkorban & majoritinya adalah pelancong-pelancong dari Israel. Kami mengambil kesempatan yang ada ini untuk bergambar di hadapan kompleks imigresen Mesir-Israel itu. Bukan mudah untuk melihat negara haram Israel dari dekat.


Peta kedudukan Taba' di Semenanjung Sinai, Mesir



Pelancong-pelancong Israel di kompleks imigresen Mesir-Israel di Taba', Semenanjung Sinai, Mesir



Kompleks imigresen Mesir-Israel di Taba', Semenanjung Sinai, Mesir



Hotel Hilton di Taba', Semenanjung Sinai, Mesir

Selepas bergambar, kami pun meneruskan perjalanan kami ke destinasi yang seterusnya. Tidak jauh dari kompleks imigresen tersebut, terletak sebuah pulau yang diberi nama Pulau Firaun. Pulau ini terletak di kawasan yang strategik di mana lalu lintas kapal antara tanah Arab di bahagian timur & tanah Mesir di bahagian barat dapat dikawal. Ia dahulunya adalah pusat kawalan lalu lintas kapal yang penting sewaktu zaman kegemilangan Empayar Byzantine. Sebuah gereja yang dibina sewaktu pemerintahan Maharaja Byzantine yang bernama Justinian VI masih lagi terdapat di sini sehingga ke hari ini.

Sewaktu era permulaan penyebaran Islam pada kurun ke-7, pulau Firaun ini mulai menjadi tempat persinggahan penduduk-penduduk Islam dari Afrika yang ingin ke Mekah untuk menunaikan Haji. Pulau ini kemudiannya diambil alih pemerintahannya oleh tentera Salib yang mula bertapak di Palestin & Syria pada tahun 1099 apabila Kerajaan Jerusalem ditubuhkan pada tahun tersebut. Pada kurun ke-12, mereka membina sebuah kubu di atas Pulau Firaun dengan menggunakan wang cukai yang dikutip daripada orang-orang Islam yang singgah di sini sewaktu dalam perjalanan ke Mekah. Kubu tersebut diberi nama Ile de Graye. Pada tahun 1170, Salahuddin Al-Ayyubi akhirnya berjaya menawan pulau tersebut dengan mengalahkan tentera Salib & kubu tersebut telah diubahsuai olehnya.

Di seberang pulau tersebut yang terletak tengah-tengah Teluk Aqabah, negara Jordan dapat dilihat dengan jelas. Kawasan di sekeliling Pulau Firaun kini amat terkenal di kalangan pelancong-pelancong kerana batu-batu karangnya yang sangat cantik & mengagumkan. Air laut di sekelilingnya juga tersangat jernih. Untuk ke pulau tersebut, pelancong-pelancong perlu menaiki feri. Disebabkan ketibaan kami terlampau awal, kami tidak dapat ke pulau tersebut kerana perkhidmatan feri hanya akan mula beroperasi lebih kurang pukul 10.00 pagi nanti. Oleh itu, kami hanya bergambar berlatarbelakangkan pulau tersebut sahaja.


Berlatarbelakangkan Pulau Firaun & negara Jordan di Taba', Semenanjung Sinai, Mesir



Berhampiran Pulau Firaun di Taba', Semenanjung Sinai, Mesir

Selepas bergambar dengan Pulau Firaun, kami terus bergerak menuju ke Dahab. Kami tiba di situ lebih kurang pada pukul 11.00 pagi. Dahab adalah sebuah pekan kecil yang terletak di bahagian tenggara Semenanjung Sinai. Di sini terdapat sebuah pantai yang terletak di pinggiran Teluk Aqabah. Di seberang teluk ini, negara Arab Saudi dapat dilihat dengan jelas. Pantai Dahab sangat terkenal dengan aktiviti ‘SCUBA diving’ & ‘snorkelling’. Di sini juga terdapat berpuluh-puluh buah restoran makanan laut. Namun, sewaktu kedatangan kami ke sini, jumlah pelancong tidaklah begitu ramai. Ini kerana pantai ini baru sahaja mengalami suatu mala petaka iaitu pengeboman yang berlaku pada bulan April yang lalu. Hampir 23 orang telah terkorban & 80 orang lagi tercedera dalam kejadian pengeboman tersebut. Patutlah keadaan di sini agak sunyi & tidak ramai orang pada waktu ini.


Peta kedudukan Dahab, Semenanjung Sinai, Mesir



Berlatarbelakangkan negara Arab Saudi di pantai Dahab, Semenanjung Sinai, Mesir

Setibanya kami di pantai Dahab, Ustaz Azhari telah menempah 3 buah bilik untuk kami berehat-rehat sebelum memulakan perjalanan kami ke Jabal Musa pada waktu malam nanti. Selepas meletakkan barang-barang kami di dalam bilik masing-masing, kami berlima termasuk Ustaz Azhari bersiar-siar di sepanjang pantai tersebut sambil bermain dengan beberapa ekor tapak sulaiman yang agak aneh bentuknya. Belum pernah kami melihat tapak sulaiman yang berbentuk sedemikian rupa. Kemudiannya, kami singgah di sebuah restoran makanan laut untuk makan tengah hari. Selesa sungguh cuaca pada hari ini di pantai Dahab.


Pantai Dahab, Semenanjung Sinai, Mesir



Bermain dengan tapak sulaiman di pantai Dahab, Semenanjung Sinai, Mesir



Beberapa ekor tapak sulaiman di pantai Dahab, Semenanjung Sinai, Mesir



Seekor tapak sulaiman di pantai Dahab, Semenanjung Sinai, Mesir



Makan tengah hari di pantai Dahab, Semenanjung Sinai, Mesir

Selepas makan, kami kembali ke bilik masing-masing untuk melelapkan mata. Aku berkongsi bilik dengan Ustaz Azhari. Pemandu van kami yang berbangsa tempatan itu pula berehat-rehat di sebuah khemah kayu di luar. Kemudiannya, selepas solat jamak Zohor & Asar, aku, Tok Wan, Acab, Johan & Ahmad terus berjalan menuju kembali ke tepi pantai untuk bermandi-manda. Hahaha. Gembira sungguh kami kerana dapat mandi air laut. Bukan selalu dapat mandi di air laut Teluk Aqabah. Kami menghabiskan masa hampir 2 jam dengan bermandi-manda. Apabila sudah puas, kami pun kembali ke bilik masing-masing.


Mandi-manda di pantai Dahab, Semenanjung Sinai, Mesir



Mandi-manda di pantai Dahab, Semenanjung Sinai, Mesir

Selepas menunaikan solat jamak Maghrib & Isyak, kami bersiar-siar di tepi pantai Dahab untuk menghirup udara malam Teluk Aqabah. Waktu malam di sini agak panas & kering. Aku benar-benar berasa tidak selesa. Selepas bersiar-siar, kami kembali semula ke bilik kami. Kami berehat-rehat sementara menunggu pukul 12.00 tengah malam di mana kami akan bertolak menuju ke Jabal Musa.


Waktu malam di pantai Dahab, Semenanjung Sinai, Mesir



Waktu malam di pantai Dahab, Semenanjung Sinai, Mesir



Berehat-rehat sementara menunggu masa untuk bertolak ke Jabal Musa, Dahab, Semenanjung Sinai, Mesir

Hari 8: 8 OGOS 2006

Apabila jam sudah menunjukkan pukul 12.00 tengah malam, kami semua pun bersiap sedia untuk bertolak ke Jabal Musa. Van yang dipandu oleh lelaki tempatan tersebut mulai bergerak pada pukul 12.30 tengah malam. Perjalanan ke Jabal Musa dari Dahab mengambil masa lebih kurang sejam. Setibanya kami di kaki Jabal Musa pada lebih kurang pukul 1.30 pagi, kami pun bersiap sedia di samping memanaskan badan sebelum memulakan aktiviti pendakian kami. Setelah semua orang sudah bersedia, kami berlima termasuk Ustaz Azhari pun terus memulakan ekspedisi kami mendaki Jabal Musa. Pemandu van tersebut tidak ikut bersama. Dia akan menjemput semula kami di kaki Jabal Musa pada waktu tengah hari nanti.

Kami berenam memulakan pendakian kami lebih kurang pada pukul 1.45 pagi. Kesemua pendaki dikehendaki mendaki pergunungan tersebut pada waktu malam kerana pada waktu siang, suasana di sini teramat panas & tidak sesuai untuk aktiviti pendakian. Agak ramai juga pendaki-pendaki lain yang turut mendaki bersama-sama kami. Kami berlima bergerak berpandukan Ustaz Azhari kerana beliau mempunyai pengalaman mendaki Jabal Musa lebih daripada 5 kali. Kami bernasib baik kerana bulan sedang mengambang penuh pada malam ini. Oleh itu, kami tidak memerlukan lampu suluh untuk menyuluh laluan kami.

Aku & Tok Wan menerima cabaran yang paling getir sekali kerana kami berdua hanya memakai sandal sahaja sedangkan mereka yang lain memakai kasut yang bersesuaian untuk mendaki gunung. Hahaha. Walau apapun, kami berdua tetap akan membuktikan bahawa kami tetap akan berjaya sampai ke puncak Jabal Musa walaupun hanya dengan memakai sandal. Pendakian kami untuk tiba di puncak Jabal Musa dijangka akan mengambil masa selama 2½ jam. Selain daripada berjalan kaki, ada juga sesetengah pendaki yang menaiki unta separuh jalan. Pendakian Jabal Musa ini sesungguhnya tersangatlah memenatkan.


Dalam pendakian ke puncak Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir



Dalam pendakian ke puncak Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir



Dalam pendakian ke puncak Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir



Dalam pendakian ke puncak Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir



Dalam pendakian ke puncak Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir

Jabal Musa ini sebenarnya terletak bersebelahan dengan Gunung Catherine yang merupakan gunung yang tertinggi di Mesir. Jabal Musa dikatakan merupakan tempat di mana Nabi Musa a.s & kaum Bani Israel bermukim selepas mereka berjaya melarikan diri daripada kekejaman Firaun & juga tempat di mana Nabi Musa a.s menerima kitab Taurat daripada Allah s.w.t. Jabal Musa juga turut dikenali dengan nama Gunung Tur. Gunung Tur ini telah disebut beberapa kali oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran. Berikut adalah antara petikan ayat-ayat Al-Quran yang menyebut nama gunung tersebut:

'Demi Gunung Tur.' (Surah At-Tur: Ayat 1)

'Dan engkau juga tidak berada dekat Gunung Tur ketika Kami menyeru (Nabi Musa dan memberi wahyu kepadanya dahulu), tetapi (diturunkan) rahmat (Al-Quran) dari Tuhanmu (menerangkan Kisah itu) supaya engkau memberi amaran kepada kaum (mu) yang telah lama tidak didatangi sebarang Rasul pemberi amaran sebelummu, semoga mereka beroleh pengajaran (serta insaf mematuhinya).' (Surah Al-Qasas: Ayat 46)


Peta kedudukan Jabal Musa di Semenanjung Sinai, Mesir

Selepas Nabi Musa a.s & kaum Bani Israel berjaya melarikan diri daripada kekejaman Firaun, mereka berhenti seketika di kawasan pergunungan Jabal Musa. Kemudian, Nabi Musa a.s meninggalkan kaumnya selama beberapa hari untuk bermunajat kepada Allah s.w.t. Baginda dikatakan telah bermunajat selama 40 hari, 40 malam & telah berpuasa sepanjang tempoh tersebut. Sewaktu bermunajat inilah baginda memohon kepada Allah s.w.t supaya menunjukkan zat-Nya. Allah s.w.t kemudian mengarahkan Nabi Musa a.s supaya melihat di suatu sudut bukit. Lalu kemudian, bukit tersebut tiba-tiba hancur hingga masuk ke perut bumi, tanpa meninggalkan bekasnya. Baginda kemudiannya terperanjat dan gementar seluruh tubuh lalu pengsan. Apabila baginda sudah kembali sedar, baginda bertasbih memuji Allah s.w.t & memohon ampun atas kesalahannya. Allah s.w.t kemudiannya menurunkan kitab Taurat kepada baginda. Peristiwa ini ada diceritakan di dalam Al-Quran seperti di bawah:

'Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata, "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (Zat-Mu yang Maha Suci) supaya aku dapat melihat-Mu." Allah berfirman, "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihat-Ku, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihat-Ku"; Setelah Tuhannya 'Tajalla' (menzahirkan kebesaran-Nya) kepada gunung itu, (maka) 'Tajalli-Nya' menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan.

Setelah ia sedar semula, berkatalah ia, "Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepada-Mu, dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku). Allah berfirman, "Wahai Musa! Sesungguhnya Aku memilihmu melebihi umat manusia (yang ada pada zamanmu), dengan membawa perutusan-Ku (Kitab Taurat) dan dengan Kalam-Ku; oleh itu, terimalah apa yang Aku kurniakan kepadamu, dan jadikanlah dirimu dari orang-orang yang bersyukur." Dan Kami telah menuliskan bagi Nabi Musa pada Lauh-lauh (Taurat) itu, dari pelbagai jenis nasihat pengajaran dan penjelasan bagi tiap-tiap sesuatu (dasar Syariat dan hukum-hukumnya). Oleh itu, terimalah dia (dan amalkanlah wahai Musa) dengan bersungguh-sungguh, dan suruhlah kaummu berpegang (serta mengamalkan) yang sebaik-baiknya (iaitu suruhan-suruhannya). Aku akan perlihatkan kepada kamu akan negeri orang-orang yang fasik – derhaka.' (Surah Al-A'raf: Ayat 143-145)


Setelah 2½ jam kami berenam tercungap-cungap mendaki Jabal Musa yang kering-kontang ini, kami akhirnya tiba jua di puncaknya. Pada waktu ini, jam sudah pun menunjukkan pukul 4.15 pagi. Keadaan suhu di atas puncak pergunungan tersebut agak sejuk sebenarnya. Aku berasa menyesal kerana tidak membawa pakaian yang tebal-tebal sedikit. Setibanya kami di sini, kami terus masuk ke dalam sebuah lubang kecil yang dipercayai sebagai lubang di mana Nabi Musa a.s bermunajat kepada Allah s.w.t. Aku seolah-olah tidak percaya bahawa aku sekarang berada di tempat di mana Nabi Allah tersebut dikatakan pernah bermunajat. Inilah antara pengalaman yang paling berharga dalam hidup aku sebagai hamba Allah yang Maha Esa. Kami membaca sedikit doa untuk baginda & juga memohon kesejahteraan kepada diri kami.


Lubang di mana Nabi Musa a.s bermunajat di Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir



Di dalam lubang di mana Nabi Musa a.s bermunajat di Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir

Selepas itu, kami keluar dari lubang ini & berehat-rehat di bahagian luarnya. Cuaca menjadi semakin sejuk. Aku seperti tidak sabar untuk menunggu matahari memancarkan cahayanya yang bakal menghadiahkan habanya kepadaku. Terdapat beberapa orang kanak-kanak & remaja-remaja kaum Badwi yang membuat bisnes menyewakan selimut kepada para pelancong di atas puncak pergunungan tersebut. Bisnes mereka teramatlah laku. Aku tidak bercadang untuk menyewanya memandangkan aku masih lagi boleh bertahan. Harap-harapnya. Hahaha.

Kebanyakan pelancong yang mendaki Jabal Musa ini hanya bertujuan untuk melihat matahari terbit & pada pendapat aku mereka langsung tidak mengetahui akan kewujudan lubang kecil tersebut. Aku merasakan bahawa usaha mereka untuk mendaki pergunungan tersebut seperti tidak memadai dengan hasil yang bakal mereka perolehi. Sebelum matahari terbit, kami menunaikan solat Subuh dengan bertayamum.

Setelah hampir 2 jam menunggu dalam kesejukan, akhirnya mentari pun mula memancarkan sinar habanya. Suasana di sekeliling puncak Jabal Musa kelihatan kuning keemasan. Begitu indah sekali panorama tersebut. Subhanallah. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Kami kemudiannya menghabiskan masa hampir 2 jam lamanya bergambar di atas puncak pergunungan tersebut. Kami seolah-olah tidak mahu beredar dari sini kerana suasananya teramat memukau minda. Di kawasan puncak Jabal Musa ini sebenarnya terdapat sebuah masjid kecil yang hanya boleh mengisi beberapa orang jemaah sahaja. Terdapat juga sebuah gereja kecil Greek Ortodox yang dibina pada tahun 1934 di atas tapak sebuah gereja yang telah dibina pada kurun ke-16.


Matahari terbit di puncak Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir



Matahari terbit di puncak Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir



Matahari terbit di puncak Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir



Di puncak Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir



Di puncak Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir



Di puncak Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir



Lubang di mana Nabi Musa a.s bermunajat di Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir



Di dalam lubang di mana Nabi Musa a.s bermunajat di Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir



Di puncak Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir



Di puncak Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir

Setelah puas bergambar di puncak Jabal Musa, kami berenam pun memulakan langkah untuk kembali ke kaki pergunungan tersebut. Kami menggunakan jalan yang berbeza daripada jalan yang kami lalui sewaktu mendaki tadi. Pada waktu siang inilah baru kami dapat menikmati keindahan Jabal Musa dengan lebih jelas berbanding waktu malam tadi. Subhanallah. Cantik tidak terkata. Hakisan angin yang berlaku sejak beribu-ribu tahun dahulu telah menghasilkan pelbagai rupa bentuk batu di pergunungan tersebut yang tersangat unik & memukau pandangan. Kawasan pergunungan ini sebenarnya kering-kontang & hanya terdapat batu-batu & juga beberapa tumbuhan-tumbuhan kecil. Tumbuhan-tumbuhan tersebut menurut kata Ustaz Azhari adalah tumbuhan-tumbuhan herba yang amat berkhasiat. Beliau memetik beberapa batang untuk dibawa pulang ke Kaherah.


Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir



Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir



Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir



Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir



Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir



Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir



Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir



Tumbuhan-tumbuhan herba di Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir

Di kawasan Jabal Musa ini juga terdapat sebuah gerai yang menjual beberapa ketul batu yang aneh. Pada permukaan batu-batu tersebut terukir daun-daun halus. Menurut kata penjual batu tersebut, batu-batu itu merupakan kesan tinggalan peristiwa Allah s.w.t menghancurkan gunung tersebut di hadapan Nabi Musa a.s ketika baginda meminta Allah s.w.t menunjukkan zat-Nya. Tumbuhan-tumbuhan yang ada di Jabal Musa pada waktu itu turut menjadi takut sehingga kesemuanya masuk ke dalam batu-batu yang berdekatan. Wallahu 'alam.


Seketul batu yang aneh di Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir

Setelah hampir 2½ menuruni Jabal Musa, kami akhirnya tiba di kaki pergunungan tersebut. Alhamdulillah. Bersyukur kepada Allah s.w.t kerana telah memudahkan perjalanan kami & tidak memberi apa-apa masalah kepada kami sepanjang kami mendaki & menuruni Jabal Musa tersebut. Setibanya kami di kaki pergunungan ini, kami singgah sebentar di sebuah monasteri yang bernama Saint Catherine's Monastery. Monasteri tersebut dibina sewaktu Mesir di bawah Empayar Byzantine. Maharaja Byzantine yang bernama Justinian I yang turut bertanggungjawab membina Hagia Sofia di Constantinople telah mengarahkan pembinaan monasteri tersebut di sini antara tahun 527 & tahun 565. Monasteri ini dibina menutupi Chapel of the Burning Bush yang merupakan tempat di mana Nabi Musa a.s dikatakan melihat pohon hijau yang terbakar di mana baginda mendengar satu suara yang merupakan wahyu daripada Allah s.w.t kepada baginda. Pohon hijau tersebut masih lagi ada di sini sehingga kini.

Kawasan monasteri ini merupakan kawasan suci kepada ketiga-tiga agama wahyu iaitu Yahudi, Kristian & Islam. Sebuah masjid dikatakan pernah dibina di dalam monasteri ini. Namun, tidak ada bukti yang kukuh bagi pernyataan tersebut. Di dalam Saint Catherine’s Monastery ini terdapat sebuah perpustakaan yang menyimpan koleksi manuskrip yang ke-2 terbanyak di dunia selepas Vatican Library di Vatican City. Manuskrip-manuskrip tersebut ditulis di dalam bahasa Greek, Koptik, Arab, Armenia, Hebrew & Syriak.


Saint Catherine's Monastery di kaki Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir



'Burning Bush' di dalam Saint Catherine's Monastery di kaki Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir

Selepas melawat monasteri tersebut, kami pun terus menuju ke van kami yang baru sahaja tiba. Setelah masuk ke dalam van tersebut, kami pun meneruskan perjalanan kami. Berdekatan dengan kaki pergunungan Jabal Musa, terdapat sebuah makam yang dipercayai sebagai makam Nabi Harun a.s. Nabi Harun a.s adalah abang kepada Nabi Musa a.s yang sama-sama berjuang membimbing kaum Bani Israel ke jalan Allah s.w.t & melarikan diri daripada cengkaman Firaun. Kami hanya bergambar dari jauh sahaja kerana kesuntukan masa.


Makam Nabi Harun a.s di Semenanjung Sinai, Mesir



Makam Nabi Harun a.s di Semenanjung Sinai, Mesir

Destinasi kami yang seterusnya ialah sebuah lereng bukit di mana terdapat sebuah batu yang berbentuk agak pelik. Ianya terletak tidak jauh dari kaki Jabal Musa. Batu tersebut berbentuk seperti seekor lembu. Menurut kata penduduk tempatan, batu tersebut mempunyai sangkut-paut dengan lembu samiri yang pernah disembah oleh kaum Bani Israel sewaktu Nabi Musa a.s meninggalkan mereka selama 40 hari untuk bermunajat kepada Allah di Jabal Musa. Sepanjang peninggalan Nabi Musa a.s untuk bermunajat di Jabal Musa, Nabi Harun a.s telah diberikan amanah untuk mengawasi & memimpin kaum Bani Israel daripada melakukan kemungkaran, apa lagi menyekutukan Allah s.w.t dengan benda lain.

Walau bagaimanapun, sepanjang pemergian Nabi Musa a.s, berlaku satu ujian besar terhadap kaum Bani Israel. Nabi Musa a.s pada mulanya berjanji untuk meninggalkan mereka selama 30 hari sahaja. Akan tetapi, disebabkan kesalahannya yang ingin melihat zat Allah s.w.t, baginda terpaksa menambah 10 hari lagi untuk menebus dosanya, menjadikannya 40 hari. Kaum Bani Israel kemudiannya merasakan bahawa Nabi Musa a.s telah meninggalkan mereka. Sebilangan daripada mereka kemudiannya menyekutukan Allah s.w.t dengan menyembah patung anak lembu yang diperbuat daripada emas oleh Samiri. Mereka menyembah patung lembu itu selepas terpedaya dengan sihir Samiri yang menjadikan patung tersebut boleh berkata-kata. Nabi Harun a.s telah mengingatkan mereka bahawa kelakuan mereka itu adalah dosa besar. Namun, segala nasihat dan amaran berkenaan tidak dipedulikan.

Selepas bermunajat selama 40 hari, Nabi Musa a.s kembali kepada kaumnya dan baginda amat terkejut melihat perbuatan mereka menyembah patung lembu tersebut. Nabi Musa a.s bukan sahaja marah kepada kaumnya, malah juga kepada Nabi Harun a.s. Nabi Musa a.s menarik kepala dan janggut Nabi Harun a.s. Selepas itu, baginda mendapatkan Samiri, lalu menghalaunya bersama pengikut-pengikutnya. Patung lembu itu dibakar, kemudian dihanyutkan ke dalam laut oleh baginda.

Ada yang mengatakan bahawa pancaran dari patung lembu emas yang diperbuat oleh Samiri itu terpancar ke lereng bukit & membentuk seolah-olah seperti seekor lembu, seperti apa yang dilihat sekarang ini di lereng bukit tersebut. Nama Samiri ini juga sebenarnya menimbulkan persoalan, sama ada ianya merujuk kepada nama seorang manusia ataupun nama sekelompok manusia daripada kaum Bani Israel. Wallahu 'alam. Kisah tentang lembu Samiri tersebut ada diceritakan di dalam Al-Quran. Berikut adalah antara petikan ayat-ayat tersebut:

'(Setelah selesainya urusan itu) maka Allah berfirman kepada Nabi Musa, "Sesungguhnya Kami telah mengenakan kaummu satu fitnah ujian sepeninggalanmu, dan mereka telah disesatkan oleh Samiri." Maka kembalilah Nabi Musa kepada kaumnya dengan perasaan marah dan dukacita; ia berkata, "Wahai kaumku! Bukankah Tuhan kamu telah menjanjikan kamu dengan satu perjanjian yang baik? Patutkah kamu merasa panjang masa pemergianku menerima apa yang dijanjikan itu? Atau kamu sengaja menghendaki supaya kamu ditimpa kemurkaan dari Tuhan kamu, lalu kamu menyalahi perjanjian kamu denganku?" Mereka menjawab, "Kami tidak menyalahi janji kami kepadamu itu dengan kuasa dan ikhtiar kami, tetapi kami telah dibebankan membawa barang-barang perhiasan orang-orang (Mesir) itu, supaya kami mencampakkannya ke dalam api lalu kami melakukan yang demikian, maka demikianlah juga 'Samiri' mencampakkan apa yang dibawanya." Kemudian Samiri mengeluarkan untuk mereka dari leburan barang-barang itu (patung) seekor anak lembu yang bertubuh lagi bersuara, lalu mereka berkata, "Ini ialah tuhan kamu dan tuhan bagi Musa, tetapi Musa telah lupa!" Patutkah mereka tidak mahu berfikir sehingga mereka tidak nampak bahawa patung itu tidak dapat menjawab perkataan mereka, dan tidak berkuasa mendatangkan bahaya atau memberi manfaat kepada mereka?

Dan demi sesungguhnya, Nabi Harun telah pun berkata kepada mereka sebelum itu, "Wahai kaumku, sesungguhnya kamu hanya diperdayakan dengan patung itu, dan sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang melimpah-limpah rahmat-Nya; oleh itu, ikutlah daku dan taatlah akan perintahku." Mereka menjawab, "Kami tidak sekali-kali akan meninggalkan penyembahan patung ini, (bahkan) kami akan tetap menyembahnya hingga Nabi Musa kembali kepada kami." (Sekembalinya), Nabi Musa berkata, "Wahai Harun, apakah maniknya yang menghalangmu ketika engkau melihat mereka sesat, daripada menurutku? Adakah engkau ingkar akan suruhanku?" Nabi Harun menjawab, "Wahai anak ibuku! Janganlah engkau meragut janggutku dan janganlah menarik (rambut) kepalaku. Sesungguhnya aku takut bahawa engkau akan berkata kepadaku: 'Engkau telah memecah-belahkan kaum Bani lsrail sesama sendiri, dan engkau tidak berhati-hati mengambil berat pesananku!'"

(Sesudah itu Nabi Musa hadapkan kemarahannya kepada Samiri lalu) bertanya, "Apa pula halmu, wahai Samiri?" Ia menjawab, "Aku mengetahui dan menyedari apa yang tidak diketahui oleh mereka, lalu aku mengambil segenggam dari kesan jejak Rasul itu, kemudian aku mencampakkannya; dan demikianlah aku dihasut oleh hawa nafsuku." Nabi Musa berkata kepada Samiri, "Jika demikian, pergilah, (engkau adalah diusir dan dipulaukan), kerana sesungguhnya telah ditetapkan bagimu akan berkata dalam kehidupan dunia ini: 'Jangan sentuh daku', dan sesungguhnya telah dijanjikan lagi untukmu satu balasan akhirat yang engkau tidak sekali-kali akan terlepas daripadanya. Dan (sekarang) lihatlah kepada tuhanmu yang engkau sekian lama menyembahnya, sesungguhnya kami akan membakarnya kemudian kami akan menghancur dan menaburkan serbuknya di laut sehingga hilang lenyap."' (Surah Taha: Ayat 85-97)


Kagum sungguh kami melihat batu yang berbentuk seperti patung lembu tersebut. Mungkin begitulah rupanya bentuk lembu yang diperbuat oleh Samiri laknatullah.


Gambaran patung anak lembu emas Samiri



Batu yang berbentuk lembu, Semenanjung Sinai, Mesir



Batu yang berbentuk lembu, Semenanjung Sinai, Mesir



Batu yang berbentuk lembu, Semenanjung Sinai, Mesir

Selepas bergambar dengan batu yang berbentuk seperti lembu tersebut, kami pun meneruskan perjalanan kami. Tempat seterusnya yang kami jejaki ialah sebuah makam yang dipercayai sebagai makam Nabi Saleh a.s. Nabi Saleh a.s diutuskan oleh Allah s.w.t kepada kaum Tsamud yang mahir dalam seni membelah dan memahat gunung-ganang. Namun, mereka tidak menyembah Allah s.w.t, sebaliknya mereka menyembah berhala. Nabi Saleh a.s telah berdakwah mereka, namun hanya sedikit sahaja yang mengikuti baginda & yang lainnya meminta baginda menunjukkan mukjizat jika baginda benar-benar pesuruh Allah s.w.t.

Allah s.w.t kemudiannya memunculkan seekor unta betina dari sebalik sebuah batu besar. Unta tersebut sihat & mengeluarkan susu yang tidak pernah habis. Nabi Saleh a.s meminta kaumnya agar jangan mengganggu unta tersebut. Namun, kaumnya tetap mengkhianati baginda. Unta itu dibunuh oleh 2 orang pemuda kaum tersebut. Setelah mengetahui tentang pembunuhan unta itu, Nabi Saleh a.s memberi waktu kepada kaumnya selama 3 hari agar mereka bertaubat. Akan tetapi, mereka tetap berdegil. Nabi Saleh a.s & pengikutnya kemudian meninggalkan kota tersebut. Sepeninggalan baginda & pengikutnya, Allah s.w.t telah mengazab kaum Tsamud yang degil tersebut dengan guruh & halilintar yang amat dahsyat sehingga kota mereka hancur-lebur menjadi debu. MasyaAllah.

Berhampiran dengan makam Nabi Saleh a.s, terdapat sebuah lagi makam. Kami tidak pasti milik siapakah makam tersebut. Apa yang pastinya, kedua-dua makam tersebut tidak dijaga dengan rapi oleh kerajaan Mesir. Sedih sungguh kami melihatnya.


Makam Nabi Saleh a.s, Semenanjung Sinai, Mesir



Makam Nabi Saleh a.s, Semenanjung Sinai, Mesir



Makam Nabi Saleh a.s, Semenanjung Sinai, Mesir

Kami seterusnya meneruskan perjalanan ke Hamam Firaun yang terletak di persisiran pantai Teluk Suez. Ianya adalah rumah mandi air panas semulajadi yang terletak di dalam sebuah gua kecil. Untuk masuk ke dalamnya, kami terpaksa merangkak. Udara di dalam rumah mandi semulajadi itu sememangnya agak panas. Subhanallah. Menurut cerita penduduk tempatan, ianya merupakan tempat di mana Firaun menyembuhkan penyakit rheumatismanya.


Hamam Firaun, Semenanjung Sinai, Mesir



Hamam Firaun, Semenanjung Sinai, Mesir

Kemudiannya, kami bergerak menuju ke kawasan yang merupakan medan pertempuran Perang Oktober yang berlaku pada tahun 1973. Kami telah dibawa mengelilingi kawasan ini oleh seorang askar tempatan yang bertugas di sini. Bahasa Inggeris beliau agak bagus. Beliau banyak menerangkan kepada kami tentang apa yang berlaku sewaktu peperangan tersebut & beliau juga turut menunjukkan beberapa peralatan yang digunakan sewaktu peperangan itu. Selepas itu, kami pun terus beransur pulang semula ke Kaherah. Sewaktu dalam perjalanan ke Kaherah, kami singgah dahulu di sebuah restoran untuk makan tengah hari & kemudiannya di sebuah masjid untuk menunaikan solat jamak Zohor & Asar. Selepas itu, kami meneruskan perjalanan pulang ke Kaherah. Sudah banyak tempat di Semenanjung Sinai yang telah kami jejaki & kami berasa amat puas.


Medan pertempuran Perang Oktober, Semenanjung Sinai, Mesir



Medan pertempuran Perang Oktober, Semenanjung Sinai, Mesir

Kami tiba di Kaherah lebih kurang pada pukul 5.00 petang. Kami mengucapkan terima kasih kepada pemandu van yang berbangsa tempatan tersebut & tidak lupa kepada Ustaz Azhari yang telah menjadi pemandu pelancong yang sangat kami kagumi. Tanpa beliau, trip kami ke Semenanjung Sinai sudah tentunya tidak akan bermakna. Setibanya kami di Rumah Perlis, aku & Tok Wan terus masuk ke dalam bilik kami untuk berehat-rehat. Penat sungguh rasanya.

Sementara itu, Acab, Johan & Ahmad pula dibawa oleh Ustaz Azhari ke sebuah stesen bas di kota Kaherah kerana mereka bertiga akan ke Jordan pada malam nanti. Mereka akan menaiki bas ke Nuweiba yang terletak di Semenanjung Sinai & dari situ, mereka akan menaiki feri ke Aqaba, Jordan. Aku & Tok Wan yang pada mulanya bercadang untuk ke Jordan terpaksa membatalkan hajat kami kerana kesuntukan masa. Banyak lagi tempat di Kaherah yang belum kami jejaki. Aku sebenarnya tersangat ingin menjejakkan kaki di bumi Jordan. Namun, apakan daya. Allah s.w.t Maha Berkuasa menentukan segalanya.

Hari 9: 9 OGOS 2006

Pada hari ini, aku & Tok Wan tidak ke mana-mana. Kami hanya menghabiskan masa kami di dalam bilik tumpangan kami di Rumah Perlis sambil membaca buku-buku kepunyaan Yeop. Ustaz Arif memberi kesempatan kepada kami untuk berehat-rehat pada hari ini kerana dia tahu kepenatan kami berdua mendaki Jabal Musa masih belum hilang. Hahaha. Sementara itu, Acab, Johan & Ahmad sudah pun bertolak ke Jordan pada malam tadi.

Hari 10: 10 OGOS 2006

Pada hari ini, aku & Tok Wan akan mengelilingi kota Kaherah bersama-sama dengan seorang pemandu yang ditugaskan oleh Ustaz Arif. Nama pemandu tersebut ialah Ahmad. Kami memanggilnya dengan gelaran Ustaz Mat. Beliau berasal dari Pattani, Thailand & kini sedang belajar di Universiti Al-Azhar. Kami bertiga mulai bergerak pada pukul 8.30 pagi dari Rumah Perlis. Tempat pertama yang kami jejaki pada hari ini ialah bandar Giza, di mana terletaknya Giza Plateau yang menempatkan kompleks piramid-piramid yang merupakan monumen-monumen purba yang paling agung di bumi Kaherah. Bandar kecil ini terletak tidak jauh dari pusat bandar Kaherah, iaitu cuma 20 kilometer sahaja.

Giza Plateau adalah sebuah dataran padang pasir yang agak luas. Di Giza Plateau ini terdapat 3 buah piramid gergasi iaitu Pyramid of Khufu atau turut dikenali dengan nama Great Pyramid of Giza, Pyramid of Khafre & Pyramid of Menkaure. Selain daripada 3 buah piramid gergasi tersebut, terdapat juga beberapa buah lagi piramid-piramid kecil di kawasan Giza Plateau ini. Terdapat juga sebuah ukiran patung yang berbentuk separuh manusia & separuh singa yang bernama Great Sphinx of Giza. Kawasan Giza Plateau ini dipercayai aktif dibina pada kurun ke-25 SM, iaitu lebih kurang 4500 tahun dahulu.

Sesampainya kami di Giza Plateau, kami berasa sangat kagum melihat kebesaran ketiga-tiga buah piramid yang berdiri megah di sini. Aku seperti tidak percaya bahawa apa yang berada di hadapan aku sekarang adalah antara binaan-binaan yang tertua di dunia yang menjadi tumpuan manusia di seluruh dunia sejak beribu-ribu tahun dahulu. Cuaca di Giza Plateau ini tersangatlah panas. Mungkin hampir mencecah 50 darjah celcius. Namun, ianya tidak menghalang semangat kami.


Giza Plateau, Kaherah, Mesir



Piramid-piramid di Giza Plateau, Kaherah, Mesir

Selepas meletakkan kereta di tempat yang disediakan, aku, Tok Wan & Ustaz Mat berjalan kaki mendekati Pyramid of Khufu yang merupakan piramid yang terbesar di sini. Sebuah blok batu yang membentuk piramid tersebut seolah-olah sama saiznya dengan ketinggian aku. Pyramid of Khufu atau nama gelarannya, Great Pyramid of Giza adalah piramid yang tertua & terbesar sekali di Giza Plateau ini. Ia juga adalah piramid yang terbesar di Mesir & yang tertinggi di dunia. Ia dipercayai siap dibina pada sekitar tahun 2560 SM & mengambil masa selama 20 tahun untuk disiapkan.

Piramid ini dibina bagi menempatkan makam Firaun yang bernama Khufu yang memerintah Mesir dari tahun 2589 SM hingga ke tahun 2566 SM. Dianggarkan seramai lebih daripada 300,000 orang pekerja telah dikerah untuk membina piramid ini. Ianya dibina daripada blok-blok batu kapur, batu basalt & batu granit yang berjumlah 2.4 juta buah semua sekali. Setiap blok piramid tersebut dianggarkan seberat 2-4 tan. Blok-blok batu tersebut dikatakan dibawa dari Tura yang terletak 14 kilometer dari sini & juga dari Aswan yang terletak 800 kilometer dari sini.

Permukaan luar piramid ini dahulunya diselaputi oleh lapisan batu kapur yang licin & bersinar-sinar. Namun, lapisan tersebut telah dihakis oleh pemerintah-pemerintah Mesir sejak beratus-ratus tahun dahulu untuk membina bangunan-bangunan di sekitar Kaherah. Yang tinggal kini hanyalah blok-blok batu yang menjadi rangka luarannya. Begitu hebat sekali tamadun masyarakat Mesir pada zaman dahulu. Sejak piramid ini siap dibina pada tahun 2560 SM, ianya merupakan bangunan yang tertinggi di dunia & memegang rekod tersebut selama hampir 4000 tahun lamanya, sehinggalah Lincoln Cathedral di London dibina pada tahun 1311.

Terdapat 3 buah bilik di dalam Pyramid of Khufu ini, iaitu King’s Chamber, Queen’s Chamber & sebuah lagi bilik yang tidak diketahui fungsinya. Pyramid of Khufu ini telah disenaraikan sebagai salah satu daripada 7 Keajaiban Dunia Purba yang telah disenaraikan pada tahun 140 SM oleh seorang penulis Greek yang bernama Antipater of Sidon. Piramid ini adalah satu-satunya binaan daripada 7 buah binaan tersebut yang masih kukuh & boleh dilihat pada masa kini. Ia juga adalah binaan yang tertua dalam senarai tersebut. 6 buah binaan yang lain masing-masing telah lenyap dari muka bumi ini akibat bencana alam & juga serangan musuh. 6 buah binaan tersebut ialah:

a) Hanging Gardens of Babylon di Baghdad, Iraq
b) Temple of Artemis di Ephesus, Turki
c) Statue of Zeus di Olympia, Greece
d) Mausoleum of Maussollos di Bodrum, Turki
e) Colossus of Rhodes di Pulau Rhodes, Greece
f) Pharos of Alexandria di Iskandariah, Mesir


Pyramid of Khufu di Giza Plateau, Kaherah, Mesir



Pyramid of Khufu di Giza Plateau, Kaherah, Mesir



Pyramid of Khufu di Giza Plateau, Kaherah, Mesir



Blok-blok batu Pyramid of Khufu di Giza Plateau, Kaherah, Mesir



Blok-blok batu Pyramid of Khufu di Giza Plateau, Kaherah, Mesir

Selepas berlegar-legar di sekitar Pyramid of Khufu & bergambar di hadapannya, Ustaz Mat seterusnya membawa kami ke sebuah muzium yang bernama Solar Boat Museum yang terletak berdekatan dengan Pyramid of Khufu. Muzium ini menempatkan sebuah kapal yang dikatakan dimiliki oleh Khufu. Ia dibina semula selama 14 tahun daripada 1200 keping serpihannya yang dijumpai pada tahun 1954. Kapal ini dikatakan sebagai kapal yang membawa mayat Khufu dari Memphis ke Giza untuk disimpan. Muzium ini telah dibuka kepada umum sejak tahun 1982. Untuk memasuki muzium ini, kami perlu membayar tiket yang harganya agak murah.


Kapal Khufu di dalam Solar Boat Museum di Giza Plateau, Kaherah, Mesir



Kapal Khufu di dalam Solar Boat Museum di Giza Plateau, Kaherah, Mesir

Selepas melawat muzium tersebut, kami ke Pyramid of Khafre pula dengan menaiki kereta. Kawasan Giza Plateau ini sebenarnya agak luas & kami perlu bergerak dengan menggunakan kereta untuk menjimatkan masa. Setibanya kami di Pyramid of Khafre, kami sekali lagi berasa kagum melihat kebesaran piramid tersebut. Penduduk-penduduk Mesir pada zaman dahulu sememangnya mempunyai teknologi canggih yang membolehkan mereka membina piramid-piramid yang cantik, tepat & sebegini besar.

Pyramid of Khafre ini adalah piramid yang ke-2 terbesar di Giza Plateau yang merupakan makam kepada Firaun yang bernama Khafre. Khafre adalah adik kepada Khufu & merupakan pengganti takhta Khufu. Khafre memerintah Mesir dari tahun 2650 SM sehingga tahun 2480 SM. Binaan Pyramid of Khafre ini adalah lebih cerun daripada Pyramid of Khufu & ianya dibina di atas tapak yang lebih tinggi daripada tapak Pyramid of Khufu. Disebabkan itulah ianya kelihatan seakan-akan lebih tinggi daripada Pyramid of Khufu. Piramid ini adalah satu-satunya pyramid di Giza Plateau yang masih mempunyai kesan tinggalan lapisan batu kapur yang menyelaputi permukaannya. Kesan tinggalan lapisan tersebut terdapat di puncak piramid ini. Di dalam Pyramid of Khafre ini terdapat sebuah bilik yang menempatkan mumia Khafre.

Sebuah lagi piramid gergasi yang terdapat di Giza Plateau ialah Pyramid of Menkaure yang merupakan piramid yang terkecil antara ketiga-tiga buah piramid tersebut. Ianya dibina bagi menempatkan makam Firaun yang bernama Menkaure yang memerintah Mesir dari tahun 2532 SM hingga tahun 2504 SM. Menkaure adalah waris kepada Khafre. Kami tidak menghampiri piramid ini kerana kesuntukan masa.


Pyramid of Khafre di Giza Plateau, Kaherah, Mesir



Pyramid of Khafre di Giza Plateau, Kaherah, Mesir



Pyramid of Menkaure & Pyramid of Khafre di Giza Plateau, Kaherah, Mesir

Selepas bergambar di hadapan Pyramid of Khafre, kami meneruskan perjalanan kami ke sebuah kawasan di mana kami boleh menikmati panorama ketiga-tiga buah piramid tersebut. Aku & Tok Wan seperti tidak sabar-sabar lagi untuk bergambar di sini. Indah sekali panorama yang kami dapat lihat dari sini. Aku terasa seperti bermimpi. Hahahaha. Selepas mengambil beberapa keping gambar, Ustaz Mat memberi cadangan kepada kami untuk menunggang unta yang disediakan untuk para pelancong di kawasan ini. Aku pada mulanya enggan kerana takut & belum pernah menunggang apa-apa jenis haiwan pun sebelum ini. Namun, setelah dipujuk-pujuk & Tok Wan pun ingin sama menunggang unta, aku akhirnya bersetuju. Orang tua yang menjaga unta tersebut melilit kepala aku dengan sehelai kain agar kelihatan seperti orang Arab. Kemudian, aku mengatur langkah untuk mendekati unta tersebut. Terketar-ketar kaki aku sewaktu hendak naik menduduki di atas bonggol unta tersebut. Saat yang paling mengerikan adalah sewaktu unta tersebut bangun untuk berdiri. Aku terasa seperti hendak jatuh ke belakang. Hahaha. Namun, apabila unta tersebut sudah berjalan, terasa seperti seronok pula. Aku meminta Tok Wan mengambil beberapa keping gambar aku sewaktu menunggang unta tersebut untuk dijadikan kenangan.

Selepas hampir 5 minit menunggang unta itu, tibalah masa untuk aku turun. Sekali lagi saat yang mengerikan kembali, iaitu sewaktu unta tersebut hendak duduk. Hahaha. Kemudian, tiba pula giliran Tok Wan untuk menunggang unta tersebut & aku mengambil beberapa keping gambar sewaktu dia menunggang unta itu. Sesudah itu, Ustaz Mat pun menyedekahkan orang tua penjaga unta tersebut dengan beberapa helai wang kertas. Aku & Tok Wan benar-benar berasa gembira dengan pengalaman menunggang unta. Hahahah.


Berlatar belakangkan ketiga-tiga buah piramid di Giza Plateau, Kaherah, Mesir



Berlatar belakangkan ketiga-tiga buah piramid di Giza Plateau, Kaherah, Mesir



Berlatar belakangkan ketiga-tiga buah piramid di Giza Plateau, Kaherah, Mesir



Berlatar belakangkan ketiga-tiga buah piramid di Giza Plateau, Kaherah, Mesir



Menunggang unta di Giza Plateau, Kaherah, Mesir



Menunggang unta di Giza Plateau, Kaherah, Mesir



Menunggang unta di Giza Plateau, Kaherah, Mesir



Menunggang unta di Giza Plateau, Kaherah, Mesir



Menunggang unta di Giza Plateau, Kaherah, Mesir



Menunggang unta di Giza Plateau, Kaherah, Mesir



Menunggang unta di Giza Plateau, Kaherah, Mesir

Selepas itu, kami menaiki kereta untuk kembali ke Pyramid of Khufu. Kali ini kami akan masuk ke dalam piramid tersebut yang pintunya baru sahaja dibuka. Kami perlu membeli tiket terlebih dahulu sebelum masuk. Harga tiket agak mahal. Oleh itu, Ustaz Mat telah melakukan proses tawar-menawar dengan penjual tiket di kaunter tiket untuk mendapatkan harga diskaun memandangkan kami adalah pelajar-pelajar universiti. Setelah berhempas-pulas meminta diturunkan harga, akhirnya kami berjaya mendapat diskaun. Terima kasih Ustaz Mat!

Selepas membeli tiket, kami pun masuk ke dalam piramid tersebut. Hanya aku & Tok Wan sahaja yang masuk. Kami tidak dibenarkan membawa kamera ke dalamnya. Oleh itu, kami meminta Ustaz Mat untuk menjaga kamera-kamera kami di luar. Sewaktu berada di dalam piramid tersebut, kami berasa aneh kerana suhu di dalamnya jauh lebih sejuk berbanding suhu di luar yang hampir mencecah 50 darjah celcius. Ini mungkin kerana batu-batu piramid tersebut yang menyerap haba. Wallahu 'alam. Kami berdua berjalan menaiki tangga sambil membongkok untuk menuju ke King's Chamber yang terletak di bahagian atas piramid ini. Setelah hampir 5 minit berjalan, akhirnya kami tiba di bilik tersebut. Di dalamnya terdapat sebuah peti yang diperbuat daripada batu. Di sinilah mumia Firaun yang bernama Khufu tersebut dikatakan disimpan. Akan tetapi peti tersebut kosong & mumia Khufu sebenarnya tidak pernah dijumpai oleh mana-mana ahli arkeologi sehingga kini.

Selepas 10 minit di dalam King’s Chamber, kami berdua pun mulai melangkah keluar. Aku seperti tidak percaya bahawa aku kini berada di dalam Pyramid of Khufu, monumen yang merupakan salah satu daripada 7 Keajaiban Dunia Purba. Hahaha. Selepas bertungkus-lumus mengatur langkah menuruni tangga yang agak cerun tersebut, kami akhirnya berjaya keluar dari piramid itu. Aku berasa sangat puas kerana dapat masuk ke dalamnya.

Selepas itu, Ustaz Mat membawa kami melihat dengan lebih dekat lagi ukiran patung Great Sphinx of Giza yang merupakan sebuah ukiran patung yang berkepala manusia & berbadan singa yang turut menjadi daya tarikan utama pelancong-pelancong di Giza Plateau. Ianya adalah antara ukiran patung yang terbesar di dunia yang diukir daripada sebuah batu. Ia dipercayai diukir pada millennium ke-3 SM sewaktu pemerintahan Khafre. Selepas Giza Plateau terbiar sekian lama, Great Sphinx of Giza ini telah tertimbus oleh pasir. Ia hanya dijumpai kemudiannya oleh Firaun yang bernama Thutmose IV pada kurun ke-13 SM. Firaun yang bernama Ramesses II juga dikatakan telah melakukan kerja-kerja pembaikan ukiran patung ini. Namun, keseluruhan ukiran patung ini hanya berjaya digali pada tahun 1925.

Walau bagaimanapun, hidung patung tersebut telah hilang sama sekali. Ianya dikatakan hilang akibat serangan sama ada oleh tentera Napoleon Bonaparte, Mamluk ataupun Turki Uthmaniyah. Great Sphinx of Giza ini dipercayai dibina untuk menjadi pengawal kepada piramid-piramid di Giza Plateau. Terdapat sebuah runtuhan kuil di hadapannya yang kini ditutup kepada umum. Pada mulanya, aku fikirkan bahawa Great Sphinx of Giza ini bersaiz besar. Namun, ianya tidaklah sebesar yang aku sangkakan. Hahaha. Selepas bergambar dengan ukiran patung tersebut, kami pun terus menuju kembali ke pusat bandar Kaherah. Selamat tinggal Giza. Pengalaman di sini sememangnya tersangat berharga bagi diri aku.


Giza Plateau, Kaherah, Mesir



Great Sphinx of Giza di Giza Plateau, Kaherah, Mesir



Great Sphinx of Giza di Giza Plateau, Kaherah, Mesir

Setibanya kami di pusat bandar Kaherah, Ustaz Mat membawa kami ke Rumah Malaysia Abbasiyah untuk makan tengah hari & solat Zohor. Kemudian, kami ke destinasi kami yang seterusnya iaitu Cairo’s Zoo. Zoo ini agak bosan bagi aku & Tok Wan. Kami pada mulanya tidak berniat pun untuk masuk ke dalamnya. Tapi memandangkan Ustaz Mat sudah pun meletakkan keretanya di hadapan zoo tersebut, kami tiada pilihan lain. Terpaksalah kami mengikut Ustaz Mat masuk ke dalamnya. Aku sebenarnya kurang berminat untuk masuk ke dalam zoo tersebut kerana baunya yang tidak begitu enak. Namun, Ustaz Mat kelihatan gembira sahaja sewaktu berada di dalam zoo tersebut & ini telah memaksa aku menyembunyikan rasa ketidaksenangan aku. Hahaha.

Selepas hampir sejam kami menghabiskan masa di dalam zoo tersebut & setelah menunaikan solat Asar di sebuah surau yang terdapat di dalamnya, kami meneruskan perjalanan kami dengan menaiki kereta menuju ke tebing Sungai Nil. Kami akan menyusuri Sungai Nil dengan menaiki bot. Harga tambang tersangatlah murah. Namun, penyusuran kami tidaklah begitu lama. Hanya 15 minit sahaja. Namun, aku berasa puas kerana dapat menyusuri sungai yang merupakan sungai yang terpanjang di dunia. Bangga rasanya. Hahaha. Sewaktu menyusuri Sungai Nil ini, kami sempat bergambar berlatar belakangkan Cairo Tower yang merupakan sebuah menara televisyen yang terletak di atas sebuah pulau yang bernama Gezira yang terletak di tengah-tengah Sungai Nil. Menara ini mempunyai ketinggian 43 meter lebih tinggi daripada ketinggian Pyramid of Khufu. Cairo Tower ini siap dibina pada tahun 1961 & di atasnya terdapat sebuah restoran berputar. Dari atas menara ini, hampir seluruh kota Kaherah dapat diperhatikan.


Sungai Nil, Kaherah, Mesir



Sungai Nil, Kaherah, Mesir



Sungai Nil, Kaherah, Mesir



Di atas bot menyusuri Sungai Nil, Kaherah, Mesir



Di atas bot menyusuri Sungai Nil, Kaherah, Mesir



Berlatar belakangkan Cairo Tower sewaktu menaiki bot menyusuri Sungai Nil, Kaherah, Mesir



Cairo Tower, Kaherah, Mesir

Selepas menaiki bot menyusuri Sungai Nil, aku & Tok Wan dibawa pula ke Masjid Al-Azhar, antara masjid yang paling agung dalam sejarah Islam di bumi Kaherah. Masjid ini siap dibina pada tahun 971 sewaktu Mesir di bawah pemerintahan kerajaan Fatimiyah. Masjid ini terletak berhampiran dengan Universiti Al-Azhar, salah sebuah universiti yang ternama dalam dunia Islam.


Masjid Al-Azhar, Kaherah, Mesir



Masjid Al-Azhar, Kaherah, Mesir



Masjid Al-Azhar, Kaherah, Mesir



Masjid Al-Azhar, Kaherah, Mesir



Di dalam Masjid Al-Azhar, Kaherah, Mesir

Selepas bergambar di dalam & di luar masjid yang terkenal & bersejarah ini, kami menuju pula ke Masjid Saidina Hussin yang terletak berdekatan dengan Masjid Al-Azhar. Masjid Saidina Hussin ini adalah antara masjid yang terpenting & tersuci dalam seluruh negara Mesir. Hanya orang-orang Islam sahaja dibenarkan masuk ke dalamnya.

Masjid yang baru ini siap dibina pada tahun 1870 sewaktu Kaherah berada di bawah pentadbiran wizurai Empayar Turki Uthmaniyah yang bernama Ismail Pasha. Ianya dibina di atas tapak sebuah masjid lama yang dibina pada awal kurun ke-12 sewaktu Mesir di bawah pemerintahan kerajaan Fatimiyah yang bermazhab Syi’ah. Masjid tersebut kemudiannya mengalami banyak pembaharuan selepas Kaherah berada di bawah pemerintahan kerajaan Ayyubiyah & seterusnya Turki Uthmaniyah.

Masjid Saidina Hussin ini sebenarnya menempatkan sebuah makam yang menyimpan kepala Saidina Hussin r.a, cucu kepada Rasulullah s.a.w yang dibawa ke sini dari Karbala, Iraq pada tahun 1153. Badannya pula masih kekal di Karbala, Iraq. Seperti yang kita semua maklumi, Saidina Hussin r.a telah terbunuh dalam Perang Karbala yang berlaku pada tahun 680 pada tarikh 10 Muharram. Disebabkan itulah, pada tarikh 10 Muharram setiap tahun, kawasan Masjid Saidina Hussin ini akan dipenuhi dengan penduduk-penduduk Kaherah terutamanya yang bermazhab Syi’ah bagi mengenangkan peristiwa pembunuhan Saidina Hussin r.a.


Masjid Saidina Hussin, Kaherah, Mesir



Di dalam Masjid Saidina Hussin, Kaherah, Mesir



Makam yang menempatkan kepala Saidina Hussin r.a, Kaherah, Mesir

Selepas menghadiahkan Al-Fatihah kepada Saidina Hussin r.a, kami dibawa oleh Ustaz Mat kembali ke Rumah Perlis kerana hari sudah hampir senja. Kami akan berjumpa semula dengannya pada esok pagi untuk menyambung ekspedisi penerokaan kota Kaherah. Selepas solat Maghrib & Isyak, aku & Tok Wan pun terus melelapkan mata.

Hari 11: 11 OGOS 2006

Pada awal pagi hari ini, selepas bersarapan pagi, Ustaz Mat menjemput kami dengan keretanya di Rumah Perlis. Destinasi pertama kami pada hari ini adalah Qalaah Salahuddin Al-Ayyubi (Saladin Citadel) yang merupakan sebuah lagi tempat yang menjadi tumpuan utama pelancong-pelancong di kota Kaherah. Kami tiba di citadel tersebut pada lebih kurang pukul 10.00 pagi. Untuk masuk ke dalamnya, kami perlu membeli tiket yang harganya tidaklah terlampau mahal.

Saladin Citadel yang terletak di atas puncak sebuah bukit yang bernama Muqattam Hill ini adalah sebuah kawasan yang merupakan bekas kubu pertahanan yang dibina oleh Salahuddin Al-Ayyubi antara tahun 1176 & 1183 untuk mempertahankan kota Kaherah daripada serangan tentera Salib. Kawasan ini juga merupakan pusat pentadbiran kota Kaherah & seluruh Mesir mulai dari tahun ianya siap dibina, iaitu pada tahun 1183 sehinggalah ke tahun 1860an apabila pemerintah Mesir pada waktu tersebut iaitu Ismail Pasha memindahkan pusat pentadbiran Mesir ke istana barunya iaitu Abdin Palace. Selepas kematian Salahuddin Al-Ayyubi, pentadbiran kubu pertahanan ini diambil alih pula oleh anak saudaranya iaitu al-Kamil yang telah melakukan operasi pembesaran kubu tersebut.

Selepas kejatuhan Mesir ke tangan pemerintah Mamluk pada tahun 1250, Saladin Citadel ini meneruskan fungsinya sebagai pusat pentadbiran Mesir. Pemerintah Mamluk yang bernama Baybars al-Bunduqdar telah membahagikan kawasan kubu ini kepada dua iaitu Kawasan Utara & Kawasan Selatan. Yang menjadi benteng pemisah antara kedua-duanya ialah sebuah tembok yang diberi nama Bab al-Qullah.

Seterusnya, kubu ini dikuasai pula oleh Empayar Turki Uthmaniyah selepas Mesir jatuh ke tangan empayar tersebut pada tahun 1517. Kebanyakan bangunan yang dapat dilihat di sini pada masa kini sebenarnya dibina sewaktu era Mesir di bawah jajahan Empayar Turki Uthmaniyah. Sewaktu Mesir berada di bawah pemerintahan wizurai Empayar Turki Uthmaniyah yang bernama Muhammad Ali Pasha, hampir kesemua bangunan-bangunan yang dibina sewaktu era pemerintahan Mamluk telah dimusnahkan kecuali hanya beberapa bangunan sahaja & salah satu daripadanya adalah Masjid An-Nasir Muhammad.

Kedudukan Saladin Citadel yang terletak di atas bukit ini menjadikan kawasannya berudara nyaman & hampir sebahagian daripada kota Kaherah dapat dilihat dari sini. Masjid Sultan Hassan & Masjid Ar-Rifa'i juga dapat dilihat dari sini.


Di dalam Saladin Citadel, Kaherah, Mesir



Di dalam Saladin Citadel, Kaherah, Mesir



Pemandangan kota Kaherah dari Saladin Citadel, Kaherah, Mesir



Pemandangan Masjid Sultan Hassan & Masjid Ar-Rifa'i dari Saladin Citadel, Kaherah, Mesir

Di dalam Saladin Citadel ini, terdapat beberapa buah masjid & muzium yang cantik & menarik. Salah satu masjid yang terdapat di sini ialah Masjid Muhammad Ali Pasha yang siap dibina pada tahun 1848 sewaktu era pemerintahan Muhammad Ali Pasha. Senibina masjid ini adalah berpandukan senibina Turki Uthmaniyah & arkiteknya juga berasal dari Istanbul. Senibina luaran & dalaman masjid ini sememangnya sama seperti senibina masjid-masjid yang terdapat di Istanbul. Suasana dalaman masjid ini teramatlah menenangkan. Subhanallah. Makam Muhammad Ali Pasha terletak di dalam masjid tersebut. Pada akhir kurun ke-19, masjid ini telah mengalami beberapa kerosakan. Ianya kemudian diperbaik pulih pada tahun 1931 atas arahan Raja Mesir pada waktu itu yang bernama Fuad. Kerja baik pulih hanya berjaya disiapkan sepenuhnya pada tahun 1939 sewaktu Mesir di bawah pemerintahan Raja yang bernama Farouk.


Masjid Muhammad Ali Pasha di dalam Saladin Citadel, Kaherah, Mesir



Masjid Muhammad Ali Pasha di dalam Saladin Citadel, Kaherah, Mesir



Di perkarangan Masjid Muhammad Ali Pasha di dalam Saladin Citadel, Kaherah, Mesir



Di dalam Masjid Muhammad Ali Pasha di dalam Saladin Citadel, Kaherah, Mesir



Di dalam Masjid Muhammad Ali Pasha di dalam Saladin Citadel, Kaherah, Mesir



Di dalam Masjid Muhammad Ali Pasha di dalam Saladin Citadel, Kaherah, Mesir



Makam Muhammad Ali Pasha di dalam Saladin Citadel, Kaherah, Mesir



Makam Muhammad Ali Pasha di dalam Saladin Citadel, Kaherah, Mesir

Sebuah lagi masjid yang terdapat di dalam Saladin Citadel ini ialah Masjid An-Nasir Muhammad yang terletak berhampiran dengan Masjid Muhammad Ali Pasha. Ianya mula dibina pada tahun 1318 & siap sepenuhnya pada tahun 1335. Masjid yang mempunyai kubah berwarna hijau ini dibina sewaktu Mesir di bawah pemerintahan pemerintah kerajaan Mamluk yang bernama An-Nasir Muhammad & masjid ini merupakan masjid yang paling penting di Kaherah pada waktu tersebut. Ianya adalah antara bangunan di Saladin Citadel yang tidak dimusnahkan oleh Muhammad Ali Pasha sewaktu beliau mulai berkuasa di Mesir. Senibina dalaman masjid ini tidak kurang menariknya & agak lain daripada yang lain.


Masjid An-Nasir Muhammad di dalam Saladin Citadel, Kaherah, Mesir



Di dalam Masjid An-Nasir Muhammad di dalam Saladin Citadel, Kaherah, Mesir



Di dalam Masjid An-Nasir Muhammad di dalam Saladin Citadel, Kaherah, Mesir



Di dalam Masjid An-Nasir Muhammad di dalam Saladin Citadel, Kaherah, Mesir

Masjid ketiga yang terdapat di sini ialah Masjid Suleyman Pasha yang dibina pada tahun 1528 & merupakan masjid pertama di Mesir yang mempunyai unsur senibina Turki Uthmaniyah. Ianya dibina untuk kemudahan tentera Turki Uthmaniyah pada waktu tersebut. Masjid ini dibina oleh pemerintah Mesir yang bernama Suleyman Pasha yang memerintah Mesir selepas kekalahan tentera Mamluk kepada tentera Turki Uthmaniyah.


Masjid Suleyman Pasha di dalam Saladin Citadel, Kaherah, Mesir



Di dalam Masjid Suleyman Pasha di dalam Saladin Citadel, Kaherah, Mesir

Selepas melawat ketiga-tiga buah masjid tersebut, kami meneruskan perjalanan kami ke Military Museum iaitu muzium yang mempamerkan peralatan perang, pakaian seragam tentera & sebagainya. Bangunan ini pada mulanya dibina oleh Muhammad Ali Pasha pada tahun 1827 sebagai rumah kediaman pemerintah Mesir. Namun, pada tahun 1874, pemerintah Mesir yang bernama Ismail Pasha telah memindahkan rumah kediaman pemerintah Mesir ke istana yang baru dibina iaitu Abdin Palace. Sewaktu Perang Dunia II, bangunan ini dijadikan hospital tentera sewaktu penjajahan Inggeris di Mesir. Ia hanya dijadikan muzium tentera selepas kemerdekaan Mesir.


Military Museum di dalam Saladin Citadel, Kaherah, Mesir



Berhampiran Military Museum di dalam Saladin Citadel, Kaherah, Mesir



Berhampiran Military Museum di dalam Saladin Citadel, Kaherah, Mesir



Berhampiran Military Museum di dalam Saladin Citadel, Kaherah, Mesir



Ukiran-ukiran patung berhampiran Military Museum di dalam Saladin Citadel, Kaherah, Mesir



Ukiran patung Salahuddin Al-Ayyubi berhampiran Military Museum di dalam Saladin Citadel, Kaherah, Mesir



Ukiran patung Muhammad Ali Pasha berhampiran Military Museum di dalam Saladin Citadel, Kaherah, Mesir



Di dalam Military Museum di dalam Saladin Citadel, Kaherah, Mesir



Di dalam Military Museum di dalam Saladin Citadel, Kaherah, Mesir

Setelah menghabiskan masa hampir 3 jam di dalam Saladin Citadel, kami pun terus mencari jalan keluar. Destinasi kami yang seterusnya ialah kompleks Masjid Sultan Hassan & Masjid Ar-Rifa'i. Kedua-dua masjid ini terletak bertentangan antara satu sama lain. Masjid Sultan Hassan adalah salah sebuah hasil peninggalan senibina kerajaan Mamluk yang termasyhur di bumi Kaherah. Masjid ini mulai dibina pada tahun 1356 di bawah arahan Sultan yang memerintah Mesir pada waktu itu iaitu Hassan. Masjid ini siap sepenuhnya pada tahun 1363. Pembinaan masjid ini turut dibiayai oleh wang & harta-harta hasil tinggalan penduduk-penduduk Kaherah yang terkorban dalam peristiwa ‘Black Death’ yang menimpa hampir seluruh dunia pada pertengahan kurun ke-14.

Tujuan masjid ini dibina adalah untuk dijadikan rumah ibadat & juga pusat ilmiah bagi umat-umat Islam keempat-empat mazhab iaitu Shafi’e, Maliki, Hanafi & Hanbali. Setiap mazhab mempunyai kawasan madrasah yang tersendiri di dalam masjid yang luas ini. Sultan Hassan sebenarnya telah dibunuh sewaktu masjid ini masih lagi dalam proses pembinaan & mayatnya tidak berjaya dijumpai. Makam yang terdapat di dalam masjid ini adalah makam kedua-dua puteranya yang pada mulanya dibina untuk menempatkan jenazahnya. Masjid ini sememangnya tersangat tinggi & besar. Senibina luarannya juga agak unik, begitu juga dengan senibina dalamannya.


Masjid Sultan Hassan & Masjid Ar-Rifa'i, Kaherah, Mesir



Masjid Sultan Hassan & Masjid Ar-Rifa'i, Kaherah, Mesir



Lorong di antara Masjid Sultan Hassan & Masjid Ar-Rifa'i, Kaherah, Mesir



Lorong di antara Masjid Sultan Hassan & Masjid Ar-Rifa'i, Kaherah, Mesir



Di pintu masuk Masjid Sultan Hassan, Kaherah, Mesir



Di pintu masuk Masjid Sultan Hassan, Kaherah, Mesir



Di pintu masuk Masjid Sultan Hassan, Kaherah, Mesir



Di pintu masuk Masjid Sultan Hassan, Kaherah, Mesir



Di pintu masuk Masjid Sultan Hassan, Kaherah, Mesir



Di dalam Masjid Sultan Hassan, Kaherah, Mesir



Di dalam Masjid Sultan Hassan, Kaherah, Mesir



Di dalam Masjid Sultan Hassan, Kaherah, Mesir



Di dalam Masjid Sultan Hassan, Kaherah, Mesir

Selepas melawat Masjid Sultan Hassan, kami melawat pula Masjid Ar-Rifa’i (Masjid Diraja) yang terletak bertentangan dengannya. Masjid Ar-Rifa'i ini sengaja dibina bertentangan dengan Masjid Sultan Hassan, bertujuan untuk bersaing dengan masjid tersebut dari sudut senibina. Masjid Ar-Rifa’i ini mulai dibina pada tahun 1869 di bawah arahan Khushyar Hanim, ibu kepada Ismail Pasha, bertujuan untuk memperbesarkan makam seorang ulamak yang bernama Ahmad Ar-Rifa’i & juga untuk menjadikan masjid ini sebagai tempat pengkebumian seluruh keluarganya. Walau bagaimanapun, pembinaan masjid ini tergendala sebentar pada tahun 1880 apabila Ismail Pasha yang memerintah Mesir pada waktu itu menuruni takhta & 5 tahun kemudian, ibunya, iaitu Khushyar Hanim pula meninggal dunia. Kerja-kerja pembinaan masjid ini hanya diteruskan pada tahun 1905 apabila Abbas Hilmi II menaiki takhta sebagai pemerintah Mesir. Tidak berapa lama selepas itu, masjid ini pun siap sepenuhnya. Senibina masjid ini juga tidak kurang hebatnya berbanding Masjid Sultan Hassan. Namun, pada pendapat aku, Masjid Sultan Hassan adalah lebih anggun & lebih menarik.


Masjid Ar-Rifa’i, Kaherah, Mesir



Di dalam Masjid Ar-Rifa’i, Kaherah, Mesir



Di dalam Masjid Ar-Rifa’i, Kaherah, Mesir



Di dalam Masjid Ar-Rifa’i, Kaherah, Mesir



Di dalam Masjid Ar-Rifa’i, Kaherah, Mesir



Di dalam Masjid Ar-Rifa’i, Kaherah, Mesir

Di dalam Masjid Ar-Rifa'i ini terdapat beberapa buah makam. Antaranya ialah makam-makam ulamak yang terkenal iaitu Ahmad Ar-Rifa’i, Ali Abi Shubbak & Yahya al-Ansari. Makam Khushyar Hanim & anaknya, Ismail Pasha juga ditempatkan di dalam masjid ini. Begitu juga dengan makam-makam pemerintah Mesir yang lain seperti Raja Farouk. Selain itu, makam Shah terakhir Iran, iaitu Mohammad Reza Pahlavi juga ditempatkan di sini. Shah Iran yang terakhir tersebut telah melarikan diri dari Iran ke Kaherah sewaktu berlakunya Revolusi Islam di Iran pada tahun 1979 & setahun selepas itu, beliau meninggal dunia di sini.


Sebuah makam di dalam Masjid Ar-Rifa’i, Kaherah, Mesir



Sebuah makam di dalam Masjid Ar-Rifa’i, Kaherah, Mesir



Sebuah makam di dalam Masjid Ar-Rifa’i, Kaherah, Mesir



Sebuah makam di dalam Masjid Ar-Rifa’i, Kaherah, Mesir



Sebuah makam di dalam Masjid Ar-Rifa’i, Kaherah, Mesir



Mohammad Reza Pahlavi

Selepas melawat kedua-dua buah masjid tersebut, kami bertiga terus menuju ke Rumah Malaysia Abbasiyah untuk makan tengah hari & solat Zohor. Kemudian, kami dibawa pula oleh Ustaz Mat ke Masjid Amr ibn al-A’as. Kami sebenarnya sudah pernah datang ke masjid ini sebelum ini. Namun, tidak salah sekiranya kami ingin menjejakkan kaki di masjid yang bersejarah ini sekali lagi. Kami berehat-rehat sebentar di dalam masjid ini sementara menunggu masuknya waktu solat Asar. Apabila sudah masuk waktu solat Asar, kami pun menunaikan solat berjemaah dengan jemaah-jemaah lain di dalam masjid tersebut. Kemudian, Ustaz Mat pun membawa kami pulang semula ke Rumah Perlis. Kami akan berjumpa dengannya esok hari untuk menyambung ekspedisi kami. Selepas makan & solat, aku & Tok Wan pun terus melelapkan mata kepenatan.

Hari 12: 12 OGOS 2006

Pada awal pagi hari ini, aku & Tok Wan dibawa oleh Ustaz Mat ke Damietta pula, iaitu sebuah bandar pelabuhan kecil yang terletak di bahagian utara negara Mesir, di pinggiran Laut Mediterranean. Perjalanan ke sana dengan menaiki kereta mengambil masa hampir 2 jam lamanya. Ustaz Arif turut ikut bersama ke Damietta kerana menurutnya, dia belum pernah lagi menjejakkan kaki di bandar tersebut. Bandar Damietta atau nama tempatannya Dumyat ini terletak di kawasan delta Sungai Nil, iaitu di titik pertemuan Sungai Nil & Laut Mediterranean. Sewaktu era pemerintahan kerajaan Mesir Purba, Damietta merupakan sebuah bandar pelabuhan yang penting. Namun, kepentingannya kian menurun selepas era pemerintahan Greek, iaitu selepas penubuhan bandar Alexandria.

Walau bagaimanapun, Damietta kembali menjadi penting pada kurun ke-12 & ke-13. Pada tahun 1169, bandar ini menjadi rebutan antara kerajaan Islam yang dipimpin oleh Salahuddin Al-Ayyubi & kerajaan Kristian di Jerusalem dalam peristiwa Perang Salib. Kerajaan Kristian yang terlibat turut dibantu oleh Empayar Byzantine. Kedudukan Damietta yang strategik iaitu di delta Sungai Nil menyebabkannya menjadi rebutan antara kedua-dua buah kerajaan tersebut. Sesiapa yang berjaya menawan Damietta bermakna dia akan dapat mengawal laluan sepanjang Sungai Nil & secara tidak langsung akan berkuasa di seluruh tanah Mesir.

Kerajaan Kristian telah berjaya menawan Damietta sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1219 dalam Perang Salib ke-5 & pada tahun 1249 dalam Perang Salib ke-7. Namun kejayaan mereka tidak kekal begitu lama. Damietta berjaya ditawan semula oleh kerajaan Islam. Pada tahun 1517, Empayar Turki Uthmaniyah berjaya menguasai Damietta. Pelbagai kerja-kerja pembaikan dilakukan di bandar ini mulai tahun tersebut & ianya kembali menjadi bandar pelabuhan yang penting di Mesir. Walau bagaimanapun, selepas penyiapan Terusan Suez pada tahun 1869 & perkembangan bandar Port Said yang terletak berdekatan dengan terusan tersebut, populariti Damietta semakin berkurang.


Kedudukan Damietta dalam negara Mesir

Kami berempat tiba di Damietta pada waktu tengah hari. Sesampainya kami di sini, Ustaz Mat & Ustaz Arif membawa aku & Tok Wan ke pasar untuk membeli ikan. Ikan-ikan yang dibeli kemudiannya dihantar ke sebuah kedai lain untuk dibakar. Kami akan berkelah di tepi pantai. Ikan-ikan yang dibakar tersebut dibungkus sekali dengan nasi & juga beberapa jenis sayur-sayuran. Selepas selesai membayar, kami pun berjalan kaki menuju ke tepi pantai. Ramai betul manusia di tepi pantai tersebut. Mujurlah masih terdapat sebuah pondok kecil yang masih kosong. Kami terus bergegas ke pondok tersebut. Kemudian, kami pun membentangkan kertas surat khabar untuk dijadikan alas makanan kami. Kami berempat makan dengan penuh selera makanan-makanan yang kami beli iaitu nasi berlaukkan ikan bakar & sayur-sayuran. Enak sekali.


Berkelah di pantai Damietta, Mesir



Berkelah di pantai Damietta, Mesir



Di pantai Damietta, Mesir

Selepas makan, kami berjalan-jalan sebentar di tepi pantai tersebut. Keadaan di sini agak sesak memandangkan terlampau ramai manusia. Kami hanya menghabiskan masa kami selama lebih kurang 15 minit sahaja di sini sebelum kami bertolak menuju ke destinasi kami yang seterusnya, iaitu sebuah kawasan rumah api yang terletak tidak berapa jauh dari pantai di mana kami berkelah. Di kawasan rumah api tersebut terdapat sebuah tugu yang terukir sepotong ayat Al-Quran seperti di bawah:

‘Ia biarkan air dua laut (yang masin & yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu. Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya.’ (Surah Ar-Rahman: Ayat 19-20)


Titik pertemuan Sungai Nil & Laut Mediterranean di Damietta, Mesir



Berlatar belakangkan Laut Mediterranean di Damietta, Mesir



Rumah api di Damietta, Mesir



Sebuah tugu di kawasan rumah api di Damietta, Mesir

Ayat-ayat Al-Quran tersebut sesuai dengan kedudukan rumah api tersebut yang terletak di delta Sungai Nil, titik pertemuan antara air Sungai Nil & Laut Mediterranean. Setelah bergambar di kawasan rumah api tersebut, kami bergerak menuju ke sebuah masjid di bandar Damietta untuk menunaikan solat jamak Zohor & Asar. Setelah solat, kami pun beransur pulang ke Kaherah. Kami tiba di Kaherah pada lewat petang, sebelum masuknya waktu Maghrib. Trip kami pada hari ini agak pendek, namun aku tetap berpuas hati.

Hari 13: 13 OGOS 2006

Selepas bersarapan pagi pada hari ini, kami dibawa oleh Ustaz Mat ke sebuah pusat penjualan kristal. Nama pusat tersebut ialah Asfour Cystal. Pusat penjualan kristal yang bertaraf dunia ini telah ditubuhkan pada tahun 1961 & mengeluarkan beribu-ribu barangan kristal setiap tahun. Bangunannya terletak agak jauh dari pusat bandar Kaherah. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih daripada sejam.

Sesampainya aku & Tok Wan di sini, kami menjadi rambang mata. Segala-galanya kelihatan cantik & bersinar-sinar. Harga-harganya juga agak berpatutan. Aku membeli beberapa barangan kristal yang tidak terlampau mahal untuk diri aku & juga untuk mak & abah. Hampir 70 Euro aku habiskan untuk berbelanja di sini. Kami menghabiskan masa hampir 2 jam di dalam bangunan Asfour Crystal tersebut.


Bangunan Asfour Crystal, Kaherah, Mesir



Di dalam bangunan Asfour Crystal, Kaherah, Mesir



Di dalam bangunan Asfour Crystal, Kaherah, Mesir

Setelah selesai membayar, kami meneruskan perjalanan kami ke destinasi yang seterusnya, iaitu Syajarah Maryam yang membawa maksud Pohon Maryam. Dalam sejarahnya, ketika Maryam melahirkan Nabi Isa a.s, Allah s.w.t telah memerintahkannya untuk membawa puteranya itu lari & keluar dari Palestin untuk menghindari penganiayaan dan kezaliman Raja Herod & juga celaan masyarakat Bani Israel pada waktu itu. Tempat terdekat dan aman selama pelariannya itu adalah Mesir. Dan pohon yang terdapat di sini dikatakan menjadi tempat berteduh Maryam & puteranya ketika mereka tiba di Mesir. Disebabkan itulah, pohon tersebut dikenali dengan nama Pohon Maryam (Syajarah Maryam). Pohon tersebut masih hidup & sudah mencapai usia 3 generasi. Rupa pohon tersebut kelihatan agak aneh bagi aku. Di kawasan ini jugalah Allah s.w.t dikatakan telah mengeluarkan mata air sebagai tempat minum & mandi Maryam dan Nabi Isa a.s. Telaga mata air tersebut masih wujud sehingga kini.


Syajarah Maryam, Kaherah, Mesir



Syajarah Maryam, Kaherah, Mesir



Telaga Maryam, Kaherah, Mesir

Setelah bergambar dengan Syajarah Maryam & telaganya, kami meneruskan perjalanan kami ke Masjid Saidina Hussin untuk menunaikan solat jamak Zohor & Asar. Selepas itu, kami ke Universiti Al-Azhar untuk bergambar. Terletak di kawasan Midan Al-Hussin, Universiti Al-Azhar adalah universiti yang paling terulung di Mesir & dalam dunia Islam. Ianya juga merupakan salah satu universiti yang paling berprestij di seluruh dunia. Ia terkenal sebagai universiti yang menghasilkan para ilmuan yang bukan sahaja mahir dalam ilmu kepakaran duniawi, malah turut arif dalam ilmu-ilmu yang berkaitan dengan agama Islam. Universiti ini mula ditubuhkan pada tahun 970 & merupakan universiti yang ke-2 tertua di dunia selepas Universiti Al-Karaouine di Fez, Morocco.

Universiti Al-Azhar diasaskan oleh kerajaan Fatimiyyah yang berfahaman Syi’ah. Namun, ia akhirnya ditukar menjadi pusat pengajian penganut-penganut Islam yang berfahaman Sunnah. Terdapat pelbagai fakulti ditawarkan di universiti ini, daripada fakulti-fakulti yang berkaitan dengan agama Islam seperti Bahasa Arab, Syari’ah & Usuluddin sehinggalah ke fakulti-fakulti yang berkaitan dengan duniawi seperti perubatan, kejuruteraan, pertanian & banyak lagi. Kos pembelajaran & penginapan adalah percuma kepada masyarakat Islam di seluruh dunia.


Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir



Di dalam kawasan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir



Di dalam kawasan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir



Di dalam kawasan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir

Seterusnya, kami bertiga berjalan ke Khan Al-Khalili yang juga terletak di kawasan Midan Al-Hussin. Khan Al-Khalili adalah bazaar yang terbesar di Timur Tengah yang mempunyai beribu-ribu buah gerai & kedai yang menjual bermacam-macam jenis barang seperti emas, perak, tembaga, rempah-ratus, barangan kraftangan tempatan & juga barangan cenderamata. Ianya diasaskan pada tahun 1382 oleh Garkas Al-Khalili, salah seorang pembesar Sultan Barquq.

Untuk membeli-belah di Khan Al-Khalili, pelancong-pelancong perlu fasih bertutur dalam Bahasa Arab untuk proses tawar-menawar. Jikalau tidak, pelancong-pelancong mungkin akan ditipu dengan harga yang lebih mahal daripada harga sebenar. Aku & Tok Wan bernasib baik kerana kami ada bersama-sama dengan Ustaz Mat yang hebat bertutur dalam Bahasa Arab. Dialah yang membantu kami mendapatkan harga-harga barang yang murah. Aku & Tok Wan membeli beberapa barangan cenderamata untuk dibawa pulang ke Ireland, termasuklah minyak atar yang agak harum baunya. Setelah selesai membeli-belah, kami meneruskan perjalanan pulang ke Rumah Perlis. Hari sudah pun hampir senja. Kami akan meneruskan perjalanan kami esok.


Khan Al-Khalili, Kaherah, Mesir

Hari 14: 14 OGOS 2006

Awal-awal pagi lagi, aku, Tok Wan & Ustaz Mat bergerak menuju ke destinasi kami pada hari ini iaitu bandar Faiyum, yang terletak tidak berapa jauh dari bandar Kaherah. Perjalanan ke Faiyum dari Kaherah dengan menaiki kereta mengambil masa lebih kurang 1½ jam. Faiyum adalah kawasan yang subur & merupakan oasis yang terbesar di bumi Mesir. Pelbagai jenis perusahaan pertanian dikerjakan di sini. Tujuan utama kami ke Faiyum adalah untuk melihat dengan mata sendiri Tasik Qarun yang amat terkenal di sini. Keluasan tasik ini adalah 214 kilometer persegi dengan kedalaman sedalam 8 meter.

Menurut kisah penduduk tempatan, di tasik inilah wujudnya kota Qarun yang telah ditenggelamkan oleh Allah s.w.t beribu-ribu tahun yang lalu. Qarun sebenarnya adalah salah seorang daripada kaum Nabi Musa a.s & Allah s.w.t telah mengurniakan kekayaan yang tidak terhingga kepadanya. Kekayaannya melimpah ruah sehingga membolehkannya membina kotanya sendiri. Walau bagaimanapun, Qarun akhirnya menjadi tamak, bongkak & kedekut. Dia lupa bahawa nikmat yang diperolehinya adalah daripada Allah s.w.t. Disebabkan keegoannya, Allah s.w.t akhirnya menenggelamkan segala kekayaannya & terbentuklah Tasik Qarun seperti yang kita dapat lihat pada hari ini. Sesetengah penduduk tempatan percaya bahawa harta-harta Qarun masih lagi tersembunyi di dasar tasik berkenaan. Wallahu ‘alam. Kisah tentang Qarun & harta-hartanya ada disebut di dalam Al-Quran:

'Sesungguhnya Qarun adalah dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Ia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya, "Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah (seperti lagakmu itu). Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan."

Qarun menjawab (dengan sombongnya), "Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku." (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah ia mengetahui dan pandai memahami, bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan? Dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya). Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasannya. (Pada saat itu) berkatalah orang-orang yang semata-mata inginkan kesenangan kehidupan dunia, "Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti yang didapati oleh Qarun! Sesungguhnya dia adalah seorang yang bernasib baik." Dan berkata pula orang-orang yang diberi ilmu (di antara mereka), "Janganlah kamu berkata demikian, pahala dari Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal soleh; dan tidak akan dapat menerima (pahala yang demikian) itu melainkan orang-orang yang sabar."

Lalu Kami timbuskan dia bersama-sama dengan rumahnya di dalam tanah, maka tidaklah ia mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah dan ia pula tidak dapat menolong dirinya sendiri. Dan orang-orang yang pada masa dahulu bercita-cita mendapat kekayaan seperti Qarun mulai sedar sambil berkata, "Wah! Sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya, dan Dialah juga yang menyempitkannya; kalau tidak kerana Allah memberi pertolongan kepada kita tentulah kita akan dibinasakan dengan tertimbus di dalam tanah (seperti Qarun). Aduhai! Sesungguhnya orang-orang yang kufurkan nikmat Allah itu tidak akan berjaya!"' (Surah Al-Qasas: Ayat 76-82)


Setibanya kami bertiga di Tasik Qarun, kami mengambil kesempatan untuk menaiki sampan ke tengah-tengah tasik tersebut. Sampan itu didayung oleh seorang penduduk tempatan. Bayarannya amat murah.


Dalam perjalanan ke Faiyum, Mesir



Tasik Qarun, Faiyum, Mesir



Tasik Qarun, Faiyum, Mesir



Tasik Qarun, Faiyum, Mesir



Tasik Qarun, Faiyum, Mesir

Selepas puas bergambar & mengambil pengajaran daripada kisah Qarun, kami bertiga bergerak menuju ke pusat bandar Faiyum. Ustaz Mat membawa kami ke sebuah kawasan di mana terdapat mata air semulajadi. Kandungan mata air tersebut kaya dengan zat-zat nutrien yang amat baik untuk kesihatan manusia. Berhampiran dengan mata air tersebut terdapat gerai-gerai menjual buah mangga. Ustaz Mat membeli beberapa kilogram buah mangga untuk dibawa pulang ke Kaherah. Harga buah-buah mangga tersebut murah-murah belaka.


Mata air semulajadi di Faiyum, Mesir



Mata air semulajadi di Faiyum, Mesir

Selepas itu, kami dibawa pula ke kincir air yang terdapat di pusat bandar Faiyum. Teknologi kincir air sebenarnya sudah lama wujud di bumi Mesir sejak beribu-ribu tahun dahulu & ianya masih lagi digunakan sehingga kini. Selepas bergambar dengan kincir air tersebut, kami bertiga pun terus pulang ke Kaherah. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1½ jam. Sesampainya kami di Kaherah, kami makan tengah hari di sebuah restoran makanan segera. Selepas itu, kami pun pulang semula ke Rumah Perlis. Trip kami pada hari ini agak singkat, namun penuh dengan kepuasan. Acab, Johan & Ahmad sudah pun kembali ke Kaherah selepas beberapa hari mereka bertiga mengembara di negara Jordan.


Kincir air di Faiyum, Mesir



Kincir air di Faiyum, Mesir

Hari 15: 15 OGOS 2006

Hari ini adalah hari terakhir aku di Mesir sebelum aku pulang ke Dublin pada awal pagi esoknya. Destinasi pertama aku & Tok Wan pada hari ini ialah Makam Anwar Sadat. Beliau adalah Presiden Mesir yang ke-3 yang berkuasa di Mesir dari tahun 1970 sehingga tahun 1981. Beliau adalah antara nama yang paling agung dalam sejarah Mesir moden. Anwar Sadat telah menyertai revolusi pada tahun 1952 untuk menggulingkan Raja Mesir pada waktu itu iaitu Raja Farouk I. Pada tahun 1964, sewaktu Mesir di bawah pemerintahan Presiden yang bernama Gamal Abdel Nasser, Anwar Sadat telah dilantik sebagai Timbalan Presiden. Akhirnya, selepas kematian Gamal Abdel Nasser, Anwar Sadat pun dilantik sebagai Presiden Mesir pada tahun 1970. Sewaktu di bawah pemerintahan Anwar Sadatlah berlakunya peperangan antara Mesir & Israel, iaitu Perang Oktober yang berlaku pada tahun 1973. Walau bagaimanapun, Anwar Sadat akhirnya telah menandatangani perjanjian pendamaian antara Mesir & Israel.

Pada tarikh 6 Oktober 1981, sewaktu perarakan ulangtahun perayaan 6 Oktober di Kaherah, Anwar Sadat telah dibunuh oleh seorang pembunuh upahan. Pembunuhan tersebut telah dirancang oleh pertubuhan Egyptian Islamic Jihad yang membantah tindakan Anwar Sadat berdamai dengan negara Israel. Selepas kematian Anwar Sadat, pucuk kepimpinan Mesir diambil alih oleh Hosni Mubarak. Selepas menziarahi makam Anwar Sadat, kami bergambar pula di hadapan cawangan Universiti Al-Azhar yang terletak tidak jauh dari makam tersebut. Bangunan-bangunan di situ kelihatan baru, tidak seperti di Midan Al-Hussin.


Anwar Sadat



Makam Anwar Sadat, Kaherah, Mesir



Makam Anwar Sadat, Kaherah, Mesir



Makam Anwar Sadat, Kaherah, Mesir



Cawangan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir

Kemudian, kami dibawa pula oleh Ustaz Mat ke Egyptian Museum, muzium yang mempamerkan khazanah-khazanah Mesir Purba yang paling berharga di seluruh dunia. Untuk masuk ke dalam muzium ini, kami perlu membeli tiket yang harganya tidaklah semahal mana. Ustaz Mat tidak masuk bersama. Hanya aku & Tok Wan sahaja yang masuk ke dalam muzium ini. Pelawat-pelawat tidak dibenarkan membawa kamera masuk ke dalam muzium tersebut. Oleh itu, kami meminta Ustaz Mat untuk menjaga kamera-kamera kami.


Egyptian Museum, Kaherah, Mesir



Di hadapan Egyptian Museum, Kaherah, Mesir

Lebih daripada 200,000 buah khazanah berharga Mesir Purba dipamerkan di sini. Muzium yang pertama di Mesir telah diasaskan oleh seorang warganegara Perancis yang bernama Auguste Mariette pada tahun 1863. Muzium tersebut kemudiannya semakin diperbesarkan & akhirnya ia terpaksa dipindahkan ke lokasi sekarang pada tahun 1902. Pelbagai khazanah Mesir Purba dapat kami lihat di dalam muzium ini. Tidak terkira banyaknya. Khazanah Mesir Purba yang paling berharga di dalam muzium ini ialah khazanah-khazanah yang diperolehi dari makam Firaun yang bernama Tutankhamun yang terletak di Valley of the Kings di bandar Luxor, Mesir. Khazanah-khazanah tersebut digali pada tahun 1923 & kemudiannya dibawa ke muzium ini untuk dipamerkan di bahagian Tutankhamun Galleries. Khazanah-khazanah yang terdapat di Tutankhamun Galleries ini amat bernilai sekali. Yang paling mengagumkan ialah topeng mumia Tutankhamun yang diperbuat daripada emas tulen. Begitu juga dengan kerandanya. Kagum sekali kami melihatnya.


Topeng mumia Tutankhamun di Tutankhamun Galleries di dalam Egyptian Museum, Kaherah, Mesir



Keranda Tutankhamun di Tutankhamun Galleries di dalam Egyptian Museum, Kaherah, Mesir

Kami kemudiannya masuk pula ke dalam Royal Mummy Room. Pelawat-pelawat perlu membeli tiket lain untuk masuk ke dalamnya. Harganya tidaklah terlampau mahal. Di dalam bilik tersebut terkandung mumia-mumia Firaun yang masyhur seperti Tuthmosis II, Seti I & juga Ramses II yang merupakan Firaun yang bermusuhan dengan Nabi Musa a.s. Mumia-mumia tersebut masih lagi utuh & tidak reput walaupun usia mumia-mumia itu sudah pun menjangkau lebih 3,000 tahun. MasyaAllah. Begitu hebat sekali ilmu pengawetan mayat masyarakat zaman Mesir Purba. Aku & Tok Wan berasa sangat beruntung kerana dapat melihat mumia-mumia tersebut dengan mata kami sendiri. Yang paling membanggakan ialah kami dapat melihat sendiri rupa Ramses II, Firaun yang menjadi musuh Nabi Musa a.s.


Royal Mummy Room di dalam Egyptian Museum, Kaherah, Mesir



Royal Mummy Room di dalam Egyptian Museum, Kaherah, Mesir



Mumia Ramses II di Royal Mummy Room di dalam Egyptian Museum, Kaherah, Mesir

Selepas menghabiskan masa lebih 2 jam di dalam Egyptian Museum, kami ke Khan Al-Khalili sekali lagi untuk membeli-belah buat kali terakhir. Selepas itu, barulah kami kembali ke Rumah Perlis. Memandangkan trip kami sudah pun tamat secara rasminya pada hari ini, kami mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Ustaz Mat yang telah menjadi pemandu pelancong kami sepanjang kami berada di bumi Mesir. Jasa beliau akan kami kenang sampai bila-bila. Kami juga turut dikunjungi oleh Ustaz Arif pada waktu petang hari ini. Beliau menghadiahkan kami masing-masing sebotol minyak atar. Kami turut mengucapkan terima kasih kepadanya kerana merancang jadual perjalanan kami di bumi Mesir. InsyaAllah, kami akan mempromosikan agensi pelancongan beliau di Ireland nanti. Kami yakin, ramai lagi pelajar Malaysia di Ireland yang berminat untuk ke Mesir.

Pada waktu malamnya, aku, Tok Wan, Yeop, Acab, Johan & Ahmad dijemput oleh seorang ustaz yang bernama Fauzi untuk ke rumahnya. Kami berenam berjalan kaki ke sana. Rumahnya tidaklah terlampau jauh dari Rumah Perlis. Ustaz Fauzi ini sebenarnya sering berkunjung ke Dublin setiap tahun untuk menjadi penceramah utama dalam program Deen Intensive Dublin (DID) yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia Ireland (PPIMI) pada bulan May & June setiap tahun.

Di rumahnya, kami dijamu dengan nasi ayam yang dimasak oleh isterinya. Boleh tahan sedapnya. Selepas makan & berbual panjang, kami berlima pun beransur pulang. Aku, Yeop & Tok Wan berjalan kaki ke Rumah Perlis, sementara Acab, Johan & Ahmad menaiki teksi ke Rumah Malaysia Abbasiyah. Aku perlu mengemas barang-barang aku kerana aku akan bertolak ke Lapangan Terbang Kaherah pada pukul 12.00 tengah malam nanti. Penerbangan Malev Hungarian Airlines ke Budapest akan bertolak pada pukul 4.15 pagi ini. Acab & Ahmad juga akan meninggalkan Kaherah pada awal pagi ini. Kami akan berjumpa di Rumah Malaysia Abbasiyah untuk bersama-sama menuju ke lapangan terbang. Kami meminta pertolongan Ustaz Mat untuk membawa kami ke lapangan terbang.


Di rumah Ustaz Fauzi di Kaherah, Mesir

Setelah semuanya sudah siap, aku pun mengambil beberapa keping gambar di dalam bilik tumpangan kami di Rumah Perlis ini untuk dijadikan kenangan. Aku juga mengambil sekeping gambar bersama Ustaz Nazim, penjaga Rumah Perlis yang banyak berjasa kepada aku & Tok Wan sepanjang kami menumpang di Rumah Perlis. Selepas bergambar, aku pun membawa beg-beg aku ke luar Rumah Perlis untuk menunggu Ustaz Mat. Tidak berapa lama selepas itu, Ustaz Mat pun tiba. Aku mengucapkan selamat tinggal kepada Tok Wan. Dia akan pulang ke Dublin dalam jangka masa 2 hari lagi. Dia akan pulang bersama-sama Johan. Aku juga mengucapkan selamat tinggal kepada Ustaz Nazim. Begitu juga dengan penghuni-penghuni Rumah Perlis yang lain. Aku sudah pastinya akan merindui mereka semua. Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada mereka semua, aku & Ustaz Mat pun bergerak ke Rumah Malaysia Abbasiyah untuk mengambil Acab & Ahmad pula. Sesampainya kami di situ, aku berjumpa dengan beberapa penghuni Rumah Malaysia Abbasiyah seperti Faizal & Faisal yang turut banyak membantu kami sepanjang kami berada di bumi Kaherah. Jasa-jasa mereka akan sentiasa aku kenang. Selepas mengucapkan selamat tinggal, kami berempat pun terus menuju ke Lapangan Terbang Kaherah.


Di dalam bilik tumpangan di Rumah Perlis, Kaherah, Mesir



Di dalam bilik tumpangan di Rumah Perlis, Kaherah, Mesir



Bersama dengan Ustaz Nazim di Rumah Perlis, Kaherah, Mesir

Hari 16 (Akhir): 16 OGOS 2006

Sesampainya kami di lapangan terbang tersebut, Ustaz Mat meninggalkan aku & Ahmad di Terminal 1 di mana penerbangan kami akan berlepas. Sementara penerbangan Acab akan berlepas di Terminal 3. Aku sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ustaz Mat. Selepas itu, aku & Ahmad pun terus berjalan masuk ke Terminal 1. Sewaktu kami berjalan seiringan, Ahmad tiba-tiba memberitahu aku bahawa dia bukanlah hendak pulang ke Dublin, tetapi dia hendak ke Khartoum, Sudan untuk berjumpa dengan ayahnya. Ya Allah. Aku benar-benar terkejut. Aku fikirkan dia akan pulang ke Dublin pada malam ini. Di dalam terminal tersebut, kami pun berpisah menuju ke kaunter pendaftaran masuk masing-masing. InsyaAllah kami akan berjumpa semula di Dublin nanti. Selepas mendaftar masuk, aku pun menunggu masa untuk dipanggil masuk ke dalam pesawat. Beberapa lama selepas menunggu, akhirnya penumpang-penumpang pun mulai dibenarkan masuk. Penerbangan Malev Hungarian Airlines ke Budapest itu berlepas pada pukul 4.15 pagi. Perjalanan ke Budapest mengambil masa lebih kurang 3¼ jam.

Setibanya aku di Lapangan Terbang Budapest Ferihegy lebih kurang pada pukul 6.30 pagi, aku perlu menunggu 12½ jam lagi untuk menaiki penerbangan Malev Hungarian Airlines ke Dublin. Aku menghabiskan masa di lapangan terbang tersebut dengan membaca buku 'Angels & Demons' yang aku beli di sini. Selepas 12½ jam menunggu, akhirnya, tamatlah penantian aku. Penerbangan tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Budapest Ferihegy pada pukul 7.00 petang. Perjalanan mengambil masa hampir 3 jam lamanya. Aku tiba di Lapangan Terbang Dublin lebih kurang pukul 9.00 malam. Alhamdulillah. Aku akhirnya selamat tiba di Dublin semula.

Pengalaman selama hampir 16 hari di bumi Mesir ini tersangatlah berharga bagi diri aku. Inilah pengalaman pertama aku menjejakkan kaki di rantau Timur Tengah di mana hampir kesemua penduduknya bertutur dalam Bahasa Arab. Walaupun orang-orangnya agak kasar, namun mereka tetap baik hati & menghormati pelancong-pelancong Islam dari negara lain. Khazanah-khazanah & senibina-senibina yang terdapat di bumi Mesir dari zaman Mesir Purba, ke zaman Islam, sehinggalah ke zaman moden juga tersangatlah unik & lain daripada apa yang pernah aku lihat sebelum ini. Mesir sememangnya bumi yang kaya. InsyaAllah, aku akan ke sini lagi suatu hari nanti untuk menerokai lebih banyak lagi khazanah-khazanah yang terdapat di sini.

No comments: