30.6.10

SuMMeR 2010 (iNDoNeSia, SiNGaPoRe)



P/S: Salam. Maaf atas kelewatan untuk menyiarkan Travelog Pulau Jawa ini. Aku telah berkunjung ke sana bersama-sama dengan 2 orang rakanku pada bulan Jun tahun lepas. Travelog ni sebenarnya sudah lama disiapkan, sebelum aku mula bekerja lagi. Cuma sekarang ni baru teringat untuk disiarkan. Heheh. Maaf sekali lagi. Apa-apa pun, selamat membaca ye.. Travelog ini ada 19 bahagian kesemuanya. :)

Idea untuk mengembara ke Pulau Jawa, Indonesia ini dicetuskan oleh sahabat aku, iaitu Acab, pelajar Tahun Akhir Perubatan di Penang Medical College. Sudah agak lama sebenarnya aku menyimpan hasrat untuk memijakkan kaki di negara Indonesia. Oleh itu, apabila Acab mengajak aku untuk bersama-sama dengannya mengembara ke pulau tersebut, aku tidak tidak teragak-agak untuk bersetuju kerana aku tidak ingin melepaskan peluang yang ada. Pada waktu tersebut, aku sudah pun mendapat keputusan peperiksaan & aku bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya, aku akhirnya lulus & berjaya mendapat gelaran doktor. Alhamdulillah. Pengembaraan di Pulau Jawa nanti boleh dikatakan sebagai hadiah buat kejayaan aku ini.

Kami berdua mengajak beberapa orang lagi teman kami untuk sama-sama menjelajahi pulau yang menyimpan seribu satu khazanah Indonesia itu. Namun, yang berminat untuk menerima ajakan kami cuma 2 orang sahaja, iaitu Syahir & Shafiq. Syahir adalah pelajar Tahun Keempat Perubatan di Royal College of Surgeons in Ireland (RCSI) di Dublin, Ireland. Dia akan menghabiskan masanya di Malaysia mulai awal bulan Jun sehingga akhir bulan Ogos untuk menikmati cuti Musim Panasnya. Sementara itu, Shafiq pula sudah hampir 3 tahun bergelar doktor perubatan & dia sedang bertugas di Hospital Port Dickson.

Disebabkan Acab & Syahir sedang sibuk mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan mereka pada waktu itu, begitu juga dengan Shafiq yang sibuk dengan tugasnya sebagai seorang doktor, aku dengan sukarelanya menggunakan kelapangan masa yang aku ada sementara menunggu Hari Graduasi awal bulan Jun nanti untuk menempah tiket penerbangan & hotel & juga merangka jadual perjalanan kami. Kami berempat akan berlepas ke Jakarta dari Kuala Lumpur (LCCT) dengan menaiki pesawat Air Asia pada tarikh 21 Jun 2010 & kami akan pulang semula ke Kuala Lumpur (LCCT) dari Surabaya pada tarikh 29 Jun 2010 dengan menaiki pesawat Air Asia juga. Walau bagaimanapun, hanya aku, Acab & Syahir sahaja yang akan pulang semula pada tarikh 29 Jun 2010. Shafiq akan pulang ke Kuala Lumpur awal sehari, iaitu pada tarikh 28 Jun 2010 kerana urusan kerja. Oleh itu, secara kasarnya, kami akan menghabiskan masa lebih kurang 8-9 hari di sana.

Kami berempat akan berkunjung ke 4 buah bandar di Pulau Jawa, iaitu Jakarta, Bandung, Yogyakarta & Surabaya. Untuk bergerak dari satu bandar ke bandar yang lain, kami menggunakan kemudahan perkhidmatan keretapi & juga bas mini. Di Bandung, Yogyakarta & Surabaya, kami akan bermalam di hotel-hotel yang sudah pun aku tempah secara online. Sementara di Jakarta pula, kami akan bermalam di rumah sahabat Acab yang bernama Zafran, yang merupakan pelajar Perubatan Tahun Akhir di situ. Aku juga turut mencetak informasi tentang keempat-empat buah bandar tersebut dari website Wikitravel untuk memudahkan pengembaraan kami.


Peta pengembaraan di Pulau Jawa, Indonesia

Indonesia adalah sebuah negara kepulauan yang terletak di Asia Tenggara. Ia adalah negara kedua di rantau ini yang aku jejaki, selepas Thailand. Negara ini terdiri daripada 17,508 buah pulau. 5 buah pulau yang paling utama ialah Sumatera, Jawa, Kalimantan, Sulawesi & Papua (Irian Jaya). Dengan jumlah penduduk seramai 230 juta orang, Indonesia menduduki tangga keempat, selepas China, India & Amerika Syarikat dalam senarai negara-negara yang mempunyai paling banyak jumlah bilangan penduduk. Indonesia juga mempunyai jumlah penduduk beragama Islam yang paling ramai di dunia. 86% daripada penduduknya, iaitu lebih kurang seramai 200 juta orang adalah penganut agama Islam.

Negara ini berkongsi sempadan dengan Papua New Guinea di Pulau Papua, Timor Timur di Pulau Timor & Malaysia di Pulau Borneo. Negara-negara lain yang terletak berhampiran dengannya ialah Singapura, Filipina & Australia. Indonesia mempunyai 3 buah zon waktu, iaitu Waktu Indonesia Barat (GMT+7), Waktu Indonesia Tengah (GMT+8) & Waktu Indonesia Timur (GMT+9). Negara ini dibahagikan kepada 33 buah wilayah atau propinsi. 5 buah daripadanya diberikan status istimewa & mempunyai kuasa autonomi dalam hal-hal tertentu, iaitu Aceh, Jakarta, Yogyakarta, Papua & Papua Barat. Sistem pemerintahan yang dipraktikkan di negara ini ialah sistem Republik yang diketuai oleh Presiden. Matawang yang digunakan pula ialah Rupiah. 1.00 Ringgit bersamaan dengan 2,800.00 Rupiah. Indonesia adalah salah satu daripada negara-negara anggota ASEAN & OIC.


Peta Indonesia


Peta Zon Waktu Indonesia


Peta Propinsi-Propinsi di Indonesia

Bahasa rasmi Indonesia adalah Bahasa Indonesia yang mempunyai banyak persamaan dengan Bahasa Melayu yang digunakan di Malaysia kerana bahasa tersebut dirujuk daripada penggunaan bahasa penduduk-penduduk di kepulauan Riau. Selain Bahasa Indonesia sebagai bahasa rasmi, terdapat juga 740 buah lagi bahasa lain yang dipertuturkan di serata negara kepulauan ini. Penduduk negara ini terbahagi kepada lebih kurang 300 buah kumpulan etnik. Kumpulan etnik yang terbesar ialah kumpulan etnik Jawa yang merangkumi 42% daripada jumlah penduduknya. Kumpulan-kumpulan etnik lain yang agak dominan selepas kumpulan etnik Jawa ialah kumpulan etnik Sunda, Melayu & Madura. Kaum Cina yang cuma merangkumi 1% daripada jumlah penduduk memainkan peranan yang sangat penting dalam kegiatan ekonomi Indonesia sehingga adakalanya menimbulkan sentimen anti-Cina di kalangan penduduk bukan Cina.

Seperti yang telah dikatakan, 86% daripada penduduk Indonesia adalah penganut agama Islam. Yang selebihnya adalah penganut agama Kristian (8.7%), Hindu (3%), Buddha (1.5%) & lain-lain. Walaupun kebebasan beragama termaktub dalam perlembagaan Indonesia, cuma 6 agama sahaja yang diiktiraf oleh kerajaan negara ini, iaitu Islam, Kristian Protestant, Kristian Katolik, Hindu, Buddha & Confucianisma.

Disebabkan negara kepulauan Indonesia ini terletak betul-betul di sempadan-sempadan pertemuan plat tektonik Pasifik, Eurasian & Australian, ini menjadikannya sebagai antara kawasan-kawasan yang mempunyai banyak bilangan gunung berapi & juga kawasan-kawasan yang seringkalinya berlaku kejadian gempa bumi. Indonesia mempunyai sekurang-kurangnya sejumlah 150 buah gunung berapi yang masih aktif, termasuklah Krakatoa & Tambora yang pernah mencipta sejarah pada kurun ke-19 kerana telah mengorbankan beribu-ribu nyawa dengan letupannya yang dahsyat. Kejadian tsunami pada tahun 2004 yang telah membunuh banyak nyawa di serata Lautan Hindi berpunca daripada aktiviti gempa bumi bawah laut di persisiran pantai Sumatera. Kejadian gempa bumi yang menimpa Yogyakarta pada tahun 2006 lalu juga adalah antara yang paling teruk dalam catatan sejarah. Walau bagaimanapun, mala petaka yang sering menimpa juga sebenarnya menguntungkan penduduk. Kawasan di lereng-lereng gunung berapi sememangnya amat subur untuk bercucuk tanam. Maka tidak hairanlah ramai penduduk bertumpu di sekitar kawasan gunung berapi.


Peta lokasi gunung-gunung berapi di Indonesia

Menurut kajian sejarah, kepulauan Indonesia ini sudah pun dihuni oleh manusia sejak beratus-ratus ribu tahun dahulu lagi. Majoriti penduduk yang ada di kepulauan ini pada masa kini sebenarnya berasal daripada penghijrahan beramai-ramai nenek moyang mereka dari Pulau Taiwan sekitar tahun 2000 SM. Kesuburan tanah di kepulauan ini hasil daripada lava gunung-gunung berapi menjadikan aktiviti pertanian sebagai sumber ekonomi yang utama. Dan disebabkan kepulauan ini terletak di persimpangan jalan perdagangan laut antara India & China, kegiatan perdagangan semakin menjadi penting di kalangan penduduknya & seterusnya mewujudkan beberapa buah kerajaan yang mempunyai hubungan yang rapat dengan kerajaan China & India.

Mulai kurun ke-7, kerajaan Srivijaya yang amat kuat & masyhur mula bertapak di Pulau Sumatera. Disebabkan hubungan perdagangan yang baik dengan kerajaan India & China, ajaran agama Hindu & Buddha yang dianuti oleh penduduk-penduduk di sana juga turut diserap bersama & menjadi pegangan & amalan penduduk-penduduk tempatan Srivijaya. Di Pulau Jawa pula muncul kerajaan Buddha seperti kerajaan Sailendra & kerajaan Hindu seperti kerajaan Mataram sekitar kurun ke-8. Seterusnya, pada akhir kurun ke-13, muncul sebuah kerajaan Hindu di Jawa Timur yang bernama kerajaan Majapahit. Di bawah pemerintahan Raja yang bernama Hayam Wuruk & pimpinan Perdana Menteri yang bernama Patih Gajah Mada pada kurun ke-14, kerajaan Majapahit mencapai zaman kegemilangannya sehingga berjaya meluaskan pengaruhnya hampir ke seluruh kepulauan Indonesia.


Peta Empayar Srivijaya

Kerajaan Majapahit adalah kerajaan Hindu yang paling kuat & paling berpengaruh dalam sejarah Indonesia. Dan ia juga adalah kerajaan Hindu yang terakhir sebelum kedatangan Islam menggantikan agama Hindu & Buddha di kepulauan Indonesia & juga Tanah Melayu. Kerajaan Majapahit menjadi semakin lemah selepas kematian Patih Gajah Mada sehingga ia tidak dapat menandingi kebangkitan Kesultanan Melayu Melaka di Tanah Melayu pada kurun ke-15. Akhirnya, kerajaan Majapahit telah dicerobohi oleh kerajaan Islam Demak pada tahun 1527 & mulai dari saat itu, tamatlah riwayat kerajaan yang pernah mencipta sejarah itu.


Peta Empayar Majapahit

Agama Islam dikatakan sudah mula bertapak di utara Pulau Sumatera sejak kurun ke-13 melalui kegiatan perdagangan. Agama ini begitu cepat tersebar di kepulauan Indonesia. Pada akhir kurun ke-16, hampir seluruh penduduk di Pulau Sumatera & Pulau Jawa berjaya diislamkan. MasyaAllah. Begitu hebat sekali penerimaan masyarakat pada zaman itu terhadap agama Islam.

Orang Eropah pertama yang tiba di kepulauan Indonesia adalah orang-orang Portugis. Mereka tiba di sini pada tahun 1512, bertujuan untuk memonopoli perdagangan rempah. Orang-orang British & Belanda pula kemudiannya menyusul & bergaduh sesama sendiri berebut tanah masing-masing di kepulauan tersebut. Kedua-duanya akhirnya menandatangi perjanjian sempadan antara tanah jajahan masing-masing. Perjanjian sempadan inilah yang menandakan sempadan antara Malaysia & Indonesia pada masa kini. Kawasan Malaysia di bawah pentadbiran orang British, sementara kawasan Indonesia dibawah pentadbiran orang Belanda. Syarikat Kompeni Hindia Timur Belanda ditubuhkan pada tahun 1602. Walau bagaimanapun, syarikat tersebut muflis & seterusnya pada tahun 1800, kerajaan Belanda secara rasminya menjadikan kepulauan Indonesia sebagai tanah jajahannya & diberi nama Hindia Timur Belanda.


Peta pembahagian wilayah British & Belanda

Kepulauan Indonesia kemudiannya ditawan oleh Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua yang berlangsung dari tahun 1942 hingga tahun 1945. Ini secara tidak langsungnya menamatkan penjajahan Belanda ke atas kepulauan tersebut. Dua hari selepas Jepun menyerah kalah, iaitu pada tanggal 17 Ogos 1945, seorang pemimpin nasionalis yang berpengaruh yang bernama Sukarno telah mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia dari mana-mana kuasa penjajah & beliau dilantik sebagai Presiden Indonesia yang pertama. Walau bagaimanapun, kerajaan Belanda cuba untuk mendapatkan kembali tanah jajahan mereka itu. Maka, berlakulah peperangan antara tentera Belanda dengan tentera Indonesia yang berakhir pada bulan Disember 1949. Di bawah tekanan masyarakat antarabangsa, kerajaan Belanda akhirnya mengiktiraf kemerdekaan Indonesia pada tarikh 27 Disember 1949.

Presiden Sukarno kemudiannya menukarkan corak pemerintahannya daripada demokrasi kepada authoritarian. Satu percubaan perampasan kuasa telah berlaku pada 30 September 1965 & berjaya dipatahkan oleh pihak tentera. Partai Komunis Indonesia dituduh terlibat dalam percubaan perampasan kuasa tersebut & pemberontakan mereka akhirnya telah mengorbankan hampir sejuta nyawa. Partai Komunis Indonesia akhirnya berjaya dilenyapkan. Pemerintahan Sukarno yang semakin lemah akhirnya digulingkan oleh ketua angkatan tentera yang bernama Suharto & beliau kemudiannya dilantik menjadi Presiden Indonesia yang kedua pada bulan Mac 1968. Kepimpinannya mendapat sokongan daripada Amerika Syarikat & ini dikatakan penyumbang utama kebangkitan ekonomi Indonesia. Walau bagaimanapun, pemerintahannya yang bersifat diktator selama 30 tahun menimbulkan banyak korupsi & tekanan terhadap parti-parti pembangkang.


Sukarno


Suharto

Sekitar tahun 1997 & 1998, ekonomi Indonesia dipukul hebat akibat krisis kewangan yang menimpa negara-negara Asia. Perkara ini telah membangkitkan semangat reformasi oleh rakyat Indonesia yang akhirnya menyebabkan Suharto terpaksa meletak jawatan sebagai Presiden pada 21 Mei 1998 kerana kegagalannya membaikpulih ekonomi Indonesia & korupsi kerajaan pimpinannya. Selepas perletakan jawatan Suharto, pelbagai program baru telah dibuat. Antaranya pemberian kuasa autonomi kepada beberapa wilayah, contohnya seperti Aceh & Yogyakarta. Keadaan politik & ekonomi Indonesia dikatakan lebih stabil selepas itu.

Pulau Jawa adalah salah sebuah pulau yang terdapat di Indonesia. Ia adalah pulau yang terpenting sekali di negara kepulauan tersebut kerana peranannya sebagai pusat tumpuan utama ekonomi & politik negara itu sejak dari zaman kerajaan Hindu-Buddha, zaman kerajaan Islam, zaman penjajahan Belanda sehinggalah ke zaman sekarang. Dengan jumlah penduduk seramai 140 juta orang, Pulau Jawa menampung lebih kurang 60% daripada jumlah keseluruhan penduduk Indonesia. Ia juga adalah pulau yang mempunyai jumlah penduduk yang paling ramai di dunia. Kepadatannya ialah 1026 orang / km persegi & merupakan antara kawasan yang terpadat di muka bumi ini.


Peta Pulau Jawa

Terdapat 3 kumpulan kaum etnik utama yang terdapat di pulau ini, iaitu kaum etnik Jawa (70%), kaum etnik Sunda (20%) & kaum etnik Madura (10%). Kaum etnik Jawa kebanyakannya tertumpu di Jawa Tengah & Jawa Timur. Kaum etnik Sunda kebanyakannya bertumpu di Banten, Jawa Barat, Jakarta & bahagian barat Jawa Tengah. Sementara kaum etnik Madura pula kebanyakannya tertumpu di bahagian timur Jawa Timur & Pulau Madura. Ketiga-tiga kaum etnik tersebut mempunyai bahasa ibunda masing-masing. Walau bagaimanapun, mereka masih boleh bertutur dalam Bahasa Indonesia. 90% daripada keseluruhan penduduk Pulau Jawa adalah penganut agama Islam. Yang selebihnya adalah penganut agama Kristian, Hindu & Buddha.


Peta demografi penduduk Pulau Jawa

Pulau ini dibahagikan kepada 6 wilayah atau propinsi, iaitu Banten, Jawa Barat, Jawa Tengah, Jawa Timur, Daerah Khusus Ibukota Jakarta & Daerah Istimewa Yogyakarta. Pulau ini terletak di dalam zon Waktu Indonesia Barat. Waktu tempatannya 7 jam lebih cepat berbanding waktu GMT, iaitu sejam lebih lambat berbanding waktu tempatan Malaysia.


Peta pembahagian propinsi

Pulau Jawa mempunyai 38 buah gunung berapi yang kebanyakannya masih lagi aktif. Gunung berapi tertinggi ialah Gunung Semeru yang terletak di Jawa Timur. Ketinggiannya mencecah 3,676 meter. Sementara itu, gunung berapi yang paling aktif di pulau ini & juga di seluruh Indonesia ialah Gunung Merapi yang terletak di Jawa Tengah, berhampiran kota Yogyakarta. Kali terakhir ia meletup adalah pada tahun lepas pada bulan Disember.


Peta kedudukan Gunung Berapi Semeru


Gunung Berapi Semeru


Peta kedudukan Gunung Berapi Merapi


Gunung Berapi Merapi

Hari 1: 21 JUN 2010

Penerbangan Air Asia aku, Acab, Syahir & Shafiq ke Jakarta dijadualkan bertolak pada pukul 7.00 pagi hari ini. Malam sebelumnya, kami telah bermalam di rumah sahabat kami, Abadi yang terletak di Sepang. Kami sengaja bermalam di rumah sahabat kami itu kerana lokasi rumahnya yang berhampiran dengan LCCT. Maka tidak perlulah kami bangun terlalu awal untuk bersiap-siap untuk ke terminal lapangan terbang tersebut. Kami sempat berbarbeku pada malam itu.

Lebih kurang pukul 4.15 pagi, kami mulai bangun untuk membersihkan diri & bersiap-siap untuk ke LCCT. Setelah semuanya sudah siap, kami berempat dibawa oleh Abadi ke LCCT dengan menaiki keretanya. Kami bertolak dari rumahnya lebih kurang pada pukul 5.00 pagi. Perjalanan dari rumahnya ke LCCT memakan masa lebih kurang 30 minit sahaja. Sesampainya di LCCT, kami berempat mengucapkan terima kasih kepada Abadi & terus mendaftar masuk. Setelah itu, kami ke surau untuk menunaikan solat Subuh & kemudiannya, kami terus melalui zon pemeriksaan sekuriti.

Sewaktu di zon pemeriksaan sekuriti, satu mala petaka telah menimpa kami. Beg Acab dengan tidak semena-mena hilang lesap begitu sahaja selepas memasuki mesin X-Ray. Dia mula menyedarinya apabila dia hendak mengambil semula begnya itu selepas dia melalui pintu pemeriksaan badan. Dia berasa yakin bahawa orang lain telah mengambil begnya itu. Aku, Syahir & Shafiq turut menjadi panik. Suasana di zon pemeriksaan sekuriti itu sebenarnya agak kelam kabut sedikit kerana terdapat sekumpulan warga Cina yang memotong barisan-barisan yang ada di situ atas dakwaan yang mereka sudah terlambat untuk menaiki pesawat. Itu adalah punca utama kehilangan beg Acab. Kelalaian pihak sekuriti LCCT untuk memastikan para penumpang beratur mengikut giliran & tidak memotong. Mereka juga lalai untuk memastikan keselamatan barang-barang yang discan oleh mesin X-Ray.

Salah seorang daripada pegawai sekuriti yang bertugas di situ kemudiannya membawa kami berempat ke balai perlepasan dalam usaha untuk mencari beg tersebut. Pada firasat kami, beg itu sama ada telah disalah ambil ataupun telah dicuri. Namun, naluri kami lebih merasakan yang beg itu telah dicuri. Tak mungkin ianya disalah ambil. Sungguh tidak logik. Pegawai itu kemudiannya mendapat panggilan yang menyatakan ‘suspek’ yang mengambil beg itu memakai baju berwarna hijau, merujuk kepada video kamera litar tertutup yang dipasang di kawasan zon pemeriksaan sekuriti. Hampir setiap sudut balai perlepasan telah kami jejaki, namun beg Acab itu masih belum ditemui. Di dalam beg tersebut terdapat kesemua barang-barang berharga miliknya, seperti passport, dompet, kad pengenalan, kad ATM, telefon bimbit & wang melebihi RM1,000 yang telah ditukar ke dalam matawang Rupiah.

Setelah puas mencari beg tersebut & masih belum ditemui, aku, Syahir & Shafiq akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan Acab di situ. Berat hati sebenarnya kami bertiga hendak meninggalkannya seorang diri di situ sehelai sepinggang. Jikalau diikutkan hati & belas kasihan kami, hendak sahaja kami batalkan trip kami ke Pulau Jawa ini. Namun, memandangkan kami sudah pun menempah tiket penerbangan & hotel & ditambah pula Shafiq tidak mudah untuk mendapatkan cuti, kami akhirnya terpaksa membuat keputusan untuk meninggalkan Acab di situ. Walau bagaimanapun, kami tidak meninggalkannya begitu sahaja. Shafiq telah menghubungi Abadi untuk menceritakan apa yang berlaku & memintanya datang mengambil Acab pulang. Kemudian, Shafiq memberikan sejumlah wang kepada Acab untuk perbelanjaannya pada hari ini memandangkan dia cuma sehelai sepinggang tanpa sesen pun di tangan.

Selepas sudah selesai semuanya, aku, Syahir & Shafiq pun terus berlari-lari untuk masuk ke dalam pesawat. Kami sudah lambat sebenarnya, disebabkan peristiwa yang berlaku. Sebelum itu, kami bersalam-salaman dahulu dengan Acab & memintanya untuk bersabar & menjaga diri. Sudah pasti ada hikmahnya di sebalik mala petaka yang berlaku ini. Kami memintanya menyuruh Abadi menghantar sms kepada kami untuk memberi ‘update’. Kasihan pula kami padanya. Dia yang mula-mula merancang untuk ke Pulau Jawa. Akhirnya, dia yang tidak dapat ikut bersama. Walau bagaimanapun, beg pakaiannya yang telah didaftar masuk ke dalam kargo akan terus dibawa ke Jakarta bersama-sama dengan beg-beg pakaian kami bertiga.

Tidak berapa lama selepas kami bertiga sudah masuk ke dalam pesawat, pesawat pun mula bersedia untuk berlepas. Kami adalah penumpang-penumpang terakhir yang memasuki pesawat itu. Hahaha. Beberapa minit kemudian, iaitu lebih kurang pukul 7.20 pagi, pesawat pun mula berlepas meninggalkan Kuala Lumpur menuju ke Jakarta. Perjalanan ke Jakarta memakan masa lebih kurang 2 jam.

Di dalam pesawat, kami masih lagi dihantui oleh peristiwa yang berlaku di LCCT tadi. Banyak pengajaran yang kami perolehi. Selepas ini, kami perlu lebih berhati-hati apabila memasukkan beg-beg & barang-barang kami ke dalam mesin X-Ray di zon pemeriksaan sekuriti. Kami tidak boleh hanya mengharapkan pegawai-pegawai sekuriti yang bertugas sahaja. Kami perlu memastikan passport & dompet kami berada di tangan sewaktu melalui pintu pemeriksaan badan. Terlampau bahaya untuk meletakkan kedua-dua barang berharga itu di dalam beg kerana kita tidak tahu apa yang bakal berlaku kepada beg-beg kita yang melalui mesin X-Ray di sebelah. Mencegah lebih baik daripada mengambil risiko. Selain itu, pihak sekuriti juga perlulah lebih bertanggungjawab terhadap keselamatan barang-barang penumpang-penumpang & tidak leka dalam melakukan tugas. Kejadian seperti kehilangan beg Acab itu sedikit sebanyak telah memberi imej buruk dalam diri aku terhadap LCCT yang merupakan hab utama syarikat penerbangan Air Asia.

Lebih kurang pukul 8.20 pagi waktu tempatan Indonesia Barat, kami pun tiba di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Jakarta. Setelah selesai urusan imigresen, kami pun terus mendapatkan beg-beg pakaian kami, termasuklah beg pakaian Acab yang merupakan sebuah beg tarik, sama seperti jenis beg pakaian aku & Syahir. Shafiq bersetuju untuk mengusung beg pakaian Acab itu memandangkan beg pakaiannya hanyalah beg galas. Aku & Syahir terlepas daripada tanggungjawab mengusung beg Acab, dengan alasan kami berdua masing-masing menggunakan beg tarik. Heheh. Mengusung beg Acab sudah tentu akan membebankan kami yang sudah sedia dibebani dengan beg tarik sendiri. Hahaha. Kami kemudiannya berjalan menuju ke sebuah kiosk telefon bimbit untuk membeli kad SIM nombor Indonesia untuk memudahkan kami menghubungi satu sama lain selama 8-9 hari kami di bumi Indonesia. Kami membeli kad SIM syarikat Simpati.

Sesudah membeli kad SIM, kami singgah di sebuah restoran kecil di dalam lapangan terbang itu kerana Shafiq kelaparan. Aku & Syahir sudah pun makan di dalam penerbangan tadi kerana kami berdua menempah ‘pre-book meal’. Sewaktu berada di dalam restoran itu, aku telah mendapat sms daripada Abadi menyatakan yang Acab sudah selamat tiba di rumahnya & mereka sudah pun membuat laporan polis. Alhamdulillah. Lega rasanya. Syahir kemudiannya menghubungi Zafran, kawan kepada Acab yang belajar Perubatan di salah sebuah universiti di kota Jakarta. Kami bertiga bakal menumpang bermalam di rumahnya malam ini. Syahir menceritakan apa yang berlaku kepada Acab sewaktu di LCCT. Mujurlah Zafran masih sudi menumpangkan kami bertiga di rumahnya walaupun dia tidak mengenali kami bertiga.

Selepas Shafiq sudah selesai makan, kami bertiga mencari-cari teksi di bahagian luar lapangan terbang itu untuk ke rumah Zafran. Alamat rumah Zafran sudah kami tulis. Kami memilih syarikat teksi ‘Blue Bird’ kerana menurut ramai orang, itu adalah syarikat teksi yang paling boleh dipercayai di Pulau Jawa kerana pemandu-pemandunya diwajibkan menggunakan meter. Mana-mana pemandu yang didapati melanggar peraturan tersebut, akan dibuang kerja tanpa sebarang notis. Kami lalu menunjukkan alamat rumah Zafran kepada pemandu teksi yang bakal membawa kami. Dia kemudian mengangguk-angguk & memasukkan beg-beg kami ke dalam ‘trunk’ teksinya. Selepas itu, kami bertiga pun dibawa menyelusuri kota Jakarta untuk ke rumah Zafran. Hampir 45 minit lamanya kami mengambil masa untuk ke destinasi kami itu. Sempat juga kami bertiga berbual-bual dengan pemandu teksi yang peramah itu. Pebagai perkara dibualkan.


Teksi 'Blue Bird'

Apabila sudah tiba di kawasan rumah Zafran, Syahir pun terus menghubungi Zafran menyatakan bahawa kami sudah pun tiba. Kami kemudian membayar tambang kepada pemandu teksi tersebut & mengucapkan terima kasih kepadanya. Tidak berapa lama kemudian, Zafran pun muncul & membawa kami ke rumahnya. Dia tinggal bersama-sama dengan beberapa orang junior. Rumah sewanya itu tidaklah sebesar mana, namun amat selesa. Terhutang budi pula kami kepadanya kerana sudi menumpangkan kami bertiga walaupun dengan ketiadaan Acab. Selepas hampir sejam kami berempat berbual-bual, aku, Syahir & Shafiq kemudiannya mula bersiap-siap untuk memulakan pengembaraan kami di kota Jakarta.

Jakarta atau nama rasminya Daerah Khusus Ibukota Jakarta adalah ibu negara Indonesia & bandar yang terbesar di negara tersebut. Ia terletak di bahagian barat laut Pulau Jawa, di kuala Sungai Ciliwung yang mengalir ke Laut Jawa. Kota ini mempunyai jumlah penduduk seramai 8.5 juta orang. Ia adalah bandar yang mempunyai jumlah penduduk paling ramai di rantau Asia Tenggara. Selain pusat pentadbiran, kota ini juga memainkan peranan sebagai pusat ekonomi, kebudayaan & politik Indonesia. Kota ini dibahagikan kepada 5 bahagian, iaitu Jakarta Utara, Jakarta Selatan, Jakarta Barat, Jakarta Timur & Jakarta Tengah. Kebanyakan penduduk yang tinggal di kota ini adalah daripada kaum etnik Jawa, Sunda & Betawi.


Kedudukan Jakarta di dalam peta Pulau Jawa


Pembahagian kota Jakarta kepada 5 bahagian

Sejarah Jakarta bermula apabila ia diasaskan oleh pemerintah kerajaan Tarumanagara yang mengamalkan ajaran agama Hindu yang bernama Purnawarnam pada tahun 397 M. Namanya pada waktu itu ialah Sunda Pura & ia dijadikan ibukota kerajaan tersebut. Seterusnya, apabila kekuasaan kerajaan Tarumanagara semakin lemah, pemerintahan kota Sunda Pura diambil oleh kerajaan Sunda mulai pertengahan kurun ke-7. Nama kota tersebut kemudiannya ditukar kepada Sunda Kelapa. Mulai kurun ke-14, Sunda Kelapa mula menjadi kota pelabuhan perdagangan utama kerajaan Sunda. Orang-orang Portugis mulai tiba di Sunda Kelapa pada tahun 1513 dalam misi mereka untuk memonopoli perdagangan rempah-ratus di Timur. Kerajaan Sunda kemudiannya menandatangani perjanjian dengan orang-orang Portugis, membenarkan mereka membuka sebuah pelabuhan di situ, dengan syarat mereka membantu kerajaan tersebut mempertahankan kerajaan mereka daripada ancaman kerajaan Islam Kesultanan Demak yang semakin berkuasa di Jawa Tengah.

Walau bagaimanapun, kerajaan Kesultanan Demak akhirnya berjaya dalam serangan ke atas kerajaan Sunda pada tahun 1527 & berjaya menawan kota Sunda Kelapa. Nama Sunda Kelapa kemudiannya ditukar kepada Jayakarta. Kerajaan baru kemudiannya diwujudkan di situ, yang dinamakan kerajaan Kesultanan Banten. Putera kerajaan tersebut yang bernama Jayawikarta kemudiannya menjalin hubungan baik dengan orang-orang Belanda yang mula tiba di Jayakarta pada tahun 1596. Seterusnya, tiba pula orang-orang British di kota ini. Persengketaaan yang berlaku antara ketiga-tiga pihak ini kemudiannya mencetuskan peperangan & kemenangan berpihak kepada orang-orang Belanda. Orang-orang Belanda yang berjaya menguasai kota ini kemudian menukarkan namanya kepada Batavia pada tahun 1619. Kota ini kemudiannya jatuh pula ke tangan Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua. Nama kota ini ditukar lagi pada waktu itu. Tentera Jepun menukarkan nama kota ini kepada Jakarta & nama tersebut kekal sehingga ke hari ini.

Selepas Indonesia mendapatkan kemerdekaannya, Jakarta dijadikan ibu negara tersebut. Dan pada tahun 1966, kota Jakarta dinaik taraf kepada Daerah Khusus Ibukota Jakarta yang melayakkannya mendapat status yang sama seperti wilayah-wilayah atau propinsi-propinsi yang lain di negara itu.

Destinasi pertama kami di kota Jakarta ini ialah Monumen Nasional (MONAS). Kami ke sana dengan menaiki teksi ‘Blue Bird’ yang kami tahan berhampiran dengan rumah Zafran. Kebetulan, Monumen Nasional terletak berhampiran dengan Stesen Gambir, iaitu stesen keretapi utama kota Jakarta. Maka, kami mengambil kesempatan untuk membeli tiket keretapi untuk ke Bandung pada esok petang. Setelah selesai urusan membeli tiket, barulah kami memulakan ekspedisi mengelilingi kawasan sekitar Monumen Nasional itu.

Monumen Nasional yang terletak di dalam Jakarta Tengah itu terletak di tengah-tengah Medan Merdeka yang merupakan sebuah dataran besar yang dikelilingi oleh bangunan-bangunan penting kerajaan seperti Istana Merdeka (istana rasmi Presiden Indonesia), Mahkamah Agung & beberapa buah bangunan kementerian. Monumen setinggi 129 meter yang mempunyai arca berbentuk api yang diselaputi oleh foil emas di puncaknya itu menjadi simbol kepada perjuangan kemerdekaan Indonesia. Idea untuk membina sebuah monumen yang sehebat Eiffel Tower di Paris, Perancis di kota Jakarta telah dicetuskan oleh Presiden pertama Indonesia, iaitu Sukarno, selepas kemerdekaan Indonesia diiktiraf oleh negara Belanda pada tahun 1949. Usaha pembinaannya dimulakan pada tahun 1961. Ia siap dibina sepenuhnya & mula dibuka kepada orang ramai pada bulan Oktober 1975.

Di tingkat bawah monumen ini terdapat sebuah muzium yang mempamerkan 48 diorama yang menggambarkan sejarah Indonesia sejak zaman pra-sejarah hinggalah ke zaman selepas kemerdekaannya. Selain daripada muzium tersebut, terdapat juga sebuah ruang bilik yang diberi nama Ruang Kemerdekaan. Di dalamnya terdapat warkah pengisytiharan kemerdekaan Indonesia yang asli. Untuk masuk ke tingkat bawah Monumen Nasional tersebut, para pengunjung perlu membeli tiket. Untuk ke puncak monumen itu, tiket berasingan perlu dibeli. Kami bertiga sekadar berlegar-legar di ruang bawah monumen itu sahaja. Kami tidak naik ke puncaknya.


Monumen Nasional, Jakarta, Indonesia


Monumen Nasional, Jakarta, Indonesia


Bersama Shafiq di Monumen Nasional, Jakarta, Indonesia


Bersama Shafiq di Monumen Nasional, Jakarta, Indonesia


Monumen Nasional, Jakarta, Indonesia


Di sekitar Monumen Nasional, Jakarta, Indonesia


Di sekitar Monumen Nasional, Jakarta, Indonesia

Apabila sudah puas menghabiskan masa di sekitar kawasan Monumen Nasional, kami bertiga berjalan menuju ke Masjid Istiqlal yang letaknya tidak jauh dari monumen tersebut. Agak sukar juga untuk mencari pintu masuk utama masjid itu. Kami terpaksa bertanya-tanya kepada orang ramai yang lalu-lalang. Setelah penat berjalan, akhirnya kami menjumpai juga pintu masuk yang kami cari itu. Kami singgah dahulu di sebuah kedai runcit yang ada di dalam kawasan masjid itu untuk membeli air. Kering sungguh anak tekak kami. Setelah masing-masing menghilangkan dahaga, kami terus mengambil wuduk & menunaikan solat jamak qasar Zohor & Asar secara berjemaah.

Masjid Istiqlal yang bermaksud Masjid Kemerdekaan adalah masjid yang terbesar di Indonesia & juga di rantau Asia Tenggara yang boleh memuatkan seramai 120,000 orang jemaah dalam satu masa. Idea untuk membina masjid tersebut telah dicetuskan selepas Indonesia mendapat kemerdekaan sepenuhnya daripada Belanda. Jawatankuasa untuk pembinaannya telah ditubuhkan pada tahun 1953 di bawah persetujuan & galakan Presiden Sukarno. Usaha pembinaan masjid tersebut akhirnya dimulakan pada bulan Ogos 1961 dengan menggunakan khidmat arkitek Kristian yang bernama Frederich Silaban. Pembinaan masjid ini siap sepenuhnya 17 tahun selepas itu, iaitu pada bulan Februari 1978. Ia dirasmikan oleh Presiden yang kedua, iaitu Suharto.

Selepas menunaikan solat, kami bertiga berehat-rehat untuk beberapa minit di dalam Masjid Istiqlal tersebut untuk menghilangkan penat. Kami sempat juga mengambil beberapa keping gambar di dalam masjid yang mempunyai senibina yang mengagumkan itu. Bangga pula rasanya kami kerana dapat menjejakkan kaki & bersolat di dalam masjid yang terbesar di rantau Asia Tenggara. Ditambah lagi, masjid tersebut adalah masjid yang terpenting di Indonesia, negara yang mempunyai populasi orang Islam yang paling ramai di dunia. Bersebelahan dengan masjid itu, terdapat pula sebuah gereja besar. Ini adalah simbol toleransi agama yang diamalkan di Indonesia. Walaupun berlainan agama, masyarakatnya dapat hidup dengan harmoni tanpa perbalahan.


Masjid Istiqlal, Jakarta, Indonesia


Masjid Istiqlal, Jakarta, Indonesia


Ruang dalaman Masjid Istiqlal, Jakarta, Indonesia


Masjid Istiqlal, Jakarta, Indonesia


Sebuah gereja berhampiran Masjid Istiqlal, Jakarta, Indonesia

Apabila sudah hilang penat, kami bertiga berbincang mengenai destinasi kami yang seterusnya. Memandangkan kami sudah tiada tempat lain yang perlu ditujui, kami mengambil keputusan untuk menghabiskan sisa hari yang ada di sebuah kompleks membeli-belah yang bernama Grand Indonesia. Ia juga turut terletak di dalam Jakarta Tengah. Kami ke sana dengan menaiki teksi. Kompleks membeli-belah ini berkongsi bangunan dengan Hotel Indonesia, salah sebuah hotel yang ternama di kota Jakarta yang merupakan hotel 5 bintang yang pertama di Indonesia. Kompleks beli-belah Grand Indonesia setinggi 8 tingkat yang terbahagi kepada 2 blok utama, iaitu East Mall & West Mall adalah antara pusat membeli-belah yang terbesar di rantau Asia Tenggara.


Grand Indonesia, Jakarta, Indonesia


Ruang dalaman Kompleks Membeli-belah Grand Indonesia, Jakarta, Indonesia

Kami bertiga menghabiskan masa yang agak lama di dalam kompleks membeli-belah tersebut untuk ber’window shopping’. Kami sempat singgah di sebuah kedai buku yang bernama Gramedia. Gramedia adalah antara syarikat kedai buku yang ternama di Indonesia. Selepas membelek-belek buku-buku yang ada di situ, kami singgah pula di ‘Food Court’ untuk makan tengah hari. Lapar pula rasanya. Kami makan sambil berbual-bual & menghilangkan penat.


Bersama Shafiq di Kedai buku Gramedia di dalam Kompleks Membeli-belah Grand Indonesia, Jakarta, Indonesia


Bersama Syahir sewaktu makan tengah hari di dalam Kompleks Membeli-belah Grand Indonesia, Jakarta, Indonesia

Setelah selesai makan, kami bertiga pulang semula ke rumah Zafran dengan menaiki teksi. Disebabkan lalulintas jalan raya sedang sibuk kerana waktu itu adalah waktu orang pulang dari pejabat, maka perjalanan pulang ke rumah Zafran mengambil masa yang agak lama, iaitu hampir sejam lamanya. Mujurlah pemandu teksi seorang yang peramah. Kami berbual-bual tanpa henti dengannya sehinggalah kami tiba di rumah Zafran. Antara isu yang kami bincangkan adalah isu kemiskinan & korupsi di Indonesia yang rupa-rupanya lebih menjadi-jadi selepas reformasi yang berlaku pada tahun 1998 yang menjatuhkan Presiden Suharto. Sebelum ini kami bertiga menyangka bahawa keadaan Indonesia selepas kejatuhan Suharto adalah lebih baik. Rupa-rupanya sangkaan kami meleset sama sekali.

Sedih pula rasanya apabila memikirkan keadaan yang melanda Indonesia. Negara mereka sebenarnya adalah antara negara-negara yang terkaya di dunia kerana ia mempunyai banyak sumber-sumber galian & hutan. Namun, kepincangan yang dilakukan oleh ahli-ahli politik & korporat menyebabkan jurang perbezaan antara yang miskin & kaya semakin hari semakin jauh. Yang kaya bertambah kaya. Yang miskin bertambah miskin. MasyaAllah.

Apabila tiba di rumah Zafran, hari sudah pun senja. Zafran lalu membawa kami bertiga ke masjid berdekatan rumahnya untuk menunaikan solat. Aku, Syahir & Shafiq menunaikan solat jamak qasar Maghrib & Isyak. Selesai sahaja solat, kami berempat kembali semula ke rumah untuk bersiap-siap untuk keluar makan malam. Aku, Syahir & Shafiq berhajat untuk membelanja Zafran makan sebagai membalas jasanya menumpangkan kami bermalam di rumahnya. Zafran membawa kami ke sebuah restoran Nasi Padang dengan menaiki bas. Sedap juga makanan yang kami nikmati di restoran tersebut. Namun, harganya agak mahal. Kami bertiga sebenarnya tidak berani untuk makan di gerai-gerai di tepi jalan walaupun harganya jauh lebih murah. Ini kerana kami kurang yakin dengan kebersihannya. Wabak Hepatitis A, demam kepialu & macam-macam lagi sememangnya adalah perkara yang biasa di sini. Mencegah adalah lebih baik daripada merawat.

Selepas makan, kami berempat pun pulang semula ke rumah dengan menaiki bas. Setibanya di rumah, kami bergilir-gilir membersihkan diri dengan mandi. Kemudian, kami berempat duduk berbual-bual. Banyak perkara yang kami bualkan. Kebanyakannya menyentuh tentang isu kerjaya sebagai doktor di Malaysia. Sambil berbual-bual, sempat juga aku, Syahir & Shafiq meminjam laptop salah seorang ahli rumah Zafran untuk meng’update’ status Facebook masing-masing. Hahaha. Pada masa yang sama, kami bertiga teringatkan Acab. Entah bagaimanalah perasaannya pada waktu itu. Semoga dia tetap tabah. Apabila sudah mengantuk, kami semua pun baring melelapkan mata.

Hari 2: 22 JUN 2010

Hari ini adalah hari kedua aku, Syahir & Shafiq di kota Jakarta. Destinasi kami pada hari ini adalah Taman Mini Indonesia Indah yang terletak di dalam Jakarta Timur, agak jauh dari rumah Zafran yang terletak di dalam Jakarta Barat. Kami bertiga keluar dari rumah lebih kurang pada pukul 8.00 pagi. Pada waktu itu, Zafran sudah pun keluar ke kuliahnya. Walau bagaimanapun, kami sempat bersalaman dengannya sebelum dia keluar. Menurutnya, dia akan pulang lewat pada hari ini & mungkin tidak akan sempat untuk berjumpa dengan kami sebelum kami bertolak ke Bandung petang nanti. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepadanya kerana sudi menumpangkan kami di rumahnya & meminjamkan kunci penduanya kepada kami.

Setelah selesai bersiap-siap, kami bertiga pun keluar untuk ke Taman Mini Indonesia Indah. Kami ke sana dengan menaiki teksi. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang sejam lamanya. Setibanya kami di destinasi tujuan kami, kami pun terus memulakan penjelajahan kami. Taman Mini Indonesia Indah adalah sebuah taman rekreasi seluas 250 ekar & merupakan antara daya tarikan utama pelancong bukan sahaja di Jakarta, malah di seluruh Indonesia.

Di dalamnya terdapat berpuluh-puluh buah pavilion yang mewakili setiap wilayah atau propinsi yang terdapat di Indonesia. Di setiap pavilion itu terdapat koleksi model rumah-rumah mengikut senibina & kebudayaan propinsi tersebut. Dan di dalam setiap model rumah itu terdapat muzium di dalamnya yang mempamerkan koleksi pakaian kaum-kaum etnik yang menetap di setiap propinsi. Menarik sekali konsep taman rekreasi ini. Idea untuk membina taman ini dicetuskan oleh Ibu Tien, iaitu isteri kepada Presiden Suharto. Projek pembinaannya dimulakan pada tahun 1972. Ia siap sepenuhnya & mula dibuka kepada orang awam pada tahun 1975. Tiket untuk masuk ke dalam taman ini tidaklah begitu mahal. Untuk memudahkan para pengunjung menjelajahi kawasan taman rekreasi yang sangat luas ini, peta taman ini boleh diperolehi di pejabat informasi.


Peta Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta, Indonesia


Gambar satelit Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta, Indonesia


Bersama Shafiq di dalam Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta, Indonesia


Bersama Shafiq di dalam Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta, Indonesia


Bersama Syahir di dalam Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta, Indonesia


Di dalam Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta, Indonesia


Di dalam Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta, Indonesia


Bersama Shafiq di dalam Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta, Indonesia


Bersama Syahir di dalam Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta, Indonesia


Di dalam Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta, Indonesia


Di dalam Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta, Indonesia


Di dalam Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta, Indonesia


Bersama Shafiq di dalam Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta, Indonesia


Di dalam Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta, Indonesia


Di dalam Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta, Indonesia


Bersama Shafiq di dalam Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta, Indonesia


Bersama Shafiq di dalam Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta, Indonesia


Di dalam Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta, Indonesia


Di dalam Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta, Indonesia


Di dalam Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta, Indonesia


Di dalam Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta, Indonesia


Di dalam Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta, Indonesia


Di dalam Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta, Indonesia


Di dalam Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta, Indonesia


Bersama Shafiq di dalam Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta, Indonesia


Di dalam Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta, Indonesia


Di dalam Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta, Indonesia


Di dalam Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta, Indonesia


Di dalam Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta, Indonesia


Di dalam Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta, Indonesia


Bersama Shafiq di dalam Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta, Indonesia


Di dalam Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta, Indonesia

Selain pavilion-pavilion tersebut, terdapat juga beberapa buah muzium seperti Muzium Tentera, Muzium Setem, Muzium Transportasi, Muzium Reptilia & Komodo & banyak lagi. Muzium Reptilia & Komodo menarik perhatian kami kerana di dalamnya terdapat biawak Komodo, spesis biawak yang terbesar di dunia. Biawak karnivor ini hanya boleh didapati hidup liar di Indonesia sahaja, iaitu di Pulau Komodo, Pulau Flores, Pulau Rinca & Pulau Gili Motang yang terletak di dalam propinsi Nusa Tenggara Timur. Keempat-empat pulau ini telah dinobatkan sebagai Taman Negara Komodo untuk memelihara spesis biawak yang unik ini daripada kepupusan. Taman negara tersebut telah pun dimasukkan dalam senarai ‘UNESCO World Heritage Sites’.

Kami bertiga sempat bergambar dengan seekor biawak Komodo yang terdapat di dalam muzium tersebut. Jinak betul biawak Komodo yang mempunyai saiz badan sepanjang 3 meter itu. Biawak Komodo yang liar sememangnya amat bahaya & mempunyai kecenderungan untuk menyerang manusia. Makanan biawak spesis ini adalah seperti telur burung, monyet, babi hutan, kambing, rusa, kuda & kerbau. Mereka akan menggigit dahulu mangsa mereka & membiarkan mangsa mereka itu mati akibat jangkitan kuman dalam darah. Air liur biawak Komodo kaya dengan bakteria-bakteria yang boleh membunuh apabila tersebar dalam darah. Selepas mangsa mereka mati, barulah mereka memapah bangkai mangsa mereka itu. Subhanallah.


Peta taburan habitat biawak Komodo di Indonesia


Biawak Komodo di dalam Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta, Indonesia


Biawak Komodo di dalam Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta, Indonesia


Biawak Komodo di dalam Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta, Indonesia


Biawak Komodo di dalam Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta, Indonesia

Di dalam Taman Mini Indonesia Indah ini terdapat juga model-model rumah ibadat enam agama yang diiktiraf di Indonesia. Rumah-rumah ibadat tersebut ialah Masjid Pangeran Diponegoro, Gereja Katolik Santa Catharina, Gereja Protestant Haleluya, Kuil Hindu Penataran Agung Kertabhumi & Kuil Buddha Arya Dwipa Arama. Kuil Confucian pula masih dalam pembinaan. Di tengah-tengah taman yang luas ini terdapat pula sebuah tasik yang mempunyai pulau-pulau kecil yang menggambarkan bentuk kepulauan Indonesia. Kemudahan kereta kabel, monorel & keretapi mini, basikal juga turut disediakan di dalam taman ini untuk kemudahan para pengunjungnya. Taman Mini Indonesia Indah ini sememangnya amat berbaloi untuk dikunjungi. Ianya adalah antara tempat yang wajib dijejaki oleh sesiapa sahaja yang berkunjung ke Jakarta. Kami bertiga sempat makan ‘brunch’ di sebuah restoran yang terdapat di dalam taman tersebut.

Aku, Syahir & Shafiq kemudiannya menunaikan solat jamak qasar Zohor & Asar di dalam Masjid Pangeran Diponegoro yang terletak di dalam taman rekreasi ini. Selesai sahaja solat, kami menaiki teksi untuk kembali semula ke rumah Zafran. Kami sudah tidak tahu hendak ke mana lagi. Lagipun, jam sudah pun menunjukkan pukul 2.00 petang. Kami takut kami tidak sempat untuk ke stesen Gambir nanti memandangkan keadaan lalulintas jalanraya di Jakarta selalunya sibuk pada waktu petang. Keretapi kami ke Bandung dijadualkan bertolak pada pukul 7.00 malam.

Sebelum kami tiba di rumah Zafran, kami singgah dahulu di restoran Nasi Padang yang kami singgah malam tadi untuk makan tengah hari. Selesai sahaja makan, kami berjalan kaki ke rumah Zafran. Jarak rumahnya dari restoran itu tidaklah jauh mana. Lebih kurang 30 minit sahaja berjalan kaki. Setibanya di rumah Zafran, kami bersiap-siap untuk bertolak ke stesen Gambir. Apabila masing-masing sudah bersedia, kami pun melangkah keluar meninggalkan rumah Zafran. Memandangkan Zafran tiada di rumah, kami meninggalkan kunci pendua kepada salah sorang ahli rumahnya. Kami mengucapkan terima kasih kepadanya kerana sudi menerima kedatangan kami. Setelah itu, kami pun melangkah keluar & menahan teksi di tepi jalan raya besar untuk ke stesen Gambir.

Kami tiba di stesen keretapi tersebut lebih kurang pukul 5.00 petang. Kami masih ada 2 jam lagi sebelum keretapi dijadualkan bertolak. Kami mengambil keputusan untuk mengisi masa lapang yang ada dengan lepak-lepak dahulu di dalam sebuah kafe yang terdapat di dalam stesen tersebut. Lebih kurang pukul 6.30 malam, kami pun naik ke tingkat dua untuk ke platform di mana keretapi kami bakal bertolak. Keretapi tersebut sudah pun berada di platformnya pada waktu itu. Kami lantas terus masuk ke dalamnya & mencari tempat duduk kami. Tempat duduk kami terletak di dalam koc kelas Bisnes. Rupa-rupanya koc kelas Bisnes keretapi di Indonesia tidaklah seperti yang kami sangkakan. Tiada penghawa dingin. Yang ada cuma kipas pusing. Hahaha. Koc yang ada penghawa dingin adalah koc kelas Eksekutif yang harganya lebih mahal daripada kelas Bisnes. Kami bertiga pasrah sahaja. Ada kipas pun sudah cukup daripada tiada apa-apa langsung. Mati kepanasan kami dibuatnya nanti.

Lebih kurang pukul 7.00 malam, keretapi tersebut pun mulai bergerak meninggalkan Jakarta menuju ke Bandung. Disebabkan waktu sudah malam, maka kami tidak dapat menikmati pemandangan luar yang menurut kata ramai orang agak cantik pemandangannya. Kami bertiga cuma berbual-bual kosong sahaja di dalam keretapi itu untuk menghilangkan rasa bosan & panas. Perjalanan keretapi dari Jakarta ke Bandung memakan masa selama 3½ jam. Kami tiba di stesen kereta api Bandung lebih kurang pada pukul 10.30 malam.


Peta perjalanan dari Jakarta ke Bandung

Setibanya kami di stesen keretapi tersebut, kami bertiga diserbu oleh pemandu-pemandu teksi yang masing-masing mengajak kami menaiki teksi mereka. Namun, kami cuma mempercayai teksi syarikat ‘Blue Bird’ sahaja. Lantas, kami meneruskan langkah kami sehingga kami tiba di tepi jalanraya besar. Di situ, barulah kami nampak beberapa buah teksi ‘Blue Bird’ yang kami cari. Kami terus meluru ke salah sebuah teksi & menunjukkan alamat hotel yang kami sudah tempah kepada pemandunya. Pemandu teksi itu pun terus membawa kami ke hotel yang dimaksudkan. Perjalanan ke hotel tersebut memakan masa lebih kurang 20 minit. Agak jauh juga lokasinya dari stesen keretapi itu yang terletak di tengah-tengah kota Bandung.

Setibanya kami di hotel yang dimaksudkan, kami dijemput oleh pekerja-pekerja hotel itu. Beg-beg kami diambil oleh mereka & dibawa masuk ke kaunter pendaftaran. Pekerja-pekerja di situ rata-ratanya umur belasan tahun & awal 20-an. Kasihan betul. Muda-muda lagi sudah terpaksa bekerja untuk menyara hidup keluarga. Selepas mendaftar masuk, kami pun dibawa ke bilik-bilik kami. Aku menempah dua buah bilik. Sepatutnya, kami berempat berkongsi dua buah bilik. Akan tetapi, memandangkan kami cuma bertiga sahaja disebabkan Acab tidak dapat ikut sekali, salah seorang daripada kami terpaksa mengambil salah satu daripada dua buah bilik itu untuk diri sendiri. Kami kemudiannya berbincang & mencapai kata putus. Shafiq akan mengambil salah satu daripada bilik-bilik itu untuk dirinya sendiri. Aku pula akan berkongsi bilik dengan Syahir. Bayaran walau bagaimanapun tetap dibahagi sama rata. Bilik-bilik tersebut amat selesa sekali. Lengkap dengan penghawa dingin, televisyen & bilik air.

Selepas membersihkan diri & solat, kami bertiga berbincang mengenai aktiviti-aktiviti kami esok, lusa & hari yang seterusnya. Kami akan berkelana di Bandung selama 3 hari. Mujurlah Shafiq membawa sekali peta Bandung milik ayahnya. Ini memudahkan pengembaraan kami di dalam kota ini. Setelah selesai berbincang, kami pun terus melelapkan mata.

Hari 3: 23 JUN 2010

Hari ini adalah hari pertama aku, Syahir & Shafiq di kota Bandung. Awal-awal pagi lagi kami sudah bangun untuk solat Subuh, mandi & bersarapan. Sarapan pagi disediakan oleh pihak hotel. Pekerja-pekerjanya sendiri yang datang ke bilik-bilik kami untuk menghantar makanan. Menu sarapan pagi yang disediakan ialah nasi goreng & air teh panas. Selesai mandi & makan, kami bertiga pun bersedia untuk menjelajah kota Bandung. Namun, sebelum keluar, kami singgah dahulu di kaunter pendaftaran untuk menempah tour untuk ke Gunung Tangkuban Perahu pada esok hari. Gunung Tangkuban Perahu adalah sebuah gunung berapi yang menjadi antara tarikan utama pelancong di Bandung. Selepas menempah tour tersebut, barulah kami memulakan penjelajahan kami di kota ini.

Bandung yang mempunyai jumlah penduduk seramai 2.8 juta orang adalah bandar ketiga terbesar di Indonesia, selepas Jakarta & Surabaya. Ia juga adalah ibukota propinsi Jawa Barat. Permukaan buminya yang terletak di kedudukan 768 meter dari paras laut menyebabkan suhu di kota ini agak sejuk berbanding kota-kota lain di Indonesia. Purata suhu tahunannya ialah 23.6 darjah celcius. Kota ini dikelilingi oleh bukit-bukit & gunung-gunung berapi. Gunung berapi yang paling terkenal di sini adalah Gunung Tangkuban Perahu. Majoriti penduduk yang menetap di kota Bandung adalah daripada kaum etnik Sunda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik. Penduduk minoriti yang teramai pula adalah daripada kaum etnik Jawa. Alat muzik angklung yang diperbuat daripada buluh adalah antara yang menjadi kebanggaan penduduk di sini.


Kedudukan kota Bandung di Pulau Jawa


Bandung, Indonesia


Bandung, Indonesia: berlatar belakangkan Gunung Berapi Tangkuban Perahu


Angklung

Kota Bandung sememangnya amat sering menerima kunjungan pelancong dari dalam mahupun dari luar. Selain daripada suhunya yang agak nyaman, kota ini juga terkenal sebagai syurga membeli-belah di Indonesia. Terdapat beratus-ratus buah kedai & ‘factory outlet’ yang menjual pakaian-pakaian ‘sisa eksport’ dari kilang-kilang daripada pelbagai jenama yang terkenal di seluruh dunia seperti Gucci, Dolce & Gabbana, Burberry, Boss, Versace, Armani, Polo, Valentino & banyak lagi dengan harga yang agak murah. Kota Bandung ini boleh dikatakan sebagai kota fesyen di Pulau Jawa & di Indonesia. Maka tidak hairanlah kota ini menerima gelaran ‘Parijs van Java’ dalam Bahasa Belanda yang membawa maksud ‘Paris di Jawa’. Selain itu, kota ini juga turut menerima gelaran ‘kota Musisi’ kerana ramai pemuzik-pemuzik & penyanyi-penyanyi Indonesia berasal dari Bandung. Antaranya ialah Peterpan, ST12, Radja & banyak lagi.

Kota Bandung pada mulanya hanya dipenuhi oleh ladang-ladang tumbuh-tumbuhan yang hidup di kawasan tanah tinggi seperti teh & strawberi yang dibuka oleh Belanda sekitar kurun ke-17. Jalanraya utama yang menghubungkan Bandung & Batavia (Jakarta) kemudiannya dibina pada akhir kurun ke-19. Ini secara tidak langsung telah membantu merancakkan pembangunan kota Bandung. Semakin banyak bangunan-bangunan dibina. Antaranya ialah hotel-hotel mewah, resort-resort, restoran-restoran, & butik-butik pakaian. Ramai pelancong-pelancong dari Eropah datang berkunjung ke sini pada waktu itu.

Disebabkan kedudukannya yang terlindung di sebalik bukit-bukau & gunung-ganang, kota Bandung amat strategik untuk dijadikan kota pertahanan untuk berselindung daripada serangan musuh. Disebabkan itulah pada awal tahun 1920-an, penjajah Belanda merancang mahu memindahkan pusat pentadbiran mereka di Hindia Timur Belanda (Indonesia) dari Batavia ke Bandung. Mulai dari saat itulah mereka mula membina berek-berek senjata & bangunan-bangunan kerajaan di kota Bandung ini. Walau bagaimanapun, perancangan mereka itu terbantut akibat penawanan Jepun ke atas tanah jajahan mereka itu ketika tercetusnya Perang Dunia Kedua.

Selepas pengisytiharan kemerdekaan Indonesia yang dilakukan oleh Presiden Sukarno pada tahun 1945 sejurus selepas kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua, berlaku pula peperangan antara kerajaan Indonesia & kerajaan Belanda yang ingin mendapatkan semula tanah jajahan mereka itu. Kota Bandung adalah antara medan pertempuran yang terhebat dalam perang pembebasan itu. Pada tahun bulan Mac 1946, hampir seluruh kawasan di selatan kota ini telah dibakar oleh pihak Belanda. Kejadian tersebut dikenali sebagai ‘Bandung Lautan Api’. Akhirnya, kemenangan berpihak kepada Indonesia. Bandung kemudiannya dijadikan ibukota propinsi Jawa Barat.

Lokasi pertama aku, Syahir & Shafiq pada hari ini ialah Jalan H. Juanda yang terletak di dalam kawasan Dago. Kami ke sana dengan menaiki teksi yang kami tempah dari hotel penginapan kami. Jalan H. Juanda yang seringkali juga disebut Jalan Dago adalah antara tumpuan utama para pengunjung yang ingin membeli-belah di kota Bandung kerana terdapat berpuluh-puluh kedai, butik & ‘factory outlet di sepanjang jalan ini. Selain itu, terdapat juga kompleks membeli-belah, restoran, kafe & pusat hiburan. Kami bertiga tiba agak awal. Jam baru menunjukkan pukul 9.00 pagi. Kedai-kedai & semua ‘factory outlet’ di sini hanya akan dibuka pada pukul 10.00 pagi. Oleh itu, untuk mengisi kelapangan masa yang ada, kami singgah dahulu di sebuah kafe di stesen minyak Petronas yang berhampiran. Bangga pula kami kerana syarikat Petronas adalah milik orang Malaysia.

Apabila jam sudah menunjukkan pukul 10.00 pagi, kami bertiga pun memulakan ekspedisi membeli-belah kami. Berbelas-belas buah kedai & ‘factory outlet’ kami singgah di sepanjang Jalan H. Juanda itu. Rambang mata kami dibuatnya. Harga-harga pakaian yang ditawarkan sememangnya murah-murah belaka walaupun kualitinya tinggi. Syahir & Shafiq begitu sakan sekali membeli itu dan ini. Aku sekadar membeli sehelai baju batik sahaja pada hari ini. Aku sebenarnya sekadar mahu menghabiskan masa hari ini dengan melihat-lihat & ‘survey’ dahulu pakaian-pakaian yang aku berkenan. Aku akan melakukan kegiatan membeli-belah yang serius pada lusa hari, iaitu hari terakhir kami di Bandung. Sementara itu, Syahir & Shafiq pula sudah pun membelanjakan beratus ribu Rupiah dalam masa beberapa jam sahaja di jalan tersebut pada hari ini. Hahaha.


Jalan H. Juanda/Dago, Bandung, Indonesia


Bersama Shafiq di Jalan H. Juanda/Dago, Bandung, Indonesia

Kami kemudiannya tiba di Jalan Merdeka pula. Kami singgah dahulu di kedai buku Gramedia yang terdapat di situ atas permintaan Shafiq yang gemar singgah di kedai-kedai buku untuk melihat buku-buku agama. Bagus betul. Setelah itu, kami meneruskan perjalanan kami ke sebuah kedai yang menyediakan perkhidmatan menjahit seluar jeans mengikut citarasa penempah. Nama kedai tersebut ialah Aria Jeans. Ia terletak di penghujung Jalan Merdeka. Agak jauh juga kami perlu berjalan kaki untuk tiba di kedai itu. Shafiq yang beria-ria ingin membawa kami ke kedai itu untuk menempah seluar jeans. Menurut katanya, ayahnya pernah membuat seluar jeans di situ & kualitinya memang bagus. Sepanjang perjalanan kami melalui Jalan Merdeka, kami perhatikan banyak sungguh gereja di kiri kanan jalan itu. Ini menandakan bahawa kawasan ini mempunyai ramai penganut ajaran Kristian yang rata-ratanya daripada mazhab Protestant.

Sewaktu kami melalui suatu simpang dalam perjalanan kami mencari lokasi kedai Aria Jeans itu, secara tiba-tiba sebuah motor terbabas di pinggir jalanraya. Penumpangnya adalah seorang wanita & dia cedera parah di bahagian muka. MasyaAllah. Mujurlah ramai orang yang lalu-lalang sudi menolongnya. Aku, Syahir & Shafiq hanya melihat-lihat sahaja tanpa mampu untuk berbuat apa-apa. Semoga wanita itu tidak mengalami kecederaan yang terlampau serius. Kami bertiga seterusnya meneruskan langkah untuk ke destinasi kami, iaitu kedai Aria Jeans.

Setelah lebih kurang 30 minit berjalan kaki dari kedai buku Gramedia tadi, barulah kami tiba di kedai Aria Jeans yang kami cari. Kedainya agak besar juga. Pemiliknya adalah orang Cina. Mereka fasih benar berbahasa Indonesia, tidak seperti orang-orang Cina di Malaysia & juga di Singapura yang sebahagiannya tidak fasih atau lebih teruk lagi, tidak tahu langsung berbahasa Melayu kerana terlampau obses dengan bahasa ibunda & Bahasa Inggeris. Ini adalah kerana sistem pendidikan Indonesia yang hanya menggunakan Bahasa Indonesia sebagai bahasa pengantara di sekolah, tidak seperti di Malaysia yang mempunyai Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang menggunakan Bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantara sehingga Bahasa Melayu diabaikan & hampir tidak digunakan langsung di sekolah-sekolah tersebut. Ini adalah punca utama kelemahan penguasaan Bahasa Melayu di kalangan masyarakat Cina di Malaysia. Tidak seperti di Malaysia, masyarakat Cina di Indonesia amat fasih berbahasa Indonesia sehingga sesama mereka sendiri pun mereka bertutur dalam Bahasa Indonesia. Kagum benar aku melihatnya.

Setibanya kami bertiga di kedai Aria Jeans itu, Syahir & Shafiq terus memilih jenis kain yang mereka ingini & kemudiannya saiz seluar mereka diukur. Aku tidak berhajat untuk menempah jeans kerana tidak mempunyai wang yang cukup. Lagipun, aku tidak berminat untuk memakai jeans. Jeans-jeans yang mereka berdua tempah di kedai tersebut akan dihantar ke hotel penginapan kami keesokan harinya apabila sudah siap. Itulah keistimewaan kedai Aria Jeans ini. Seluar yang ditempah cepat siap & boleh dihantar ke rumah-rumah atau hotel-hotel.


Kedai Aria Jeans, Bandung, Indonesia

Selepas selesai sahaja urusan menempah seluar jeans, kami bertiga meneruskan perjalanan kami ke Masjid Raya Bandung atau nama lamanya Masjid Agung Bandung untuk menunaikan solat. Kami berjalan kaki berpandukan peta Bandung yang dibawa oleh Shafiq. Dalam perjalanan ke masjid tersebut, kami melalui Jalan Braga, antara jalan lama yang bersejarah di kota Bandung. Sewaktu era 1920-an ketika Indonesia di bawah jajahan Belanda, jalan ini merupakan jalan yang menjadi tumpuan utama orang tempatan & juga pelancong-pelancong Eropah kerana terdapat banyak kafe, restoran & butik pakaian di sepanjang jalan ini pada waktu itu. Jalan inilah yang bertanggungjawab menaikkan nama Bandung sehingga kota ini mendapat jolokan ‘Parijs van Java’. Pada masa kini, suasana di Jalan Braga ini sama sahaja seperti jalan-jalan lain di kota ini. Tiada lagi yang istimewa, cuma bangunan-bangunan lama masih lagi terpelihara.


Jalan Braga di tahun 1920-an, Bandung, Indonesia


Jalan Braga pada masa kini, Bandung, Indonesia

Di penghujung Jalan Braga yang bertemu dengan Jalan Asia-Afrika, terdapat sebuah bangunan bersejarah yang bernama Gedung Merdeka. Bangunan tersebut dibina pada tahun 1895 oleh orang-orang Belanda, berfungsi sebagai rumah kelab untuk para hartawan Belanda. Di bangunan inilah kemudiannya berlakunya perjumpaan penting antara pemimpin-pemimpin negara-negara Asia & Afrika yang baru mendapat kemerdekaan daripada kuasa-kuasa penjajah Eropah, Amerika Syarikat & Soviet Union. Perjumpaan yang berlangsung pada bulan April 1955 itu dinamakan Konferens Asia-Afrika. Konferens tersebut dikendalikan oleh Indonesia, Myanmar, Pakistan, Sri Lanka & India & melibatkan hampir 30 buah negara Asia & Afrika. Tujuan konferens ini diadakan adalah untuk mempromosikan kerjasama ekonomi & kebudayaan antara negara-negara terlibat & menyatakan bangkangan terhadap penjajahan yang dilakukan oleh negara-negara Eropah, Amerika Syarikat & Soviet Union. Pada masa kini bangunan Gedung Merdeka ini dijadikan muzium yang mempamerkan kisah di sebalik Konferens Asia-Afrika tersebut. Ia dinamakan Muzium Konperensi Asia-Afrika


Jalan Asia-Afrika, Bandung, Indonesia


Sebuah bangunan tinggalan Belanda di Jalan Asia-Afrika, Bandung, Indonesia


Muzium Konperensi Asia-Afrika, Bandung, Indonesia


Bersama Shafiq di Muzium Konperensi Asia-Afrika, Bandung, Indonesia

Selepas bergambar di hadapan muzium tersebut, kami meneruskan perjalanan ke Masjid Raya Bandung. Lokasinya sudah tidak jauh dari muzium tadi. Kedua-dua menara masjid tersebut yang sangat indah senibinanya sudah kelihatan. Selepas melintas jalanraya dengan menggunakan jejantas, kami pun tiba di perkarangan masjid itu. Kami lantas terus mengambil wuduk & menunaikan solat jamak qasar Asar & Zohor. Selesai sahaja solat, kami keluar untuk bergambar dengan masjid tersebut. Ia siap dibina sekitar tahun 2003. Masih baru lagi usianya.


Masjid Raya Bandung, Bandung, Indonesia


Masjid Raya Bandung di Jalan Asia-Afrika, Bandung, Indonesia


Masjid Raya Bandung, Bandung, Indonesia


Bersama Shafiq di Masjid Raya Bandung, Bandung, Indonesia


Masjid Raya Bandung, Bandung, Indonesia


Masjid Raya Bandung, Bandung, Indonesia

Selepas puas bergambar, kami meneruskan perjalanan kami ke stesen keretapi Bandung untuk membeli tiket keretapi untuk ke Yogyakarta pada lusa hari. Agak jauh juga kami perlu berjalan. Hampir 30 minit lamanya. Setelah penat berjalan, kami akhirnya tiba juga di stesen keretapi tersebut. Kami lalu membeli tiket & kemudiannya, kami singgah di sebuah kafe yang terdapat di dalam stesen itu untuk menghilangkan dahaga. Setelah itu, kami meneruskan pula perjalanan kami ke destinasi yang seterusnya, iaitu Jalan Cihampelas, sebuah lagi jalan membeli-belah yang utama di kota Bandung. Kaki kami sebenarnya sudah penat untuk berjalan. Namun, kami tetap gagahi juga.


Bersama Syahir di Stesen Keretapi Bandung, Bandung, Indonesia

Selepas hampir 45 minit lamanya kami berjalan dari stesen keretapi tadi, barulah kami tiba di kawasan membeli-belah di Jalan Cihampelas. Pada waktu itu, hari sudah pun hampir senja. Kami bertiga teruskan jua semangat untuk membeli-belah di situ. Di Jalan Cihampelas ini terdapat banyak juga kedai-kedai pakaian. Syahir membeli beberapa helai baju. Aku juga turut membeli sehelai baju Bandung & sehelai baju batik untuk ayah aku. Jurujual di kedai tersebut cuba untuk meminta ‘cenderahati’ atau upah daripada aku kerana telah membantu aku memilih baju batik. Namun, satu sen pun aku tidak beri kepadanya. Hehe. Aku sendiri tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja, takkanlah aku hendak bazirkan wang aku dengan memberi upah sana sini. Di Indonesia, perkara tersebut sememangnya tersangat biasa. Di mana-mana sahaja orang akan meminta upah atas perkara-perkara kecil yang mereka lakukan. Ini berlaku kerana desakan hidup rakyat di negara ini. Isu ini nampak sahaja kecil. Akan tetapi, isu sebeginilah yang seterusnya akan menyumbang kepada gejala rasuah. Gejala rasuah di Indonesia pada masa kini boleh dikatakan agak kronik. Di mana-mana sahaja berlaku rasuah. Inilah penyebab utama kemunduran ekonomi negara tersebut.


Jalan Cihampelas, Bandung, Indonesia

Kami bertiga kemudiannya singgah di restoran Kentucky Fried Chicken untuk makan malam. Lapar benar kami kerana kami tidak makan tengah hari siang tadi. Shafiq dengan baik hatinya membelanja kami makan pada malam ini kerana antara kami bertiga, dia seorang sahaja yang sudah bekerja. Hahaha. Menu Kentucky Fried Chicken di Indonesia agak berlainan daripada di Malaysia. Di sini, ayam dihidangkan bersama dengan nasi & bukannya kentang. Agak pelik juga. Namun, disebabkan rasa lapar yang teramat sangat, kami telan sahaja. Agak lama juga kami menghabiskan masa di dalam restoran tersebut.

Apabila sudah kenyang, kami bersiar-siar pula di dalam pusat membeli-belah Cihampelas Walk. Tiada apa-apa yang menarik di sini. Sekadar sebuah pusat membeli-belah yang moden. Setelah itu, kami kembali melihat kedai-kedai untuk ber’window shopping’. Kami sudah tiada nafsu untuk membeli apa-apa kerana masing-masing berasa mengantuk selepas makan di restoran KFC tadi. Kami kemudiannya menahan Angkut yang lalu di tepi jalan untuk menuju ke jalan besar. Jalan Cihampelas pada waktu itu terlalu sibuk dengan kenderaan lalu-lalang. Menaiki teksi bukanlah satu pilihan yang bijak kerana tambangnya sudah pasti akan mahal. Angkut adalah pengangkutan awam yang jauh lebih murah daripada teksi. Namun, ia mempunyai laluannya sendiri, tidak seperti teksi.


Kompleks Cihampelas Walk, Bandung, Indonesia


Di dalam kompleks Cihampelas Walk, Bandung, Indonesia


Angkut di Bandung, Indonesia

Apabila sudah tiba di pangkal Jalan Cihampelas, kami pun turun dari Angkut tadi. Seterusnya, kami menahan teksi pula untuk kembali ke hotel. Teksi yang kami naiki bukanlah teksi ‘Blue Bird’. Pemandu itu pada mulanya enggan menggunakan meter atau ‘argo’. Akan tetapi, atas desakan kami, akhirnya pemandu itu bersetuju juga untuk menggunakan meter. Setibanya kami di hotel, kami terus masuk ke dalam bilik. Selepas mandi, kami menunaikan solat. Selepas itu, aku berehat-rehat sambil menonton televisyen. Syahir & Shafiq bermain internet menggunakan telefon bimbit Syahir. Hotel yang kami tumpangi mempunyai kemudahan WiFi percuma. Aku kemudiannya tertidur kepenatan.

Hari 4: 24 JUN 2010

Hari ini adalah hari kedua aku, Syahir & Shafiq di kota Bandung. Selepas selesai mandi & bersarapan, kami turun ke kaunter pendaftaran. Pada hari ini, kami bertiga akan mengikut tour ke Gunung Tangkuban Perahu, gunung berapi yang amat popular di Bandung. Tour tersebut disediakan oleh pihak hostel. Hanya kami bertiga sahaja yang akan mengikut tour itu. Harganya agak mahal. Namun, kami yakin ianya pasti berbaloi. Kami akan menaiki sebuah minivan yang dibawa oleh salah seorang pekerja di situ.

Sementara menunggu pemandu bersiap-siap, kami berbual-bual dengan pengurus hotel itu. Banyak juga perkara yang kami bualkan. Antaranya adalah isu Ariel Peterpan yang telah ditangkap selepas berlakunya penyebaran video lucahnya bersama Luna Maya, Cut Tari & ramai lagi artis wanita Indonesia. Hahaha. Hangat benar isu tersebut di Indonesia pada waktu itu. Selain itu, pengurus hotel itu juga turut menyatakan yang rancangan kartun Upin & Ipin amat popular di Indonesia. Hahaha. Terkejut pula kami. Kami sendiri tak pernah berminat untuk menonton rancangan kartun tersebut. Seketika kemudian, datang pula pemilik hotel itu yang berbangsa Cina. Kami turut berbual-bual dengannya. Mereka berdua amat peramah sekali.

Setelah beberapa minit menunggu & berbual-bual dengan pengurus & pemilik hotel itu, akhirnya pemandu yang dinantikan pun turun. Kami bertiga lantas mengikut pemandu itu ke minivan yang akan dibawanya. Kami berempat kemudian berkenalan. Nama pemandu tersebut ialah Teshnor. Kami bertiga memanggilnya Pak Teshnor. Usianya adalah lebih kurang awal 30-an. Sudah agak lama dia bekerja sebagai pemandu pelancong pelanggan-pelanggan hotel tersebut. Pak Teshnor sangat ramah orangnya. Ada sahaja perkara yang hendak dicakapkannya. Hahaha.

Gunung Tangkuban Perahu adalah sebuah gunung berapi aktif setinggi 2,084 meter yang terletak lebih kurang 30 kilometer ke utara kota Bandung. Kali terakhir gunung berapi ini meletup adalah pada tahun 1983. Nama ‘Tangkuban Perahu’ adalah di dalam Bahasa Sunda yang membawa maksud ‘Perahu Terbalik’. Terdapat kisah lagenda penduduk tempatan di sebalik bentuk gunung berapi itu yang kelihatan seakan-akan seperti sebuah perahu terbalik. Aku sendiri kurang pasti mengenai kisah tersebut.


Kota Bandung berlatar belakangkan Gunung Berapi Tangkuban Perahu, Indonesia

Perjalanan dari kota Bandung ke Gunung Tangkuban Perahu itu memakan masa lebih daripada sejam. Apabila sudah tiba di kaki gunung tersebut, kami dikenakan untuk membeli tiket masuk. Harga tiket tidaklah begitu mahal. Kemudian, kami tiba di suatu kawasan di mana terdapatnya kolam-kolam air panas yang dinamakan Kawah Domas. Kolam-kolam tersebut terletak jauh di dalam hutan. Untuk ke sana, para pengunjung diwajibkan mengikut pemandu-pemandu pelancong yang sudah disediakan di sebuah pondok berhampiran. Harga yang dikenakan sangat mahal & pada kami ianya tidak berpatutan. Cekik darah. Namun, kami tiada pilihan lain. Kami terpaksa mengikut salah seorang daripada pemandu-pemandu pelancong yang ada di situ.

Kami sebenarnya tidak berjalan bersama dengan pemandu pelancong itu seorang sahaja. Malah, perjalanan kami ke Kawah Domas itu turut diiringi oleh 4 orang lagi penduduk tempatan. Menurut kata pemandu pelancong kami, mereka berempat mencuba-cuba nasib untuk berniaga. Aku sebenarnya tidak begitu selesa dengan mereka berempat. Pak Teshnor sudah berpesan kepada kami jangan membeli apa-apa daripada sesiapa pun sewaktu mengikut tour ke Kawah Domas. Pada firasat aku, mereka berempatlah orang-orang yang dimaksudkannya. Walau bagaimanapun, aku melayan sahaja perbualan bersama-sama dengan mereka seolah-olah tiada rasa paranoia di dalam diri aku. Pemandu pelancong yang membawa kami juga adalah seorang yang peramah. Tak henti-henti bercakap.


Bersama pemandu pelancong ke Kawah Domas di Gunung Berapi Tangkuban Perahu, Indonesia


Bersama pemandu pelancong ke Kawah Domas di Gunung Berapi Tangkuban Perahu, Indonesia


Bersama pemandu pelancong & 3 orang penduduk tempatan ke Kawah Domas di Gunung Berapi Tangkuban Perahu, Indonesia

Setibanya kami semua di Kawah Domas yang dimaksudkan, kami mengucapkan Subhanallah. Begitu indah panorama di sekelilingnya. Kolam-kolam air panas semulajadi yang terdapat di situ mengeluarkan wap-wap panas, menyebabkan kawasan di sekeliling sedikit berkabus. Bau sulfur yang keluar dari kolam-kolam tersebut agak menusuk hidung aku, menyebabkan aku berasa sedikit pening. Kami bergambar sakan di kawasan itu. Keempat-empat penduduk tempatan yang mengekori kami tadi tak berhenti-henti menawarkan diri masing-masing untuk mengambil gambar kami dengan menggunakan kamera-kamera kami. Kami membiarkan sahaja.


Bersama Shafiq & Syahir di Kolam Domas di Gunung Berapi Tangkuban Perahu, Indonesia


Kolam Domas di Gunung Berapi Tangkuban Perahu, Indonesia


Kolam Domas di Gunung Berapi Tangkuban Perahu, Indonesia


Kolam Domas di Gunung Berapi Tangkuban Perahu, Indonesia


Kolam Domas di Gunung Berapi Tangkuban Perahu, Indonesia


Bersama Shafiq & Syahir di Kolam Domas di Gunung Berapi Tangkuban Perahu, Indonesia

Selepas puas bergambar di situ, seperti yang telah dijangkakan, keempat-empat mereka itu cuba memujuk kami membeli barang-barang yang mereka bawa bersama mereka. Antaranya ialah biji-biji tasbih, ‘keychain’, ‘fridge magnet’ & macam-macam lagi. Harga-harga yang mereka letakkan tersangatlah mahal. Di luar akal fikiran waras mahalnya. Hanya orang-orang bodoh sahaja yang akan terpedaya dengan mereka. Mereka berempat tak henti-henti memujuk kami untuk membeli barang-barang yang mereka jual itu. Namun, aku, Syahir & Shafiq sedaya-upaya menolak pujukan mereka. Kami tidak sebodoh yang mereka sangkakan.

Kami bertiga seterusnya meminta pemandu pelancong itu membawa kami pulang semula ke tempat meletak kenderaan tadi. Dari kawasan kolam-kolam air panas itu sampailah ke tempat meletak kenderaan, keempat-empat manusia tadi tak putus-putus memujuk kami supaya membeli barang-barang yang mereka bawa sehingga mereka akhirnya meletakkan harga yang paling rendah yang mungkin agak berpatutan dengan nilai sebenar barang-barang tersebut. Namun, disebabkan rasa sakit hati, kami tetap tidak mahu membeli barang-barang mereka itu. Biarlah mereka hendak berkata apa pun.

Kami kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada pemandu pelancong tadi. Kami bertiga berasa sedikit sakit hati. Sakit hati kerana perjalanan ke kolam air panas tadi sepatutnya tidak memerlukan pemandu pelancong pun sebenarnya. Perjalanan ke sana tidaklah sesusah mana. Kami benar-benar telah membazirkan wang yang agak banyak. Sakit hati kami ditambah lagi dengan perangai empat orang penjual tadi yang mati-mati cuba menipu kami dengan menjual barang-barang mereka dengan harga yang teramat mahal, sedangkan kesemua barang itu nilainya tidaklah setinggi mana. Penipu-penipu durjana. Kami menceritakan kepada Pak Teshnor tentang apa yang telah berlaku. Pak Teshnor hanya ketawa sahaja. Kami mengucapkan terima kasih kepadanya kerana awal-awal lagi dia sudah mengingatkan kepada kami tentang peniaga-peniaga penipu di situ.

Destinasi kami yang seterusnya ialah puncak Gunung Tangkuban Perahu di mana kami boleh melihat sendiri kawah gunung berapi tersebut. Kami berasa sedikit teruja kerana ini adalah pengalaman pertama kami melihat sendiri mulut kawah sebuah gunung berapi yang masih aktif. Dalam hati kami berdoa agar tiada apa-apa kejadian buruk bakal berlaku. Kami akhirnya tiba di puncak gunung berapi tersebut. Kami berasa kagum melihat kawah gunung berapi itu yang sememangnya membuktikan kekuasaan Allah yang Maha Esa. Subhanalah. Di dasar kawah itu terdapat cecair beracun sianida. Oleh itu, para pelancong hanya dibenarkan berdiri di tebing kawah itu sahaja. Kami bertiga bergambar sakan di situ. Pak Teshnor turut menawarkan diri untuk mengambil gambar-gambar kami bertiga bersama. Suhu di sekitar kawasan tersebut agak sejuk kerana ketinggiannya tempatnya.


Bersama Shafiq & Syahir di kawah Gunung Berapi Tangkuban Perahu, Indonesia


Bersama Shafiq & Syahir di kawah Gunung Berapi Tangkuban Perahu, Indonesia


Bersama Shafiq & Syahir di kawah Gunung Berapi Tangkuban Perahu, Indonesia


Kedai-kedai di sekitar kawah Gunung Berapi Tangkuban Perahu, Indonesia


Kedai-kedai di sekitar kawah Gunung Berapi Tangkuban Perahu, Indonesia

Setelah puas bergambar, kami mula bergerak untuk ke tempat yang seterusnya, iaitu ladang teh. Ladang teh tersebut terletak tidak jauh dari sebuah pekan kecil berhampiran dengan Gunung Tangkuban Perahu. Nama pekan kecil itu ialah Lembang. Tanaman pokok teh sememangnya hidup subur di sini kerana suhunya yang sejuk, ditambah lagi dengan kesuburan tanah gunung berapi yang sememangnya sangat subur & membolehkan tumbuhan apa sahaja hidup & membesar dengan baik. Selepas bergambar di ladang teh, kami meneruskan perjalanan kami ke sebuah kebun strawberi. Perjalanan ke sana memakan masa yang agak lama, iaitu lebih kurang 30 minit.


Ladang teh di Lembang, Indonesia


Bersama Shafiq di ladang teh di Lembang, Indonesia

Di kebun strawberi tersebut, para pengunjung dikenakan bayaran untuk memetik sendiri buah-buah strawberi yang ada & buah-buah itu kemudiannya akan dijadikan jus untuk diminum. Nasib kami sedikit malang kerana sewaktu kami di situ, buah-buah strawberi sudah hampir kesemuanya telah dipetik. Walau bagaimanapun, kami masih lagi dapat merasa jus strawberi di situ. Harganya agak murah. Kami turut membeli dodol strawberi yang dijual di situ. Belum pernah lagi aku menjumpai dodol berperisa strawberi sebelum ini.


Di kebun strawberi, Lembang, Indonesia


Di kebun strawberi, Lembang, Indonesia


Di kebun strawberi, Lembang, Indonesia


Di kebun strawberi, Lembang, Indonesia


Menikmati jus strawberi di kebun strawberi, Lembang, Indonesia


Pak Teshnor di kebun strawberi, Lembang, Indonesia

Setelah puas berada di kebun strawberi, kami dibawa oleh Pak Teshnor kembali ke kota Bandung. Setibanya kami di Bandung, kami dibawa oleh Pak Teshnor ke sebuah restoran untuk makan tengah hari. Lapar pula rasanya. Kami bertiga makan bersama. Kami tidak pasti ke mana menghilangnya Pak Teshnor. Mungkin dia makan di meja lain. Restoran itu agak luas kawasannya & kelihatan agak mewah. Namun, harga-harga makanan agak berpatutan.

Sewaktu makan, aku & Shafiq menasihati Syahir agak tidak terlalu ramah dengan orang-orang yang tidak dikenali. Sepanjang kami berada di Jakarta & Bandung, kami perhatikan Syahir begitu mudah mesra dengan orang-orang yang tidak begitu dikenali. Contohnya seperti empat orang peniaga penipu di Gunung Tangkuban Perahu tadi. Dia kelihatan begitu mudah berbual-bual mesra dengan mereka berempat sedangkan aku & Shafiq berasa kurang selesa dengan mereka kerana kami dapat merasakan niat buruk mereka. Aku & Shafiq sebenarnya sudah banyak mengembara ke negara-negara orang. Kami sudah banyak menimba pengalaman. Disebabkan itulah kami tidak mudah mempercayai orang-orang yang tidak dikenali kerana kami tidak dapat mengagak niat sebenar orang-orang tersebut. Bagi kami berdua, sifat paranoid perlu ada demi menjamin keselamatan diri. Syahir pula boleh dikatakan masih muda lagi dalam dunia pengembaraan kerana dia tidak begitu banyak mengembara sebelum ini. Diharapkan nasihat yang diberikan oleh aku & Shafiq kepadanya akan digunakannya sebaik mungkin. Tujuan kami menasihatinya hanyalah untuk kebaikannya.


Bersama Syahir & Shafiq di restoran utk makan tengah hari, Bandung, Indonesia

Selesai sahaja makan, kami menunaikan solat jamak qasar Zohor & Asar di surau yang terdapat di dalam restoran itu. Sesudah solat, barulah kami berjumpa semula dengan Pak Teshnor di minivan yang dibawanya. Pak Teshnor kemudiannya membawa kami membeli-belah. Hahaha. Kami belum puas lagi membeli-belah semalam. Kali ini, Pak Teshnor membawa kami ke sebuah factory outlet yang agak terkenal di kalangan orang-orang Malaysia di kota Bandung, iaitu Rumah Mode Factory Outlet. Di dalamya terdapat banyak pakaian-pakaian jenama terkenal yang dijual dengan harga yang amat murah. Rambang mata kami jadinya. Shafiq yang sudah bertahun-tahun tidak membeli-belah turut menjadi rambang mata. Hahah. Aku tidak membeli apa-apa di sini memandangkan aku sudah bertekad hanya akan membeli-belah pada esok hari sahaja. Cuma Shafiq & Syahir sahaja yang sakan membeli itu & ini. Sempat juga aku berbual-bual dengan satu pasangan orang Malaysia di dalam factory outlet itu yang bertanyakan tentang kadar pertukaran wang Ringgit kepada Rupiah.


Bersama Shafiq di hadapan Rumah Mode, Bandung, Indonesia

Selesai sahaja Shafiq & Syahir membeli-belah di Rumah Mode Factory Outlet, kami dibawa oleh Pak Teshnor ke destinasi seterusnya, iaitu Gedung Sate, bangunan yang menjadi mercu tanda utama kota Bandung. Bangunan unik yang bercirikan senibina Indonesia bercampur Belanda ini direka oleh arkitek Belanda yang bernama J. Gerber. Bangunan ini digelar ‘Gedung Sate’ kerana bentuk menaranya yang rupanya seakan-akan ornamen cucuk sate. Ia adalah antara senibina tinggalan Belanda yang tercantik di Indonesia. Ianya mula dibina pada tahun 1920, sewaktu pemerintahan Belanda di Indonesia & siap sepenuhnya pada tahun 1924. Sebelum kemerdekaan Indonesia, Gedung Sate berfungsi sebagai pusat pemerintahan Belanda di kota Bandung. Ia kemudiannya mula dijadikan pejabat Gabenor Propinsi Jawa Barat pada tahun 1980 selepas pejabatnya dipindahkan dari Gedung Kerta Mukti di Jalan Braga. Sehingga ke hari ini, ia masih lagi mengekalkan fungsinya.


Bersama Shafiq & Syahir di Gedung Sate, Bandung, Indonesia


Gedung Sate, Bandung, Indonesia


Gedung Sate, Bandung, Indonesia


Gedung Sate, Bandung, Indonesia

Selepas puas bergambar di hadapan Gedung Sate, kami meneruskan perjalanan ke Jalan Riau, sebuah lagi jalan membeli-belah yang terkenal di kota Bandung. Pada waktu itu, hari sudah pun beransur malam. Aku & Shafiq sudah tidak larat untuk membeli-belah. Ditambah pula dengan perut kami yang sedang lapar untuk makan malam. Tinggal Syahir sahaja yang masih lagi bersemangat. Oleh itu, kami tinggalkan Syahir berseorangan di dalam kedai & kami berdua ke sebuah restoran berdekatan untuk makan. Selesai sahaja makan, Syahir pun tiba di restoran tersebut. Dia tidak makan kononnya masih kenyang. Kami kemudiannya meminta Pak Teshnor membawa kami pulang ke hotel memandangkan kami sudah pun penat. Lagipun, tempoh tour tersebut akan habis lebih kurang pukul 8.00 malam nanti.

Setibanya kami di hostel, kami mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Pak Teshnor kerana membawa kami ke Gunung Berapi Tangkuban Perahu, Lembang & jalan-jalan di sekitar kota Bandung. Kami lalu terus berjalan kembali ke bilik kami. Sesudah mandi & solat, aku berehat-rehat di dalam bilik. Syahir pula pergi menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia di pejabat hotel bersama-sama pekerja-pekerja hotel. Aku tidak menonton sama kerana terlalu penat. Aku cuma turun ke bawah untuk menggunakan internet buat beberapa minit untuk meng’update’ Facebook.

Sedang aku menggunakan internet, Shafiq datang kepada aku untuk berkatakan sesuatu. Dia berkata yang dia hendak ke kedai Aria Jeans semula esok untuk menempah sehelai seluar untuk adiknya pula atas permintaan ibunya. Menurutnya, seluar itu boleh disiapkan pada hari esok juga, sebelum pukul 4.00 petang. Dia sudah pun memberitahu Syahir akan hal itu & menurutnya Syahir hanya menurut kata aku. Jika aku bersetuju, dia pun bersetuju. Aku sebenarnya agak berat hati untuk bersetuju dengan kehendaknya itu kerana aku takut untuk mengambil risiko. Ini kerana kami bertiga akan ke Yogyakarta petang esok. Keretapi kami ke sana dijadualkan bertolak pada pukul 5.00 petang. Aku bimbang sekiranya seluar yang hendak ditempahnya esok itu tidak dapat disiapkan sebelum puku 4.00 petang. Sudah tentu ia akan membawa masalah kepada kami.

Shafiq walau bagaimanapun tetap yakin yang seluar itu dapat disiapkan sebelum pukul 4.00 petang. Aku tidak tergamak untuk menghalangnya. Aku hanya boleh memberi syarat kepadanya. Syaratnya ialah kami akan sama-sama akan ke kedai Aria Jeans itu seawal pukul 10.00 pagi esok, iaitu waktu kedai itu mula dibuka. Kami akan bertanya kepada pemilik kedai sama ada seluar yang hendak ditempah boleh disiapkan sebelum pukul 4.00 petang. Sekiranya tidak dapat disiapkan pada waktu itu, Shafiq perlu membatalkan hasratnya. Itu sahaja yang mampu aku lakukan sebagai ketua ekspedisi untuk berlaku adil. Selepas selesai menggunakan internet, aku kembali ke bilik untuk melelapkan mata.

Hari 5: 25 JUN 2010

Hari ini adalah hari ketiga & terakhir aku, Syahir & Shafiq di kota Bandung. Selepas mendaftar keluar, kami meletakkan beg-beg kami di dalam bilik penyimpanan beg yang disediakan. Seterusnya, kami meminta jasa baik pekerja hotel untuk menempah teksi buat kami. Beberapa minit selepas menunggu, teksi yang ditempah pun tiba & kami lantas masuk ke dalamnya. Kami meminta pemandu teksi itu membawa kami bertiga ke kedai Aria Jeans yang terletak di penghujung Jalan Merdeka. Pemandu itu kurang pasti akan lokasi kedai tersebut. Namun, kami menyatakan kepadanya yang kami sendiri akan tunjukkan lokasi kedai itu.

Tidak berapa lama kemudian, kami pun tiba di kedai Aria Jeans itu. Shafiq lantas bertanya kepada pemilik kedai itu sama ada mereka boleh menyiapkan seluar yang hendak ditempahnya sebelum pukul 4.00 petang. Shafiq agak bernasib baik kerana pemilik itu berkata boleh. Malah, ianya akan disiapkan seawall pukul 3.30 petang. Lega rasanya. Selepas menempah seluar itu, kami bertiga berjalan kaki menuju ke Jalan H. Juanda di kawasan Dago untuk membeli-belah buat kali terakhir sebelum meninggalkan Bandung pada waktu petang nanti. Pada hari ini barulah aku membeli-belah dengan sakannya. Beratus ribu rupiah telah aku habiskan dengan membeli beberapa helai baju & tali leher. Aku sendiri berasa terkejut dengan diri aku yang begitu sakan membeli itu & ini tanpa berfikir panjang. Disebabkan itulah, aku seboleh-bolehnya cuba mengelak daripada membeli-belah kerana apabila aku sudah mula membeli, aku akan menjadi gila & susah hendak berhenti. Hahaha.

Selesai sahaja menghabiskan masa berjam-jam membeli-belah di beberapa buah factory outlet yang terdapat di Dago, aku, Syahir & Shafiq berjalan ke sebuah pusat membeli-belah di situ untuk menunaikan solat jamak Zohor & Asar. Selesai sahaja solat, aku & Syahir menahan teksi untuk kembali ke hotel untuk mengambil beg-beg kami untuk dibawa terus ke stesen keretapi. Sementara itu, Shafiq pula berjalan kaki kembali ke kedai Aria Jeans itu untuk mengambil seluar yang telah ditempahnya. Begnya akan kami bawa sekali ke stesen keretapi nanti.

Setibanya aku & Syahir di hotel, kami pun mengambil semula beg kami dari tempat penyimpanan beg. Kami kemudian meminta pengurus hotel itu yang kebetulan bertugas pada hari itu untuk menempah teksi buat kami untuk ke stesen keretapi. Sementara menunggu ketibaan teksi itu, kami berdua berbual-bual dengan pengurus hotel itu. Kebetulan, Pak Teshnor pun ada bersama. Rancak kami berbual. Sejam kemudian, teksi yang ditempah pun tiba. Agak lama juga kami menunggu. Menurut kata pemandu teksi itu, dia tiba lewat kerana kesesakan lalu lintas. Selepas meletakkan beg-beg kami termasuk beg Shafiq ke dalam boot teksi itu, kami bersalaman & mengucapkan selamat tinggal kepada pengurus hotel itu & Pak Teshnor. Kemudian, pemandu teksi itu pun membawa kami menuju ke stesen keretapi.

Mujurlah perjalanan ke stesen keretapi tidak terhalang oleh kesesakan lalu lintas. Kami tiba di stesen tersebut lebih kurang pukul 4.00 petang. Pada waktu itu, Shafiq sudah pun tiba di situ. Menurutnya, lokasi stesen keretapi tidak jauh dari kedai Aria Jeans. Cuma 10 minit sahaja berjalan kaki. Kami bertiga seterusnya terus berjalan ke platform 1 untuk menaiki keretapi ke Yogyakarta. Kami pada mulanya agak keliru kerana tidak tercatat apa-apa pada keretapi yang ada di platform 1 itu. Namun, selepas bertanyakan kepada seorang peniaga yang sedang menjual di platform tersebut, rupa-rupanya keretapi yang sedang berada di platform itu sememangnya keretapi untuk ke Yogyakarta. Walau bagaimapun, destinasi terakhirnya ialah Surabaya. Oleh itu, kami perlu berjaga-jaga agak tidak terlepas ke Surabaya. Heheh.

Selepas mengucapkan terima kasih kepada pemuda tersebut, kami pun menaiki keretapi itu & mencari tempat duduk kami. Kami terpaksa menempah tempat duduk di kelas Bisnes yang hanya berkipas di syiling kerana tempat duduk kelas Eksekutif sudah kehabisan sewaktu aku membeli tiket 2 hari lalu. Walaupun panas & tidak selesa, kami terpaksa bertahan untuk lebih kurang 8 jam. Keretapi itu mula bertolak pada pukul 5.00 petang & tiba di Yogyakarta pada puku 1.10 pagi.

Kami sempat menikmati panorama di luar sewaktu keretapi itu bergerak. Panorama yang kami saksikan teramatlah mengasyikkan dengan sawah bendang yang terbentang luas. Pulau Jawa yang mempunyai jumlah penduduk seramai 130 juta orang ini sememangnya amat padat dengan penduduk. Boleh dikatakan tidak ada satu kawasan pun yang tidak dihuni dengan manusia. MasyaAllah. Terdapat juga rumah-rumah yang terletak amat rapat dengan landasan keretapi. Dengan tiadanya pagar, ia sudah tentunya amat merbahaya kepada kanak-kanak yang bermain-main di tepi landasan.


Peta perjalanan dari Bandung ke Yogyakarta


Perjalanan keretapi dari Bandung ke Yogyakarta


Pemandangan sawah bendang sewaktu dalam perjalanan keretapi dari Bandung ke Yogyakarta

Beberapa jam sebelum tiba di Yogyakarta, tempat duduk di koc yang kami duduki semuanya telah dipenuhi. Terdapat juga penumpang-penumpang yang hanya membayar tiket tanpa untuk berdiri, tanpa tempat duduk. Oleh itu, ada antara mereka yang terpaksa membentang kertas surat khabar di atas lantai & duduk di situ. Semakin lama, semakin ramai yang berbuat demikian, membuatkan lorong di tengah-tengah koc itu agak susah untuk dilalui oleh orang yang sedang lalu-lalang.

Hari 6: 26 JUN 2010

Lebih kurang pukul 1.10 pagi, kami pun tiba di stesen keretapi Yogyakarta. Setibanya di situ, kami bertiga dikerumuni oleh pemandu-pemandu teksi yang ingin mempelawa kami menaiki teksi masing-masing. Kami menolak kesemua pelawaan kerana hotel yang kami tempah terletak agak dekat dengan stesen keretapi itu. Walau bagaimanapun, apabila kami sudah berada di luar stesen, kami menjadi keliru akan lokasi hotel yang kami cari. Kami terpaksa bertanyakan kepada beberapa orang yang sedang duduk-duduk di sebuah gerai makan di luar stesen itu akan lokasi jalan hotel tersebut. Tunjuk arah yang mereka berikan agak mengelirukan. Dalam pada masa yang sama, terdapat seorang pemandu beca yang ingin mempelawa kami menaiki becanya. Harga yang ditawarkan agak mahal. Kami terus tolak & bertekad untuk berjalan sahaja.

Usaha untuk mencari hotel itu agak berliku-liku kerana lokasinya yang agak tersembunyi. Selepas hampir sejam lamanya kami mencari & hampir 5-6 orang kami bertanya, barulah kami akhirnya menjumpai hotel tersebut. Alhamdulillah. Selepas mendaftar masuk, kami pun terus mandi & menunaikan solat. Setelah itu, kami masing-masing melelapkan mata kepenatan.

Lebih kurang pukul 8.00 pagi, kami pun bangun untuk mandi & bersarapan pagi. Sarapan pagi disediakan percuma oleh pihak hotel. Selepas sarapan pagi, pekerja hotel itu membawa kami bertiga ke sebuah kedai agensi pelancongan. Kami dibawa ke situ kerana malam tadi kami telah menyatakan hasrat kami untuk ke Candi Borobudur & Candi Prambanan, dua candi yang harus dikunjungi oleh mana-mana pelancong yang datang bertandang ke Yogyakarta. Harga pakej tour peribadi yang ditawarkan oleh syarikat itu agak berpatutan. Kami lantas terus membayar deposit. Tidak berapa lama kemudian, pemandu minivan yang akan membawa kami ke kedua-dua candi itu pun tiba & dia membawa kami masuk ke dalam minivan syarikat itu. Kemudian, kami pun mula bertolak. Kami lalu berkenalan dengan pemandu kami. Namanya ialah Pak Indro. Umurnya ialah 30 tahun, 2 tahun lebih tua daripada aku & Shafiq. Dia sudah berkahwin & mempunyai seorang anak lelaki. Menurutnya, anak lelakinya itu amat gemar menonton rancangan kartun Upin & Ipin. Hahaha. Ternyata rancangan kartun Malaysia itu amat terkenal di Indonesia.

Sebelum bertolak ke Candi Borobudur, kami meminta Pak Indro membawa kami ke stesen keretapi terlebih dahulu untuk membeli tiket keretapi ke Surabaya pada hari esok. Di stesen keretapi, orang yang membeli tiket terlalu ramai. Nombor giliran kami jauh terkebelakang. Mungkin terpaksa tunggu sejam atau dua jam. Oleh itu, kami terpaksa membatalkan niat kami untuk membeli tiket keretapi pada waktu itu. Kami seterusnya memberitahu hal itu kepada Pak Indro & meminta nasihatnya & bertanya sama ada terdapat perkhidmatan bas dari Yogyakarta ke Surabaya. Menurutnya, syarikat tour yang kami naiki ini turut menyediakan perkhidmatan penempahan bas. Dia lalu memberi nombor telefon syarikat itu kepada kami.

Sewaktu dalam perjalanan ke Candi Borobudur, Shafiq menelefon pekerja yang bertugas di pejabat syarikat tersebut. Wanita yang sedang bertugas itu memberi pilihan sama ada untuk menaiki bas biasa atau bas mini. Harga tambang kedua-duanya sama. Cuma bas biasa akan berhenti di stesen bas Surabaya, sementara bas mini pula akan berhenti terus ke destinasi pilihan termasuk hotel-hotel. Kami memilih bas mini kerana bimbangkan keselamatan beg-beg kami sekiranya kami menaiki bas biasa. Lagipun, bas mini akan terus ke hotel. Maka kami tidak perlu menaiki teksi dari stesen bas ke hotel. Ini lebih jimat. Bas mini tersebut dijadualkan bertolak dari hadapan hotel kami di Yogyakarta lebih kurang pukul 7.30 malam esok. Setelah selesai urusan menempah bas mini ke Surabaya, barulah kami berasa lega & dapat menumpukan perhatian kepada trip kami ke Candi Borobudur. Kami bertiga rancak berbual dengan Pak Indro. Dia ternyata seorang yang amat peramah.

Lebih kurang sejam kemudian, kami pun tiba di kawasan Candi Borobudur. Tiketnya sudah pun kami dapatkan sewaktu di pejabat syarikat tour tadi. Harganya lebih rendah berbanding harga tiket yang dijual di kawasan candi itu. Terdapat 2 jenis tiket yang dijual, iaitu tiket untuk penduduk tempatan & tiket untuk warganegara asing. Harga kedua-dua jenis tiket itu agak jauh berbeza. Penduduk tempatan dapat membeli tiket dengan harga yang jauh lebih murah. Selepas melalui pondok pemeriksaan tiket, aku, Shafiq & Syahir terus berjalan menuju ke lokasi di mana terletaknya candi yang paling terkenal di seluruh Indonesia itu. Pak Indro tidak masuk bersama. Dia hanya menunggu kami bertiga di dalam minivan.


Lokasi Borobudur di dalam peta Pulau Jawa

Candi Borobudur adalah monumen yang paling popular sekali di Indonesia & menerima jumlah pelancong yang paling ramai sekali di negara itu. Candi ini adalah sebuah candi kepunyaan penganut agama Buddha Mahayana yang terletak berdekatan dengan sebuah bandar kecil di dalam Propinsi Jawa Tengah yang bernama Magelang. Ia terletak agak hampir dengan Gunung Merapi, gunung berapi yang paling aktif sekali di seluruh Indonesia yang baru sahaja meletus pada akhir tahun lalu. Gunung berapi tersebut dapat dilihat dengan jelas dari candi itu.


Pemandangan Gunung Berapi Merapi dari Candi Borobudur, Indonesia

Monumen setinggi 9 platform atau tingkat ini mempunyai 6 platform berbentuk segiempat sama di bahagian bawah & 3 platform berbentuk bulatan di bahagian atas. Ia adalah monumen penganut Buddha yang terbesar sekali di dunia. Candi ini pada asalnya dipenuhi oleh 504 buah patung Buddha. Namun, pada masa kini 300 daripadanya mengalami kerosakan di mana kebanyakannya tidak mempunyai kepala. Dan 43 buah pula hilang akibat dicuri. Selain itu, terdapat juga 72 buah stupa yang di dalamnya terdapat patung-patung Buddha. Candi Borobudur telah dinobatkan sebagai salah satu daripada ‘UNESCO World Heritage Sites’ pada tahun 1982. Pada masa kini, candi ini masih lagi digunakan oleh penganut-penganut Buddha yang datang ke sini untuk mengerjakan ibadat mereka dengan bertawaf & bertapa. Hari yang paling sibuk di candi ini adalah Hari Wesak, hari perayaan utama penganut Buddha.


Candi Borobudur, Indonesia

Mengikut kajian sejarah, Candi Borobudur ini dibina sekitar kurun ke-9 sewaktu era kegemilangan kerajaan Sailendra di tengah Pulau Jawa. Pembinaannya dikatakan memakan masa selama 75 tahun. Walau bagaimanapun, candi ini mula ditinggalkan terbiar beberapa ratus tahun selepas pembinaannya. Ada yang mengatakan ia ditinggalkan kerana membawa nasib malang kepada penduduk tempatan. Walau bagaimanapun, penyebab yang lebih kukuh adalah kerana penduduk Pulau Jawa mula meninggalkan ajaran agama Buddha & Hindu yang dianuti oleh mereka selama beratus-ratus tahun lamanya & memeluk agama Islam pada sekitar kurun ke-15, sewaktu agama Islam dengan giatnya disebarkan ke seluruh kepulauan Melayu melalui kegiatan perdagangan. Candi yang terbiar ini akhirnya tertimbus oleh abu-abu gunung berapi & ditumbuhi oleh pokok-pokok & seterusnya menjadi kawasan hutan belantara.

Candi ini hanya dijumpai semula pada awal kurun ke-19 oleh pihak British. Pada waktu itu, iaitu ketika berlakunya peperangan antara British & Belanda merebut tanah jajahan di kepulauan Melayu, Pulau Jawa berada di bawah pemerintahan British dari tahun 1811 hingga 1816. Thomas Stamford Raffles yang kemudiannya bertanggungjawab membeli Singapura daripada kerajaan Johor dilantik sebagai gabenor British di Pulau Jawa pada waktu itu. Beliau amat berminat untuk mempelajari sejarah Pulau Jawa. Sewaktu berbual-bual dengan penduduk tempatan di Semarang, Jawa Tengah, beliau telah diberitahu akan kewujudan sebuah candi besar yang telah lenyap di tengah-tengah hutan akibat ditelan arus masa. Beliau lalu mengupah seorang arkitek Belanda bernama H.C Cornelius untuk pergi menyiasat.

Dalam masa 2 bulan, H.C Cornelius bersama-sama 200 orang pekerjanya menebang & membakar pokok-pokok & menggali tanah di kawasan yang dimaksudkan. Kerja-kerjanya kemudian disambung oleh pemerintah Belanda di Kedu yang bernama Hartmann & akhirnya seluruh kompleks Candi Borobudur itu berjaya didedahkan pada tahun 1835. Populariti candi ini kemudiannya semakin bertambah dari masa ke semasa. Walau bagaimanapun, pada tahun 1882, sewaktu Indonesia di bawah jajahan Belanda, terdapat rancangan untuk meruntuhkan candi ini kerana keadaannya yang sudah nazak & tidak stabil. Batu-batu runtuhannya pula kemudiannya dicadangkan untuk disimpan di dalam muzium. Namun, setelah kajian arkeologi dibuat, monumen itu sebenarnya masih lagi kukuh & ia tidak jadi untuk diruntuhkan. Ia kemudiannya melalui proses pembaikan selama bertahun-tahun sekitar tahun 1970-an & 1980-an sebelum ia akhirnya disenaraikan dalam ‘UNESCO World Heritage Sites’ pada tahun 1982.

Aku sebenarnya sudah lama menyimpan hajat untuk menjejakkan kaki di Candi Borobudur ini yang sememangnya mempunyai senibina yang amat mengagumkan, menggambarkan kepakaran masyarakat pada zaman dahulu dalam ilmu senibina. Tercapai juga hajat aku. Candi ini sedikit sebanyak memberi gambaran kehidupan penduduk di kepulauan Melayu sewaktu sebelum penerimaan Islam. Agama Buddha atau Hindu menjadi pegangan hidup. Sekiranya agama Islam tidak disebarkan di kepulauan Melayu sekitar kurun ke-15 dahulu melalui kegiatan perdagangan, kemungkinan besar kita orang-orang Melayu masih lagi akan datang ke Candi Borobudur ini untuk beribadat & bertawaf setiap kali tibanya Hari Wesak kerana ini adalah candi rumah ibadat Buddha yang terbesar sekali di Asia Tenggara. MasyaAllah. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana Islam akhirnya tiba di kepulauan Melayu walaupun agak sedikit lewat berbanding kawasan-kawasan lain di muka bumi ini. Dan pada masa kini, masyarakat kepulauan Melayu adalah komuniti Islam yang terbesar sekali di dunia. Allahu Akbar!


Bersama Pak Indro di Candi Borobudur, Indonesia


Berjalan kaki menuju ke lokasi Candi Borobudur, Indonesia


Candi Borobudur, Indonesia


Candi Borobudur, Indonesia


, Bersama Shafiq & Syahir di Candi Borobudur, Indonesia


Candi Borobudur, Indonesia


Bersama Shafiq di Candi Borobudur, Indonesia


Candi Borobudur, Indonesia


Candi Borobudur, Indonesia


Candi Borobudur, Indonesia


Candi Borobudur, Indonesia


Candi Borobudur, Indonesia


Candi Borobudur, Indonesia


Candi Borobudur, Indonesia


Candi Borobudur, Indonesia


Candi Borobudur, Indonesia


Candi Borobudur, Indonesia


Candi Borobudur, Indonesia


Candi Borobudur, Indonesia


Candi Borobudur, Indonesia


Candi Borobudur, Indonesia


Candi Borobudur, Indonesia


Candi Borobudur, Indonesia


Candi Borobudur, Indonesia


Bersama Shafiq di Candi Borobudur, Indonesia


Candi Borobudur, Indonesia


Candi Borobudur, Indonesia


Candi Borobudur, Indonesia


Candi Borobudur, Indonesia


Candi Borobudur, Indonesia


Bersama Syahir di Candi Borobudur, Indonesia


Candi Borobudur, Indonesia


Candi Borobudur, Indonesia


Candi Borobudur, Indonesia


Candi Borobudur, Indonesia


Candi Borobudur, Indonesia


Candi Borobudur, Indonesia

Setelah berjam-jam kami bertiga naik turun candi tersebut, kami mula melangkah keluar. Sewaktu keluar, kami singgah di sebuah gerai kecil yang menjual baju-baju T Yogyakarta & Borobudur. Aku membeli sehelai baju Yogyakarta untuk dijadikan kenangan. Sesudah itu, kami bertiga ke surau kecil yang terdapat di dalam kawasan candi itu untuk menunaikan solat jamak Zohor & Asar. Selesai sahaja solat, kami pergi berjumpa semula dengan Pak Indro di tempat meletak kenderaan. Tidak susah untuk mencarinya. Dia ada sahaja di situ, setia menunggu kami. Kami bertiga kemudiannya dibawanya ke destinasi kami yang seterusnya, iaitu Candi Prambanan.

Lebih kurang 3 kilometer dari Candi Borobudur, terdapat sebuah candi kecil kepunyaan penganut Buddha yang bernama Candi Mendut. Candi setinggi 26 meter ini juga dipercayai dibina sekitar kurun ke-9 sewaktu era kegemilangan kerajaan Sailendra di tengah Pulau Jawa. Ia dikatakan dibina lebih awal berbanding Candi Borobudur. Sama seperti Candi Borobudur, Candi Mendut ini juga turut lenyap di dalam hutan ditelan zaman selepas penduduk Jawa memeluk Islam. Ia hanya dijumpai semula pada tahun 1836. Kerja-kerja membaikpulih candi ini dimulakan pada tahun 1897 & siap sepenuhnya pada tahun 1925. Pada Hari Wesak setiap tahun, penganut-penganut agama Buddha akan berjalan kaki dari Candi Mendut ini menuju ke Candi Borobudur. Dalam perjalanan ke Candi Borobudur, mereka akan singgah di sebuah lagi candi iaitu Candi Pawon. Kami tidak singgah di candi tersebut.


Candi Mendut, Indonesia

Selepas berhenti untuk mengambil gambar di bahagian luar Candi Mendut, kami meneruskan perjalanan ke destinasi kami, iaitu Candi Prambanan. Walau bagaimanapun, sebelum kami ke candi tersebut, kami singgah sebentar dahulu di pusat pembuatan perak. Nama pusat tersebut ialah Ansor’s Silver. Barangan perak yang dijual di situ amat mahal harganya. Tidak termampu kami untuk membelinya. Kami sekadar membeli beberapa cenderahati bukan perak yang dijual di situ yang harganya agak murah. Aku membeli 2 buah dompet wanita berkulit batik yang cantik rupanya untuk diberikan kepada mak & kakak aku. Sedang kami membelek-belek barang di situ, kami ditegur oleh pekerja lelaki yang bertugas. Dia bertanyakan status pekerjaan kami. Aku pun menerangkan kepadanya yang aku baru habis belajar kursus Perubatan di Ireland. Syahir pula masih lagi belajar di sana. Sementara Shafiq pula sudah hampir 3 tahun bekerja sebagai doktor. Dia berasa agak terkejut kerana penampilan kami nampak biasa sahaja, tidak seperti pelajar perubatan atau doktor. Hahaha. Pandai benar kami menyamar.

Pekerja lelaki tadi kemudiannya mengkhabarkan kepada kami yang terdapat seorang pekerja wanita di situ yang mengalami masalah menorrhagia, iaitu darah haid yang banyak daripada biasa. Dia kemudiannya memanggil pekerja wanita yang dimaksudkan untuk meminta nasihat daripada kami. Shafiq yang sudah 3 tahun bertugas sebagai doktor memberi penerangan kepada wanita itu tentang punca-punca menorrhagia & apa yang perlu dilakukannya. Kagum pula aku mendengar dia memberi penerangan. Begitu jelas & tepat. Aku & Syahir hanya tolong tambah-menambah sahaja apa yang patut. Kemudian, beberapa orang lagi pekerja wanita bertanyakan pelbagai soalan kesihatan kepada kami. Antaranya ialah tentang barah buah dada. Shafiq sekali lagi terpaksa memberi penerangan kepada mereka tentang barah tersebut. Setelah semuanya sudah jelas, kami pun meminta izin untuk beransur keluar. Tak sangka pula sessi membeli-belah bertukar menjadi sessi konsultasi. Pekerja-pekerja tersebut sempat meminta email Shafiq untuk bertanyakan soalan-soalan lanjut. Hahaha.


Bersama Shafiq di hadapan kedai Ansor’s Silver, berhampiran Candi Prambanan, Indonesia


Di dalam kedai Ansor’s Silver, berhampiran Candi Prambanan, Indonesia


Bersama pekerja-pekerja kedai Ansor’s Silver, berhampiran Candi Prambanan, Indonesia

Kami seterusnya terus bergerak menuju ke Candi Prambanan. Jauh lagi sebenarnya perjalanan kami. Lebih kurang pukul 5.00 petang, baru kami tiba di candi tersebut. Waktu sudah hampir senja. Kami perlu bergegas sebelum matahari terbenam. Lagipun, candi itu akan ditutup pada pukul 6.00 malam. Tiket untuk masuk ke dalam Candi Prambanan juga sudah kami beli di syarikat tour pagi tadi. Selepas tiket kami diperiksa, kami pun berjalan menuju ke kawasan candi tersebut.

Candi Prambanan yang terletak 18 kilometer dari Yogyakarta adalah candi kepunyaan penganut Hindu yang terbesar di Indonesia & antara yang terbesar di rantau Asia Tenggara. Ia terletak di dalam Propinsi Jawa Tengah. Pembinaannya didedikasikan kepada konsep Trimurti, ekspresi tuhan agama Hindu kepada 3 bentuk, iaitu Sang Pencipta (Brahma), Sang Pelindung (Vishnu) & Sang Pemusnah (Shiva). Candi ini turut tersenarai dalam senarai ‘UNESCO World Heritage Sites’.

Mengikut kajian sejarah, Candi Prambanan dibina oleh orang-orang Hindu untuk menandingi kehebatan Candi Borobudur yang dibina oleh orang-orang Buddha di Pulau Jawa. Candi ini dipercayai mula dibina pada tahun 850 M oleh pemerintah kerajaan Mataram dari Dinasti Sanjaya yang bernama Rakai Pikatan. Ianya kemudian diperbesarkan lagi oleh pemerintah-pemerintah seterusnya. Candi ini berfungsi sebagai candi diraja kerajaan Mataram di mana upacara keagamaan & pengorbanan dilakukan di sini.

Pusat pemerintahan kerajaan Mataram seterusnya berpindah ke timur Pulau Jawa pada tahun 930-an sewaktu pemerintahan Mpu Sindok, pengasas Dinasti Isyana selepas tamatnya Dinasti Sanjaya. Perpindahan ini dikatakan berlaku akibat letupan gunung berapi Merapi yang telah memusnahkan kota di persekitaran ibu kota lama Mataram yang terletak berhampiran Candi Prambanan. Perpindahan ini secara tidak langsung menyebabkan candi tersebut ditinggalkan begitu sahaja. Kejadian gempa bumi yang berlaku pada kurun ke-16 seterusnya menerukkan lagi keadaan candi ini.

Sama seperti Candi Borobudur, Candi Prambanan ini turut dijumpai semula oleh Thomas Stamford Raffles, gabenor British di Pulau Jawa ketika pemerintahan singkat British di pulau tersebut dari tahun 1811 hingga 1816. Kerja-kerja membaikpulih candi ini hanya dimulakan pada tahun 1918 & kerja-kerja tersebut hanya selesai sepenuhnya pada tahun 1990. Mulai dari tahun itu, candi ini telah mula digunakan semula oleh penganut-penganut Hindu yang tinggal di sekitarnya untuk upacara keagamaan mereka. Kejadian gempa bumi di Yogyakarta pada tahun 2006 telah merosakkan struktur bangunan candi ini. Ia terpaksa ditutup buat sementara & hanya dibuka semula selepas dibaikpulih. Setiap malam lebih kurang pukul 7.00 malam, terdapat persembahan tarian Ramayana di pentas terbuka di kawasan candi ini. Kami tidak dapat melihat persembahan menarik itu kerana tempoh tour kami akan berakhir pada pukul 8.00 malam.


Candi Prambanan, Indonesia


Bersama Shafiq & Syahir di Candi Prambanan, Indonesia


Candi Prambanan, Indonesia


Bersama Syahir & Shafiq di Candi Prambanan, Indonesia


Bersama Syahir di Candi Prambanan, Indonesia


Bersama Shafiq di Candi Prambanan, Indonesia


Candi Prambanan, Indonesia


Candi Prambanan, Indonesia


Candi Prambanan, Indonesia


Candi Prambanan, Indonesia


Candi Prambanan, Indonesia


Candi Prambanan, Indonesia


Bersama Syahir & Shafiq di Candi Prambanan, Indonesia


Bersama Shafiq di Candi Prambanan, Indonesia


Candi Prambanan, Indonesia


Candi Prambanan, Indonesia


Persembahan tarian Ramayana di Candi Prambanan, Indonesia

Selepas puas bergambar di dalam Candi Prambanan tersebut, kami bertiga pun kembali semula ke minivan. Hari sudah pun senja. Kami lalu meminta Pak Indro membawa kami pulang ke hotel. Sesampainya kami di hotel, kami ke syarikat tour tersebut dahulu untuk membayar baki tambang tour itu & juga tiket bas mini untuk ke Surabaya esok petang. Selepas membayar, kami bertiga pulang ke hotel untuk meletakkan beg-beg kami. Kemudian, kami keluar untuk makan malam. Kami singgah di kedai pertukaran wang untuk menukarkan wang Ringgit kami kepada Rupiah. Simpanan wang Rupiah kami sudah hampir habis. Setelah itu, kami berjalan di sepanjang Jalan Malioboro untuk mencari restoran untuk makan malam. Namun, tiada banyak restoran di situ. Yang ada di jalan tersebut kebanyakannya kedai-kedai menjual pakaian. Sibuk benar jalan itu, dipenuhi dengab ragam penduduk tempatan & pelancong asing yang membeli-belah.

Kami bertiga akhirnya berjalan ke Malioboro Mall yang terletak di jalan tersebut untuk mencari restoran di dalamnya. Akhirnya, kami berjaya jumpa restoran yang kami berkenan. Shafiq dengan sukarela membelanja kami makan pada malam ini. Hehehe. Selepas makan, kami berjalan ke kedai syarikat tour tadi. Kedai tersebut turut menyediakan perkhidmatan cybercafé. Kami menggunakan internet sehinggalah kedai itu sudah mahu ditutup, iaitu sekitar pukul 11.00 malam. Selepas itu, barulah kami kembali semula ke hotel kami. Sesampainya sahaja kami di hotel, kami mandi membersihkan badan & kemudian solat. Setelah itu, kami tidur menghilangkan penat.

Hari 7: 27 JUN 2010

Hari ini adalah hari kedua aku, Syahir & Shafiq di Yogyakarta. Memandangkan kami tidak berkesempatan untuk menerokai kota ini semalam kerana kami telah menghabiskan satu hari semalam di Candi Borobudur & Candi Prambanan, maka kami akan memenuhi jadual hari ini dengan menjelajahi kota ini. Selepas mandi & bersarapan pagi, kami pun mendaftar keluar dari hotel yang kami tumpangi. Beg-beg kami disimpan di sebelah kaunter pendaftaran hotel. Setelah itu, barulah kami memulakan ekspedisi mengelilingi kota Yogyakarta.

Yogyakarta atau nama singkatannya Jogja adalah ibukota Daerah Istimewa Yogyakarta, sebuah wilayah atau propinsi yang terletak di tengah Pulau Jawa yang diberi hak istimewa kerana diperintah oleh seorang Sultan yang mempunyai kuasa yang sama seperti seorang gabenor propinsi. Ia adalah satu-satunya propinsi di Indonesia yang diperintah oleh seorang Sultan. Gabenor propinsi Daerah Istimewa Yogyakarta ini pada mulanya dilantik secara keturunan, tidak seperti gabenor di propinsi-propinsi lain di Indonesia yang dilantik melalui pemilihan demokrasi. Hal ini telah dipersetujui selepas kemerdekaan Indonesia pada tahun 1945 antara Sultan Yogyakarta yang ke-9, iaitu Sri Sultan Hamengkubowono IX & Presiden Sukarno. Ianya walau bagaimanapun menimbulkan kontroversi tidak lama selepas itu. Lebih-lebih lagi apabila Sri Paku Alam VIII yang merupakan timbalan gabenor propinsi itu secara automatik dilantik menjadi gabenor selepas kemangkatan Sri Sultan Hamengkubowono IX pada tahun 1988.


Kedudukan Yogyakarta di dalam peta Pulau Jawa, Indonesia


Sri Sultan Hamengkubowono IX

Akhirnya, selepas kematian Sri Paku Alam VIII pada tahun 1998, kerajaan pusat telah menuntut supaya pemilihan secara demokrasi diadakan untuk melantik gabenor baru propinsi Daerah Istimewa Yogyakarta. Dan keputusan pemilihan itu berpihak kepada sultan yang memerintah kesultanan tersebut, iaitu Sri Sultan Hamengkubuwono X, anak kepada Sri Sultan Hamengkubuwono IX yang kekal memerintah propinsi itu sehingga kini. Baginda terkenal dengan sifat neutral, jujur & jauh daripada korupsi. Baginda juga menghentikan amalan sultan-sultan terdahulu yang mengamalkan poligami & membela gundik-gundik di istana. Propinsi Daerah Istimewa Yogyakarta adalah propinsi kedua terkecil di Indonesia, selepas propinsi Daerah Khusus Ibukota Jakarta.


Sri Sultan Hamengkubuwono X

Mengikut sejarah, Kesultanan Yogyakarta bermula pada tahun 1755 selepas Kesultanan Mataram yang telah wujud sejak akhir kurun ke-16 telah dipecahkan oleh Syarikat Hindia Timur Belanda kepada dua kesultanan, iaitu Kesultanan Yogyakarta & Kesultanan Surakarta atau Solo dalam Perjanjian Giyanti sebagai jalan penyelesaian untuk meleraikan pergaduhan yang berlaku antara pewaris-pewaris takhta Kesultanan Mataram. Punca pergaduhan itu bermula apabila Putera Mahkota Kesultanan Mataram, iaitu Pakubuwono I bersetuju untuk bekerjasama & tunduk kepada kuasa Belanda. Adiknya yang bernama Mangkubumi menentang hal ini secara habis-habisan kerana tidak mahu rakyatnya dijadikan hamba kepada Belanda. Pergaduhan ini berakhir dengan Perjanjian Giyanti pada tahun 1755 di mana Kesultanan Mataram dipecahkan kepada dua, iaitu Kesultanan Yogyakarta & Kesultanan Surakarta. Mangkubumi ditabalkan menjadi Sultan Yogyakarta yang pertama dengan gelaran Sri Sultan Hamengkubuwono I. Sementara anak saudaranya yang bernama Pakubuwono III pula ditabalkan menjadi Sultan Surakarta yang pertama. Surakarta pada masa kini dikenali sebagai Solo.


Perpecahan Kesultanan Mataram kepada Kesultanan Yogyakarta & Surakarta

Sewaktu perjuangan untuk mengisytiharkan penubuhan Republik Indonesia selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, Sri Sultan Hamengkubuwono IX yang memerintah Kesultanan Yogyakarta pada waktu itu telah bersetuju untuk menjadikan kesultanannya sebahagian daripada republik tersebut dengan syarat kesultanannya diberi hak kuasa istimewa tanpa campur tangan kerajaan republik itu. Segala urusan kesultanan itu akan dihubungkan secara terus kepada Presiden Indonesia.

Republik Indonesia akhirnya berjaya ditubuhkan pada tahun 1945 & Jakarta dijadikan ibukotanya. Walau bagaimanapun, Revolusi Kebangsaan Indonesia menentang Belanda mulai berlaku tidak lama selepas itu kerana Belanda telah cuba untuk mendapatkan semula tanah jajahan mereka itu. Revolusi itu berlangsung dari tahun 1945 hingga 1950. Disebabkan Jakarta telah berjaya ditawan semula oleh Belanda, republik tersebut terpaksa memindahkan ibukota mereka ke Yogyakarta buat sementara waktu. Jakarta akhirnya dijadikan semula ibukota republik itu selepas Belanda mengiktiraf kemerdekaan Republik Indonesia pada tahun 1950. Kuasa istimewa seperti yang telah dijanjikan dianugerahkan secara sepenuhnya kepada Kesultanan Yogyakarta pada tahun tersebut juga. Sri Sultan Hamengkubowono IX kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Presiden Indonesia yang kedua sewaktu pemerintahan Presiden Indonesia yang kedua, iaitu Suharto.

Seperti yang telah aku katakan, kota Yogyakarta adalah ibukota propinsi Daerah Istimewa Yogyakarta. Kota ini amat terkenal sebagai pusat kesenian & kebudayaan Jawa seperti seni pembuatan batik & perak, tarian, drama, muzik gamelan, puisi & wayang kulit. Disebabkan itulah kota ini menjadi kota kedua di Indonesia yang paling kerap dikunjungi pelancong, selepas Bali. Yogyakarta juga terkenal sebagai pusat pendidikan tinggi Indonesia & mendapat jolokan Kota Pelajar. Maka tidak hairanlah kota ini dipenuhi oleh orang-orang muda dari pelbagai kaum etnik dari seluruh Indonesia yang belajar di sini. Kota ini pernah menjadi ibukota sementara Indonesia ketika berlakunya Revolusi Kebangsaan Indonesia yang berlangsung dari tahun 1945 hingga 1950. Penduduknya kini berjumlah 500,000 orang.

Lokasi pertama di kota Yogyakarta yang kami bertiga lalui ialah Jalan Malioboro, jalan membeli-belah yang paling utama di kota ini. Ia adalah pusat kegiatan utama penduduk-penduduk tempatan & juga pelancong-pelancong luar. Hampir kesemua hotel-hotel & restoran-restoran di kota ini tertumpu di jalan ini. Begitu juga dengan gerai-gerai kecil yang menjual beraneka jenis barangan & makanan tempatan. Di jalan inilah kebanyakan barangan kraftangan tempatan seperti batik banyak dijual. Jalan ini sentiasa dipenuhi oleh manusia siang & malam.


Jalan Malioboro, Yogyakarta, Indonesia


Jalan Malioboro, Yogyakarta, Indonesia


Jalan Malioboro, Yogyakarta, Indonesia


Jalan Malioboro, Yogyakarta, Indonesia


Kedai-kedai di Jalan Malioboro, Yogyakarta, Indonesia

Sewaktu berjalan di sepanjang Jalan Malioboro ini, kami melalui bangunan pejabat Gabenor Daerah Istimewa Yogyakarta & juga Fort Vredeburg. Aku tidak begitu pasti tentang sejarah bangunan pejabat gabenor itu. Yang pastinya, bangunan itu adalah pejabat urusan Sri Sultan Hamengkubuwono X yang memerintah propinsi tersebut pada masa kini. Fort Vredeburg pula adalah bekas kubu pertahanan berbentuk segiempat sama yang dibina oleh Belanda pada tahun 1765 sewaktu era pemerintahan mereka. Tujuan pembinaan kubu ini adalah untuk melindungi gabenor Belanda yang ditempatkan di sini. Kubu ini dikelilingi oleh longkang untuk menambah lagi keselamatannya & longkang tersebut masih wujud sehingga kini. Pada masa sekarang, Fort Vredeburg ini dijadikan muzium yang mempamerkan diorama-diorama yang mengisahkan sejarah penubuhan Indonesia.


Bersama Shafiq di hadapan bangunan pejabat Gabenor Daerah Istimewa Yogyakarta, Yogyakarta, Indonesia


Fort Vredeburg, Yogyakarta, Indonesia


Bersama Shafiq di hadapan pintu masuk Fort Vredeburg, Yogyakarta, Indonesia


Bersama Shafiq di dalam Fort Vredeburg, Yogyakarta, Indonesia

Kami bertiga meneruskan perjalanan kami ke destinasi yang seterusnya di kota Yogyakarta, iaitu Kraton atau Istana Yogyakarta. Sewaktu dalam perjalanan ke sana, kami melalui sebuah monumen yang bernama Monumen Serangan Umum 1 Maret 1949. Aku sendiri tidak begitu pasti tentang signifikannya monumen tersebut. Berhampiran dengannya, terletak sebuah bangunan unik tinggalan Belanda yang kini dijadikan bangunan Bank Indonesia. Setelah itu, kami melalui sebuah padang untuk menuju ke kraton yang menjadi destinasi kami. Padang tersebut pada waktu itu dipenuhi oleh beribu-ribu manusia yang memakai baju-T yang sama, seperti sedang berlangsung satu karnival. Kami sendiri tidak pasti apa yang sedang berlangsung. Kami terpaksa mengharungi ribuan manusia yang lalu-lalang di situ untuk ke destinasi kami. Akhirnya, kami berjaya tiba di Kraton Yogyakarta. Setelah membayar tiket masuk, kami pun berjalan-jalan di dalam kraton atau istana tersebut.


Monumen Serangan Umum 1 Maret 1949, Yogyakarta, Indonesia


Bangunan Bank Indonesia, Yogyakarta, Indonesia


Karnival di Yogyakarta, Indonesia


Karnival di Yogyakarta, Indonesia


Sewaktu dalam perjalanan ke Kraton Yogyakarta, Yogyakarta, Indonesia


Patung belon Ipin & Upin di Yogyakarta, Indonesia

Kraton Yogyakarta adalah istana rasmi Kesultanan Yogyakarta yang masih lagi menjadi tempat tinggal Sultan Yogyakarta & kerabat dirajanya. Istana ini adalah antara contoh terbaik senibina tradisional istana Jawa. Ia didirikan pada tahun 1755 oleh Sultan Yogyakarta yang pertama, iaitu Hamengbukuwono I selaku ketua arkitek, beberapa bulan selepas Perjanjian Giyanti. Sebahagian daripada kompleks istana ini pada masa kini dijadikan muzium yang mempamerkan pelbagai koleksi milik kesultanan termasuk hadiah-hadiah pemberian daripada Raja-Raja di Eropah, barang-barang perhiasan, alat-alat muzik seperti gamelan & juga potret-potret kesemua sepuluh sultan yang memerintah Yogyakarta. Kagum benar aku melihat senibina istana ini yang membuktikan penduduk tempatan mempunyai kepakaran yang hebat dalam ilmu senibina. Penjajah-penjajah asing seperti Belanda tidak sepatutnya memandang rendah kepada mereka.


Kraton Yogyakarta, Yogyakarta, Indonesia


Kraton Yogyakarta, Yogyakarta, Indonesia


Kraton Yogyakarta, Yogyakarta, Indonesia


Kraton Yogyakarta, Yogyakarta, Indonesia


Kraton Yogyakarta, Yogyakarta, Indonesia


Kraton Yogyakarta, Yogyakarta, Indonesia


Kraton Yogyakarta, Yogyakarta, Indonesia

Selepas menghabiskan masa hampir sejam di dalam Kraton Yogyakarta, kami meneruskan ekspedisi kami ke destinasi yang seterusnya, iaitu Universitas Gadjah Mada yang turut dikenali sebagai UGM. Perjalanan untuk ke universiti itu memakan masa yang agak lama kerana lokasinya yang terletak agak jauh dari pusat bandar Yogyakarta. Kami tidak mahu menaiki teksi kerana ingin menjimatkan wang. Lagipun, kami mempunyai banyak masa yang terluang pada hari ini. Sebelum ke universiti itu, kami singgah sebentar di Malioboro Mall untuk berehat-rehat sambil merasa udara dingin di dalam pusat membeli-belah itu.


Malioboro Mall, Yogyakarta, Indonesia


Malioboro Mall, Yogyakarta, Indonesia

Kami singgah di kedai buku Gramedia yang terdapat di dalam bangunan itu. Aku sempat membeli sebuah buku novel karya terbaru Habiburahman El-Shirazy yang bertajuk Bumi Cinta. Aku sememangnya meminati hasil karya beliau. Sarjana kelulusan Usuluddin di University Al-Azhar, Kaherah, Mesir ini merupakan penulis novel & puisi berunsurkan Islam berbangsa Indonesia yang sangat terkenal bukan sahaja di negaranya sahaja, malahan juga di Malaysia, Singapura & Brunei Darussalam. Antara hasil-hasil karyanya yang telah difilemkan ialah Ayat-Ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih 1 & Ketika Cinta Bertasbih 2.


Kedai buku Gramedia di dalam Malioboro Mall, Yogyakarta, Indonesia


Habiburahman El-Shirazy


Buku BUMI CINTA



Ayat Ayat Cinta


Ketika Cinta Bertasbih

Selepas menghabiskan masa di dalam kedai buku Gramedia, kami singgah di sebuah restoran yang terdapat di dalam pusat membeli-belah itu untuk makan tengah hari. Selepas makan, kami singgah pula di pasaraya yang terdapat di dalam Malioboro Mall tersebut untuk membeli makanan & minuman untuk mengisi perut sewaktu berjalan ke universiti itu. Setelah itu, barulah kami berjalan menuju ke destinasi kami, iaitu Universitas Gadjah Mada. Dalam perjalanan ke sana, kami terserempak dengan sepasukan manusia berbasikal yang berjumlah lebih daripada seratus orang. Mereka rupa-rupanya adalah peserta-peserta ekspedisi berbasikal dari Surabaya ke Jakarta yang berlangsung selama 12 hari, dari 23 Jun hinggi 4 Julai 2010. Kota Yogyakarta adalah antara kota singgahan mereka. Kagum benar aku melihat semangat mereka. Jarak antara Surabaya & Jakarta adalah lebih daripada 1,100 kilometer. Lebih jauh daripada jarak antara Kangar & Johor Bahru. Hahaha.


Ekspedisi berbasikal dari Surabaya ke Jakarta


Ekspedisi berbasikal dari Surabaya ke Jakarta

Kami kemudiannya singgah pula di sebuah kedai busana Muslim yang bernama Karita Muslim Square untuk berlindung daripada kepanasan cahaya matahari yang begitu terik di samping menyejukkan badan dengan penyaman udara di dalam kedai itu. Niat kami untuk berehat di dalam kedai itu bertukar menjadi lain pula apabila kami melihat kecantikan pakaian-pakaian yang dijual di dalam kedai tersebut. Syahir sempat membeli beberapa helai baju. Aku & Shafiq tidak membeli apa-apa kerana masing-masing ingin menjimatkan wang. Kami sudah banyak menghabiskan wang membeli-belah di Bandung tempoh hari. Hehehe. Setelah hampir 45 minit di dalam Karita Muslim Square itu, kami bertiga pun menyambung semula perjalanan kami ke destinasi tujuan kami, Universitas Gadjah Mada.

Selepas hampir 2 jam lamanya kami bertiga berjalan dari Malioboro Mall tadi, barulah kami akhirnya tiba di pintu masuk kampus Universitas Gadjah Mada. Kami penat tidak terkata. Universitas Gadjah Mada atau singkatannya UGM adalah universiti yang terbesar di Indonesia dari segi jumlah bilangan mahasiswa. Kampus universiti ini terletak di kawasan Bulaksumur. Diasaskan pada bulan Disember 1949, ia adalah antara universiti yang tertua di negara tersebut. Nama universiti ini diambil bersempena dengan nama Perdana Menteri kerajaan Majapahit yang termasyhur, iaitu Patih Gajah Mada.

Universitas Gadjah Mada mempunyai 18 buah fakulti & jumlah mahasiswa tempatan seramai lebih kurang 55,000 orang. Jumlah mahasiswa asing termasuk mahasiswa dari Malaysia pula adalah seramai hampir 650 orang. Kebanyakan mahasiswa Malaysia di sini belajar di Fakulti Perubatan di bawah tajaan JPA atau MARA. Ada juga yang di bawah tajaan ibu-bapa sendiri. Universitas Gadjah Mada, setanding dengan Universitas Indonesia di Jakarta & Institut Teknologi Bandung di Bandung adalah antara 3 universiti yang paling berprestij di seluruh Indonesia. Sementara itu, Fakulti Perubatan di sini adalah yang terbaik di seluruh negara ini sejak berdekad-dekad yang lalu. Beruntunglah pelajar-pelajar Malaysia yang belajar Perubatan di sini.


Pintu masuk Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta, Indonesia


Pintu masuk Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta, Indonesia


Bangunan Grha Sabha Pramana di dalam Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta, Indonesia


Bersama Shafiq di bangunan Grha Sabha Pramana di dalam Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta, Indonesia


Bangunan Grha Sabha Pramana di dalam Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta, Indonesia

Selepas bergambar dengan bangunan Grha Sabha Pramana yang merupakan Auditorium Universitas Gadjah Mada, kami singgah di masjid universiti tersebut untuk menunaikan solat jamak Asar & Zohor. Selesai sahaja solat, kami bergambar di dalam & sekeliling masjid tersebut yang mempunyai campuran ciri senibina Islam & Jawa yang sangat mengagumkan. Subhanallah. Setelah itu, kami pun berjalan kembali semula ke pusat bandar Yogyakarta. Kami pada mulanya bercadang mahu menaiki beca. Akan tetapi, harga yang ditawarkan oleh penarik beca agak mahal. Ditambah pula kami terpaksa menaiki 2 buah beca kerana sebuah beca sahaja tidak muat untuk membawa kami. Kemudian, kami bercadang mahu menaiki teksi. Akan tetapi, setelah difikir-fikir, kami masih mempunyai banyak masa. Oleh itu, kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja.


Masjid Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta, Indonesia


Masjid Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta, Indonesia


Masjid Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta, Indonesia


Masjid Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta, Indonesia


Masjid Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta, Indonesia


Masjid Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta, Indonesia


Masjid Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta, Indonesia

Setibanya kami di Jalan Malioboro di pusat bandar Yogyakarta, kami terus ke kedai syarikat tour yang kami singgahi semalam untuk menggunakan perkhidmatan cybercafenya sementara menunggu ketibaan bas mini untuk membawa kami bertiga ke Surabaya pada pukul 7.30 malam nanti. Apabila jam sudah menunjukkan pukul 6.00 malam, kami ke Masjid Malioboro yang terletak tidak jauh dari situ untuk menunaikan solat jamak Maghrib & Isyak. Selesai sahaja solat, kami singgah ke sebuah kedai berhampiran untuk membeli bekalan makanan & minuman. Setelah itu, barulah kami kembali ke hotel untuk mengambil semula beg-beg kami & menunggu ketibaan bas mini itu.

Bas mini yang kami nantikan tiba agak lewat, iaitu pada pukul 7.50 malam. Bas mini yang boleh memuatkan 12 orang penumpang itu pada waktu itu, sudah pun membawa 6 orang penumpang. Kami bertiga duduk di tempat duduk belakang & kami kemudian masing-masing diberikan sebuku roti & sebotol air secara percuma. Bas mini tersebut kemudiannya membawa kami mengelilingi kota Yogyakarta untuk mengambil beberapa orang penumpang lagi. Lebih kurang sejam kemudian, barulah kami meninggalkan kota Yogyakarta menuju ke Surabaya. Kami bertiga rancak berborak di belakang. Kami tidak pasti sama ada kami mengganggu atau tidak penumpang-penumpang di hadapan kami dengan keriuhan kami. Hehehe. Setelah penat berbual, kami pun tertidur.


Peta perjalanan dari Yogyakarta ke Surabaya

Hari 8: 28 JUN 2010

Lebih kurang pukul 1.00 pagi, bas mini yang kami naiki untuk ke Surabaya dari Yogyakarta itu berhenti di suatu tempat makan untuk berehat. Aku & Shafiq keluar dari bas mini tersebut untuk meregangkan otot-otot badan sambil menghirup angin luar. Sementara Syahir pula lebih selesa berada di dalam bas mini untuk menyambung tidurnya. 30 minit kemudian, barulah bas mini itu menyambung perjalanannya.

Lebih kurang pukul 5.00 pagi, barulah kami tiba di kota Surabaya. Kami hanya tiba di hotel yang telah kami tempah lebih kurang pada pukul 5.45 pagi. Tempoh masa perjalanan kami amat lama daripada tempoh masa kami sangkakan. Perjalanan dari Yogyakarta ke Surabaya dengan bas mini tersebut telah memakan masa selama 10 jam lamanya. Sedangkan perjalanan antara kedua-dua bandar tersebut dengan keretapi hanya mengambil masa selama 5 jam sahaja. Walau apapun, kami bersyukur kerana kami selamat tiba di hotel berkenaan yang telah pun kami tempah secara online. Selepas mendaftar masuk, kami berehat-rehat dahulu kerana tidak puas & tidak selesa tidur duduk di dalam mini bas tadi.

Lebih kurang pukul 8.00 pagi, kami bangun untuk bersarapan. Sarapan pagi disediakan secara percuma oleh pihak hotel. Aku & Syahir pada waktu itu sudah pun mandi membersihkan badan. Bilik air terletak di luar bilik. Disebabkan itu, bilik yang kami tumpangi sewanya agak murah. Shafiq pula masih belum mandi. Selepas bersarapan, aku & Syahir ke kaunter pendaftaran hotel itu untuk bertanyakan kepada pekerjanya sama ada mereka mempunyai peta Surabaya. Kami memerlukan peta kota tersebut untuk memudahkan kami menerokainya. Akan tetapi, pekerja hotel ini menyatakan yang mereka tidak mempunyai peta Surabaya. Mereka mencadangkan supaya kami ke sebuah hotel berdekatan untuk mendapatkan peta tersebut. Kami berdua lantas terus berjalan menuju ke hotel yang dimaksudkan. Shafiq pula sedang mandi. Setelah mendapatkan peta yang kami kehendaki, kami pun kembali ke hotel tumpangan kami. Shafiq pada waktu sudah bersiap-siap.

Aku kemudiannya baru menyedari yang aku kehilangan pen & telefon bimbit aku. Mungkin aku tertinggal di atas meja sewaktu bersarapan tadi. Aku lalu bertanya kepada pekerja wanita di dapur sama ada dia ternampak kedua-dua barang berharga aku itu. Dia lalu membuka laci meja di dapur & menyerahkan kembali kedua-duanya kepada aku. Aku berasa sangat lega & berterima kasih kepadanya. Mujurlah wanita itu orang yang jujur & tidak mencuri. Setelah itu, kami bertiga pun kemudian terus memulakan pengembaraan kami di kota Surabaya. Kami perlu mengejar masa kerana Shafiq akan ke Lapangan Terbang Surabaya pada petang ini untuk kembali semula ke tanah air. Dia pulang sehari awal daripada aku & Syahir atas urusan kerja.

Surabaya adalah bandar kedua terbesar di Indonesia, selepas Jakarta. Ia juga adalah ibukota kepada wilayah atau propinsi Jawa Timur. Kota ini terletak di timur laut Pulau Jawa, di muara Sungai Mas, di persisiran Selat Madura. Penduduknya berjumlah seramai 3 juta orang. Di kalangan rakyat Indonesia, kota Surabaya turut dikenali dengan nama Kota Pahlawan kerana di sinilah berlakunya Perang Surabaya sewaktu Revolusi Kebangsaan Indonesia yang akhirnya berjaya memaksa Belanda menghentikan serangan mereka & mengiktiraf kedaulatan Republik Indonesia.


Kedudukan Surabaya dalam peta Pulau Jawa

Nama Surabaya ini berasal daripada perkataan Sura yang membawa maksud ikan yu & Baya atau Boyo yang membawa maksud buaya. Menurut mitos penduduk tempatan kedua-dua haiwan tersebut telah bertarung sesama mereka untuk membuktikan siapa yang lebih kuat & berkuasa di kawasan tersebut. Kedua-dua haiwan itu kini telah diabadikan dalam jata kota ini.


Jata kota Surabaya

Rekod terawal mengenai kota Surabaya adalah dalam sebuah buku yang ditulis pada tahun 1225 oleh Chai Ju Kua, seorang pengembara China. Sewaktu era kurun ke-15 & 16, Surabaya adalah sebuah kesultanan & merupakan kuasa politik & ketenteraan yang dominan di timur Pulau Jawa. Konflik yang berlaku antara kesultanan Surabaya & kesultanan Mataram pada tahun 1625 berakhir dengan kekalahan kesultanan Surabaya yang akhirnya ditawan sepenuhnya oleh kesultanan Mataram. Dengan penawanan kesultanan Surabaya, kesultanan Mataram telah berjaya menguasai hampir keseluruhan Pulau Jawa.

Kelemahan kesultanan Mataram akhirnya menyebabkan kota Surabaya berjaya ditawan oleh Belanda pada tahun 1743. Di bawah pemerintahan Belanda, Surabaya menjadi pusat perdagangan yang utama di Hindia Timur Belanda (Indonesia). Kota ini seterusnya ditawan oleh tentera Jepun pada tahun 1942 sewaktu berlakunya Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1944, ianya telah dibom oleh tentera udara Pakatan Berikat. Selepas tamatnya perang tersebut, kota ini terus ditawan oleh para nasionalis Indonesia.

Perang Surabaya adalah antara perang yang amat penting dalam sejarah Indonesia. Ia berlaku ketika kehangatan Revolusi Kebangsaan Indonesia (1945-1950) yang menuntut Belanda supaya mengiktiraf kedaulatan Republik Indonesia yang telah ditubuhkan selepas tamatnya Perang Dunia Kedua. Belanda pada waktu itu bekerjasama dengan British. Perang Surabaya bermula apabila Jeneral British yang bernama Mallaby telah ditembak curi pada 30 Oktober 1945. Peristiwa tersebut berlaku di Jambatan Merah yang terletak di kota ini. Tentera Pakatan Berikat yang dianggotai oleh British kemudiannya mengarahkan para pejuang supaya menyerah diri, tetapi mereka menolak. Pada tarikh 10 November 1945, peperangan yang berlaku telah mengorbankan beribu-ribu nyawa. Sehingga kini, tarikh 10 November diraikan di Indonesia sempena memperingati pengorbanan pejuang-pejuang mereka yang telah terkorban dalam perang tersebut. Hari itu dinamakan Hari Pahlawan.

Lokasi pertama di Surabaya yang kami bertiga jejaki ialah Monumen Kapal Selam atau singkatannya Monkasel. Di sini, dipamerkan sebuah kapal selam milik Angkatan Tentera Laut Indonesia yang diberi nama KRI Pasopati 410. Ia dibina pada tahun 1952 dengan bantuan Soviet Union. Kapal selam tersebut pernah digunakan dalam Perang Laut Aru untuk membebaskan Irian Jaya atau Papua Barat daripada Belanda. Kami bertiga sekadar bergamabar di bahagian luar muzium ini. Kami tidak masuk ke dalamnya untuk menjimatkan masa.


Bersama Shafiq di Monumen Kapal Selam, Surabaya, Indonesia


Monumen Kapal Selam, Surabaya, Indonesia

Seterusnya, kami berjalan ke destinasi yang seterusnya, iaitu Grahadi. Sebelum tiba di Grahadi, kami singgah sebentar di pejabat informasi pelancong. Sengaja kami singgah di situ untuk melihat-lihat apa yang ada. Sebaik sahaja kami masuk ke dalamnya, kami dipelawa oleh 2 orang pekerja yang bertugas, seorang lelaki & seorang wanita untuk duduk di sebuah meja & mereka menerangkan kepada kami tempat-tempat yang menarik yang ada di Surabaya. Mereka sedaya upaya menerangkan dalam Bahasa Inggeris walaupun kami sudah memberitahu mereka yang kami boleh bertutur dalam Bahasa Melayu & Bahasa Indonesia. Hahah. Mungkin mereka mahu mempraktikkan penggunaan Bahasa Inggeris. Kami pun melayan sahaja. Agak peramah juga mereka ini. Setelah habis penerangan mereka, kami pun mengucapkan terima kasih & meminta diri untuk meneruskan perjalanan kami.

Tidak berapa lama kemudian, kami pun tiba di Grahadi. Grahadi adalah sebuah bangunan tinggalan Belanda yang dibina pada tahun 1795. Pada masa kini, bangunan yang cantik ini dijadikan kediaman rasmi Gabenor Propinsi Jawa Timur. Selepas mengambil beberapa keping gambar di situ, kami meneruskan perjalanan kami ke destinasi yang seterusnya, iaitu Bangunan Dewan Bandaraya atau Gedung Balaikota Surabaya. Bangunan ini menempatkan pejabat Datuk Bandar Surabaya.


Grahadi, Surabaya, Indonesia


Grahadi, Surabaya, Indonesia


Grahadi, Surabaya, Indonesia


Gedung Balaikota, Surabaya, Indonesia


Gedung Balaikota, Surabaya, Indonesia

Kami seterusnya menyambung ekspedisi kami ke Masjid Cheng Ho, sebuah masjid kecil yang bercirikan senibina Cina. Masjid yang boleh memuatkan seramai 200 orang jemaah dalam suatu masa ini didirikan atas usahasama Yayasan Haji Muhammad Cheng Ho Jawa Timur & masyarakat Cina Islam tempatan. Ia mula dibina pada bulan Oktober 2001 & siap sepenuhnya & dirasmikan pada bulan Oktober 2002. Nama Cheng Ho diberi bersempena dengan nama Laksamana Cheng Ho atau turut dikenali dengan nama Zheng He yang merupakan seorang pedagang Islam dari China yang telah datang ke Pulau Jawa pada kurun ke-15 bukan sahaja untuk tujuan berdagang, malah menjalin persahabatan & juga menyebarkan syiar Islam. Tujuan masjid ini dibina adalah untuk memberi penghormatan kepadanya atas jasanya menyebarkan agama Islam di kalangan penduduk Pulau Jawa. Senibina masjid ini sememangnya amat cantik sekali. Ini adalah kali pertama aku melihat sendiri masjid yang bercirikan senibina Cina. Subhanallah.


Masjid Cheng Ho, Surabaya, Indonesia


Masjid Cheng Ho, Surabaya, Indonesia


Masjid Cheng Ho, Surabaya, Indonesia


Ruang dalam Masjid Cheng Ho, Surabaya, Indonesia


Motto dalam Bahasa Mandarin di dalam Masjid Cheng Ho, Surabaya, Indonesia


Laksamana Cheng Ho

Kami kemudiannya meneruskan perjalanan kami ke sebuah lagi tarikan utama yang terdapat di kota Surabaya, iaitu Tugu Pahlawan. Monumen setinggi 45 meter ini adalah mercu tanda utama Surabaya. Ia dibina sebagai memperingati peristiwa Perang Surabaya yang berlaku pada 10 November 1945. Kami tertarik melihat beberapa contengan yang dibuat pada beberapa batang tiang yang terdapat di sini. Begitu patriotik sekali rakyat negara ini. Mereka begitu membenci penjajah yang telah menjajah negara mereka.


Tugu Pahlawan, Surabaya, Indonesia


Tugu Pahlawan, Surabaya, Indonesia


Bersama Syahir di Tugu Pahlawan, Surabaya, Indonesia


Tugu Pahlawan, Surabaya, Indonesia


Tugu Pahlawan, Surabaya, Indonesia


Tugu Pahlawan, Surabaya, Indonesia

Selepas bergambar di Tugu Pahlawan, kami berjalan meneruskan langkah kami ke tujuan kami yang seterusnya, iaitu Makam & Masjid Sunan Ampel. Sebelum itu, kami melalui sebatang jalan raya yang diberi nama Kya Kya. Ianya adalah seperti Chinatown yang dipenuhi dengan kedai-kedai penduduk berbangsa Cina. Tidak berapa lama kemudian, kami pun tiba di destinasi tujuan kami, iaitu Makam & Masjid Sunan Ampel. Ia terletak di dalam kawasan Arab Quarter yang mempunyai suasana seperti di Timur Tengah. Kebanyakan kedai-kedai di kawasan tersebut pemiliknya adalah daripada keturunan Arab. Barang-barang & makanan-makanan yang dijual di sini juga kebanyakannya barangan & makanan yang berasal dari Arab. Kawasan ini turut dikenali dengan nama Ampel Suci & dianggap suci oleh penduduk tempatan kerana terletaknya makam & masjid seorang wali yang amat terkenal, iaitu Sunan Ampel.


Kya Kya, Surabaya, Indonesia


Bersama Syahir di Arab Quarter di Ampel Suci, Surabaya, Indonesia


Arab Quarter di Ampel Suci, Surabaya, Indonesia


Arab Quarter di Ampel Suci, Surabaya, Indonesia


Makam & Masjid Sunan Ampel, Surabaya, Indonesia


Makam & Masjid Sunan Ampel, Surabaya, Indonesia


Makam & Masjid Sunan Ampel, Surabaya, Indonesia


Ruang dalam Masjid Sunan Ampel, Surabaya, Indonesia


Ruang dalam Masjid Sunan Ampel, Surabaya, Indonesia

Sunan Ampel adalah salah seorang daripada Wali Songo, iaitu sembilan orang wali yang bertanggungjawab menyebarkan syiar Islam di seluruh Pulau Jawa pada kurun ke-15 & 16. Era permulaan Wali Songo menandakan era berakhirnya dominasi agama Hindu-Buddha dalam budaya & kepercayaan penduduk Pulau Jawa khasnya & penduduk Nusantara amnya & digantikan dengan cara hidup Islam. Nama kesembilan wali tersebut ialah Maulana Malik Ibrahim, Sunan Ampel, Sunan Bonang, Sunan Drajat, Sunan Kudus, Sunan Giri, Sunan Kalijaga, Sunan Muria & Sunan Gunung Jati. Sunan Ampel dipercayai dilahirkan pada tahun 1401 di Champa. Beliau berhijrah ke Pulau Jawa sekitar tahun 1443. Pada tahun 1479, beliau telah membina Masjid Agung Demak di tengah Pulau Jawa yang merupakan antara masjid yang tertua di Indonesia. Masjid Ampel di Surabaya juga turut dibina olehnya. Sunan Ampel akhirnya meninggal dunia pada tahun 1481 di Demak. Jenazahnya dikebumikan bersebelahan Masjid Ampel.

Ramai sekali penduduk tempatan yang datang menziarahi makam Sunan Ampel. Beliau sememangnya seorang wali yang amat berpengaruh & dihormati sejak beratus-ratus tahun lamanya. Jasanya menyebarkan syiar Islam di kalangan penduduk Pulau Jawa masih lagi dikenang hingga ke hari ini. Aku menyedekahkan Al-Fatihah kepadanya. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat Allah SWT & semoga segala jasa baiknya akan dibalas dengan haruman syurga. Selepas menziarahi makam beliau, kami bertiga singgah pula di masjid beliau untuk menunaikan solat jamak Zohor & Asar.


Wajah potret Sunan Ampel


Wajah potret Wali Songo


Masjid Agung Demak

Selepas menunaikan solat, kami kembali ke kawasan Arab Quarter. Syahir membeli sehelai jubah wanita untuk diberikan kepada bakal tunangnya. Selepas itu, kami bertiga meneruskan ekspedisi kami ke lokasi yang seterusnya & yang terakhir pada hari ini, iaitu House of Sampoerna. Kami ke sana dengan menaiki teksi kerana kami tidak mampu lagi untuk berjalan kaki. Lebih kurang 20 minit menaiki teksi, kami pun tiba di destinasi yang diingini. House of Sampoerna ini adalah ibu pejabat kepada syarikat perusahaan rokok kretek Sampoerna yang amat terkenal bukan sahaja di Indonesia, malah di seluruh dunia. Ia adalah syarikat perusahaan rokok yang ketiga terbesar di Indonesia.

Sebelum dijadikan ibu pejabat syarikat perusahaan rokok Sampoerna, bangunan berwarna putih yang bercirikan senibina Belanda yang dibina pada tahun 1858 ini merupakan rumah anak-anak yatim sewaktu era pemerintahan Belanda. Ia kemudiannya dibeli oleh pengasas syarikat perusahaan rokok Sampoerna, iaitu Liem Seeng Tee pada tahun 1932 untuk dijadikan kilang perusahaan syarikatnya itu. Pada masa kini, bangunan House of Sampoerna ini dibuka kepada orang ramai. Di dalamnya terdapat sebuah muzium yang menceritakan sejarah perusahaan rokok Sampoerna. Kami bertiga berkesempatan juga untuk melihat dari jauh lebih kurang 3,900 pekerja wanita kilang tersebut menghasilkan rokok secara manual. Seorang pekerja boleh menghasilkan lebih daripada 325 batang rokok dalam masa sejam. Hebat.


House of Sampoerna, Surabaya, Indonesia


House of Sampoerna, Surabaya, Indonesia


Bersama Syahir di House of Sampoerna, Surabaya, Indonesia


Bersama Shafiq di ruang dalamHouse of Sampoerna, Surabaya, Indonesia


Kotak rokok Sampoerna

Setelah puas berada & bergambar di House of Sampoerna, kami bertiga pun pulang semula ke hotel tumpangan kami dengan menaiki teksi. Sebelum pulang ke hotel, kami singgah di Plaza Surabaya yang terletak tidak jauh dari hotel kami untuk makan tengah hari. Kami makan di restoran A&W yang terdapat di dalamnya. Selepas menghabiskan masa yang agak lama di situ, kami bertiga kembali semula ke hotel. Setibanya di hotel, aku & Syahir berehat-rehat. Sementara Shafiq pula sibuk mengemas barang-barangnya kerana dia akan berangkat ke lapangan terbang.

Lebih kurang pukul 4.30 petang, Shafiq pun meminta diri untuk berangkat ke Lapangan Terbang Juanda, Surabaya. Kami meminta pekerja hotel itu untuk memanggil teksi. Apabila teksi sudah tiba, kami mengucapkan selamat jalan kepadanya. Sedih pula rasanya apabila ditinggal berdua. Mujurlah kami berdua masih tinggal satu hari sahaja lagi di Pulau Jawa ini sebelum berangkat pulang pada esok harinya. Selepas teksi yang dinaiki Shafiq telah pergi, aku & Syahir pun kembali ke bilik. Aku melelapkan mata buat sementara waktu kerana terlampau penat.

Lebih kurang pukul 8.00 malam, aku pun terjaga. Syahir mengajak aku ke Plaza Surabaya untuk membeli makan malam. Kami singgah di pasaraya yang terdapat di dalamnya. Selepas membeli makanan & minuman, kami kembali semula ke bilik untuk menikmati makanan & minuman yang kami beli. Selepas itu, aku mandi membersihkan diri & menunaikan solat jamak Maghrib & Isyak. Selesai sahaja solat, aku kembali melelapkan mata.

Hari 9: 29 JUN 2010

Hari ini adalah hari terakhir aku & Syahir di Surabaya & juga di Pulau Jawa, Indonesia. Kami sebenarnya sudah selesai menjelajah hampir kesemua tempat-tempat yang menjadi tumpuan pelancong di kota ini. Oleh itu, pada hari ini, kami cuma akan mengisi masa yang ada dengan berkunjung ke 2 buah tempat sahaja yang belum dikunjungi, iaitu Kebun Binatang Surabaya & Masjid Al-Akbar. Selepas mendaftar keluar dari hotel, kami meletakkan beg-beg kami di ruang yang disediakan. Selepas itu, barulah kami memulakan ekspedisi kami. Destinasi pertama kami ialah Kebun Binatang Surabaya. Kami ke sana dengan menaiki teksi. Setibanya di tempat tersebut, kami bergambar dahulu dengan monumen Surabaya, iaitu monumen Sura (ikan jerung) & Baya (buaya) yang sedang bertarung yang terdapat di hadapan pintu masuk utama Kebun Binatang Surabaya. Selepas itu, barulah kami berdua membeli tiket untuk masuk ke tempat tersebut.


Monumen Surabaya di hadapan pintu masuk Kebun Binatang, Surabaya, Indonesia

Kebun Binatang Surabaya adalah salah sebuah zoo yang terkenal di Indonesia. Di dalamnya terdapat hampir 2,800 ekor haiwan daripada 350 spesis. Ia mula dibuka pada tahun 1940. Aku & Syahir menghabiskan masa yang agak lama di dalam zoo tersebut kerana kami tidak ada aktiviti lain pada hari ini selain melawat zoo tersebut & juga Masjid Al-Akbar kemudiannya. Hampir 2 jam lamanya kami berlegar-legar di dalam zoo itu. Setelah puas, kami meneruskan perjalanan kami ke lokasi kami yang seterusnya, iaitu Masjid Al-Akbar. Kami ke sana dengan menaiki teksi.


Pintu masuk Kebun Binatang, Surabaya, Indonesia


Babun di dalam Kebun Binatang, Surabaya, Indonesia


Monyet di dalam Kebun Binatang, Surabaya, Indonesia


Orang Utan di dalam Kebun Binatang, Surabaya, Indonesia


Badak air di dalam Kebun Binatang, Surabaya, Indonesia


Babi air di dalam Kebun Binatang, Surabaya, Indonesia


Gajah di dalam Kebun Binatang, Surabaya, Indonesia


Buaya di dalam Kebun Binatang, Surabaya, Indonesia


Beruang Matahari di dalam Kebun Binatang, Surabaya, Indonesia


Harimau di dalam Kebun Binatang, Surabaya, Indonesia


Biawak Komodo di dalam Kebun Binatang, Surabaya, Indonesia

Masjid Al-Akbar atau nama lainnya Masjid Agung Surabaya adalah masjid yang kedua terbesar di Indonesia, selepas Masjid Istiqlal di Jakarta. Mihrabnya pula adalah mihrab yang terbesar di negara ini. Pembinaan masjid ini telah dimulakan pada tahun 1995 & hanya disiapkan sepenuhnya & dirasmikan pada tahun 2000 oleh Presiden Indonesia pada waktu itu, iaitu Abdurrahman Wahid. Senibina masjid ini teramatlah cantik & mengagumkan. Malah, ianya seolah-olah lebih cantik daripada Masjid Istiqlal di Jakarta. Aku & Syahir menunaikan solat jamak Zohor & Asar di sini. Selepas solat, kami berehat-rehat sambil mengamati kecantikan senibina masjid ini.


Masjid Al-Akbar, Surabaya, Indonesia


Masjid Al-Akbar, Surabaya, Indonesia


Masjid Al-Akbar, Surabaya, Indonesia


Masjid Al-Akbar, Surabaya, Indonesia


Masjid Al-Akbar, Surabaya, Indonesia


Masjid Al-Akbar, Surabaya, Indonesia


Masjid Al-Akbar, Surabaya, Indonesia


Ruang dalam Masjid Al-Akbar, Surabaya, Indonesia


Ruang dalam Masjid Al-Akbar, Surabaya, Indonesia


Bahagian dalam kubah Masjid Al-Akbar, Surabaya, Indonesia

Sedang kami berehat-rehat, kami ditegur oleh seorang lelaki tempatan berusia 30-an. Dia bertanyakan asal-usul kami. Dengar sahaja kami bercakap, dia sudah dapat mengagak yang kami berasal dari Malaysia. Hahaha. Begitu mudah dia mengesan. Kami lalu berbual-bual dengan lelaki itu. Dia menyatakan yang dia berasal dari Jawa Tengah. Tujuan dia ke Surabaya adalah untuk berjalan-jalan bersama keluarganya. Apabila kami memberitahunya yang kami menuntut di Ireland, dia berasa kagum. Kemudian, dia memberitahu kami yang dia adalah guru Bahasa Inggeris di sekolah dasar atau sekolah rendah jika di Malaysia. Dia lalu bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan kami. Hebat juga Bahasa Inggerisnya. Tidak berapa lama kemudian, datang pula dua orang anak lelakinya yang berumur antara 5 hingga 7 tahun. Nakal sungguh budak berdua itu. Mereka juga turut mengenali kartun Upin & Ipin. Hahaha. Aku & Syahir berasa bangga.


Anak beranak di dalam Masjid Al-Akbar, Surabaya, Indonesia


Budak-budak nakal

Selepas agak lama berbual dengan lelaki tadi & melayan karenah kenakalan kedua-dua orang anak lelakinya itu, kami berdua meminta diri beransur keluar. Kami menahan teksi untuk kembali semula ke hotel kami. Setibanya di hotel, kami meminta pemandu teksi itu menunggu sebentar kerana kami mahu mengambil beg-beg kami & terus menuju ke Lapangan Terbang Juanda, Surabaya untuk pulang semula ke tanahair. Penerbangan kami dijadualkan berlepas pada pukul 8.20 malam. Waktu itu jam baru menunjukkan pukul 3.30 petang. Kami sengaja mahu bertolak awal ke lapangan terbang kerana bimbang kalau-kalau kami terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas ketika waktu pejabat. Lagipun, kami sudah tidak tahu untuk ke mana lagi.

Kesesakan lalu lintas tidak begitu teruk. Kami berdua tiba di Lapangan Terbang Juanda, Surabaya lebih kurang pukul 4.30 petang. Besar juga lapangan terbangnya. Memandangkan kami cuma boleh masuk ke dalam kawasan pendaftaran masuk pada pukul 5.00 petang nanti, kami mengisi masa yang ada dengan mengisi perut di sebuah restoran yang ada di situ. Apabila jam sudah menunjukkan pukul 5.15 petang, kami berdua pun mula masuk ke dalam kawasan pendaftaran masuk & membalut beg-beg kami dengan plastik kerana bimbang jika barang-barang di dalam beg-beg kami dicuri ketika hendak dimasukkan ke dalam kargo. Kami sudah fobia dengan kehilangan beg Acab tempoh hari.

Sedang kami duduk-duduk sambil menunggu kaunter pendaftaran masuk Air Asia ke Kuala Lumpur dibuka, kami sempat berbual-bual dengan 2 orang penduduk tempatan yang turut sama akan ke Kuala Lumpur. Akan tetapi, mereka tidak menaiki pesawat Air Asia. Mereka menaiki pesawat Malaysia Airlines. Mereka berdua bekerja di Negeri Sembilan sebagai buruh. Mereka terpaksa meninggalkan anak isteri di Indonesia semata-mata untuk mencari rezeki. Kagum benar aku dengan semangat mereka. Kepayahan hidup telah memberi motivasi kepada mereka untuk berusaha lebih.

Tidak berapa lama selepas itu, kaunter pendaftaran masuk Air Asia ke Kuala Lumpur pun sudah dibuka. Kami meminta diri daripada kedua-dua pemuda tadi & terus mendaftar masuk. Sewaktu mendaftar masuk, kami dikehendaki membayar cukai lapangan terbang sebanyak 150,000 Rupiah seorang. Mahal juga. Selepas melalui zon pemeriksaan sekuriti, kami pun menunggu masa untuk dipanggil masuk ke dalam pesawat dib alai berlepas. Apabila pesawat sudah sedia, para penumpang pun dijemput masuk. Pesawat Air Asia yang kami naiki berlepas meninggalkan Surabaya menuju ke Kuala Lumpur lebih kurang pukul 8.20 malam. Perjalanan memakan masa selama 2½ jam. Kami akhirnya selamat mendarat di LCCT, Kuala Lumpur lebih kurang pada pukul 11.50 malam waktu tempatan Malaysia. Kami dijemput oleh Acab & kami dibawa ke rumahnya. Aku & Syahir menumpang di rumah Acab untuk beberapa hari sebelum pulang ke rumah masing-masing.

Pengalaman selama 8-9 hari di Pulau Jawa, Indonesia telah membuka minda aku terhadap kehidupan masyarakat Indonesia di pulau tersebut. Mereka tidaklah seburuk seperti yang kita selalu sangka. Sebaliknya, mereka tersangatlah peramah & gemar membantu. Kepayahan hidup walau bagaimanapun adakalanya memaksa mereka untuk menipu & sebagainya. Itu adalah lumrah alam untuk survival. Apa-apapun, aku benar-benar menghargai setiap pengalaman yang telah aku kutip sepanjang aku berkelana di pulau tersebut. Setiap satu daripadanya akan aku simpan dalam peti memori aku buat selama-lamanya. InsyaAllah, satu hari nanti, aku pasti akan ke sana lagi. Buat Acab yang tidak dapat ikut bersama-sama dengan aku, Syahir & Shafiq, janganlah resah. Pulau Jawa tidaklah jauh mana. Kamu pasti akan berjaya juga menjejakinya suatu hari nanti. Percayalah. Setiap apa yang berlaku, tidak kira sama ada baik atau buruk, sudah tentu ada hikmahnya.

TAMAT

3 comments:

Kucing Laut said...

Hi,
nice travel story! thank's for your positive opinion about my country. You can come back and visit some beautiful beaches to enjoy more of Indonesia! :)

zenobiovaleri said...

Best Sportsbook Apps in Washington 2021 - Mapyro
Sports betting is now legal black titanium wedding bands in Oregon. It's 출장샵 time to get started. Start babyliss nano titanium flat iron betting on sports and snag a great sign-up titanium pan bonus. titanium chain

Anonymous said...

UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT